Mari amalkan gaya hidup sihat : )

Sejajar menyahut seruan kerajaan bagi mengurangkan jumlah orang yang obesiti kat Malaysia ni,maka aku pun mula mengamalkan gaya pemakanan sihat.Baru mula ok dan bukan dah lama dulu amal.Huhuhu.Jadi mulai sekarang please SAY NO to nasi lemak,nasi minyak,pulut kuning,nasi kuning,laksam,laksa,roti canai....jap!* lap air liur...sigh! Oh!Tuhan.Semua sedapppppppp.

Pang!Pulang kepangkal jalan semula.Lupakanlah semua diatas andai tidak mahu segala lelemak jahat tersebut berkumpul dengan penuh riang ria didalam badan sbb nak bakar dia balik adalah bukan satu perkara mudah dan ia tidak semudah membakar kek didalam oven.Sila lihat diri sendiri adakah kita ini seorang yg rajin membuat exercise atau tidak.Kalau setakat lari setempat pun kau malas dan lebih prefer berbungkus baring atas katil (tidur mmg heaven) maka sila sedar diri sekarang kat mana tahap kita.Cakap kosong tak guna kerana ia harus ada usaha.

Dan usaha pertama aku adalah dengan menukar menu breakfast yang lazat tersebut kepada yg lazat juga cuma lambat sikit la time disuap ke mulut tu.Maklum la,ibarat cinta beralih arah,time nak serasi tu memang ambik masa sikit.Heh!

Dan satu tips yg aku nak kongsi dan tak kira la andai tips ni dah lebih 80% rakyat Malaysia dah sedia maklum tapi aku nak bagitahu jugak memandangkan ini blog aku maka suka hati aku la nak tulis apa (ada unsur riak disitu-bajet femes).Hihihi!

Tipsnya adalah,jangan sesekali skip breakfast kecuali kau berpuasa itupun kalau puasa jangan sesekali skip sahur walau susah macam mana sekalipun nak bangun,tolong la gagahkan diri untuk bangun jugak walau aku tahu kebanyakan korang mesti dah standby satu botol air tepi kepala katil.Eh!Macam pernah buat jer.Itu memang dasar pemalas kuasa dua.Maknanya kat sini,kalau dah time breakfast,sila la breakfast,time lunch kau lunch dan time kau minum petang,minum la petang dan bukan kumpul sekaligus pastu kau gada time nak dinner dan waktu tu la kau mula la nak melantak macam naga.Memang sangat tak bagus kerana mungkin dikhuatiri perut kau jugak akan terkejut oiii!mak kau!!.Iye la kalau dah semua benda nak sumbat sampai mungkin tak sedar ntah2 apa yg sepatut kau separate takleh makan tapi semua kau nak balun.

Jadi kat sini aku nak kongsi satu resepi breakfast mudah.Since aku ni banyak ter"influence" dengan si Nigella tu kecuali habit selongkar peti malam-malam buta macam dia tu.Apa yg best sgt mkn tengah2 malam taktau la.Itu yg bila masuk sesason seterusnya,mak aiii!badan dia dah macam dipam2,lagi la tang breast tu.Takyah gigih nak implant la nok.Semulajadi mekar sejajar dengan pertambahan lemak dia.Jadi just tiru cara dia masak je yer,bab selongkar peti lepas suami tidur tu tak bagus.Hukhukhuk!Mak tak suka.Nanti tetiba nafas bau tuna,takut makin kurang pulak populasi manusia karang.Hehehe!

Bread with tuna and cheddar cheese pelangi petang (Wah! nama resepi takmau kalah)
4 keping roti (potong dua-lagi best buang tepi)
Tuna
Lada benggala bukan lada beli dengan bangla (potong dadu)
Tomato (potong dadu)
Bawang besar (potong dadu)
Serbuk lada hitam (tabur last sekali)
Olive oil (pun letak last sekali)

Cara-cara buat:

Susun roti dalam loyang (sapukan dulu butter)
Tuna hancurkan pastu gaul dgn sedikit perahan lemon nak bagi kurang rasa hanyir (kalau nak letak mayonis pun ok tp rasa mcm tak bagus sgt.Tak ada pun best juga rasa tuna tu)
Letak tuna atas roti
Tabur lada benggala,tomato dan bawang atas roti
Tabur cheddar cheese (ala2 nak buat pizza)
Last sekali tabur serbuk black pepper then masuk dalam oven
Aku guna suhu 150,bakar selama 30 minit.Done

Serve dengan tea O letak daun pudina (heaven!).Ini baru mix culture.Hehehe!Kata baru lepas belajar International Marketing<< x ada kena mengena.

Segar dari ladang eh! bukan.Segar dari oven.Ini lepas dibaked dengan jayanya.


Lepas tu pandai2 la cari balik line roti tu.Hehehe!Ini dah lepas dileraikan satu2.



Tunggu apa lagi.Ngap la!Cicah sos cili lagi sodap!Selamat mencuba Jah resepi baru aku nih!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You