Nikmat sihat apabila sakit

Apabila diuji dengan sakit waktu itu barulah merindui nikmatnya hidup ketika sihat.

Ok.I'm on medication now for a 6 days until the next appointment.Itu kalau x recover la.Alhamdulillah dugaan dari Allah.

Sakit kita ni ada kaitan dengan allergic lepas tu boleh pulak lupa nak berpantang sikit makan tu.Semalam kemain pulun nasi dagang ikan tongkol dan bila balik rumah,masha Allah,hazabnya.

Dan membawa ke hari ini sampai serious takde mood terus nak masak.Semalam sbb tak leh nak tidur,berjaga la sampai sempat buat kuih kasui/kaswi/tepung kapur my fav.Penangan takleh tidur.Tidur lepas Subuh tp disebabkan Subuh jam 3.30 pagi so tetap la bangun jam 8 pagi.

Settle hal rumah petang sikit suami ajak keluar pergi beli barang.Actually sekarang ni masih lagi Spring tp cuaca panasnya dah mcm Summer.

Balik dari kedai survey barang (survey dulu,esok baru beli) jam dah nak masuk kol 5 dan alang2 kami kat area Mt Gravatt,terus la ke Malaysia Makanan Restaurant.

Takmau order something yg berkaitan demgan seafood so I order Chinese Fried Rice dgn Chicken Butter Honey.Kalau x sakit mmg dah order tomyam campur,butter prawn dengan kangkung goreng belacan dah.All time favorite.

Tapi td ada warning hailstones mcm last time.Nasib x besar2 sgt batunya tp kelam-kabut jugak la orang nak selamatkan kereta kan.Kami pulak layan perasaan dalam kedai siap tukar meja sbb I sungguh la ngeri tengok kilat yang memancar.Sangat la menakutkan. 


Iru je la citer harini.Muahahah.Bosan dak?

Summer 2015

Heat wave.Kat sini sekarang panasnya buat rasa bersyukur pulak dengan panas di Malaysia.Betul.Hehehe.Panas kat sini ya ampun.Tak tau la nak cakap mcm mana.Berlapis dah rasa sunscreen tepek setiap kali keluar.

Ini antara makanan di musim hangat ini iaitu Summer Im not in Love.Muahaha!

Sirap bandung bersama biji selasih dan avocado.Nak sedap lagi masuk la buah kabung dan nata de coco whatsoever tu.Sejukkan dulu lepas tu ngap.Sedap.😝😝😝😝

Jacaranda

Dipenghujung musim bunga si ungu ini akan mula berputik maka dikiri kanan jalan kita akan dihidangkan dengan pandangan ungu ini.Cantik.Yea,sangatlah cantik.Subhanallah.Indahnya ciptaanNYA dan bersyukur juga dapat menikmati secara real pengalaman berbeza ini.Alhamdulillah.

Kelibat ungu yang cantik menghiburkan hati.Bagi hati dan perasaan ini lebih berbunga-bunga.Hidup diperantaun kena la pandai sesuai keadaan.Tambahan kami bukan datang belajar dimana kita diberi jangka masa tertentu dan apabila selesai,pulang ketanah air.Maka hari ini, I live my life to the fullest.

Selepas siri terasa dikhianti oleh orang yang kita banyak bantu.Kikikiki,aku kini jadi makin kuat.Makin kuat dari segi apa?Dulu kalau nak buat apa mesti nak fikir diorang.Nak juga dahulukan diorang.Nak jugak tala muka kat diorang.End up bukan diorang appreciate pun.Kikikiki.Dan iya la,dah kena sekali buat apa nak tunggu lagi.Dan aku pun move on.Aku cari circle aku sendiri dan aku tinggalkan mereka.Buat apa berkawan dengan orang yang tidak reti menghargai.Paling teruk,mereka sakit hati jika kami lebih dari mereka.Dan apa mereka buat,mula melaga-lagakan kami,bg nasihat yg sangat la buat kami down (pernah dapat nasihat bg down?Selalu orang nasihat suruh positive).Hahaha!Lepas tu paling worst sekali sekarang baru kami sedar suami isteri ni mmg banyak dah kencing kami.Hahaha!Diorang ni banyak menipu dan ambil kesempatan.Bodohnya kami selama ni.Tapi takpe la.At least disaat tengah menaip ni aku dah mula bijak sikit dah.Hihihi!Dan apa aku buat,tinggalkan mereka.

Dan alhamdulillah,barulah aku sedar rupanya lagi ramai manusia yang ikhlas nak berkawan dengan kita.Doa kami cukup la sekali ini sahaja kami mendapat kawan yang buat baik dekat kita hanya sebab mereka nak sesuatu dari kita.Kalau diorang senang diorang tak layan pun kita.Datang pada kita dengan muka fake konon ikhlas walhal dalam diam khianat.Diorang ni adalah orang paling manis waktu perlukan bantuan kita dan mereka boleh bertukar menjadi orang paling kelat waktu kita pula yang memerlukan bantuan.Dan sekarang bila kami dah sedar,please get lost!Bukan kami ni terumbang-ambing tanpa kamu.Dan kerana itu kami tak rasa kesal dengan tindakan kami menjauhkan diri dari mereka.

Tinggalkan orang yang berjanji tapi mungkir.
Tinggalkan orang yang sakit hati melihat kamu lebih dari dia.
Tinggalkan orang yang suka berbohong dengan kita.
Tinggalkan orang yang sangat mementingkan diri sendiri.
Tinggalkan orang yang suka bermegah2 (cakap besar,bangga diri)
Tinggalkan orang yang tiada sensitiviti (cakap lepas takde rasa nak jaga hati orang ke apa)
Tinggalkan orang yang suka ambik kesempatan diatas kebaikan yang kamu lakukan.


Pic ni aku ambik dekat area UQ (University of Queensland).Sepanjang jalan ada pokok ni.Belum amik kat dalam campus UQ lagi.Laaaaagi banyak.Sangat cantik.Ni pun gambar awal2 bunga ni berkembang.Kalau sekarang lagi cantik sbb dia dah start gugur jdnya kat tanah pun nampak ungu jugak.
 

Dan haritu aku bawak si kecil TDS ni je.TND pergi kelas KAFA.Sempat la mak dia nak bergambar sekeping dua buat kenangan.Hihihi.Ni aku pergi dengan partner in crime (mmg betul2 makhluk satu kepala la).Dah la dia buat PhD dan aku ni dah jd geng tempat nak hilang stress.Muahahaha!Geng luah perasaan,geng mengopi & geng shopping.Semua jalan.Hahaha!

See?Kau dilukai orang yang kau kenal hampir 8 tahun lamanya tp kau dihargai orang yang kau baru kenal lebih kurang setahun lebih.


Belanja pic tuan tanah.Ini selepas kami balik dari usrah.Kat sini usrah every two weeks.Dan haritu dibuat kat Toowong Public Library sbb ada jemput seorang non muslim (before) yang convert to Islam dan dia menceritakan perjalanan hidup dia hingga memilih untuk memeluk Islam.Very inspiring sampai kami nangis2 dalam dewan tu sepanjang talk dia.

May Allah swt bless you Sis Khadeeja.

You see?Jangan jadikan kawan yang buruk sebagai halangan pada kita untuk bahagia.Tak perlu sedih pun hilang mereka biar la usia persahabatan banyak tahun pun.Tak guna juga pertahan kalau tiada keikhlasan.Dan apabila berlaku perkara begini,aku akan lihat diriku.Aku renung mungkin aku juga ada salah.Kalau rasa ada salah,ada buruk cuba perbaiki diri.Muhasabah diri.Dan alhamdulillah.Something happen for a reason.Usai sekian lama aku berdoa pada Allah swt agar tunjukkan aku jalan kerana dalam dua tahun ni kami dah rasa mereka ni mcm ada something pelik,dah lama kami terasa hati,rasa annoying tp kami pertahan lagi atas tiket persahabatan hingga tidak terduga Allah swt datangkan satu hal yg menyebabkan aku dengan senang hati dapat melarikan diri dari mereka.Iya la kalau tetiba dingin memang nampak mcm kita la yg jahat sbb suami isteri ni mmg pandai buat cerita (owh menyesalnya aku percaya cerita mereka selama ni rupa-rupanya diorang ni saje je tau nak bg kita benci orang lain).

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Syukur sebab aku dah ada life aku sendiri.Aku bebas nak berkawan dengan sesiapa sahaja yang aku selesa.Aku dah tidak perlukan fikirkan mereka.Kalau tak sebelum ni dalam hati geram tapi tetap layan juga sbb takut sangat kawan kecik hati.Pfffftttt! 

Dan sekarang,syukur dengan kehidupan yang Allah swt bagi.Setiap hariku terasa makin bermakna.Nasihat ayahku,tidak salah kau jauhi orang yang kau tahu dia cuba khianat pada engkau dalam manis kelakuan mereka.

Cerita pagi

Emak tanya anak  

Emak:Harini morning tea nak bwk apa?
Damia:Bowok jeput pisang (Yes anak I pekat sekali loghat Gannunya)
Emak:Truly Asia betuii la mung ni.Ok ke kang kawang2 tanya pulok kuih nape itam ni.
Damia:Kawan2 pun bowok jeput pisang gok gi skoloh.
 
Ooooo baru mak tahu bdk2 aussie makan jugok jeput.Hmmm doh panggil nape.Welcome banana.Muahaha!


Snack sehat kononnya la....

Hi!Taktau la apa nak cakap pasal serangan di Paris tu tp apa yang pasti sesiapa sahaja yang tinggal diluar negara dan negara tersebut bukan negara Islam,sedikit sebanyak ia memberikan sedikit tekanan emosi walau setakat ni selepas beberapa siri serangan yang asyik duk kaitkan orang Islam,kami sekeluarga di bumi kanggaroo ni takde la pernah kena kacau ke apa (mohon dijauhkan.Doa kami supaya sentiasa dibawah lindunganNYA).

Tapi gitu la.Taknak baca orang duk share kat FB.Tak baca karang tertinggal kapal pulak.Jadi I pun follow la jugak perkembangan semasa ni.Yeah!Sedih dengan apa berlaku dan lagi sedih memikirkan bumi Palestin dan Syria yg saban hari bermandi darah tp tak berapa meluas sangat reportnya.Ok malas nak cakap panjang.Ikut suka la apa definisi,pendapat,bla bla bla korang,apa yg penting jangan pernah berhenti berdoa.Ingat tu.The Power of Du'a.

Semalam kononnya nak mencari kudap-kudapan sehat maka gigih pergi Coles.Kenapa cakap sehat?Sebab snacks ni duk kat rak makanan sehat.Ala kat sini selalunya yang stok sehat2 ni haruslah kat rak makanan organic,gluten free bla bla bla.

Serious sedap wehhh tak tipu.Bagus ni.Makanan sehat.


Tapi tak berapa nak sehat jugak la kalau tukang makannya boleh habiskan satu pek besau tu tak sampai dua hari.Muahahahaha!

Hervey Bay QLD 2015 ~ Part 3

On second day at Hervey Bay,kita pergi kepada tujuan asal kami datang kesini iaitu nak tengok ikan paus.Oh!Seumur hidup cheq,cheq just tgk paus ni kat dalam television je tau.Dan harini kita nak tengok kat depan mata.Hihihi.

For whale wathing we can booked online and they also provide a service for pick up.Maknanya tunggu je kat depan motel,so akan datang satu bus datang ambik.No charge.Dan untuk whale watching dia ada dua sesi iaitu diawal pagi sampai tengahari & tengahari sampai petang.I pilih sesi pagi sbb takut sangat panas.Hahaha!

Dan untuk whale watching ada 3 pakej yang ditawarkan dan I amik yg tengah2.Maknnya takde la paling murah dan tak la paling mahal tp I rasa pakej yg I ambil highly recommend.I pulak taktau ada ke tak kalau nak beli melalui groupon atau apa sahaja yg offer pakej lebih murah tp I beli direct je dari website.I choose Tasman Venture and the charge for adult $115 and child $60,si bayi TDS free.Hehehe!Sila calculate sendiri la.


Amik gambar dulu.Time ni kami duk tunggu bus datang pick up.Anak2 punya la excited nak tgk paus.Tp TND la orang cakap paus dia cakap shark.Memana la nak oii!


Meninggalkan port tempat naik tu lebih kurang jam 8.30 pagi dengan cuaca yang sangat la cerah.Tp sedih pulak bila buka FB duk tengok disana sini orang duk updates pasal jerebu tebal.Boat yang kami naik ni nak cakap laju sgt tak jugak tp takde la slow mcm pakej paling murah tu.Jauh giler kot kena tinggal kat belakang.Babai!


Perjalanan nak sampai ke tempat whale ni lebih kurang sejam jugak.Sempat la kami menikmati view,terputus internet (kat tengah laut oiii),tp diorang ada provide free wifi tp tak dapat pun coverage.Coverage mcm biskut chipsmores kejap ada kejap takde.Huish!Takat nak WA lepas la tp FB mmg tak dapek.Dan diorang pun ada jugak sediakan minuman ringan untuk para penumpang yg awal td muka kemain excited tp bila lama sgt perjalanan,sorang2 dah berkerut dah muka memasing.Hahaha!

Akhirnya dikejauhan,kelibat whale sudah kelihatan.Ya Allah terujanya mak tau.Terus standby camera.Bukan I sorang je.Boleh dikatakan semua yg kat dalam boat tu excited.Dari yg awal td muka ngantuk giler,semua segar balik dah.


Memula nampak sayup dikejauhan.Dan boat semakin menghampiri si paus ini.Paus ni dia akan berenang dalam kumpulan tau so takde la istilah forever alone.Kikikiki!Dan dari boat ni sebenarnya ada dipasang alat untuk panggil cik paus ni menghampiri boat.


Dan taukah anda aku skang malas giler nak updates blog dan entry ni ditulis sekian lama,terbantut separuh jalan dan kalau diikutkan byk lagi nak cerita tp aku pendekkan kat sini je la siri tgk paus ni.Muahahaha!Boleh lagu tu.Kikikiki.




There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me