Pulut kuning

Semalam suami tanya I samada ada beli beras pulut ker.Hmmm....sabor jer la.Udah Kuih Lopes tu buat dengan beras pulut mau lagi ditanya.Hahaha!Lelaki.Tak alert langsung dgn apa yg dia makan.Hahaha!

Tapi rupanya tu soalan reverse psychology jer tu sebenarnya.Tahu sangat taktik sbb sebenarnya dia nak request I buat pulut kuning or kalau kat Terengganu orang panggil Nasi Kunyit.Haish!Jauh pusingnya tanya pasal beras pulut.

I bukan apa,bukan malas nak buat.Antara satu sebab adalah takde periuk kukus.Satu lagi mmg banyak la bahan2 yg tak cukup.Tapi takpe.Demi suami kita usahakan la.Dia ni jenis tak paksa kalau kita cakap tak boleh tp kalau dia request kita buat,memang berbuih mulut la nanti duk memuji.Senyum manjang la kalau yg dia nak tu dapat.

Jadi pagi ni apa-apa hal kita tanya pakcik Google dulu.Tapikan macam kena timing jer bila I type keluar satu link ke blog lupa pulak nak save link.Tapi tajuk dia mmg setepek atas muka.Tajuk dia bunyik macam ni."Tiada alasan kenapa takleh buat pulut kuning".Lebih kurang mcm tu la.Hahaha!

Actually I boleh jer tanya mak tapi I tak sure dia dah balik atau belum dari Vietnam.Kemain my mom.This year tahun bercuti agaknya.Awal tahun datang Brisbane.Sebulan lebih kat sini.Balik dari Aussie pergi Bali pulak.Minggu ni pergi Vietnam.Awal bulan Jun ni pergi Sabah pulak.Hamboih!

Tapi takpe.Mak takde kita boleh tanya abah jugak.Kalau nak tau abah kita kalau bab theory memang A tapi practical ke laut.Hahaha!Dia boleh bagi advise cara memasak tapi dia tak la terrer pun masak.Kakakaka!Jadi tadi call tanya dia then my dad cakap yes pulut kuning orait jer kalau tanak kat atas dapur gas style mcm nak masak nasik tu.Tarak hal!

Dah dapat segala list bahan yg perlu so rendamkan dulu beras pulut dengan serbuk kunyit dan asam gelugor @ keping atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis.Haaa...tu dia.


Papehal kita alas perut dulu dengan bubur nasik semalam + ayam panggang dari Chicken Treat pun beli semalam.Muahahaha!Lauk recycle tapi sodap.

Time melintas depan kedai Chicken Treat rasa nak menyinggah tp bila fikir why not kita habiskan jer mana2 leftover yg ada kat dlm peti es.Dapat jimat duit.Btol tak?Walau harga satu set ayam kat Chicken Treat dlm $10 atau pada harga $14 dah dapat satu ekor ayam panggang,tp duit gak tu.Hihihihi!

Pandai control nafsu makan skang ni.

Pandai pulak berjimat cermat sejak duk jauh dari kampung halaman ni.Hihihihi!

Sebab Dian asyik nak memerap jer kan so jam 11 dah siap masak kari ayam.


Kari ayam tapi takde masuk daun kari sbb kat IGA sini takde jual.Jadi guna jer apa yg ada.Orait gak cuma kalau masak untuk orang2 lama atau otai mmg berguni la kena complain sbb tak cukup bahan la,tak cukup pekat mungkin,tak pecah minyak bla bla bla.Hahaha!sudah-sudah.Takde masa nak fikir dah.


Taaadaaa!Pulut kuning yg ditanak dlm periuk.Nasib apartment ni provide non stick punya periuk so takde kerak la.Cantek jer haaa pulut kuning kita cuma terlebih lemak jer sikit.Maklum la first time cuba buat jd banyak lagi la part yg kena improved tu.

Acar timun dengan carrot ada buat tp sekali lime dah takde.Cuka I tak beli la sbb rasa mcm tak berbaloi takat guna sikit jer.Jadi acar I just letak mcm tu jer la takde dressing apa.Suami cakap hokkey jer.Hihihi!

Jadi semalam sampai la hajat dia nak mkn pulut kuning.Puas hati tgk dia makan bertambah.Orait ah tu.Tapi jangan harini request nak makan nasik gulai kawah pulak.Mampusss!Muahahaha!


2 comments:

rostina76 said...

wah!!!!pandai dia tanak pulut kuning guna peyuk biasa, molek jadi tu. btw klu gulai kawah pedehal……backwork selalus la (mat salleh BBQ, kita wak gulai kawah @backyard gitu)

Syafinaz Ali said...

Oloh kak ros.masuk gu ke ayam bbq?hihihi.jauh tu gulai kawah dgn ayam bbq.tp sedak gok.kikiki

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me