Bulan Ramadhan pun ingin mengeluh juga~

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan pada semua muslim seluruh dunia.Harini masuk la hari ke 3 kita semua berpuasa.Dan tahun ini merupakan tahun ke 3 aku menyambut puasa sebagai seorang isteri dan tahun pertama sebagai seorang ibu.Dan tahun ini juga merupakan tahun ke 3 menyambut 1 Ramadhan tanpa suami disisi kerana sehingga ke saat penulisan ini ditulis,kami masih lagi tinggal berjauhan dan pejam celik pejam celik 19 August ini adalah tahun ke 3 perkahwinan kami.

Dan puasa tahun ini,masih seperti tahun terdahulu,aku masih lagi bukan seorang yang ghairah ke bazar ramadhan.Kalau pergi pun boleh dikira dengan jari berapa kali dan itu pun mesti sebab follow sesape yang nak pergi dan bkn dr keinginan sendiri.Bkn apa,bila pergi for sure semua benda kita tgk nak beli dan hasilnya kalau ikut nafsu semua beli,last2 membazir sebab time berbuka makan tak seberapa pun.Dah dapat segelas air,nasi pun macam slow jer masuk mulut.Hehehe!Seingat aku waktu aku duduk kat Shah Alam dulu pun,aku usaha juga masak kat rumah walau lauk yang sempat buat tu pun sardin semata sebab balik kerja lambat.Tapi bagi aku okey jer janji ada benda yang boleh dimakan dan even time suami ada pun masak juga walau masak hanya lauk ringkas tapi suami aku tetap nak makan masakan dari rumah jugak.Tahun ni,baru semalam aku kirim air soya itupun sebab teringin sangat.

Bercerita tentang ramadhan tahun ini,semalam aku ada ke Pasar Chabang Tiga dan apa yang aku lihat suasana sangatlah lengang.Tidak seperti tahun2 terdahulu dimana awal2 puasa biasanya pasar2 penuh dengan orang.Pada petangnya pula,hanya sekadar mengikut kakak ipar yang ingin ke bazaar ramadhan dan aku hanya duduk didalam kereta memerhatikan sekeliling dan keadaannya masih sama.Tidak semeriah seperti tahun2 terdahulu.Dan pada pandangan aku,keadaan ekonomi sekarang sememangnya tidak mengizinkan kita untuk berbelanja lebih dan kita harus berjimat cermat.Pada aku apa yang dicanangkan kerajaan tentang ekonomi Malaysia yang semakin meningkat dalam media hanyalah sekadar menyedapkan hati rakyat kerana realitinya tidak seperti itu.Dengan anak yang masih kecil mungkin tempiasnya belum aku dan suami rasai namun bila aku ajukan soalan pada mereka2 itu,jelas ada nada keluhan resah dalam percakapan mereka.Petrol naik,harga barang naik.Bila timbul isu gula yang naik harga,kerajaan berpesan pada rakyat agar mengurangkan gula demi kesihatan.Persoalannya kenapa baru sekarang?Dan apa relevannya?Andai tinggal di Terengganu bahangnya sudah dirasai,bagaimana agaknya kehidupan di bandar besar.Pada aku semuanya menekan.Kedai2 makan juga tidak semeriah dahulu dan hanya sesetengah sahaja yang penuh namun kebanyakannya agak lengang.

Namun apa yang pasti segalanya harus berjalan dengan duit waima untuk menggunakan tandas sekalipun.No money no talk.Hahaha!

Situasi kos lepas..hehehe!

Aku selalu ingat kata2 seorg teman bahawa dalam hidup ini kita sentiasa akan berhadapan dengan situasi kos lepas (lebih kurang macam itulah ayat dia,ayat En.Fazri)Hehehe!Semua sudah maklum aku baru shj memulakan sesi pembelajaran di semester ketiga setelah bercuti hampir 8 bulan lamanya.Lama giler!hahaha!Jadinya,pada semester ini aku terpaksa mengulang semula kelas ko-ke (yang sengaja aku "failed"kan sbb malas nak attend class hari Sabtu.Berani buat sbb bila aku tanya org,diorang cakap baik failed terus dr dpt D.Hahaha!).Maka semester ini aku terpaksa ke Pulau Bidong (20% untuk markah ko-ke).Beratnya hati hanya tuhan shj yang tahu.Bukan sebab malas lagi tp sebab berat hati nak tinggalkan buah hati pengarang jantung.Semester satu dulu bolehlah dpt pengecualian sebab aku pregnant tapi this semester cannot maaaa!(Doktor UMT ckp bkn aku).Serious aku frust.Baru2 ni aku adalah attend kelas malam (class Ekonomi dr 8 pm to 10 pm).Memandangkan rumah aku agak jauh dr universiti jd aku terpaksa keluar awal.Habis jer kelas tak sempat loyar buruk dengan kawan2 aku dah pun cabut balik rumah.Bukan apa,itulah kali pertama aku tinggalkan anak aku waktu malam.Balik2 jer,for sure anak aku ngah menangis dan mak aku ckp dr start aku pergi dia menangis non stop.Dia dah mengantuk amat tapi tak nak tidur selagi tak dapat ehem2.Mereka yang bergelar mak2 tu tahulah apa dia.Sedih aku tgk sbb bila aku ambik dukung dia,bagi nenen tak sampai 5 minit terus tidur.Bayangkan hampir 2 jam dia meraung takmau susu botol takmau apa.Dengan bapak aku sekali kepenatan sbb asyik dukung dia dah la anak aku skang berat dah 8 kg lebih.Semangat betul.Seminggu aku asyik fikir samada nak pergi atau tak.Tadi aku dah pohon pengecualian sekali lagi tapi hampa.Sampai sesak kepala aku fikir.Tak semena-mena aku selsema dan aku pun taktau apa kaitan antara selsema dengan permasalahan aku sekarang sebab mak aku cakap tak ada kena mengena.Hahahaha!

Tapi kadang2 aku ada gak terfikir anak aku jadi macam anak kanggaroo sbb asyik nak melekat dgn mak dia sebab bayangkan la dia dengan aku 24 jam,7 hari seminggu selama 6 bulan.Mahu dia tak meraung kena tinggal sudahlah sejak aku baru start kuliah baru dia boleh accept susu botol kalau tak jangan haraplah walau minumnya tak bersungguh mana tapi cukuplah untuk kenyangkan dia dan tak buat dia menangis siang hari.Itulah antara sebab mak aku jaga dia sbb cuak juga nak antar pengasuh silap2 kena goncang dia.Oh!Tidak!Bayangkan 2 minggu ambik masa untuk sesuaikan diri dengan mak aku dan sekarang ni dia dh ok dah.Dah tak meragam lagi cuma bila aku balik dr kelas jer,jgn harap la nak pergi balik kat mak aku.Mak aih!Berlagak!

Panjang pulak cerita aku sebab point aku just nak bagitahu yang aku dah tekad aku tak pergi  la ke Pulau Bidong esok dan aku bersedia untuk apa sahaja kemungkinan kerana jiwa keibuanku ini bisa luluh mendengar tangisan anak.Aku tak sanggup!Dan nak tak nak aku kena ambik jugak test Statistik malam esok sebab aku tak ada alasan lagi dah nak beritahu kat En.Zaharul.Tu pun aku tak sanggup jugak sebab aku tak habis study lagi.Arghh!!Jiwa kacau.

Dan apa yang menjadi situasi kos lepas apabila aku terpaksa membuat pilihan antara kepentingan anak dengan kepentingan pelajaranku dan kupilih buah hatiku pengarang jantung jua akhirnya..you win Damia!

*Ko-ke=Kokurikulum
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me