Ini tahun 2012,Damia dah masuk dua tahun
Today is our little daughter's birthday.Happy 2rd birthday to TENGKU NURIN DAMIA TENGKU SYAAREE.Thanks for bringing so much joy into our lives each and every single day. No matter how many birthdays come and go, you'll always be our little girl to ayahanda and bonda. Semoga menjadi anak yg solehah-copy paste balik apa yg dah ditulis dekat FB.Hahaha!
Tapi apapun,dengan anak ini kami suami isteri juga seperti ibu bapa yg lain.Tinggi sekali impian dan harapan.Impian melihatnya berjaya dunia akhirat.Moga menjadi anak yang solehah dan taat.Anak yang patuh pada agama.
Actually aku tak dapat lupa kejadian semalam.Semalam aku melepak seperti biasa kat rumah kakak ipar aku.Ini dah jd macam rutin wajib dah setiap minggu.Kadang-kadang boleh dikatakan setiap hari.Gilo!Hahaha!Tapi itu bergantung pada kat mana mertua aku berada.Macam anak ayam la.Kat mana mak dia berada kat situ la anak dia ada.Hahaha!
Jadi waktu sedang seronok sangat melayan cerita kat tv (ntah mcm mana aku boleh melekat tgk drama Korea First Wives Club kalau tak silap tajuk dia.Maka kalau missed je mesti dtg sini untuk dapatkan update terbaru).Jadi ngah duk huhuhu...hahahha....tiba-tiba datang la tetamu.Sedara juga cuma aku takmau spesifikkan siapa dan dia datang dgn anak bongsu dia yg kalau tak silap aku masih sekolah rendah.Jadinya waktu diorang masuk anak dia tu macam kelam-kabut je terus datang kat aku salam dan kiranya seisi rumahlah dia salam pastu laju pulak masuk toilet.Jadi aku assume la budak ni sakit perut ke apa tak pun dah tak tahan nak terkuncil.Tutup citer takat tu then of cos la aku nampak dia keluar dari toilet tu tapi dia tak datang duduk kat hall tu tapi terus kebilik.
Dan time tu aku angkat punggung nak ke dapur.Actually jarak antara bilik,dapur,toilet mmg tak jauh sbb rumah apartment.Waktu nak kedapur tu aku sekilas pandang kebilik dan waktu ini la aku macam diam kejap.Rupa-rupanya dia yang kelam-kabut tadinya sbnrnya bukan sakit perut atau apa,tapi kelam-kabut kerana nak tunaikan solat sbb waktu tu baru masuk Isyak.Aduh!Tetiba aku jadi malu sendiri.Anak kecil itu tidak melengah-lengahkan solatnya sedangkan aku........hmmm....tak perlu la aku cerita.Buat malu je.Tapi jujur aku katakan andai itu anakku........confirm dah jadi drama air mata kat situ jugak.Bertuahnya ibu dan ayahnya.Aku bukan emo atau apa cuma aku sedikit terasa.Erm...sungguh terasa.Tiba aku rasa kerdil sangat diri aku disisiNya.
Dan sepanjang malam tu aku renung je anak aku..........harapan aku pun menggunung padanya.
Dan hari ini sempena kelahiran dia dan aku celebrate biasa-biasa aje,beli cake sebijik,masak lauk dekat rumah,mkn kat rumah kakak ipar aku tu,pastu still no blow the candle dan bagi chance Damia potong sendiri kek dia.Itu aje sbb ikut plan Arie nanti dia nak buat majlis sikit celebrate 3 orang terus sbb kitorg tiga-tiga lahir bulan January.Insyaallah sekali dengan majlis doa selamat rasanya.Tengok la macam mana nanti.Itu tidak bermakna aku laki bini sibuk nak potong kek bagai,cuma ingat nak la jemput saudara-mara,sahabat handai segala..hehehe..aku suka buat majlis rai orang makan walau penat.Insyaallah yang ni nak buat list betul2 taknak mcm tahun lepas ramai yg tak dijemput.Aku lupa.Haks!
Read.Think.Express
Trust Yourself When Others Doubt You
No comments:
Post a Comment