1st time bikin pavlova

Seminggu ni mood nak masak tu dah start mai dah.Dia mai dah.Jadi takyah fikir lelama sbb kalau lama sikit fikir nanti end up dengan baik beli je kat kedai which is not good.Not good hokkey.I takleh asyik tadah mulut je nnt cepat naik badan.Motif dia sbb kalau takde pergerakan so nnt kalori tak pecah.Ok tu hipotesis sendiri.Hihihi.

Actually I baru balik dari Temerloh ni.Cucu sulung my MIL kahwin.Lawan ngan orang Temerloh.Ni bukan lawan bertumbuk tp pasangan pilihan hati si teruna adalah si dara dari Temerloh.Gitu cite dia.Tapi I rasa cam malas la nak share gambar sbb I pakai baju kurung last two years punya mai aiii dia punya dobok tu isk malas ah nak cakap.Tu mcm nak ckp skang ni dah makin slim la tu.Dush!

Besar jugak rupanya bandar Temerloh cuma nak cari hotel tu x byk choice.Family pengantin perempuan ada sewa homestay tp kami bg chance kat adik beradik lain la yg ada anak ramai.Hehehe.Dari dua orang je nak tidur hotel sekali 4 beradik semua duk hotel.Kitorg sewa bilik kat Hotel Jelai.Not so bad la hotel ni.Bila ok dan I amik bilik standard je rege RM88 including breakfast hokkey pastu takde limit.Ada anak 5,5 la boleh makan.Hihihi.Family lain ada sewa Hotel Green Park siap ambik bilik VIP caj dlm RM148 mcm tu la tp takde breakfast.Hihihi.Kira ok la tu takat nak bermalam satu malam.What do u expect.Bkn dtg bercuti.Tp anak2 memasing sibuk tanya ada bwk swimming suit tak sbb nak turun swim.Haish! Byk la korang nak turun swim bagai.Hihihi.

Dan alhamdulillah semua berjalan lancar.Saudara jauh dan dekat pun sama2 dtg meriahkan majlis.Memang meriah la.Itu belum majlis sebelah lelaki lagi.Laaaagiiii meriah uollsss.Nnt la kita share sikit nnt sbb majlisnya next week.Jadi skang mmg busy jugak la.Walau majlis ni peranan I takde la besar sgt dan kalau tak involve pun takde effect pd majlis pun tp tetap juga nak sibukkan diri sendiri.Menyibuk itu perlu agar tidak terbuang dari circle sosial yg ada.Hahaha.

Skang ni kan nak citer apa sebenarnya ni.Haish Sebenarnya yang nak cerita adalah nak gtau minggu lepas ada buat pavlova.Tapi suami kita sampai kesudah duk sebut baklava.Nak kata mat salleh lidah keras rasanya Melayu asli cuma mata je sepet sket.Hahaha.

So harini kita nak kongsi resepi mudah yg amat iaitu cara nak bikin pavlova.

Actually resepi dia leh tanya pakcik google.Sama je semua.Kalau malas nak membaca sila buka youtube.Apapun I dah dpt skill mcm mana nak bikin meringue pavlova tu kurang manis dan sedikit lembut tak retak2.Hihihi.Nanti kalau rajin I kongsi.Sebelum tu kita kongsi gambar je dulu.Pavlova yg I buat.Tp ini 1st time buat.2nd time jd lain pulak.3rd mungkin bertukar terus jd bingka ubi kot.Kikikiki.


Taa daaaa! Bajet seni la tu ambik gambar separuh.Hihihihi!






Nasi Dagang Terengganu uolllsss ~

Baking and cooking  ~ my passion

Walaupun ada masa I masak sukses dan ada masa masakan kelaut pun tp tetap minat yg satu ini masih menjadi minat hingga kini.Tak pernah jemu tambah lagi minat yg satuuuuuu lagi x mention iaitu minat terhadap makanan.Bukan minat seni makanan oh bukan.Straight to the point,ia adalah minat makan.Kikikiki.Ada ke orang dok suke makan? Hihihi

Jadi harini suami request nk nasi dagang jadi kita pun pergilah menuntut ilmu dengan emak.Umur dah nak masuk 30 eh dah 30 sebenarnya tapi baru nak terhegeh-hegeh belajor.Jd alang alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan.Tapi sebut pekasam macam sedap pulak kalau boleh makan ikan pekasam.Eh terlari topik pulekss.

Cerita pasal nasi dagang ni antara Terengganu dan Kelantan memang famous cuma sebutan je sama tapi rupa adalah berlainan.Dua2 ada keistimewaan memasing.Tp harini nak tunjuk nasi dagang Terengganu.Nak tau rupa nasi dagang Kelantan sila google.

Jadi lepas buat tp rupanya takde la susah mana sebenarnya cuma renyah sikit la tang nak msk nasi dan bikin kuahnya.Kalau kuah ada caranya pulak.Nasi pun sama.Ada step step dia.Tapi harini takmau share resepi pun.Sbb kalau nk share resepi kena tulis detail.Takat tulis resepi belum tentu org boleh buat dgn betul sbb byk step by step dia.Tapi kat blog pun ramai je cerita cara buat so boleh la rujuk.I rasa takde byk beza pun kot antara cara emak dan orang2 lain buat.

Tapi rasa happy jugak la sbb at least harini dah dpt satu ilmu.Tinggal satu je sampai ke sudah tak dapek2 iaitu bungkus ketupat pulut.Asal I bungkus je keluar ketupat ubi.Kalau nampak bungkus mcm ketupat ubi tu I punya hasil tgn la tu.Kikikiki.Sampai emak fed up.Katanya blah la pergi main jejauh.Tak masuk ajaran langsung.Nak buat guane.Sel otak tak berapa nak bersambung.Kikikiki.


Bukan nasi dagang namanya kalau tanpa nasi.Hehehe.I nak gtau ni la nasi dagang.Takde kena mengena pun dengan dagang pak malau dagang apa ntah sambung sendirik!


Ini kalau takde takpe je sebenarnya tp rasa ibarat makan kuih lompat tikam tapi takde kuah.Missing something.Hiks.Buat je la bkn susah pun.Ini acarnya.Tapi versi kita la.Versi mak siap ada sengkuang lagi nenas lagi kacang tanah yg ditumbuk lagi.Kita punya simple je.


Dan inilah dia Gulai Nasi Dagang Terengganu.Actually rempah gulai ni x susah pun nak beli.Kat Pasar Payang ada jual.Cari kedai yg dekat dgn tangga kalau tak silap nama kedai Pak Leh.Beli kat situ.Lagi best just gtau je nk msk nasi byk mana sbb pakcik tu akan tahu berapa byk rempah yg perlu kita guna.Nanti dia timbang siap2.

Tayang lagi sekali, jangan marah aaaa...


Happy 7th Wedding Anniversary

Pagi tadi entah busy apa ntah sampai tak perasan suami text wish Happy Anniversary yg ke tujuh uollsss.Haish! Dah masuk tahun ke tujuh sampai lupa terus.Ini kes present dah bagi in advanced so sampai tarikh ke tak lain punya cerita dah.Dapat pulak kat I lagilah x alert.

Jadikan waktu kita baca text suami td rasa mcm sayu pulak rasa sbb terbalik kot.Selalunya tarikh2 special ni perempuan yg lebih concern.Tp kita ni suami yg lebih concern.Takyah tanya I la.Usah tarikh penting, no telefon pun mcm hazab sgt nak boleh hafal.Isk isk isk.Sangat lemah daya ingatan.Sel otak tak berapa nak berhubung.Nanti la jap lagi tanya emak dulu bagi kita minum susu tepung apa.Kikikiki.

Actually suami 3 hari kursus so itu yg beria hantar msg.Jd lps baca msg dia td tetiba rasa mcm apa kata kita buat surprise sikit.Nak beli hadiah mmg x dapek la sbb kat Trg ni pilihan terhad pastu xtau pun nak beli apa.Ni semua plan last minutes la ni.Jd tadi ting keluar lampu nyala kat kepala tu suh buat kek sendiri.

Jadi lps zuhr kita follow bapak kita pergi town.Memandangkan byk pulak pit stop td jd sedar tak sedar jam 4.30 ptg br gerak balik rumah.Jd boleh bayangkan la jam brape baru nk start baking.

Sampai rumah terus buat kek dulu.Motif buat kek awal2 sbb nanti kena ambik masa jugak sikit nak tunggu kek sejuk dulu apa sblm letak topping.Jd elok2 kek masak suami balik.Jd mmg tak surprise mana la tp pakcik tu as usual la suka sgt berlakon konon la bila masuk dapur kek yg naked lagi tu pastu pura2 terkejut.Cisss!

Tapi takpe.Misi tetap diteruskan.Jd suami call bondanya, adik beradik diorang berkumpul kat rumah MIL.So after Maghrib kena gerak sana la.Tapi memandangkan janji Melayu, after Isyak baru kitorg gerak.Sedap sikit haish keluar after solat Isyak nnt balik rumah salin baju terus zzzzZzz.

Dan inilah keknya.Kek simple je sbb mmg dah mcm kering idea hoi.Itupun nasib leh call otai tanya sikit2 lagu mana nak buat frosting tu kasik cantik.Dan kek ni sebenarnya kek coklat.I lagi prefer butter cake tp sbb Damia dan anak sedara suka coklat kek so kita bikin coklat kek la.Kena ikut suara majoriti.


Nak play safe I x colorkan frosting tu buat color putih je.Bunga beli yg dah siap.Tulisan pulak, kikikiki, I guna nutella.Senang cerita.Tulisan kelam-kelibut maklum la amatur.Kejap kecik kecik besar kejap tebal kejap nipis ikut suka hati dia jer.Tapi itulah dia.Kek sempena anniversary kitorg yg ke 7.Kejap je rasa.Rasa mcm baru semalam akad nikah.Over btol.Kikikikiki.

Apapun for my mata air, Happy Anniversary! 

Ini bukan tips parenting

I is jarang menulis tentang sesuatu secara serious.Kikikiki.Takat cerita pergi sana pergi situ, share recipes pastu ada la selit sikit2 cerita tp jarang.Dan sekarang ni mcm malas pulak nak bercerita pastu letak gambar.Tahu walau takde orang peduli pun sebenarnya ada gambar ke tak tapi sendiri assume sendiri decide.Sedih tak? Gitu la yg berlaku lately.Kikikiki.Dah la kurang bersosial skang ni pun duk aktif ternak lemak dlm badan je ni.Mementang balik Mesia dia punya rehat tu kalah big boss.Kalori dan lemak makin bertambah bila nak pecah taktau la.

Tadi bukak Instagram.Haaa....jangan taktau kita pun ada Instagram.Ingat Amran Fans tu je ke nak kena ada Instagram? Ini Kak Jah la weiii.Kikikiki.Jadi duk scroll down layan gambar tetiba terlihat gambar anak teruna Fyn Jamal yg comel tu.Gambar anaknya yg masih menghisap pacifier.Jadi topik harini adalah bkn pasal pacifier tu tp psl sikap busy body tahap melampau kita sampai takleh nak beza mana yg sepatutnya dan mana yang tak.

For me setiap orang punya skill parenting yg berbeza.Kita takleh hanya sebab kita paranoid melampau ttg keburukan memvaksin anak lepas tu nak pukul rata siapa yg vaksin anak dia, mereka adalah ibu bapa yg banggang bak kata seorang keyboard warrior yg memperjuangkan kebaikan tidak memvaksin anak.Itu cerita vaksin.Yg kes Fyn Jamal ni bila ada beberapa org yg x senang bila anak comel Fyn Jamal yg masih menghisap pacifier. Pada I la budak tu kecik pun lagi.Kalau budak tu dah masuk sekolah pastu hisap puting lagi logik ah kau nak banyak bunyik pun.

Mcm I,my mother in law beria suruh bg pacifier time Damia dan Soraya memula lahir.Katanya nnt tidur lena sikit.Tp dua2 anak I reject.Bukan tak cuba.I ada jugak cuba tp udah diorg taknak.Pastu as usual la dtg la mulut2 ckp nnt anak jonggang la apa.Dan yg lagi sakit hati mulut2 ni kadang2 tu anak pun takde atau parents yg bajet bagus dari segala segi.Bkn takleh nak tegur anak orang.Kongsi pendapat, pengalaman atau skills kita tu bagus cuma tolong la dengan cara yg lebih berhemah dan bkn dengan sindiran.

Ini I nak cerita psl minum susu botol.I ada kakak ipar yg suka sgt biarkan anak dia nyot nyot botol kosong.Maksudnya budak tu still hisap botol tu walau susu dah habis.Sedut angin je la maknanya.Jd I pernah baca hisap botol kosong boleh sebabkan gigi diorg cpt rosak sbb bakteria terkumpul dlm mulut.Ini kes nyot nyot botol time tidur la especially malam.Jd untuk Damia walau malam sekalipun I akan pastikan botol ditarik dari mulutnya bila susu dah habis.Memang penat sikit la sbb kena bangun byk kali.Jd mmg gigi Damia x rosak.I ada ckp kat ipar psl ni tp dia tak peduli pun dan dibiar je anak2 dia hisap botol kosong dan mmg dua2 anak dia gigi mmg cpt rosak.Sekali pandang dah mcm pagar kena rempuh bulldozer.

Tapi pada I tu hal dia la.Takkan I nak pergi mengamuk.Kita dah ckp secara berhemah dan soal nak ikut atau tak itu terpulang sbb mungkin ada jugak kes bdk nyot nyot botol kosong tp gigi x rosak pun.

Jadi itulah ceritanya.Sbb pada I ni bab parenting setiap orang ada cara masing2 dan kita takde hak nak jatuh hukum orang ni failed dlm didik anak atau apa.Even kalau kita nampak buruk benar dimata bwk2 la muhasabah diri dari duk kritik kaw kaw sampai tak sedar kdg2 kita dah lukakan hati org.Tapi kalau rasa concern tak salah nak menegur tp tegurlah secara berhemah.Jangan main sembur sedap mulut je atau main komen sedap taip je.Hihihi.

Jadi sekian terima kasih.

Oasis Beach Bar

Bila petang je mati kutu.Asal mati kutu je bila petang.Huhuhu! I memang taktau apa aktiviti dah nak buat.Takkan nak suruh anak main kat pool je.Nanti dari kulit dah la sawo matang nnt terus rentung kelabu.Ngeri haih tgk anak omputess masuk pool jam 12 pastu bila tanggal baju bahagian bontot je putih.Kikiki.Color tubuh two tones sangatlah x cool.

Petang suami habis class dia kita ajak g kat beach bar.Memula suami cakap jom g minum petang kat sana mana la tau kot2 ada keropok lekor tp itu tanggapan semata2 sbb takde pun.Hmmm.....minum petang tp menu siap ada steak bagai.Ok beach bar ni open until 3 am jd dont expect ia adalah gerai2 yg menjual keropok lekor, satar atau otak2.Nak mkn semua tu sila pergi hunting kat Kuala Kemaman.Keskeskes! Kat beach bar ni kalau malam ada live band yg tak berapa nak sedap sgt halwa telinga yg mendengarnya.Ntah.I ni tak suka sgt kalau dgr org menyanyi suara nyaring2 garau tu.Tapi ada org suka.I takleh la complain lelebih sbb takde share pun ngan hotel ni.Kikikiki.Rasa mcm tak IN sgt ngan selera.Lagi sedap dgr org yg buskin kat tepi jalan.Lagi sedap.

Tapi teringat masa kat Concorde KL live band dia dari Indonesia dan singer dia perempuan.Suara mmg sedap dan takyah nak nyanyi mcm Tina Turner sgt la.Hihihi.Nyanyi tak guna mic pun sedap dgr.Time tu I request lagu so diorang dtg ramai2 nyanyi kat tepi meja.Baru sedap nak menyuap.Muahahaha!


Tempat best sbb mcm santai je.Lagi best ptg tu tak ramai orang so bikin mcm rumah sendiri la duk tap tap tap amik gambar Kikiki.Kalau ada org segan gak sebenarnya.

Suami bagi chance I lepak layan perasaan while dia bwk anak2 main kat tepi pantai.


Budak ni jakun 1st time tgk.Maklum la skang ni rumah kampung pun dah tak jumpa dah benda ni.Tapi I still rasa ada sentimental value kalau letak kat rumah benda ni cuma kena selalu cuci air dia la.Karang tetiba jd tempat nyamuk aedes membiak jadi cerita lain pulak karang.


Just order chicken wings dgn juice je.Cukup la alas perut sebelum nak keluar dinner malam nanti.Benda sikit pastu rasa sedap pulak pastu mula la berebut-rebut.Kikikiki.Makanan sedap ke atau kami ni ngah lapor sgt agaknya.Hahaha.

Tapi kira ok la kalau rasa nak bersantai pepetang tu.Service nak main jet ski pun ada.Rasa nk sewa basikal pun ada termasuk alah benda apa nama ntah tak ingat pulak.Jd lepak sini kiranya byk jugaklah aktiviti yg boleh dibuat.Mainan tembak2 pun hado.Pastu sightseeing nak tengok kelip2 (takde keje haih) pun ada.Haaa....cerita psl kelip2 ni teringat zaman kecik2 bila ada sorang sedara I ni cakap kelip2 ni asal dari kuku wanita Chinese yg cat kuku dia.Dan time tu sbb naive atau bodoh sgt agaknya boleh percaya bulat2 pastu siap boleh cerita kat org lain pulak.Haish! Kalau ingat balik rasa nk gelak pun ada.Dan yg tukang bwk cerita tu pun bodoh juga sbb umur dah tak kanak2 mana sbb dah kawin beranak pinak tapi nak jugak kelentong I yg time tu kekanak lagi.Hehehe.

Service sewa alatan sukan pun ada dan I nampak sejak Resort World ambik alih ni rasanya byk dah yg upgrade.Rasa mcm lagi best kot.Tapi kalau nak rasa best ke tak sila la dtg.Kami nak check out dah.Dah kejung dah 5 hari duk sini.Dah sampai taktau nak buat apa dah.Jd harini nak chow dah.Bye!

Resort World Kijal

Bersiaran lagi kita.Tetiba datang mood rajin hupdate blog.Ini bermakna banyak masa lapang lettew.Hikhok!

Dan just sambungan episod semalam.Ala gambor last beg besau penuh baju tu saje la nak cakap kita on weekend getaway kata omputess walhal bukan stay weekend je tapi a week sebenarnya.Jd kemana kita?

Like AGAIN?!! Hahaha.Ok.Resort World Kijal atau nama sebelumnya Awana Kijal Golf & Resort.Ku tak tahu sedari bila ditukar pada Resort World itewww.

Jadi taknak citer detail sgt la sbb dah mcm ada 2,3 kali dah cerita pasal hotel ni dalam previous entry.Dan motif pilih sini jugak mcm takde hotel lain kat area Kemaman ni adalah sbb laki bini rasa hotel ni mcm best je.Hikhok! 

Highly recommend tuan puan tapi kalau rasa nak stay area Cherating pun hokkey.Banyak jugak hotel dan resort area tu tp sbb ini je paling dekat dgn tmpt suami amik course jd disini la kita.

Bila hotel near beach apa yg terlintas kat hotak tu? Baywatch? So yesterday sangat la tuan2.Sbb sexy si Pamela Anderson tu dah mcm tak relevan dh ngan zaman sekarang.Hehehe.Itu telahan kita la.

Tapi td sampai dan buat la lawatan tapak kejap, I tgk byk dh byk upgrade dn rasa mcm lagi best pulekkkssss.Skang cafe kat tepi pantai tu dah ada balik.Haritu mcm sepi kejap.Dan ingat kenangan 7 tahun lepas, kat cafe tepi laut tu la sedang syok layan live band tetiba dua mamat salleh mabuk tetiba tanggal baju terus bogel.Dah la gemuk mmg time tu jugak rasa mcm nak terjun laut pun ada.Serious rasa nak mandi bunga tp kat mata je.Tercemar pandangan.Dah la tak sado.Huhuhu.Kalau yg buat tu ala Becham tak la ralat sgt.Hikhok.Ini dah macam Fred Flinstones mananya tak trauma.


Kali ni mcm best sikit dapat bilik betul2 kat tengah.Kalau sebelum ni selalu tak bernasib baik.Bila dibaginya hujung sebelah sana, nampak padang golf je,sipi2 je nampak laut tak pun hujung sebelah sini, nampak lauk eh laut tp nampak sipi je swimming pool.This time tengah2 so takyah gaduh2.Cantik je nampak centre.Ewah!

Tapi td check in lewat sbb singgah umah ipar dulu hantar lauk nasik mertua kirim.Gitulah mak2.Mesti ingat anak tu anak ni.Teringat dulu2 kalau nak ke KL takdenya boleh sampai awal.Mesti makan satu hari jugak sbb dari start bertolak dari rumah nak kena singgah rumah abang ipar di Dungun pastu singgah rumah kakak ipar di Paka pastu singgah lagi rumah kakak ipar di Kuantan.Itu kalau mertua follow sekali.Skang ipar kat Kuantan dan pindah KL so reduce sikit la masa tu.Kikikiki.

Dah check in rehat jap sepukul dua.Bagi Soraya tidur kejap pastu turun g pantai.


Ni baru intro.Kalau dah masuk perenggan satu habis anak beranak masuk dlm air dah.Hihihi.Teringin pulak nak mandi laut.Tapi petang semalam layan pemandangan jer la.Usai byk hari lagi kat sini so slow and steady je la.Hihihi.Aku suka kan bg perumpamaan takde kena mengena.


Rasa skang mcm ada improvement la dari last time.Banyak benda yg diganti baru dan mana yg dah nampak x comel tu dah comel skang.Hehehe.Harap hotel Impiana kat Cherating tu buat benda sama la.Kalau tak dah mcm hotel tempat ghostbuster meeting gayanya.


Asal2 takde dalam tentatif program pun nak masuk dlm pool ni so Damia tak pakai la swimming suit.Sekali bapak dia cakap jom mandi.Hahaha.Tapi takpe.Dont worry.Sini takde hal.Diorg tak kesah sgt kot unless kau masuk pool pakai baju kurung.Ngeh ngeh ngeh!


Santek tak view? Kan dah cakap bilik kat tengah2.Hihihi.Ahoi!

Skang ni tak ramai sangat orang walau bila I tanya kat reception tu dia cakap bilik full.Ni kes I mintak nak bilik yg ada katil king size.Hihihi.Tapi bersangka baik la.Mmg penuh la kot walau breakfast td mmg aman sangat rasa.Takde sesak2 ngan orang.Diorang tidur lagi kot sbb ikut time Zimbabwe.Ngeee! 

Dan malam tu memula ingat nak order dari bilil je tp suami ajak makan kat luar dulu la.Lepas makan balik bilik semua membuta.Bangun pagi bermula la drama biasa.Suami keluar awal sbb class course dia start jam 8.30 kot.Dan I as usual la berperang ngan anak jap, turun breakfast, naik bilik rehat.Japgi kalau otak tepu sgt turun bawah balik.Hahaha.

Haaaa dan satu lagi kat hotel ni ada spa.Tp memandangkan I ada anak kecik pastu jgn harap la boleh ditinggal-tinggalkan, jd mampu baca brochure je la.Tapi last time dah pernah cuba.I taktau la kalau still sama lagi atau dah tukar sbb last time I tu Soraya tak lahir lagiAkhir tahun 2012 kalau x silap.Tp last time I ambik pakej urut, lulur, berendam, manicure pedicure dan diorg guna product Mustika Ratu.I rate 8 from 10 la.Best juga dan highly recommend. 2 lagi bagi Damia.Kikiki.Tapi tak rugi pun kalau mau coba.Siap fulus je pastu walk in like a VIP mcm ayat pekerja saloon belakang rumah kat Brisbane nung.

Ok dookie.Ngantuk pulok wase.To be continue. 



Intro raya

Assalamualaikum,

Hai kemain cuti panjang sampai blog pun cuti sama.Blogwalking pun stop jugak kejap.Betul2 penangan Hari Raya.Apapun rasa tak terlambat kot nak ucap Selamat Hari Raya untuk kenalan di blog ni especially Kak Umi Perth, Kak Ros di Brunei, Nastyna (real name apa haih?) di German, Kak Dee Brisbane (nanti sok sek real kat Brisbane ) dan blogger dari Malaysia.Hamboi kenalan semua, international sangat hokkey.Hikhikhik! Negara je berlainan tp bangsa sama.Serumpun.

So amacam semua? Dah tepu duk ngadap juadah raya? Dah start rasa nak ratah biskut sampai serdak? Owh, kita tak sampai mood tu lagi.Biskut2 still ada kat dlm balang tak bersentuh lagi.Takde mood lagi nak makan.

Dan cerita raya ini tahun, banyak betul terlepas acara.Sesi bergambar dgn family terlepas.Gathering family mertua blk awal x sempat habis majlis.Raya pertama? Duk rumah je.Ini semua gara2 suami out station ke Singapore start raya pertama until raya ke 5 dan Soraya yg merenggek je sbb tak sedap badan kot.

Memula macam tension gak sbb dia nak ngan mak dia je.Takde orang boleh dukung.Kiranya asyik menangis jerrr.Arghhh! Stress sangat tau tapi rupa2 nangis bersebab.


Spot gigi sebatang kat bawah yg baru muncul.Dan sekarang dah pandai nak gigit orang.

Jadi entry ni I letak intro raya jer dulu.Banyak nak kongsi cerita, resepi ni bagai cuma kita hold dulu.Hihihi! Sok sok sambung lagi.

Sebab esok ada plan pulak.Tak tau nak cakap coti2 Mesia ke apa.Tapi esok dah mcm vacation jugak la walau tu bukan tujuan utama sebenarnya.Tapi layankan jer la.


Dan inilah part yg paling malas sekali.Packing baju.Serious bwk satu beg je tp sumbat pakaian utk 4 org sekaligus.Itupun pakai sumbat jer.Takde mood oiiii nak berkemas beria.Sampai harini takde rehat lagi oiiii.Dan inilah antara disadvantage rumah parents dan mertua dekat.Kikikiki.Hari2 la kami balik kampung.Dah pening mcm tu jer la setiap hari duk kehulu kehilir rumah yg sama.Nak buat lagu mano.

Kita kenalah jadi anak dan menantu solehah.Hahaha.

Ok la.Sok sok kita bersiaran lagi yo! Buhbye!
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me