Facebook Oh!Facebook!

Facebook oh! Facebook!Skang ni dah mcm trend dh.Bkn mcm trend dah tp mmg dah trend pun.Ko takde FB ko mmg tak up to date.Hehehe!Sana sini org duk cerita psl FB.Nk cari kwn lama pakai FB,nak cari kwn baru pn pakai FB,nak cari gf/bf,bini/laki,stok geli2,peluang bisnes etc semua pakai FB.Mmg hebatlah penangan FB ni sampai tahap asal on pc je mesti nak bukak FB dulu.Kalau tak bukak sehari mcm tak lengkap pulak hidup.Isk!Dasyat2!

Apa motifff aku ni???!!

Tak adalah.Sebenarnya saja je aku nak tulis sbb aku rasakan yang org kita ni dh salah tanggapan dgn FB ni.Kalau dilihat boleh dikatakan FB ni dh jadik mcm diary bergerak pulak.Sbb aku rajin sket mlm ni,saja aku nak pjgkan bebelan aku ni.

FB sbg medium cari kwn baru,track kwn2 lama,sambungkan balik silaturahim yg lama putus,silap2 boleh buat reunion balik,tmpt berkongsi cerita/idea/nasihat,bisnes,forum bla bla bla-pada aku BAGUS!

Tapi dlm canggih2 tu ada juga beberapa makhluk yg tak berapa nak canggih bila FB ini silap pulak cara implementasi dia.

Tapi ada bagus jugak andai mak cik jual pisang goreng kat umah aku ni ada FB sbb leh aku order pakai FB je.

"Mak cik pisang goreng dua hengget kol pat karang ambik"-canggih siot!

Berbalik pada citer td tak tau la kalau aku je yg perasan atau korang je yang buat2 tak perasan bila:

Situasi utk laki bini - Pada aku setakat nk share cerita psl anak2,newly wed,family,aktiviti etc ok jer nak dilayan cuma bila masuk bab discussion antara laki bini yg pada aku dlm bilik/rumah pun boleh discuss tp nak jugak tanya kat FB.Contohnya,perlukah korang:

1-Tanya laki/bini korang harini nak msk lauk apa/nnt plan bercuti family nak pergi mana bla bla bla-Apa tak ada hp ke?
2-Tanya laki/bini perasaan cinta or asal gaduh jer bising kat FB tp bila baik start la sajak2 syahdu kat FB jugak.Sng je org nk detect kita gaduh laki bini silap jd bahan ketawa org.
3-Perlukah seorg isteri nak inform laki dia outstation/OT balik lmbt kt FB.Tak ke bahaya andai la ada org nk ambik kesempatan dh tahu kita duk sorg2 kat rumah.

Situasi orang keje opis

1-Bosan dgn keje luah kat FB
2-Marah bos luah kat FB
3-Tak dpt cuti benggang dgn bos luah kat FB
4-Bosan staff lain ramai cuti tinggal dia sorg2 kat opis luah kat FB
5-Takleh settle keje sbb diri sendiri kurang bijak luah kat FB-aku sound direct je sbb dr korg sibuk berFB baik korang surf internet cr solution nak settle task korang tuh mcm mana lagi baik
6-Sampaikan bos block FB xleh bukak kat opis pun nak marah luah kat FB-whatdaheck??hahaha

Apa korang keje ni ikhlas ke tidak sebenarnya???Kalau tak ikhlas nasihat aku better quit job jer la.Senang.

Situasi GF/BF

1-Nak kejut gf/bf pun nak pakai FB
2-Nak remind bf/gf pun nak pakai FB

Apa korang takde hp ke yg boleh sms bagai x pun call??Tapi mungkin tak ada la tu kot sbb tu pakai FB (think positive)

3-Sng citer cintan cintun dlm FB la yg kdg2 buat org lain loya tekak baca.

Dan the worst skali tanpa sedar kdg2 niat kita hanya update status nak luah perasaan (kata "what's on your mind?")tapi secara x sedar kita menunjukkan kelemahan diri sendiri dimana org lain boleh take advantage pada kita.Tak ke bahaya tu.

Dan ada juga yg suka tunjuk brg2 yg ada,kete mewah yg ada,umah yg besar gedabak yg ada (sbb umah kwn lain tak sehebat umah sendiri),brg apa yg selalu beli bila g shopping bla bla bla.Iyelah,kwn2 lain tak ada.Time ni la nak riak sikit kan tp bahaya la andai ada tetiba ada yg aim kita kan?Zaman skang ni semua benda kena hati2.Ragut,rompak,ceroboh,bunuh..nauzubillah.

Tapi bila fikir balikkan,aku ni dh jadi mcm org sibuk pulak.Dah page diorg lantak diorg la yg aku nak sibuk tu asal??Betul tak??Aku bkn nak sibuk cuma aku rasa dalam hidup ni pandai2 la beza apa yg patut dgn apa yg tak patut tu.Sbb selama ni yg aku nmpk kebanyakan org lebih suka ikut kepala sendiri dr fikir kesan akan dtg.FB salah satu medium untuk bersosial,so gunalah ia secara berpada2.


Kot ye pun addict sgt jgn la sampai jadi tahap mcm ni *Ihsan google

Owh stress!

Harini agak stress.Kalau rasa apa penyebab rasanya tak terlist sbb esok belum tentu habis.Tapi apa yang pasti aku still lg dalam mode exam.Lagi tinggal satu paper.Paper last ni mmg hardcore.Lagi dua hari sblm nak mengadap paper Managerial Economic.Rasa nk meroyan pun ada jugak nih.Cool!Cool!Tak rock la kalo mengelabah (terapi menyedapkan hati sendiri.Hehehe!).Tapi dlm duk asyik dup dap dup dap tu,sempat lg dtg fikir asal la buku sekolah tuh tak sebest membaca buku kat bawah nih??Kalau la seasyik mengadap buku ni mau Dean's List aku every semester.

Hah!Kalau nak tahu walau umur aku dh 26 tahun tp ni adalah antara fav aku.Baca buku Harry Potter.Berkali2 khatam dah.Abah aku cakap takde kejeeee.Bahasa Melayu lak tuh.Ala..otak yg seharian penat bekerja kadang2 memerlukan sesuatu yg ringan.Baru la rehat sikit.Buku2 sekolah aku semua dlm bahasa omputih.Sbb dari omputih la td exam tiba2 dtg dwibahasa tergagap-gagap aku nak menulis last2 aku campur dua bahasa,Melayu/English nasib tak tetiba keluar Arab.Lagi haru you.Sah2 laju jer tangan lecturer campak paper aku tu terbang masuk tong sampah.Tetiba lak terfikir,"Boleh ke buat dwibahasa mcm tu???".Lantak ah.Brg yg lepas usah dikenang (terapi diri yang ke 2.Hukhuk!)

Berbalik pd buku td,ini bkn nak promote,tapi just nak gtau sbnrnya buku2 ni amatlah best kalau baca time makan nasik.Mesti korang tertanya2 apa kena mengenanya baca buku ni dgn mkn nasik??Takde kena mengena sbnrnya cuma just nak gtau cambest jer la untuk aku.Tapi pada aku ok apa kalau nak compare ngan akak aku yang pernah baca buku sejarah form 4 time makan nasik.Tu lagi psycho.Hahaha!

Bercerita bab Harry Potter ni aku ni sememangnya peminat setia la dari siri 1 lagi sampai siap mimpi2 tu daftar masuk sekolah Hogwart.Tapi tu kisah dulu.Kisah sblm aku jadik mak Damia.Tapikan kalau la andainya sekolah lagu tu ada la kat Mesia ni dan aku leh grad sampai boleh jadi ahli sihir hebat mcm Prof Dumbledore tu,aku ingat aku nak sihirkan kete laki aku tu la kasik tukar jadi Bentley lak.Fuhh!!Tingginya cita2.Tak tercapai akalmu.Hahaha!

Tapi apa yang saya inginkan tekankan disini adalah,MEMBACA ADALAH AMALAN MULIA.So marilah membaca.Dan2 tukar jadik saya.

Stress yang seterusnya adalah berkait rapat dgn anakanda tercinta pula.Harini adalah julung2 kalinya tinggalkan dia dgn akak ipar aku.Sbbnya,mak aku dgn abah aku nak pergi mkn angin jd LU PIKIR LA SENDIRI! (ala Nabil pun xleh fikir sendiri.Hahaha!Merujuk gosip dlm paper semalam.Sempat lg selit!Selingan jap!)

Bayangkan aku jwb exam sambil kepala ingat anak.Menangiskah dia?Histeria ke dia?Atau sipi2 sikit jerk lagik nak meroyan??Sampai terganggu konsentrasi aku nk menjawab (padahal takleh jwb soalan essay tiba2 cari alasan)Hehehe!Time balik aku drive macam lipas kudung balik rumah.Tiba sampai kat rumah,report yg diterima,anak aku tu happy jer sebenarnya time aku takde.Tak menangis pun tp aku jer yang mengada lebih risau bagai.Chait!Tapi risau  yang lain adalah risau pada hobi anak sendiri yg amat gemar mengutip benda2 asing yang kalau mata kita tak perasan pun tapi dia nampak.Yang tensionnya,semua nak masuk mulut.Itu la yg cukup aku risau sbb baru2 ni dia ada try mkn sarang anai2 celah pintu.Jilat tayar basikal tu toksah nk citer la.Tu belum campur dgn sesi merasa lantai perisa apa.Tolonglah Damia!Ur mom teramatlah letih nk mengorek mulut anda yg skang ni dah pandai gigit la pulak.Sabor jer la!

Ini baru dikatakan jalan2 cari makan bukan tapi carik pasal sebenarnya nih ini budak!

Sasaran dikenalpasti.Takde keje lain.Menyelit jer mana2 yang boleh selit!Ini mesti ada benda yg dia nmpk la ni.Usaha juga nk korek.

Buah hati pengarang jantung gue!Rilek jer kau yer time bonda tiada dirumah.Kalau bonda ada,5 minit sekali kau meraung mintak dukung mintak nenen!Adui!Sabor jer la.....

Birthday Amani!

Harini birthday anak sedara I
Plan last minute so preparation pun laksana pekerjaan last minute juga la
Pikir2 punya pikir...buat chocolate cake la
Kata "tokey" dah sekarang
Masuk sana tambah sini kacau sinun
Tung...tang..tung...tang...
Inilah hasilnya air tangan kite

Letak huruf "A" je sbb nama birthday girl harini Amani...
Memang dasar mak sedare pemalas..
Penat dowh!Anak tak sehat..semalamam tak cukup tido
Ok la..kalau Secret Recipe tgk ni mau nangis nih!Hehehe!


So let's celebrate...jemputan tak ramai pun...maklum la majlis ala kadar jer pun.Menu harituh Pasta Creamy Carbonara,Salad,Sandwich Telur,Keropok Lekor (x leh tinggal),pencuci mulut - Buah Nangka???? sungguh tak relate dgn menu lain yg ala2 western gitu.Hahaha!Lantak la.Janji majlis jalan.Hohoho!

Niat azam tahun baru Part 1

Tinggal 2 bulan jer lagi umur dah nak masuk 18 ops silap 2*.Hehehe!Birthday aku jatuh time tahun baru.Jadi kena start buat list azam tahun baru la ni.Tapi satu yang aku aim adalah untuk belajar hukum tajwid semula.***Serious

Tapi perangai dok lagu tu juga.....

Haritu ada sembang dgn abah..

Aku:    Bila la orang nak start belaja hukum tajwid ni.Nak mengaji balik,betul bacaan.
Abah:  Tunggu awal tahun ni la.Tahun baru.
Aku:    Mengaji pon kena tunggu tahun baru jugak?
Abah:  Yelah.Apa mu ingat time orang nok pasang azam je nok tunggu tahun baru?
Aku:    Hek eleh!
(*Abah aku mmg boleh jadi makhluk paling poyo kalau kena hari dia macam citer minggu lepas waktu OTW aku nak p final MIS)

Abah:  Abah bila doh pencen nanti abah tak mboh apa2 pun dari mu semua.

Aku berpaling pandang sayu kat wajah abah aku.Serious aku rasa sayu giler time tu.Rasa nak nangis pun ada.

Beberapa minit dia diam,dia sambung balik.

Abah: Cuma satu jer abah mitok...
Aku:   Apa dia? (slow je nada aku)
-
-
-
-
-
-
Abah: Mu beli abah Volkswagen Golf sebijik orait gok.Takat nok round pusing kampung petang2.

Dah..dah..buang karan jer aku emo tadi...Terus juling mata aku...kena p buat balancing balik nih!Hadui!

Test..test..test

Sebenarnya aku tak ada apa nak citer pun krn ia adalah sekadar menge'test' kemampuan diri yg agak kejakunan bila mana org lain dh lama gile update blog pakai handphone bkn hand free tp aku harini br nak cuba alang2 dpt wireless free kat UMT nih.I like.
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me