The moment like this

Lately saya rasa setiap post saya mesti cerita yang serious so skang saya nak post something yang lebih relax.Hohoho!Since ramai sangat yang tanya pasal pengalaman sewaktu saya lahirkan my first daughter,ok ppls,let me share my story to all of you.

"Tiada satu pun dapat saya gambarkan betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa sewaktu saya melalui saat getir melahirkan anak kami kedunia.Syukur padaNya yang tidak terhingga"

12 Jan 2010.Saya masih ingat lagi hari itu waktu saya dengan abah sedang breakfast sama2 sebelum saya dihantar ke KTS.Macam2 topik harituh yang kami bincang sampai yang tidak ada kena mengena dengan kami pun ada jugak masuk.Eh?Itu mengumpat namanya.Sangat tidak patut!Hahaha!Lepas dah kenyang perut terus gerak ke hospital.Dalam kereta abah sempat tanya,"Confirm ke nak beranok kat private?Tak mboh beranok kat hospital besor jer?",abah tanya saya.Dengan kelip2 mata budget cute saya jawab,"I'm scared la dad!",tetiba jer cakap omputeh.Aii!Macam drama swasta la pulak.Pendek cerita,sebenarnya pemikiran saya sudah dipengaruhi oleh faktor keliling yang mengatakan misi hospital garang.Apa kena mengena saya dengan misi?Memang la ada kena mengena.

Mengikut tarikh jangkaan bersalin saya sepatutnya bersalin pada 5 Feb 2010.Jadi sebab itulah saya macam selamber jer kesana kemari tanpa rasa bersalah.Tapi kalau nak tahu,sepanjang mengandung saya sememangnya sangat aktif gerak sana gerak sini.Pernah pusing satu Ikea,Ikano & The Curve dalam masa satu hari pastuh esoknya pergi ukur Sunway Pyramid pulak.Waktu tu mengandung 8 bulan.Dah sarat giler beb!Memandangkan kesihatan yang tidak terganggu langsung sepanjang menjadi preggy mommy so my mom pun dengan penuh confident ajak my dad pergi Langkawi.Maklumlah cucu dia lambat lagi nak tengok dunia.So selepas saya check up dengan Dr Yusuf dan selesai semua urusan,my parents terus bertolak ke Kedah.Kecik hati jugak sebab kena tinggal jaga rumah.Abah sempat tanya samada nak follow atau tak?Tapi macam baik jer,saya tolak secara lembut pelawaan tersebut.Chewah!Sebelum bertolak my mom sempat gurau2 cakap kat baby yang time tu macam comel jer kat dalam perut ni supaya jangan keluar lagi.Tunggu umi dia balik shopping dari Langkawi dulu baru keluar.So petang2 tu duduk la terhangguk-hangguk seorang tapi my brother dgn my sister in law dengan anak2 dia yang nakal tak ingat ada juga dirumah dengan adik bongsu I yang selalu jadi mangsa waktu saya boring (Suka marah dia pastuh bebel2 macam orang tua).Hehehe!

Malam tu macam biasa sambil tengok tv mulut muncung2 anyam ketupat dengan my kakak ipar.Bukan mengumpat la,tapi discuss isu semasa ok!hehehe.Then bila semua masuk tidur saya pun masuk tidur sekali walau hakikat sejak mengandung genap masuk 6 bulan saya mengalami masalah susah untuk tidur waktu malam dan waktu tidur saya adalah selepas subuh hingga tengahari.Sebab itu saya sering letih waktu kuliah (bahasa sopan untuk beritahu yang sebenarnya sebab letih jadi banyak ponteng kelas : p ).Maka rutin harian saya sepanjang malam,kalau tak bercucuk tanam di Farmville,akan baca novel sampai khatam,atau buat senaman muka dengan harapan muka bulat bertukar jadi bujur sireh.Tapi malam itu saya cuba juga untuk tidur walau lena sekejap then terjaga dan ia berulang hingga pagi.Hakikatnya saya penat pusing kanan,pusing kiri mencari posisi selesa yang mampu buat saya tertidur sebenarnya.Malam tu rasanya baby aktif sangat bergerak as usual tapi that night dia banyak kali buat keras perut secara tiba2.I like sbb suka tengok perut bulat semacam dan keras.Sambil2 tuh hantar sms kat suami walau tahu waktu itu beliau sedang diulit mimpi.Satupun tidak terbalas.Kecewa lagi!Hinggalah jarum jam menginjak 6 pagi.Saya masih lagi tergolek ayam kat atas katil pastuh tetiba rasa nak buang air kecik.Baru nak masuk tengok ada orang sedang bersiram.Try toilet bilik my parents pun ada orang sedang mandi.Traffic mengalahkan asrama.So saya baring semula kat atas katil then tetiba bangun secara mengejut sebab rasa kepala baby hentam bawah.Aik?Main kasar nampak.Sempat jeling jam dah pukul 6.30 pagi then suddenly rasa ada air keluar.Sendiri fikir "Apa kena la dengan aku kencing kat dalam seluar pulak".Bila gerak sikit rasa macam lain macam jer air ni.Asal tak berhenti keluar.Rasanya bukan dari saluran tuttt***.Ya Allah!Air ketuban dah pecah.Cepat2 pergi kejut abang yang tengah diulit mimpi kat bilik sebelah.Mamat tu memang panik habis terus suruh saya tukar baju pakai kain,then sempat suruh pakai pad segala.Chop!Expert betul abang aku mengalahkan nurse (hati berdetik sendiri.Hehehe!).Dengan tidak mandi tapi sempat gosok gigi ok!Terus bergegas naik kereta dan si abang pecut habis dan kalau Button tengok sure surrender dari arena permotoran.Namun hati rasa sayu sebab my parents tiada disisi.Hukhuk!Sampai kat hospital dengan rambut serabai tak sikat,tak ikat segala,kedek2 jalan masuk dalam hospital then ada staff hospital nampak terus sorong kerusi roda.Pergi kaunter pendaftaran nasib staff situ ingat lagi muka I sebab semalam dah menayang muka dilobi hospital selama setengah jam tunggu abah datang ambik.Staff situ terus call Dr Yussuf dan sempat lagik tanya pukul berapa air ketuban pecah.Memandangkan air keluar non stop saya terus disorong ke labor room.Waktu itu sempat buat lawak lagi dengan kakak ipar then call sana call sini.Sempat call mertua suruh cepat datang sebab my mum tak ada.Waktu on the phone dengan ibu mertuaku itu baru datang sebak sikit.Mummy tenangkan saya suruh selawat banyak2 dan baca ayat yang dia selalu ingatkan saya untuk baca walau saya selalu lupa.Terharu lagi bila mummy cakap nak solat dulu mohon pada Allah moga dipermudahkan segala urusan dan baru dia akan datang.

Masuk dalam labor room ada 2 orang nurse bersama saya.Saya terus ditukarkan pakai baju hospital pulak.Malu2 kucing juga waktu tu maklum la kena tanggal kain,tanggal baju depan nurse.Lepas tuh saya dibaringkan dan nurse beritahu dia akan masuk ubat supaya saya rasa nak buang air besar.Isk!Tak sampai 5 minit terus rasa nak buang.Magic btol ubat tuh so I recommend pada mereka yang ada masalah buang air besar.Boleh ke?Hahaha.That time saya masih lagi boleh senyum2.Lepas selesai,saya baring kat katil then nurse tanya ada rasa sakit tak.Sah2 la saya memang tak rasa sakit langsung.Lepas tuh perut kena pasang alat yang pantau dengupan jantung baby.Rasanyalah!Lepas tu datang satu nurse cakap nak periksa bukaan.Ah!Waktu ni saya baru start panik.Oh!Tidak!!!Sekali nurse tu nak check saya tutup rapat peha sehingga 2 orang nurse terpaksa pujuk saya sambil cakap tak sakit.Sekali dia nak masuk jari terus saya tepis tangan dia.So diorang bagi saya masa tenangkan diri.Waktu ni saya tidak fikir apa dah.Serious sakit!Itu pun ada hati nurse tu cakap nak masukkan dua jari.Don't you dare!Kali kedua cubaan masih tidak berjaya dan saya jerit sakit.Tak sure samada saya betul2 sakit atau dah mula start panik waktu tu.Bayangkan 3 orang nurse pujuk saya waktu tu.Last2 saya dengar nurse cakap dengan doktor dan dialog dia lebih kurang macam ni "Doktor,Umi tak bagi saya check jalan.Jadi saya tak tahu berapa bukaan dia".Apa ingat ni JKR ke nak check2 jalan.Hehehe!Sempat lagi aku melawak.Ambik kau,last doktor masuk daa!Nampak jer muka doktor,saya makin la panik then boleh pulak bagi doktor check.Senyum jer doktor tuh then dia terus keluar tanpa beritahu nurse berapa bukaan saya waktu tu.Terpaksa nurse call then saya dengar that time bukaan baru 1 cm.Sempat tanya nurse,"Abis tuh nurse nak tunggu sampai berapa?", then nurse jawab "10 cm sayang.Sekarang baru 1 cm.Ada 9 cm lagi".Arghh!Habislah saya.Sorang nurse tu cakap saya mungkin dapat bersalin samada petang atau malam.Lepas tu nurse datang then bagitau yang tangan sebelah kiri dia nak inject sebab nak masukkan ubat katanya."Sempat nurse tuh cakap,"Umi tahan sikit yer".Mungkin dia beranggapan saya jenis yang tidak tahan sakit.Tidak lama selepas dimasukkan ubat saya mula rasa kontraksi.Mula2 sikit lama2 sakit sikit.Lepas tu nurse tuh cakap nak tambah dari 3 titik jadi 5 titik.Saya bantai angguk jer la sebab sah2 tak faham pun apa yang dari 3 jadi 5 tu.Tapi lepas nurse tuh adjust jadi 5 titik tuh kontraksi makin kuat.Waktu tu sakit yang saya rasa memang tak dapat nak describe.Waktu ini juga saya sudah diberi bantuan oksigen.Oksigen luar dah tak cukup dah.Rasa macam lubang hidung dah cukup besar.Hehehe!Hati dah mula meruntum pilu sebab husband tiada disisi.Waktu tu dia ngah sibuk carik tiket nak balik ke Terengganu dari Port Dickson.Hampir2 dia nak balik dengan kereta cute dia tuh namun saya melarang keras sebab saya tahu dia panik waktu itu.Malangnya tiket flight yang ada cuma pada jam 8.55 malam.Saya terus hampa!Sob!Sob!

Berbalik pada sakit tadi,Ya Allah!mengucap panjang saya.Saya terus baca ayat Kursi.Ayat Kursi berselang seli dgn surah Nabi Nuh yang cuba keluar dari perut ikan paus.Ayat memohon pertolongan dari Allah swt.Waktu tu sakit memang tak tertahan.Sakit datang selang 5 minit.Makin lama makin kerap.Saya cuba tidur namun kalau dah sah sakit orang suakan berlian Habib Jewel pun sah2 tolak macam tu jer.Mula2 saya mintak bantal lembut dari nurse.Nurse yang baik hati terus bawakan bantal lembut kecik selesa betul letak tepi kepala.Tapi bila sakit datang,ambik selesa dah tak rasa dah.Sakit makin menyengat habis benda saya nak pegang.Dari tangan kakak ipar,tangan nurse sampai besi katil,last2 rasa besi yang sangkut air ubat tuh pun rasa macam nak capai sekali.Saya demand lagi nurse suh urut dekat belakang atas sikit dari pinggul.Bila nurse urut rasa lega kejap,tapi bila sakit datang saya sebut Ya Allah kenapa sakit sangat ni!Pastu nurse tu pujuk saya supaya mengucap dan jangan bersungut macam tu tak elok.Dalam sakit yang tak tertahan tu saya dah start merapu mintak dibedah sahaja.Tapi nurse sempat melawak dekat saya dan masih tergiang ayat nurse tu sambil gerakkan 2 jari dia macam comel jer.Nurse tuh suruh saya buat pilihan samada nak sakit lama atau nak sakit sekejap.Sakit lama bermakna operation dan sakit sekejap adalah bersalin secara normal.Terdiam saya sekejap.Nurse tu pujuk lagi saya supaya kuatkan semangat dan fikir benda yang manis jer.Fikir waktu saya pergi honeymoon dengan husband waktu mula2 kahwin(masalahnya tak sempat pergi pon tapi tak beritahu nurse sbb malu!Kekeke!) dan dia suh fikir bahagianya bila tengok baby dah keluar nanti.Dah sakit yang amat ni saya pulak panggil nurse suruh dia check bukaan.Saya cakap nak cucuk2 la jari tu.Dah tak kisah dah!Dah nekad.You jump,I jump!Eh!Kesitu pulak.

Dalam duk mengerang-ngerang sakit tu sempat tanya nurse bila doktor nak datang.Dah tak tahan sesangat dah ni.Nurse told me doktor akan datang pukul 10 pagi sebab sekarang dia tengah ada patient lain.Adoi!Dalam diam saya try push sendiri dengan harapan anak cepat2 turun bawah.Bahaya ni sebab buat teori sendiri!Jam pukul 10 saya jerit2 suruh nurse panggilkan doktor.Kakak ipar dari tadi setia menenangkan saya yang dan tak tentu hala.Doktor masuk then check saya pastuh dia senyum bagitau kakak ipar saya yang rambut baby dah boleh nampak.So that's mean masa untuk bersalin dah tak lama dah.Tapi waktu tuh sempat pulak saya perasan yang Dr Yusuf dah salin baju.Tadi waktu check bukaan rahim dia pakai jeans dengan shirt tapi skang dah pakai seluar slack,kemeja siap tie lagi.Eh!Sempat pulak Kiah ni perasan!Magic2!Akhirnya waktu yang dinantikan tiba.Maka tibalah waktu untuk meneran.Push mummy!Push!Push kali pertama,rasa macam nak terberak jer.Sempat lagi pikir kalau keluar tutt** malu aku.Isk!Tapi that time saya terangkat punggung.Lembut jer suara doktor cakap "Umi,jangan angkat punggung".Hehehe!Namun oleh kerana degil jugak maka 2 orang nurse tu pun ikat kaki saya tepi katil.Ambik ko!Terus duduk statik jer takleh move langsung.Tapi satu yang pelik waktu saya lepas meneran kali pertama,tiba2 boleh terlelap,pastuh dengar suara nurse suruh buka mata jangan tidur.Doktor suruh meneran kali kedua,kali ni saya tekad.Saya tutup mata kuat2,then mengucap mohon pertolongan dariNya dan waktu tu macam2 saya bayangkan.Apa yang cukup jelas waktu tu wajah suami.Then saya tekad dah waktu tu cuma fikir sakit ni akan hilang bila baby keluar so saya push,pegang kuat2 besi tepi katil tuh then tak lama rasa macam panas jer kat bawah.Sakit automatik hilang dan bila saya buka mata saya nampak baby dah ada dekat atas perut saya.Waktu tu semua orang lega sebab sepanjang proses kelahiran tu rasanya bilik tu macam meriah giler dengan suara nurse yang jerit2 bagi semangat kat saya.Apa yang tak boleh lupa bila nurse buat lawak siap tanya saya "Doktor nampak hensemkan hari ni?".Hehehe.Waktu tu lepas kali pertama saya meneran.Sempat lagi saya gelak walau tahan sakit.Namun apa yang saya tidak dapat lupa adalah,sakit yang saya rasa selama 2 jam lebih boleh hilang serta-merta bila baby dah keluar dari perut.Allah Maha Besar.Mengucap panjang saya.Damia lahir tepat jam 10.50 pagi tu juga.Hanya lebih kurang 2 jam lebih saya menahan sakit.Doktor tunjuk kondisi anak dan lepas tuh godek2 si Damia tu barulah dengar dia menangis.Saya waktu tuh tak mampu nak menangis.Tubuh totally penat sangat2 then saya mintak kat nurse untuk tidur.Lepas cium Damia,saya terus tidur sementara tunggu nurse datang bersihkan saya dan bawa ke bilik lain.Sebelum tu call husband sementara doktor sibuk duk jahit saya.So macam biasa,phone non stop la berbunyi selepas tu.Cerita my parents pulak,diorang terus bertolak balik dan sah2 diorang just pergi tidur jer kat Kedah tu dan my mum terpaksalah melupakan keseronokan bershopping di Langkawi.sorry mum!Next time ok?
Maka sehingga harini saya still macam tak percaya saya sudah mendakap tubuh kecil yang selama 9 bulan duduk didalam perut comel ni.Hehehe!Rasa macam terbayang-bayang lagi saat air ketuban pecah dan riuh rendah dilabor room.Apapun,terima kasih pada semua dan syukur pada Yang Maha Esa atas kurniaan yang tidak terhingga ini.Dari jam 6.30 pagi saya menjadi wanita yang cukup kental tapi start pukul 9 malam dan tukar jadik minah manja giler.Hahaha!Nak tahu kenapa?Mestilah sebab that time my husband baru sampai kehospital setelah my dad jemput dari airport dengan muka dia macam penat gile dan bawa beg isi baju macam sebulan nak stay kat Terengganu.Walau husband cuma sempat jaga saya lebih kurang seminggu namun saya puas hati sangat2.Seminggu sudah cukup dapat merasai diri macam puteri raja,makan kat atas katil,mandi orang siapkan,anak mak jaga.Keje I tidur jer.Pergh!Heaven.Hahaha!

*Nota kaki:Misi a.k.a nurse / midwife

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You