BB1M

Masih lagi tak habis pasal BB1M or baucer buku 1Malaysia.Hehehe!Tadi ntah mana datang Sinar Harian ada kat atas meja kat hall rumah aku dan sah2 bosan duk tunggu Ariey balik dari pasar (sura rumah punya kerja),aku pun belek2 la paper tu.Belek-belek saje tak guna maka harus la baca dan yg buat aku tertarik nak baca dgn bersungguh-sungguh adalah ttg isu BB1M ni la.Jadi kat situ dilaporkan ada sesetengah pelajar yg mengambil kesempatan menjual semula baucer yg diorg dapat tu.Dan yg tulis kat paper tu jumlah yg dijual adalah antara RM150 (yg ni aku boleh terima sbb kurang-kurang dpt diskaun RM50 dah kira banyak la jugak) dan juga dijual pada harga RM200 (dan yg ini aku rasa tak logik.Cuba kau fikir kalau dah baucer tu nilai dia RM200 pastu nak jual pada harga RM200 jugak,apa relevannya?).Ntah betul ntah tidak.Kot-kot memandai je buat cerita.Tapi kalau la betul seperti dikata,hai,baru jadi student dah pandai2 nak sub2 nih,nk dapat untung atas angin,hehehe,nak buat mcm mana.Pengajaran haruslah melalui teladan.

Kalau la tarikh lupus voucher tu sampai akhir tahun logik la jugak kot2 ada insan2 bangang yg kononnya taknak pegang duit cash ke pastu lagi prefer nak baucer dan sbb tu la sanggup beli.Hmm...tak faham aku.Lagi satu katanya nak suruh kerajaan kaji balik pemberian baucer tu supaya diberikan pada yg layak je dan bukan diberikan pada golongan berada.Tapi apa pulak nak dijadikan isu kalau PM tercinta dah inform baucer tu akan diagihkan pada semua pelajar IPTA/IPTS.Memandai je nak ubah-ubah suka hati diorg.Bg statement ikut sedap mulut.Atas ckp lain,bawah ckp lain.Dah macam terlebih sudu dari kuah.Dan aku seperti biasa,dah orang nak bagi,ambik je la selagi tak perlu hadap muka mintak sign JKKK,maka aku harus gigih tuntut apa yg sepatutnya aku dapat.Wah!Ke korang takut sangat sbb mmg sah-sah yg anak-anak pembangkang pun dapat jugak kan?.Hihihi!

Lagi satu waktu nak bagi ni ada fikir atau kaji ke tak bila student tu boleh guna sbb dgr2 aku ada IPTA yg mmg tak sempat nak guna untuk beli buku rujukan sbb tarikh expired baucer tu adalah waktu diorg baru masuk mendaftar.Kalau lagu tu mmg sah2 la sia-sia la baucer kau kalau dah mmg aim nak beli buku rujukan sbb skang ni buku rujukan depends on lecturer.Lain semester lain buku.Tapi ada jugak lecturer yg tak tukar buku tapi sekarang ni mmg mostly lecturer mmg suka tukar2 buku.Nak yg latest edition katanya.Cuma aku ni kira selamat la sbb aku sem depan start 18 Feb.Haih!Ini ikhlas nak bagi ke tak ni?Aku akhiri entry ini dgn seribu satu persoalan.

Kuala Lumpur

Aku berani potong kuku bila tgk tajuk entry orang pasti fikir ni kalau tak entry pasal pergi lawatan ke Kuala Lumpur ni atau mesti nak cerita pasal sejarah Kuala Lumpur.Yea,yea,aku tahu dua-dua tak ada kena mengena tapi jujur cakap kalau bab nak bg tajuk entry aku mmg selalu failed sebagaimana aku failed subjek tuuuuuuuuuuuuuuuut! (censor sbb ngeri kalau bagitahu).

Adoi!Stressnya aku.Tak habis2 dgn stress.Sebelum exam stress,nak exam pun stress,tengah exam pun stress,ni dah habis exam pun stress lagi.Last2 bila fikir balik,apa benda la yg buat aku stress sbnrnya ni?Dan konpem yg tengah baca ni pun mesti tengah stress sama.Maafkan aku sbb dah heret korang sama ke dalam kancah konflik diri aku.Wah!

Okeh!Skang ni aku rasa banyak betul benda kat dalam kepala hotak aku ni sekarang.Plan terbaru  ni pulak next week nak kena turun KL lagi untuk medical check up.Itu yg final la aku rasa yg perlu disettlekan.Rasa lega la juga cuma asal la tak dibuatnya kat sini aje.Aku bukan apa,dengar2 SALE sana still on lagi.Huks!Sempena CNY katanya.Itu yg stress tu bila difikirnya.Hahaha!Laki aku dah warning.Tak perlu nak mengedik sangat nak shopping bagai.Maka start jam ni jugak kena kuatkan mental dan fizikal supaya tak terbayang-bayang akan SALE sana SALE sini tu sbb kalau fikir mesti gagah kaki nak pergi.Hoh!Itu yg memerlukan dua gabungan mental fizikal tu.Harus cekal okeh!

Walau awal2 cebik bibir bila Ariey cakap medical check up kena buat kat KL tapi diam-diam mata bercahaya TING! sbb kat tangan kita ada voucher buku 1Malaysia.Yes!MPH here I come.Dan siapa yg berani nak sound aku sekarang,eleh,tak pro kerajaan tapi sibuk nak ambik voucher bagai memang sila tadah pipi sekarang.Meh aku kasi lempeng sedas dua kat muka tu.Apa kau ingat suami kita tak kena income tax?Hahaha!Suami awak tu yg tak kena income tax tp sibuk nak canang suami gaji ribu-riban pastu buat muka hiba bila tak sempat isi borang untuk dapatkan voucher cash RM500.Apehal!Hihihi!Gelak jahat*

Jadi kalau ikutkan kat borang untuk medical check up tu,dua option je dia bagi.Satu Gleanegles Medical Centre yang dekat Ampang pastu satu lagi aku lupa Icare ke Ice Age tak pun ice cream kot namanya tapi lebih kurang macam tu la bunyinya dan yang tu dekat PJ.Maka kami decide pergi yg PJ tu je la dan sewaktu discuss yg ni tak membawa kepada pergaduhan laki bini sbb masing-masing saling bertolak-ansur,ayat takleh blah dan juga memandangkan kwn Ariey dah buat kat situ jugak dan charge dia pun RM36 untuk seorang.Dengar mcm tu terus senyum sampai telinga tapi bila dengar cost untuk courier benda tu terus bijik mata pusing lawan arah.Series beza giler harganya.

Sambung balik pasal voucher buku tadi pulak,tetiba perasaan jadi berbunga-bunga.Dalam kepala dah mcm-mcm dah fikir ni buku apa nak beli.Tapi kalau buat list mana-mana buku yg jadi idaman hati tu ,mmg confirm lebih la dr nilai yg dibagi tu.Rilek-rilek.Tarik nafas.Hidup jangan tamak.Kita fikir yg mana priority dulu.Hahaha!Priority sangat la.Nak beli buku rujukan mmg kena tunggu bukak sem dulu la.Tapi kalau ikutkan sempat je sbb next sem aku start 18 Feb cuma bdk2 "U" lain yg mengeluh sbb sem diorang bukak je nanti voucher tu dah nak expired.Itu yg ada sampai sanggup jualkan pada orang voucher tu dan itu yg aku rasa apahal pulak kau nak jual sbb bukan dia specifikkan pun dgn voucher tu kau hanya boleh beli buku rujukan sahaja.Ke ada diorang mention tapi aku tak tahu?Rasanya tak ada pulak sbb bdk2 ni cakap nak beli stationery pun boleh.

Dan daripada kau jual voucher tu adalah lebih baik kalau kau guna buat beli buku-buku lain.Beribu buku ada kat kedai tu.Pelik betul aku pada yg fikir singkat sampai sanggup nak jual la,apa la.Kalau rasa benda tu useless sangat,mai sedekah kat aku nih.Hahahaha!Tapi kalau dgn nilai voucher tu buat beli buku Damia mmg banyak la dapat.Huhuhu!Heaven.Jadi tak perlu la anak aku tu nanti rambang2 mata nak pilih buku mana dia nak sbb aku biasanya peruntukkan untuk dia sebuah buku shj tiap kali pergi kedai buku.

Tapi tetiba aku datang cuak.Eh!Memang diorang tak spesifikkan ek buku apa yg patut beli or mmg kena beli buku rujukan je?Kalau dah spesifik buku rujukan je,maknanya aku kena simpan dulu la voucher ni dan next sem je la baru guna tapi niat nak borong buku kat MPH tu masih belum pudar.Trust me.Hahaha!Tak dapat guna voucher,korek tabung pun aku sanggup.Hehehehe!

Dan apa motif aku kat sini nak up sangat entry pasal voucher tu kalau voucher tu boleh guna untuk beli buku lain terus rasa gembira tapi kalau tak dapat guna pun,tetap nak shopping buku jugak.Heh!Dan itu sbbnya tiap entry aku mmg jarang ada penyelesaian jadi sila jgn ambik iktibar dari penulisan aku.Hahahaha!Dan kalau perasan,kejap nak cerita pasal medical check up,pastu kejap masuk bab voucher buku.Sah memang takde keserasian langsung penulisan aku ni.Kalau drama tv cerita main lompat-lompat  lagu nih mmg confirm siapa yg tengok tu mmg akan ada kebarangkalian timbul perasaan terasa nak terajang tv.Ekkk!

Ya,dunia sudah begitu tua

Tadi menonton tv...........rancangan hiburan masa kini
Dalam show tu dijemput dua orang bintang,adik-beradik................katanya
Menyanyi bersama..............dan kata pengacaranya,bapa kepada dua penyanyi ini,sudah pergi mengadap Ilahi
Si bapa punya impian iaitu ingin melihat dua anaknya berduet bersama..........sbb itu yg tidak sempat dilihatnya sewaktu hayatnya
Maka menitislah air mata pengacara dan para penonton
Sedih ok....tapi aku tak sedih pun....sikit pun aku tak sedih...
Hmmm.......tingginya impian seorang bapa untuk melihat dua anaknya menyanyi berduet dipentas
Mungkin anaknya boleh menyanyi lagu tika rasa rindu bapanya....
Selepas dua anak itu selesai menyanyi.............pengacara mohon agar semua yg berada disitu menyedekahkan Al-Fatihah pada arwah..........pandai pulak....
Lepas itu......................aku pulak nangis.Iyalah Senah.Betul cakap kau...dunia dah akhir                          zaman.Woooooooooooooo......sambung tangis aku...zaman sekarang memang orang dah mula ketepikan agama..........

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan                                                                                                                     3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ 
Copy & paste.Saje je nak kongsi sbb rasa interesting : )

Kadang-kadang perlu diluah juga

Aku tak nafi politik Malaysia ni kotor tapi bila dah tengok lagu tu takkan kita nak kelip-kelip mata je tengok.Ayuh laksanakanlah tanggungjawab.Mana yg dah boleh daftar tu,sila daftar.Takyah tunggu-tunggu.Takyah la nak guna statement tak sokong mana-mana walau aku tahu yang jenis macam ni diam-diam selalunya pangkah dacing.Biasa la yg jenis pangkah dacing ni universal.Kalau dalam blog,nak maki diorang punya sekutu mesti guna samaran anon.Tak adanya nak tunjuk diri sebenar.Ada,tapi jarang.Konon tak ada akaun la apa la.Ewwww!Hahaha!Tunjukkan la pendirian kita.Dah kalau rasa UMNO tu bagus,tunjuk la pendirian kau dan bukan lempar batu tapi sorok tangan.Huh!Macam-macam.

Parti politik kat Malaysia ni pun bukan banyak sangat sampai rambang mata nak pilih.Hihihi!.Pilih la apa yang dirasakan terbaik.Contohnya kalau kau rasa parti Kunci tu adalah the best,kau pangkah la.Tetiba  je aku teringat kat Makcik Maimun tu.Dari kecik okeh aku tengok dia kehulu-kehilir dgn basikal dia tapi yg peliknya dia tak pulak tunggang basikal tu.Dia tolak je.Hehehe!Dan seingat aku dia sememangnya sangat berminat dengan politik pastu suka sembang pasal politik dan sambil-sambil tu dia jual kain.Maka politik ni sebenarnya tak terbatas untuk certain usia sahaja sbnrnya dan tak semestinya kau belum layak mengundi maka kau tak boleh nak cakap pasal politik.Itu fikiran orang lemah otak macam JKKK kat kampung aku.Sebut je jawatankuasa kampung,nak tengok batang hidung pun payah tapi cakap pung pang pung pang.Apa tugas pun aku tak tahu la.Kata nak bertemu rakyat marhaen ni?Hehehe!Kau kena pangkah dacing dulu baru dia nak  datang bertandang kot tapi tak jugak rasanya sbb yg belakang rumah aku ni pun orang UMNO jugak tapi bila lumpuh aku tengok bantuan yg sampai dari orang PAS kwsn sini jugak bagi sumbangan kerusi roda.Nak tunggu JKKK tu lambat lagi la pastu baru la pak cik tu nak menangis terharu.Menangis terharu ke atau sbb rasa malu sbb sblm ni waktu sehat kemain kau hina orang-orang yg datang tolong kau tu.Wallahuallam.

Cerita pasal JKK kat kampung aku ni,kalau aku melintas kat tepi rumah dia,kalau tak duduk kat meja khas (meja untuk pemimpin bertemu rakyat),mesti duk sembang dengan bini dia kat beranda.Mcm last two weeks ngah duduk tukar bendera Malaysia yang dah nampak lusuh mungkin nak diganti baru kot.Cuma until now aku tak pernah lagi tengok dia gantung bendera UMNO.Hahaha!Takkan segan kot.Tapi yg pasti aku adalah antara orang yang dia takkan sign kalau nak isi apa2 borang sbb dia tak suka ayah aku.Hihihi!JKKK kampung aku memang profesional.Lagi profesional sbb dia JKKK lepastu dia pun dapat bantuan rumah PPRT tapi dia tak duduk la.Dia bg sewa.Aku sendiri pun tak tahu tang mana papa kedananya dia ni.Rasanya kereta ada dua bijik,rumah boleh tahan besar.Tapi sebut je JKKK,masjid tepi rumah aku ni pun tak pernah datang tapi sanggup solat jumaat kat masjid lain.Hihihihi!

Lepas isu Adam Adli,maka ramailah penganalisa politik yang tak bertauliah duk pung pang pung pang dan antaranya ada la yg bising cakap kalau dah masuk rumah orang,hormat la dengan rumah orang.Tang ni aku mmg setuju tapi kalau fikir balik budak tu cuba lahirkan apa yg dia rasa.Apa salahnya dengar dulu tapi ini tidak,menghukum je tahu.Tapi biasa la bila duk pung pang pung pang,diorang mungkin lupa orang UMNO pun pernah serbu masuk pejabat MB Selangor satu ketika dulu pastu buat kecoh.Abis ni hormat rumah orang ke tak?

Dan ada jugak yang kata kononnya mahasiswa ni sila habiskan belajar tu dulu baru la sibuk nak berpolitik.Tapi yang hairannya mahasiswa ni jugak la yg dipaksa tadah telinga dengar ceramah politik.Biro tatanegara,slot ceramah dia jelas tentang UMNO pastu siap burukkan parti lain.Pastu kalau ada ceramah,siap student wajib hadir pastu jemput pulak ahli politik yg pernah disabitkan dgn kesalahan rasuah pulak tu.Jemput la tokoh yang berwibawa sikit baru la boleh motivate pelajar.Jemputlah academician.Dekat UMT tu sendiri pun ada profesor-profesor yg bagus kalau taknak jemput dari universiti lain pun.Tapi aku tak pasti kalau kolej swasta macam mana.

Dan lagi adajugak yg cakap kononnya as a student,biar rajin involved dgn pilihanraya universiti dulu baru la sibuk nak join yg luar.Jujur aku cakap,even dalam universiti pun kebesasan bersuara pun disekat,maknanya pihak universiti kena tapis dulu tengok sesuai ke tak.Habis tu,baik takyah buat pilihanraya.Buat satu parti je pastu dia la terus menerajui sampai 50 tahun akan datang.Itu yang keluar manifesto-manisfesto yg bangang tu.Ini kisah benar.Bayangkan kalau takat manifesto "Kalau saya menang,saya akan pastikan kedai serbaneka T-Shop akan ada di UMT". (T-Shop ni lebih kurang 7Eleven la).Itu je manifesto kau?Adoi!Kalau lagu ni tak undi pun takpe.Dan yang paling aku ingat manifesto dari seorang wakil perempuan yg berbunyi,"Kalau saya menang,saya akan pastikan zero couple di kolej ini".Hahaha!Hasilnya satu dewan boooo dia sbb mcm orang tak tahu dia tu ex-gf suami aku.Oh!No.Jadi nilaikan sendiri la.Ini waktu aku dikolej.Tapi aku tak tahu la kat universiti lain tu macam mana.Takleh jugak nak judge dari aku punya point of view sahaja.

Pada aku kalau ada kawan2 seuniversiti yg mula bercakap pasal politik,bercakap pasal isu semasa,aku akan rasa dia dah bukak minda dia kalau nak dibandingkan yg lain tu,usahkan nak baca buku,baca suratkhabar pun malas dan itu la sampai tak tahu tahanan Iraq ditahan kat penjara mana walhal hari-hari keluar berita waktu Saddam Hussein digulingkan.Alasan kat kolej tak ada tv mmg xleh pakai sbb boleh pulak download lagu,download cerita Korea kat you tube.Tapi xleh jugak letak 100% blame kat diorang sbb kat dalam UMT ni,suratkhabar paling laris tak lain tak bukan Harian Metro.Mmg mendidik la surat khabar ni.Surat khabar seks kata ayah aku.Ntah hapa-hapa cerita.Kalau tak eksiden,report psl salah laku dan yg pasti berita yg ntah hapa-hapa.Kadang-kadang tu exaggerate dari wartawan.Dan aku pun pelik kenapa mesti dibenarkan dijual kat dalam ni.Mungkin sbb demand tinggi kot.

Tapi serious mahasiswa mmg tak dibenarkan membangkitkan apa sahaja persoalan tentang kerajaan.Dan maknanya kita harus telan bulat-bulat.Jangan pertikai.Terima je seadanya.Dan paling aku xleh blah sampai sekarang waktu ada satu YB ni ceramah kat UMT ni pastu dia tanya la student kot-kot ada yg sokong pembangkang pastu of cos la ada yg angkat tangan.Lepas tu selamba badak dia mintak IC bdk2 tu dan siap ugut nak tarik loan PTPTN diorng.Apa kau ingat duit-duit tu bapak kau punya ke?Sikit aku tak rasa respect  kat jantan ni tak kesah la dia YB ke apa sbb mati nanti bawak badan dgn nama asal.Tak adanya pangkat kau nak disebut Mungkar Nakir nanti.Sombong.


Dan ini la apa yg aku rasa.Kalau ada nak terasa nak buat macam mana sbb aku pun manusia biasa  juga dan aku juga ada pendirian aku sendiri.Sekian.


Damia cinta hati kami

Memandangkan hari ni birthday Damia,13th January 2012,genap la usia dia 2 tahun.Rasa macam sekejap je masa berlalu.Rasa macam baru semalam bertarung nyawa nak lahirkan dia.Itulah saat yang paling tak dapat aku lupakan dan kadang-kadang datang jugak rasa macam tak percaya je aku dah lalui saat-saat itu.Aku pun bukan rajin sangat nak menulis panjang ni oleh itu marilah kita layankan sahaja gambar-gambar yang ada.Betul la kata orang,walau gambar je namun menyimpan seribu memori yang tak akan lupa sampai bila-bila especially pic orang-orang yg kita sayang.

Ini gambar seminggu sebelum.Aku pun x tahu samada time ni aku kategori overweight atau tak sbb aku rasa sepanjang pregnant aku mmg tak mkn byk.Bukan tak selera cuma aku makan sama mcm time aku sblm mengandung.Kuantiti sama tapi aku sengaja banyakkan bergerak bg aktif.Naik tangga turun tangga tu mmg biasa la.Rutin harian maklum la aku time ni baru 1st year di UMT.Alhamdulillah sepanjang aku bawak Damia dlm kandungan ni,Allah swt bg aku kesihatan yg paling baik dan aku mmg tak ada mengidam nak makan itu nak makan ini.Nehi.Sbb kalo aku request nak apa-apa pun,aku dah set dr awal,kalau ada,ada,kalau tak ada,sudah so rasanya tak ada la org kata benda mengidam yg tak dapat tu tapi anak tetap meleleh air liur.Hmm...mengarut ah semua tu.Alahan pun jarang dan sbb tu aku tak perasan pun bila 1st trimster,bila 2nd trimster,bila 3rd trimster.Sungguh aku tak tipu cuma satu je alahan aku iaitu sukar tidur diwaktu malam  dan sbb tu la aku byk membaca time tu.Dan alhamdulillah juga bila aku diizinkan olehNya dapat bersalin secara normal walau awal 21 hari dari yg sepatutnya.



Pic Damia yg fresh dari oven.Hehehe!Betapa aku rindu saat pertama kali nurse hulurkan dia pada aku untuk dikucup sahaja,harap maklum.Lepas tu terus dibawa pergi sbb doktor nak aku rest.



Ini waktu majlis cukur jambul.Damia waktu lahir lebat kemain rambutnya.Itu yg buat aku selang 10 minit sekali nak kencing terutama waktu malam.Sungguh hazab waktu tu dan itu juga antara kenapa aku susah nak tidur.Puncanya cepat sgt pundi kencing refill dgn air.Hahaha!Tapi org tua-tua la ckp sbb rambut anak tebal sgt tapi doktor cakap kedudukan baby yang menekan tu yg buat aku nak terkencing selalu tu.Tapi serious dua bulan terakhir tu hanya Allah swt shj yg tahu betapa seksanya aku kena ulang-alik ke toilet.Hahaha!

Waktu majlis akikah ni,teramat la behave sbb tidur je manjang dia.Hehehe!

 Ini pic 6 bulan rasanya.Agak montel waktu ni.Bam bam juga sbnrnya Damia cuma sekarang makin susut sbb dia tak suka makan.Hanya banyak minum susu,susu dan susu.Kalau makan pun ikut mood dia.

 Ini pulak waktu hari raya.1st Aidilfitri kami sambut bertiga.Chubby sikit time ni tapi takut orang.

Ini pic kat dalam rumah "Kami" dulu.Barang yang lepas usah dikenang.Tapi...wooooooo....rasa sedih tu ada lagi weh!Aku ingat lagi betapa excitednya kami anak beranak time tu.1st house hokkeh!.Spot kaki Damia yg hitam berdebu.Hihihi!Debu rumah.

 Ini pulak time Damia tak dapat berjalan lagi tapi berani.

 Dan inilah moment yg tak akan dilupakan sampai bila-bila.Damia 1st step.Excited punya pasal,pic ni je yg aku sempat snap.Syahdu tiba-tiba.Damia can walk at 11 months.Macam kelakar pulak.Dia cepat berjalan sbb dia berani.Tonggeng sikit2 tu tarak hal dan yg aku nampak dia ni jenis berusaha.Pakai baju punjab tak sesuai sbb rambut pendek.Hihihi!

 Dan ini hobi masa kini.Fokus setiap kali bermain dan amat suka sepah barang.Paling dia suka buku.Nak buat mcm mana waktu dalam perut mak dia sekolah lagi.Hiks!

 Dan bila besar sikit dah feeling dewasa bila takmau baby chair setiap kali ke mana-mana restaurant.Dan apa yg pasti nak makan sendiri.Fav toy skang ni tu yang hijau hidung panjang tu.Sendiri bg nama,"Bobo" padahal toy tu nama lain.Lantak la nak.Tapi sekarang ni dah jadi satu kerja pulak nak pastikan si Bobo ni ada tiap kali big boss request nak.Kalau tak jumpa siap la.Meraung la jwbnya.Aduh!Pening.

Apapun segalanya terlalu bahagia buat kami.Anugerah yang tidak ternilai dari yang Maha Esa setelah 2 tahun penantian.Hari ini usia kamu sudah genap dua.Aduh!cepatnya masa.

Nota kaki:Kata xmau taip pjg tapi entry ni rasanya panjang jugak.Hikhikhik!

Ini tahun 2012,Damia dah masuk dua tahun

Today is our little daughter's birthday.Happy 2rd birthday to TENGKU NURIN DAMIA TENGKU SYAAREE.Thanks for bringing so much joy into our lives each and every single day. No matter how many birthdays come and go, you'll always be our little girl to ayahanda and bonda. Semoga menjadi anak yg solehah-copy paste balik apa yg dah ditulis dekat FB.Hahaha!
Tapi apapun,dengan anak ini kami suami isteri juga seperti ibu bapa yg lain.Tinggi sekali impian dan harapan.Impian melihatnya berjaya dunia akhirat.Moga menjadi anak yang solehah dan taat.Anak yang patuh pada agama.
Actually aku tak dapat lupa kejadian semalam.Semalam aku melepak seperti biasa kat rumah kakak ipar aku.Ini dah jd macam rutin wajib dah setiap minggu.Kadang-kadang boleh dikatakan setiap hari.Gilo!Hahaha!Tapi itu bergantung pada kat mana mertua aku berada.Macam anak ayam la.Kat mana mak dia berada kat situ la anak dia ada.Hahaha!
Jadi waktu sedang seronok sangat melayan cerita kat tv (ntah mcm mana aku boleh melekat tgk drama Korea First Wives Club kalau tak silap tajuk dia.Maka kalau missed je mesti dtg sini untuk dapatkan update terbaru).Jadi ngah duk huhuhu...hahahha....tiba-tiba datang la tetamu.Sedara juga cuma aku takmau spesifikkan siapa dan dia datang dgn anak bongsu dia yg kalau tak silap aku masih sekolah rendah.Jadinya waktu diorang masuk anak dia tu macam kelam-kabut je terus datang kat aku salam dan kiranya seisi rumahlah dia salam pastu laju pulak masuk toilet.Jadi aku assume la budak ni sakit perut ke apa tak pun dah tak tahan nak terkuncil.Tutup citer takat tu then of cos la aku nampak dia keluar dari toilet tu tapi dia tak datang duduk kat hall tu tapi terus kebilik.
Dan time tu aku angkat punggung nak ke dapur.Actually jarak antara bilik,dapur,toilet mmg tak jauh sbb rumah apartment.Waktu nak kedapur tu aku sekilas pandang kebilik dan waktu ini la aku macam diam kejap.Rupa-rupanya dia yang kelam-kabut tadinya sbnrnya bukan sakit perut atau apa,tapi kelam-kabut kerana nak tunaikan solat sbb waktu tu baru masuk Isyak.Aduh!Tetiba aku jadi malu sendiri.Anak kecil itu tidak melengah-lengahkan solatnya sedangkan aku........hmmm....tak perlu la aku cerita.Buat malu je.Tapi jujur aku katakan andai itu anakku........confirm dah jadi drama air mata kat situ jugak.Bertuahnya ibu dan ayahnya.Aku bukan emo atau apa cuma aku sedikit terasa.Erm...sungguh terasa.Tiba aku rasa kerdil sangat diri aku disisiNya.
Dan sepanjang malam tu aku renung je anak aku..........harapan aku pun menggunung padanya.
Dan hari ini sempena kelahiran dia dan aku celebrate biasa-biasa aje,beli cake sebijik,masak lauk dekat rumah,mkn kat rumah kakak ipar aku tu,pastu still no blow the candle dan bagi chance Damia potong sendiri kek dia.Itu aje sbb ikut plan Arie nanti dia nak buat majlis sikit celebrate 3 orang terus sbb kitorg tiga-tiga lahir bulan January.Insyaallah sekali dengan majlis doa selamat rasanya.Tengok la macam mana nanti.Itu tidak bermakna aku laki bini sibuk nak potong kek bagai,cuma ingat nak la jemput saudara-mara,sahabat handai segala..hehehe..aku suka buat majlis rai orang makan walau penat.Insyaallah yang ni nak buat list betul2 taknak mcm tahun lepas ramai yg tak dijemput.Aku lupa.Haks!

Kalau orang ada simpan impian dalam hidup,aku pun ada jugak~ : )

Aku suka blogwalking ke blog orang.Salah satu sebab suka of cos la sbb tak berpeluh.Hehehe!Kelakar tak?Ok.Tak kelakar.Jadi selalu la aku baca entry-entry yg up pasal impian diorang.Kira macam-macam la.Ada yang nak rumah 18 tingkat,kereta sport 6 bijik,travel around the world (kau mampu?),shopping tak henggat dan kiranya macam-macam lagi la.Tak kuasa mak nak list semua.

Memandangkan orang ada impian,of cos aku pun ada impian.Dah dtg dah gaya Tipah tak mau kalah.Makanya impian ini adalah impian yang memang dari dulu aku duk bayang-bayangkan.Fuh,andai tercapai,syukur Alhamdulillah.

Dan impian aku adalah.......................jeng...jeng...jeng..................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Aku nak ada DUSUN sendiri.Ler,tu jer ker?????????Tipah tanya aku balik.Ahaks.Iyalah.Salah ke??Hmmm...tingginya cita-cita.Tak tercapai akalmu.

Maka tadi aku try la godek2 serach cari pic dusun dan sekali keluar yang ni.




Ini orang Dusun bukan dusun buah-buahan.Maka teruskan pencarian...............




Hah,tuuuu dia.Hmmm..............blur tapi cukup la untuk menggambarkan impian aku yang satu ini.Tapi aku rasa dusun aku nanti takdelah sebersih lagu ni kot.Hihihi!Kita tengok la macam mana nanti.Bunyi macam dah booking tanah dusun 14 ekar.Takpe la berangan.Janji tak kena bayor.Dan kat dusun aku nanti mesti la wajib ada pokok ni sbb seisi family punya fav kecuali Arie.Dia lahir kat England.Dia omputeh (katanya).Mana makan doyan-doyan nih!

Dan kedua kena ada buah ni.Aku pun taktau apa relevannya si Arie beria nak tanam pokok duku/langsat ni tapi aku taknak sudahnya sampai gaduh laki bini padahal usah tanah dusun sepelaung,sekaki pun tak ada lagi tapi dah gaduh  buah apa yang nak ditanam nanti.Nmpk sangat tak ada semangat Wonderpet.Apa yang penting??????Kau sambung sendiri...


Tapi apa yang pasti harus ada semua buah-buahan macam kat bawah ni.Amboi,impian tinggi kemain.


Dan......................ada lagi yang aku nak letak kat dusun aku nanti.Aku plan bila dah ada dusun  nanti mesti jugak kena ada haiwan ternakan.Ala-ala cerita Sign.Kalau ada tanam jagung,harus jugak bela binatang lain.Tapi dlm citer tu dia tak sempat nak tangkap makhluk UFO tu.Kalau tak mesti dia dah buat jadi haiwan ternakan jugak atau pencacai najis.Hahahaha!Jadi aku fikir la kan ada baiknya kalau aku bela lembu.Kiranya kawin Damia nnt takyah susah-susah cari lembu yang nak ditumbangkan nanti.Mak aih!Jauhnya perancangan.Takpe,aku kan long term punya minded,harus fikir sejauh tu.Tengok la nanti try mintak kat Datuk Seri Shahrizat kot-kot la sudi hulur sekor dua buat modal.Maklum la skang dia pun busy nak duk bersih nama,takut terbiar pulak lembu-lembu nanti.Hiks!


Dan bila dah ternak lembu,harus jugak ada binatang alah ni sekali.Mbek!!!!


Alahai!Kau rasa dah gojes sangat ke buat rupa lagu tu.


Dan ini.......ops!Tak ada dalam plan nak bela sbb HARAM!

Last but not least,aku pun nak bela itik jugak.Huyoooo!Tamaknya.Aku rasa macam dah kalah kebun MARDI dah ni segala benda nak ada.Tapi tak apalahkan,kata impian cuma agak2 bila la impian ni nak tercapai dan itulah yang aku tak tahu bila tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....................

Realiti kehidupan

Dalam rukun Iman,aku highlightkan yang berada ditangga enam............

Beriman kepada Qada dan Qadar

Hari ini aku telah menonton satu documentary di Astro mengenai kejadian kapal terbang yg terhempas di  German.Walau pun kejadian tu sudah lama berlaku tapi takpelah kalau baru nak tengok pun.Dah Astro baru tayang takkan aku nak pergi marah Ananda Krishnan kot.Motip??Nehi.Dan jujur aku katakan dokumentari ini telah meninggalkan sedikit kesan dalam hati aku dan ia telah membuatkan aku berfikir.

Dilaporkan kejadian tersebut berlaku pada 1 July 2002 dimana dua buah pesawat iaitu Bashkirian Airlines Flight 2937 dari Moscow,Rusia dalam rangka perjalanan ke Barcelona,Spain telah membawa 57 penumpang dan 45 orang daripadanya adalah kanak-kanak dari Bashkortostan dan mereka dalam rangka lawatan yang  telah ditaja oleh UNESCO dan pesawat kedua pula iaitu DHL Flight 611 yg dikemudi oleh dua orang juruterbang telah bertembung.Jumlah kematian adalah seramai 71 orang,termasuk semua crew dalam pesawat.Sorang pun tak survive.Memang dasyat.Bak kata Elyana,tak tercapai akalmu.

Dan hampir dua tahun siasatan dijalankan maka didapati punca kejadian adalah kerana masalah teknikal iaitu kegagalan TCAS berfungsi seperti yg sepatutnya namun begitu seorang pengawai yang terlibat sewaktu kejadian telah mati dibunuh oleh salah seorang bapa kepada mangsa nahas.Oh!Dan dikatakan pada hari kejadian Peter Nielsen adalah pengawai yang bertugas dan pada waktu itu Peter telah membantu seorang pengawai lain yang berhenti berehat dan Peter mengambil alih untuk mengawasi dua buah komputer.Memang susahkan satu nak tengok dia punya,satu nak tengok kawan dia punya.Dah la yg nak ditengok plus yg nak dipantau tu kapal terbang.Hoh!Memang kerja yg berisiko tinggi la.Dikatakan sewaktu kejadian Peter sudah cuba untuk menghubungi juruterbang namun talian telefon ditutup secara tidak sengaja dan akibatnya dua buah pesawat telah bertembung.Dum!

Dan disinilah ceritanya kenapa aku relate dengan rukun Iman yang keenam iaitu Beriman kepada Qada dan Qadar.Dikatakan salah seorang keluarga mangsa nahas iaitu Vitaly Kaloyev yang begitu hiba dengan kejadian tersebut kerana dia bkn shj kehilangan dua orang anak malah juga seorg isteri.Menurut sumber Kaloyev adalah seorang arkitek (orang yang berada didalam bidang yang professional tp malangnya bila dah hiba sedih pedih pilu tu dia tetiba jd tak profesional).Sewaktu kejadian Kaloyev telah menunggu kedatangan anak dan isterinya di Barcelona dan dia juga dikatakan orang yang mula-mula tiba ditempat kejadian selepas sahaja berita kejadian pesawat bertembung itu dilaporkan.Sewaktu tiba ditempat kejadian,Kaloyev telah menemui mayat isteri dan seorang anaknya yang tidak sempurna manakala mayat seorang anaknya lagi  masih dalam keadaan yang sempurna.Lagi sedih.Serious tak terbayang aku perasaan dia time tu.Kaloyev tidak dapat menerima hakikat kematian isteri dan anak-anaknya dan boleh dikatakan setiap hari dia meratap dipusara mereka dan tanpa sedar Kaloyev cuba memburu pengawai yg terlibat sewaktu nahas tersebut dan akhirnya beliau mengetahui Peter Nielsen adalah pengawai yang bertugas pada malam tersebut dan Kaloyev telah membunuh Peter Nielsen dengan cara menikamnya.Tragis.Mungkin lepas tu baru dia rasa lega kot.Wallahuallam.

Dan konklusi yang aku buat adalah sebagai seorang Islam kita harus beriman kepada rukun Iman yg keenam tersebut.Hidup mati,ajal maut ditangan Allah swt dan kita harus redha menerimanya.Dan disini kita sudah tahu mmg Kaloyev tu sah2 la bukan Islam.Dan baru aku nampak itulah kelebihan Islam.Islam mengajar kita untuk redha dengan setiap kejadian dan menerima seadanya walau perit.Tapi mesti org cakap belum kena batang hidung kau sedap la kau cakap.Hmmm.

Aku sendiri pernah kehilangan ahli keluarga yang meninggal kerana kemalangan jalan raya.Aku pun alami satu perasaan seperti Kaloyev alami.Satu rasa yang sukar digambarkan dgn kata-kata dan tanpa kau sedar kau menangis meraung pada setiap benda yang kau pegang dan benda itu pastinya mengingatkan kita pada arwah.Jujur aku katakan aku menangis meratap sewaktu terpegang seluar jeans terakhir yg dipakai arwah pada hari kejadian.Seluar tersebut dilipat kemas dan diletakkan dibawah katil namun aku tidak tahu siapa yang meletakkannya disitu dan aku secara tidak sengaja terpegang dan terus menariknya keluar.Aku buka seluar tersebut dan yang pasti masih terdapat palitan kotoran,pasir-pasir dan batu kecil serta kesan koyakan dibeberapa tempat.Dan apa yang pasti tompokan kesan darah yang hampir kering. Air mata?Air mata turun bagaikan hujan.Aku menangis semahunya dan terhenti tiba-tiba dek bunyi salam seseorang dari luar rumah.Astaghfirullah!Dan mesti kalian terfikir dimana ahli keluarga lain.Ya,ahli keluargaku yang lain dalam perjalanan menghantarnya pulang.

Kita mmg akan sakit dengan kehilangan itu.Dan kita akan terbayang saat yang dilaluinya.Mahu tidak hampir setahun aku cuba alihkan pandangan setiap kali melepasi tmpt kejadian.Ibarat terbayang-bayang dimata saat dia menangung kesakitan disitu.Dan aku pasti Kaloyev itu juga begitu.Manakan tidak sakitnya rasa melihat orang yg disayangi bukan dalam keadaan sempurna namun tindakan meletakkan kesalahan itu pada orang lain dan menamatkan riwayat hidup orang itu dgn cara membunuhnya adalah bukan satu cara yang diunjurkan dalam agama Islam.Kerana itu dalam Islam kita diajar untuk sentiasa redha dan berserah kepadaNya.Sesungguhnya DIA tuhan sekelian alam lebih mengetahui.

Kadang-kadang aku juga tak jadi supermommy...

Kalau perasan kat sidebar aku terdapat beberapa blog yang  berunsur keibu -bapaan.Dan aku pernah ingat salah satu blog tersebut yang dengan jujurnya meluahkan kekesalan kerana memarahi anaknya dan selepas itu si ibu terasa amat menyesal.Itu biasa sbb aku pun macam tu..............kadang-kadang.Dan itu bukan point aku kat sini.Point aku adalah pada seorang yang komen tak mengunakan akal yg Allah swt bagi,dan aku kata dia tak guna sbb sesuka hati anak jiran dia je pakai main sembur je kat si ibu td dan apa yg pasti telah membuat si ibu telah terguris.Dan pada firasat aku (macam ahli nujum pulak nak pakai firasat bagai).Eh,sambung balik.Dan pada firasat aku si pengomen pastinya bukan seorang ibu.Yes,itu firasat aku dan aku tak tanya pun apa firasat kau.Takyah jwb.Jawapan anda tidak membantu pun disini.Dan dalam hidup ini,kita kena akui yg kita ini hanyalah manusia biasa yg pastinya tidak boleh lari dari rasa itu.Aku sendiri pun pernah hilang sabar dengan anak sendiri.C'mon la.Bayangkan kepenatan dengan tanggungjawab seharian tambah dengan kerenah anak,mmg kadang-kadang menguji juga kesabaran cuma tak ada la bila aku marah je,aku pun pergi ikat anak aku kat batang pokok pisang.Dan si ibu tadi hanya meluahkan kekesalan dia dan apa yg buat si pengomen tu tetiba jd emosional tak tahu la.Mungkin zaman childhood dia dasyat sgt kot.Mungkin.

Dan selepas kejadian itulah (sesuai ke aku letak kejadian?)Ah lantak la.Aku memang failed Bahasa Malaysia tapi tak ada la sampai kena ambik paper Julai.Eh!

..........................Dan kerana itulah aku menjadi amat berhati-hati untuk tidak post apa2 entry yg menunjukkan ciri-ciri bukan seorang ibu mithali kerana risau andai ada yg mengutuk keras aku selepas itu walhal blog sendiri bukan famous pun takat nak dapat 1 comment pun makan bulan.Oh!*Tunduk sedar diri.

Dan kalau perasan dari atas tadi asyik duk Eh!,Oh! amik sini aku bagi wehhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!aku nak luah ni.Woooooooooooooooooooo!!!!Aku stressssssssssssssssssssssssssssssssss......................Ya,aku pun rasa stress seperti student lain juga cuma aku bukan nak mengeluh cuma nak luah.Lain tu..........

Aku sedar apabila sudah ada cop mohor seorang "IBU" pada seseorang itu maka dia harus sentiasa sabar dalam membesarkan anak.Ya,sabar.Namun aku akui kadang-kadang tumbang jua aku.Sesungguhnya aku hambaMU yang lemah Ya Allah.

2 hb Jan,aku anggap la hadiah istimewa untuk birthday aku iaitu 1st day final exam.Oh!Baru rasa singkatnya semester ini padahal banyaknya aku buang masa pastu nak salah semester pendek konon tak sempat nak study segala.Padahal semester sama je mcm semester lain.

Jadinya sebab UMT sayang student dia,diorang letak semua killer paper awal2 exam.Dan lepas habis paper Managerial Economic dan aku ada satu hari rehat iaitu hari Jumaat dan Sabtu pulak aku ada dua paper sekaligus.Suppose satu paper je satu hari tapi memandangkan aku student yg pernah bercuti bersalin makanya inilah dia.Uhuks!Paper pagi dan petang.Dan ceritanya bila satu hari yg aku ada itewwww  adalah untuk belek2 nota pastu belek2 buku sikit-sikit,telah digunakan untuk menjaga Damia yg tiba-tiba demam,pastu cirit-birit,pastu muntah.Pakej datangnya dan biasa la baby bila tak sehat tak adanya merengek ajak pergi playground.Mesti nak berkepit je dia dan yg pasti ayah bukan priority.Manjang nak bonda je.

Malam tu bila dah tgk anak yg dah lemah tak bermaya,aku bawak la dia ke klinik dan aku dah expect mesti doktor advise suruh hantar hospital sbb Damia pun dah macam tak bertenaga langsung.Waktu tu tuhan je tahu.Mana nak fikir risau anak lagi,mana nak fikir esok exam lagi.Berbelah-bagi ok.Dua-dua penting cuma anak of cos la lagi penting.Malam tu aku call Dr.Elmisya (oh,penyelamatku disaat genting!).Lepas dapat advise dia,aku decide esok je la aku hantar Damia ke hospital tp tgk condition dia la macam mana.Dan alhamdulillah bila balik rumah je mudah pulak Damia minum air garam dgn makan ubat yg doktor bagi pastu banyak pulak dia minum air.Alhamdulillah sekali lagi.Anak aku mungkin faham kesusahan bondanya.Maka malam tu dgn hp kat tgn,aku terjaga sejam sekali.Jap2 check ank,jap2 nak sambung study.Kiranya aku pun study la juga walau tak la study hard sgt sbb bdn letih amat.Aku cuma target jangan la blur time exam dan harapan aku kononnya baca sikit2 tu at least ada la idea nak mengarang esok.Harap tak la sampai tahap karang surat cinta kat lecturer pulak sudehh!Soalan pulak.............semua esei.

Esoknya,paper pertama International Marketing.Waktu buka soalan aku dah mai berat kepala.Aku tak cukup tdo sbnrnya.Tapi aku cuba cool.Tarik nafas dalam2 then start jwb dan alhamdulillah dapat jwb.Itupun terkumat-kamit duk baca ayat Kursi.Kira tenang la jugak cuma stress tu datang balik bila nak jwb soalan Consumer Behavior dia dah start datang gambaran bintang-bintang kehidupan pulak.Aduh!Dan aku mmg dah tahap nak mengalir air mata.Tahan punya tahan selesailah exam dan confirm la bila Arie datang jemput sampai kesudah aku dok diam je dalam kereta.Aku dah warning awal2 jgn duk gatai nak melawak dgn aku tapi laki aku tu memang.Boleh la diam 3 minit lepas tu start la pot pet pot pet dia tu.Huishhhhhhhhhhhhhhhhhh!Makin stress aku.Mana tak stress bila ayat dia macam ni..............

"Dinda nmpk stress ni.Jom kita g minum neh.Dinda nak minum kat mana?Cafe Uncle Chua?".Jwb aku,"Tak mboh".
"Ok,kita pergi Secret Recipe neh??".Jwb aku lagi,"Tak mboh la".(Orang ngah otak serabut ada hati nak offer minum petang)
"Ok,ok.Ke darling nak g kedai si pitung?".Heh,ni mmg dah tahap boiling point nasib aku tak silambam je dia ni.Dan aku tahu Ya UMI pasti tahu ini kedai apa.Siot je si Arie ni.Dah pastinya,aku pun senyum juga  la akhirnya.Nasib ada laki merangkap badut bergerak nih.Tak habis-habis.

Dan pada yg diluar sana,tak perlu la cepat sangat nak judge kami golongan ibu ini kerana kami juga manusia biasa.Manusia biasa seperti kamu juga.

Damia yg hilang 2 kilo lepas cirit-birit,muntah plus deman selama 2 hari.

Sunday blues

Aku akui "Nobody is perfect".............dan bukan "Nobody Noboby But You" (tak ada kena mengena).Kenapa aku berkata begitu???

Aku berkata begitu kerana.......................

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tadi aku takleh jwb soalan exam Consumer Behaviour.Eh.bukan paper sblm ni pun sama jugak ke?Eh,sadapp you....

Jadi sbb tu la aku cakap Nobody is perfect sbb tak perfect la aku lupa term2 CB tadi.Owh,man!

Final exam yang tak memberi impak langsung pada aku.Hahaha!

Huarrghhhhhhhhhhhhhh.................nikmatnya mengeliat.Bahagia betul aku sepanjang harini berehat je.Kalau tak tido makan,kalau tak makan,main games,kalau tak main games tgk drama.Oh!Bahagia betul.Cara beriadah dihari Selasa tu lagak macam final exam dah tamat walhal baru satu paper yg lepas.Ada 6 lagi weh.Lusa paper Managerial Economic.................terus air mata turun laju-laju.Sebu aku weh tapi seperti biasa effort nak capai nota ke,buku ke,kirim salam je la.Alahai!Apa la nak jadi dengan aku neh.Takpe esok kita bungkus segala nota buku,kita pergi study dengan geng-geng bas sekolah aku kat UMT.

Mode exam mmg sepah mcm ni la.Bkn sepah sbb sibuk study pun tapi sebab si kecik tu la.Skang dah pandai naik atas meja study aku nak ambil dvd kat atas para tu.Tgk la kalau dah keadaan atas meja ada laptop,sah2 online je manjang,tak pun main games pastu tv pulak sebelah.Gabungan terbaik la.Off laptop on tv,off tv,off mata jugak dan buka on buku.Wahahahaha!
 
Namun aku tak tahu la kalau aku sorang je rasa tapi aku dah tanya 2 kaum ibu yg seangkatan cuma diorg PHD tp aku degree.Hahahaha!Jauh betul jurang kat situ.Tapi alasan yg sama,kalau kat rumah mmg susah nak fokus study even anak tak menganggu pun.Macam aku la yg mmg sah2 anak kacau tapi time anak tidur pulak time tu la nak buat itu,nak buat ini pulak.As a wife and as a mother,kerja rumah mmg tak pernah habis.
 
Hmmmm....atas kekuatan mental je la tapi aku serious jwb aku mmg tak mampu.Tubuh penat weh cuma seminggu dua ni dah kurang penat bila Damia dah officially stop breast feeding.Kalau tak maha penat tubuh namun puas sbb berjaya susukan dia sampai dua tahun walau tak la genap dua tahun dan skang pun dah mula rasa sedih dan sangat rindu saat susukan dia.
 
Dan harini kami suami isteri dah berkira2 nak hantar Damia ke sekolah.Itu sebagai persediaan  awal pada dia sblm kami sekeluarga officially berpindah ke Australia nnt.Insyaallah.Harapan kami moga dia dapat accept environment baru nnt sbb anak aku ni mmg dah tahap kronik takutkan orang.Sigh!Tapi yg lucunya baru planning nak hantar anak sekolah dan mmg sah2 tak hantar lagi pun tapi air mata dah mula bergenang.Hahaha!Aku harap boleh tahan dr nangis la kalau anak aku meraung tak ingat bila 1st day dia kesekolah nanti.Mudah-mudahan Allah swt permudahkan segala.Insyaallah.


There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me