Pesta konvo UMT 2011~

Minggu yang amat sibuk sampai tak tahu nak describe lagu mana.Banyak benda nak kena settle.Assignment yg dah kena start kena buat,this week dah masuk minggu keempat,minggu satu lagi dah start 1st test,adoi!mana satu aku nak start dulu ni.Stress,stress,stress.Dah la this sem subject agak susah.Oh!Mengeluh lagi.Walau apa pun,jom layan sekitar Pesta Konvo UMT 2011.This year aku participate since aku merupakan setiusaha club,sila gelak guling-guling sekarang.Kata setiusaha,mesti busy jugakkan?hehehe!busy buat2 ada la.Busy kacau orang.Minit mesyuarat tak siap2 lagi.Hohoho!Dan untuk tahun ni,melalui undian kitorg dapat gerai komersial so xleh jual food la.Maka apa yg dijual adalah bunga (standard konvo),accesories,tudung,tupperware dan yg sewaktu dgnnya.

                                                         

Pic atas ni hari pertama start berniaga.Pesta ni berlangsung 3 hari dan untuk 1st day gerai x full lagi dgn brg since banyak lagi barang yg belum sampai.Tapi dari segi pengunjung tu kiranya so-so je la.Kata 1st day kan.Dua makhluk tu,eh,3,Sarima (yg buat peace-standard gaya bila amik gambar.Hehehe!Jangan marah!),Francesca (betol ke tak aku eja nama kau),yg belakang tu tak tau but both of them adalah International Student from China.  


                                                                                                                                                                                                


Dua ni boleh jadik model tudung.Yang tunjuk peace jugak tu si Paan dan satu lagi kemain gaya siap tangan kat pinggang tu si Aisyah.Comel la baju you.Hihihi!Dan kalau ikut sbnrnya ramai lagi yg terlibat cuma waktu ni bukan shift diorang dan kalau ikutkan juga bukan shift aku jugak tapi seperti biasa suka hati je nak datang bila.Hehehe!Harap korang tak marah yerk.Nak buat macam mana kita ada anak kecik kat rumah.Sigh!Alasan lagik.




Kumbang yang satu tu adalah presiden club.Diulang presiden club.Ewah2!Kemain kau yer pesan kat kitorang suruh pakai baju korporat tapi kau siap berselipar bagai.*Keluar api ikut hidung.Waktu ni baru betul2 nampak macam gerai.Nampak penuh.Pic ni adalah 2nd day berniaga.

Dan ini 3 kuntum bunga la.Ari,akak and Shamira.Kemain aku senyum.Nampak suci gitu tapi untuk 2nd day ni aku dh malas nak pakai baju formal.1st day aku siap berkebaya bagai.Tak larat ah.Berpeluh ketiak aku.Dan untuk 2nd day ni jualan pun agak bagus.

Actually byk lagi pic malam terakhir Pesta Konvo UMT ni tapi entah macam mana aku lupa pulak aku dah save kat mana.Sayang sbb tu semua pic geng2 satu kepala si Ecah dan Ain.Rugi pulak tak ada pic kita berjimba malam terakhir yang ada si Dafi tu walau bukan big fan tapi gigih nak tgk jugak macam mana la rupa si Dafi AF tu secara life.Baekkkkk punya! bukan maksud dia tu hensem tahap sila pengsan sekarang tapi pada aku so-so je la (sesedap hati je letak rating kat orang).Hehehe!Pada yang die hard fan tu,jangan la pulak marahkan gue.I just want to be honest.Iya la kalau dah nyanyi lagu Justin Bieber,Oh!Baby,baby,baby tu kelaut,korang faham2 je la yer.Hahaha!Aku tak tengok sbb cabut awal anak ngantuk nak tido plus hujan renyai2 risau lak aku anak demam ke apa plus esoknya ada kelas.Tak kuasa aku skip kelas hanya sbb penat smalaman stay layan dgr si Dafi Baekkkk Punya tu nyanyi.Tak kuasa la mak!!!

Tapi apapun,Pesta Konvo UMT untuk Kelab Pengguna mmg berjaya.Chaiyok la kepada semua AJK dan tak berapa chaiyok untuk aku yang tak settle2 lagi report.Ampun Ya Ewannn!!!Huhuhuhu!

Sodap!

Cerita dalam kelas Service Marketing.

Lecturer:Which one do u prefer,dining at the restaurant or just take away? (dia bagi contoh western food restaurant)

Jawapan aku....

Aku:I prefer take away sir.

Lecturer:Why?

Senyum jer tapi tak jawab soalan dia sebab dah jawab dalam hati.Hahahaha!

Jawapan aku adalah,kalau bungkus steak bwk balik makan kat rumah,kau boleh makan guna tangan.Takyah bersusah payah pisau,garfu bagaikan?Hehehe!Kalau dah Melayu makan budu tu kan,payah tau nak tune gaya western ni.Minah kampung la katakan.Takleh lari punyalah.Hihihi!

Cuba bayangkan.....................giler heaven layan steak guna tangan.Nak lagi heaven kau duduk bersila depan tv,makan sambil layan cd Desperate Housewives.Ini adalah habit yg mampu buat abah aku naik darah.Tak ikut peraturan katanya.Hahaha!Makan harus kat meja mkn.Memandangkan aku ni selalu suka langgar arahan,rebel la konon,aku buat derk jer.Muahahahahaha!

Image!Yahoo.


Bila anak cuba sekolahkan mak

Waktu ni aku satu family dalam kereta baru balik dari rumah mertua.Dekat nak masuk pintu pagar rumah aku nampak seekor kucing lepas tu terus mention kat Damia.

Aku:Damia,tu kucing.
Damia:Hoh!Yeoww,yeoww..

Hari lain kat dalam kereta jugak,tetiba ada seekor kucing melintas.

Aku:Damia,yeoww,yeoww!
Damia:Hoh!Cat (sambil angkat2 tangan)

Hurm....yelah nak.Suka hati kau je la nak sebut apa.Bonda asyik salah je : (

Image yahoo!

Kata dia~

Kata dia baju yang dia pakai ni,TIDAK KETERLALUAN.Apa yang bermain kat dalam kepala otak aku pulak,"Abis kalau yang keterlaluan tu baju yang lagu mana pulak?Yang half naked or just tutup tuuut tu je kot".

Mari amalkan gaya hidup sihat : )

Sejajar menyahut seruan kerajaan bagi mengurangkan jumlah orang yang obesiti kat Malaysia ni,maka aku pun mula mengamalkan gaya pemakanan sihat.Baru mula ok dan bukan dah lama dulu amal.Huhuhu.Jadi mulai sekarang please SAY NO to nasi lemak,nasi minyak,pulut kuning,nasi kuning,laksam,laksa,roti canai....jap!* lap air liur...sigh! Oh!Tuhan.Semua sedapppppppp.

Pang!Pulang kepangkal jalan semula.Lupakanlah semua diatas andai tidak mahu segala lelemak jahat tersebut berkumpul dengan penuh riang ria didalam badan sbb nak bakar dia balik adalah bukan satu perkara mudah dan ia tidak semudah membakar kek didalam oven.Sila lihat diri sendiri adakah kita ini seorang yg rajin membuat exercise atau tidak.Kalau setakat lari setempat pun kau malas dan lebih prefer berbungkus baring atas katil (tidur mmg heaven) maka sila sedar diri sekarang kat mana tahap kita.Cakap kosong tak guna kerana ia harus ada usaha.

Dan usaha pertama aku adalah dengan menukar menu breakfast yang lazat tersebut kepada yg lazat juga cuma lambat sikit la time disuap ke mulut tu.Maklum la,ibarat cinta beralih arah,time nak serasi tu memang ambik masa sikit.Heh!

Dan satu tips yg aku nak kongsi dan tak kira la andai tips ni dah lebih 80% rakyat Malaysia dah sedia maklum tapi aku nak bagitahu jugak memandangkan ini blog aku maka suka hati aku la nak tulis apa (ada unsur riak disitu-bajet femes).Hihihi!

Tipsnya adalah,jangan sesekali skip breakfast kecuali kau berpuasa itupun kalau puasa jangan sesekali skip sahur walau susah macam mana sekalipun nak bangun,tolong la gagahkan diri untuk bangun jugak walau aku tahu kebanyakan korang mesti dah standby satu botol air tepi kepala katil.Eh!Macam pernah buat jer.Itu memang dasar pemalas kuasa dua.Maknanya kat sini,kalau dah time breakfast,sila la breakfast,time lunch kau lunch dan time kau minum petang,minum la petang dan bukan kumpul sekaligus pastu kau gada time nak dinner dan waktu tu la kau mula la nak melantak macam naga.Memang sangat tak bagus kerana mungkin dikhuatiri perut kau jugak akan terkejut oiii!mak kau!!.Iye la kalau dah semua benda nak sumbat sampai mungkin tak sedar ntah2 apa yg sepatut kau separate takleh makan tapi semua kau nak balun.

Jadi kat sini aku nak kongsi satu resepi breakfast mudah.Since aku ni banyak ter"influence" dengan si Nigella tu kecuali habit selongkar peti malam-malam buta macam dia tu.Apa yg best sgt mkn tengah2 malam taktau la.Itu yg bila masuk sesason seterusnya,mak aiii!badan dia dah macam dipam2,lagi la tang breast tu.Takyah gigih nak implant la nok.Semulajadi mekar sejajar dengan pertambahan lemak dia.Jadi just tiru cara dia masak je yer,bab selongkar peti lepas suami tidur tu tak bagus.Hukhukhuk!Mak tak suka.Nanti tetiba nafas bau tuna,takut makin kurang pulak populasi manusia karang.Hehehe!

Bread with tuna and cheddar cheese pelangi petang (Wah! nama resepi takmau kalah)
4 keping roti (potong dua-lagi best buang tepi)
Tuna
Lada benggala bukan lada beli dengan bangla (potong dadu)
Tomato (potong dadu)
Bawang besar (potong dadu)
Serbuk lada hitam (tabur last sekali)
Olive oil (pun letak last sekali)

Cara-cara buat:

Susun roti dalam loyang (sapukan dulu butter)
Tuna hancurkan pastu gaul dgn sedikit perahan lemon nak bagi kurang rasa hanyir (kalau nak letak mayonis pun ok tp rasa mcm tak bagus sgt.Tak ada pun best juga rasa tuna tu)
Letak tuna atas roti
Tabur lada benggala,tomato dan bawang atas roti
Tabur cheddar cheese (ala2 nak buat pizza)
Last sekali tabur serbuk black pepper then masuk dalam oven
Aku guna suhu 150,bakar selama 30 minit.Done

Serve dengan tea O letak daun pudina (heaven!).Ini baru mix culture.Hehehe!Kata baru lepas belajar International Marketing<< x ada kena mengena.

Segar dari ladang eh! bukan.Segar dari oven.Ini lepas dibaked dengan jayanya.


Lepas tu pandai2 la cari balik line roti tu.Hehehe!Ini dah lepas dileraikan satu2.



Tunggu apa lagi.Ngap la!Cicah sos cili lagi sodap!Selamat mencuba Jah resepi baru aku nih!
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me