Ekonomi Rumahtangga-Mari memasak : )

Walawei!Lama sangat dah tak menge'post' tips berguna kat blog I ni.Berguna ke?hehehe.Suka hati korang la nak cakap berguna atau tak.Dipendekkan cerita,aku ni memang jenis tak boleh duduk diam.Dalam paler hotak aku ni macam2 aku fikir nak buat namun biasanya ia berakhir dengan ini zzZZZZZ!Tapi korang jangan ingat aku ni Mat Jenin pulak.Asyik berangan-angan!Aku selalu pegang kata2 ni,bila kita jadi isteri,kita mesti kreatif.Tapi aku rasa tak perlu tunggu jadi bini orang dulu baru nak kreatif.Menjadi kreatif tiada salahnya tambah lagi bila korang face benda2 macam ini.Family aku jenis jarang makan kat luar so rutin wajib adalah menyediakan lunch pada setiap hari.Ada jugak off cuma kadang2 sahaja.Lauk pauk kadang2 habis dimakan dan ada juga tidak habis dimakan.Kalau ada makanan tengahari yang lebih,tangan tu jangan laju sangat nak dibuangnya.Better simpan dahulu didalam peti.Tapi korang harus tengok kondisi makanan tu.Kalau agak2 tulang jer yang tinggal atau dah sah2 basi atau bawang jer yang tinggal tapi korang nak simpan jugak,MEH SINI DEKAT SIKIT,AKU CEPUK KEPALA TUH!
Contoh yang aku nak tunjuk macam ini.Nasi goreng sotong dimana sotong tu adalah lebihan sambal sotong lauk semalam.Hehehe!Sapa sanggup makan sila makan sebab aku sangatlah sanggup sebab tak baik membazir,nanti jadik sedare SETAN.Huhuhuhu!

Walau rupamu tak indah mana,tapi licin dikerjakan 3 orang manusia lapar.Hehehe!

Taadaaa!Kali ni aku nak kongsi resepi aku reka sendiri.Sesuai dibagi untuk anak makan,makan time korang tak sihat atau makan time bila engkau rasa nak makan.So,let's check it out!!!Aku pun macam xtau la nak taruk nama apa kat resepi aku yang tak seberapa ni.Walau x seberapa tapi dah jadi antara my fav food tau.Aku kasik jugak la,"Pasta soup with chicken ball".Chewah!

Bahan2:

Untuk chicken ball

Isi ayam (kisar sampai lumat pastu taruk garam secukup rasa dgn serbuk black pepper).Potong dadu bawang besar dgn chop lumat bawang putih then gaul dgn isi ayam yang dah lumat tadi.Gentel bulat2 then goreng,agak2 nampak isi dah putih sila angkat.

Lain2 bahan:

Pasta-Aku guna pasta (yang spiral punya) tuh jer.Ini suka hati korang la nak pakai yang jenis macam mana.

Mushroom (prefer yang kering,shiitake mushroom)

Carrot (sayur yang keras2 mcm brokoli,bunga kobis etc sesuai tapi yang berdaun tak seswai gituu!)

1kiub ayam (kalau nak bg makan anak sila buat stok ayam sendiri..aku nasihat tapi kalo aku malas aku letak jgk!huhuhu!Garam dan perasa sudah tidak diperlukan)

Cara2 membuatnya

Tumis bawang besar dgn bawang putih.

Masukkan mushroom pastuh taruk serbuk black pepper (kalau xnak pun xper)

Masukkan air dan kiub ayam

Tutup dan biarkan mendidih

Masukkan pasta,carrot dan last skali bebola ayam yang dibuat tadi.Siap!Senang amat.Dah masak padamkan api,dan kalau nak makan terus silakan tapi kalau biar kejap,sup akan meresap dalam pasta jadi lagi sedap...Sekian terima kasih!


Inilah dia "Pasta soup with chicken ball @ Springroll on the floor people walk to school by bus"!Hehehe!Grand gile nama resepi nih!Huhuhu!

Sesungguhnya aku rindu..hukhukhuk!

Tak tau la asal tetiba malam ni aku teringin nak layan balik lagu2 yang pernah menyedapkan halwa telinga aku satu tika dulu walau banyak kali mak ayah aku sound "Boleh tak kalau mu jangan memekak!".Ah!Bising betul!Ini antara yang aku suka yang teramat sangat,tapi takleh list semua nanti sampai bawah tak habis2.Layan betul movie ni dolu2 sebab semua lagu dia sodap2...ah sadap you..tak suka boleh blahhh!!Lupalah movie ni kuar tahun bile..2001 kot!Aku agak2 jer..
Kalau rajin,try cari video diorang kat you tube.Ala,google jer Josie and the pussycats.Antara lagu yang layan,
  1. Pretend to be nice
  2. You are star
  3. Shapeshifter
  4. Spin around
  5. You don't see me (yang ni leleh sket.Prepare tisu kalau nak dengar.Hahaha!)
  6. Radio song
  7. Money and etc...bla bla bla bla





Dengar sambil pakai earphone sebab my comel takleh dengar bunyi2 bising2 bingit,kalau tak nanti terus je mata bulat tu terbuka.Sorry yer sayang,mak kau nak lepas rindu jap!Huhuhu!

Cerita petang Jumaat

Penat sehh!Apa pun sebelum tu takziah buat family arwah Din Beramboi.Aku suka benor dengan pak cik sorang ni.There is no Pakcik Karim anymore yang teramat annoying giler sebab asal nak makan jer pergi umah family si Afi (die hard fan Afi & Abah tahu la citer tuh.Huhuhu!)Tak ada lagi la lawak pagi2 dengan si Aznil tu kat radio Era.Begitulah kehidupan.. : (


Bosan betul la pepetang Jumaat ni tak ada aktiviti.Eh,bukan setiap hari ke aku mmg tak ada aktiviti selain duk menelek Damia saban hari.Oh!Lupa2.


Sedih pulak aku tengok muke anak aku tu.Baru jer kena marah tadi dengan aku.Tak tahu la asal tetiba aku rasa naik angin sebab dia nak tidur tp takmau lepas tutttt dr mulut dia sampai pedih sangat dah rasa.Lepas aku marah buat2 pukul tangan dia,lepas jer dia nangis2 sampai kuar airmata,terus jer tidur.Isk!Rasa bersalah pulak sebab anak aku tuh baru 2 bulan.Sob!Sob!Sob!Serious aku sedih tgk muka dia ngah tidur sekarang satu lagi sebab dia pakai stoking ada telinga rabbit nampak comel giler.Eh?Apa kena mengena lak stoking dengan kesedihan aku ni.Takpe die bangun nanti aku menyusu dia lagi..arghhh!!!Pedih lagi!Sekian..
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me