Resepi: Apam berkuah

Semalam bangun pagi tekak rasa teringin sangat2 nak makan pasta aglio olio tp gitu la.Rasa je la kot sebab kesudahannya adalah start enjin kereta pergi tapau KFC.Settle.Hihihi!Ni kes perut melapar sangat.Emak pulak ngah layan drama Philipines dia dalam jam 12.30 tengahari baru settle jd faham2 je la jam berapa emak masuk dapur masak. Dan I pulak kena attend kelas jam 2 petang so just making a quick decision yang tak berapa nak brilliant la.Hahaha!Please don't hiring me at your organization as a Manager.Ewah!

Nak masak sendiri takleh sbb si DS demam panas wooo so takleh nak letak asyik nangis je sampai ada masa I pun rasa nak nangis sekali.Dugaan betul la dah la baru baik sakit telinga tapi still sakit pinggang tak baik2 lagi.Alhamdulillah.Dugaan.

25 days to go.25 days yang teramat la crucial.Kikikiki!Semoga Allah swt permudahkan perjalanan.In sha allah.Apa yg perlu buat sekarang ni pun just terus berdoa dan berdoa,berusaha dan lepas je tarikh tu,tawakkal la dengan harapan biarlah result nanti with a flying color.Ewah!Lagi sekali.

Ok.Harini takde apa nak menggomel sangat usai dah dekat seminggu atau dua minggu kot blog tak berupdates sebab busy tak tau apa kerjaan entah.Jadi dalam entry ni just nak kongsi kerajinan semalam bikin kuih traditional negeri sbb lama sangat dah kepingin.

Actually kuih ni dah makin susah nak jumpa sbb orang dah mcm taknak buat sangat tp still ada certain tempat yang jual.Walaubagaimanapun,ada yg jual tp rasa tu amatlah mengecewakan.Pada tekak I la.Selalunya kalau apam tu mmg superb dan yg failed selalunya tang kuah dia.Kuah yg I jumpa kalau tak cair,tak lemak dan sedap mmg tak sah la.Jadi kalau nak puas hati makan,apa kata bikin sendiri.

Dan sebenarnya ini dah cubaan kali yg kedua sebenarnya.Kali yg pertama totally disaster tp yg second time ni I rasa puas hati sikit la walau tang apam tu kena perbaiki lagi.

Nah I share recipe yg I buat semalam. Apam oh apam.Ini antara kuih fav dari zaman kecik lagi.Emak ada cakap kuih ni kalau dulu2 selalunya jd kuih bg wanita dalam pantang.Kikikiki!For me,apam berkuah ni memang sangat sedap.Phew!



Antara kuih traditional Melayu yg popular di Terengganu.Ini bg mereka yg baru pertama kali nak cuba.Untuk apam just guna bahan basic je.Mungkin boleh di improvised ikut selera masing2.


Resepi apam

Satu kerek nissang / gula melaka ikut selera nak byk mana.Cairkan bersama 1 cawan air kemudian sejukkan.
Setengah cawan air suam dicampur satu sudu kecil gula kemudian tuang 1/2 sachet yis Mauripan atau tak kesah la yis jenama apa pun.Tunggu hingga yis bertindak balas.Paling cantik biar melebihi setengah jam.
500 g tepung gandum ( diayak )campurkan didalam mangkuk berisi nissang / gula melaka yg sudah dicairkan.Gaul rata kemudian tuangkan campuran yis.Gaul rata kemudian rehatkan selama setengah jam.Selapas setengah jam gaul secara kaup kemudian biarkan lagi.Buat sekurang2 kurangnya 3 kali kemudian bolehlah dikukus antara 30 hingga 40 minit.

Boleh jugak buat apam ni ikut resepi apam beras / nasi.Dua2 sedap.Resepi boleh google sbb bahan dan methodnya sama je. 

Resepi kuah apam

Santan ( sebiji kelapa )
Rebus 3 ekor ikan selayang / kembung.Masukkan sedikit garam.
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci serai 
1/2 inci kunyit
1 sudu kerisik
3 sudu kelapa parut
Semua bahan diatas kisar sekaligus.
Dalam kuali lain goreng tanpa minyak sedikit ketumbar dan jintan manis.Kemudian tumbuk lumat bersama sedikit lada hitam.

Cara membuatnya:
Masukkan santan ke dalam periuk kemudian tuang bahan2 yg telah dikisar kedalam periuk.Tambah air ikut selera nak pekat mcm mana.Masukkan sedikit nissang / gula melaka /gula.Sedikit garam kemudian kacau perlahan atau sehingga pecah minyak.Siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba.


Pantai

Menaip entry sambil makan Choki-Choki ND.Hahaha!Selambe je rembat anak punya mementang anak dah masuk tidur dan sedap pulak makan Choki-Choki dimalam hari.Sebut pasal Choki-Choki ni I teringat ada sorang kawan ni dia tanya soalan ala-ala trivia la yg berbunyi,"Korang tau tak Choki-Choki ni asalnya mcm mana dibuat?".Maka berduyun-duyun la kami bg jawapan tp semua salah.Dan dia pun reveal la jawapan dimana katanya Choki-Choki ni asalnya adalah dari coklat leftover yg melekat-lekat kat bekas coklat yg besar tu selepas coklat dibuat (kat kilang la maksudnya) so taknak bazir maka terhasil la Choki-Choki ni.Oooooo....mcm tu.Kata kami.Tapi taktau la kesahihannya sbb walau selepas dengar yang dia cerita tu pun,sehingga saat ini kalau rasa nak ngap,I beli je.Kikikiki!Leftover pun letfover la.

I ni pun baru siap packing baju esok nak ke Shah Alam.Tak lama pun.Just for a few days sbb my mother in law warded di DEMC.Dan tomorrow pun I ada bwk cake yang my sister in law buat khas for my MIL.Jauh tu dari Trg to KL.Muahahaha!Dan esok berperang la I ngan budak berdua ni.Kalau ikutkan plan I nak pergi balik hari je bwk DS tp my hubby suh bwk jugak ND dan satu lagi mesti my MIL nak tgk jugak cucu dia.Dah almost a few weeks dah my MIL di Shah Alam.Dan flight I pagi esok tp sajer amik tengahari sket sbb malas nak berkejar dan berwrestling ngan bebudak ni di pagi hari.Class pulak cantek cancel hari Khamis so student malas mcm taik ni apa lagi,Yup!Yuo!Hoorey la!Ngeeee!

Let's just cut the craps.In this entry I want to talk about beach.Wow!Mementang la membesar kat kawasan pantai.Muahahaha!But trust me,walau membesar dikawasan pantai I rasa waktu umur 10 tahun,mandi laut tu dah jadi satu aktiviti yg amat jarang dilakukan.Itu lepas kami move to rumah yg kami tinggal sekarang.Plus,I ni dari family yg tak berapa nak ramai adik beradik jd when your older sister masuk asrama start form 1 until form 3 dan I  rasa dia spent just two years kot kat rumah,that time dia form 4 until form 5,then dia dapat matrik (my dad nangis dalam kereta waktu otw back hantar perempuan ni masuk matrik kat Penang.Hahaha!) He so proud maklum la anak sulung masuk unibersiti.Kikiki!Habis matrik dia masuk USM.Habis USM dapat kerja kat Shah Alam then dia kahwin then stay kat Shah Alam sampai skang dah beranak 4 so can u imagine siapa my BFF kat rumah?Hahahaha!

My dad.

Yes.My BFF.My first hero.My dad.

And me?Tak pernah tinggalkan rumah dan my very first time ever masuk asrama time kolej itupun dah tua bangka sangat dah sbb after Form 6 tu.Dan bila first time,menangis-nangis nak balik.Owh man!Malu kalau ingat tp I tak malu nak admit.Muahahaha!Dah la bkn jauh pun.Dalam satu negeri then 2 jam je pun kalau drive.Gedik nak nangis.

Berbalik cerita pantai.Yes!Pantai.Sebenarnya I nak cerita pasal si ketipang payung I yang dua ketul tu iaitu si ND ngan si DS.Dua beradik tapi totally different.Iya lah.Even both of them share a same womb,hahaha,tp perangai sorang2 haish!Lain.Tp in this entry just nak cerita antara dua ni mana yang sangat suka pantai.Yes,bila ada dua senang la nak buat comparison.

ND kali pertama sentuh pasir pantai pada usia 6 months rasanya dan dia sangat la excited.Time tu kami bawak pergi Pantai Pandak,Chendering.Kali pertama bg dia mandi laut time umur dia 1 tahun.Hamboi.Siap ingat exactly usia nampak sangat jarang bawak.Kikikiki!

Actually I suka bawak anak pergi pantai cuma tak suka bila balik dari pantai.Hahaha!Faham2 jer la.Lagi la kalau mandi laut.Grrr!

Dan bila lahir si DS,first time dia pijak pasir pantai kami dah berada di bumi ratu.Time tu dia dah 8 months kot.Kat Nudgee Beach time tu.Dan 1st time dia mandi laut waktu dah masuk 1 year dan that time kami dah berada di tanah air.Kiranya si DS ni dia tak byk kenangan sangat la ke laut so no wonder la dia adalah budak paling excited setiap kali pergi pantai dah la berani pulak tu.

So no wonder la everytime my dad bwk dia pergi pantai,mesti meraung setiap kali nak balik.Pandai pulak taknak balik siap meraung2.Tu baru setahun dua bulan.Kalau kakaknya skang dah mcm tak heran dah.Orang ajak dia ikut,tak ajak dia tak kesah pun.



Bukti wajah poyo suka sangat main pasir.Hahahaha!Ni time I g kelas pastu my dad bwk dia ke pantai sbb duk rumah asyik la menangis tak tau nak apa.Muahaha!Bertabah la atuk sbb sebulan je lagi lepas tu settle.Muahahaha!

Tapi takleh cop jakun gak budak ni sbb Brisbane tu bkn jauh dari pantai pun.Hahaha!Maybe sbb dia mmg suka kot dan berbeza ngan kakaknya.Kakaknya tak excited mana kalau sebut pantai2 ni.

Dan selain dari budak kat atas,sorang lagi yg excited gi pantai adalah bapak budak kat atas.Lagi dia suka kalau ada benda yg kat bawah ni.Andai la dia pergi satu hari dia dapat kutip dalam jumlah yg agak banyak,memang tahu sgt dah dia akan ulang lagi sampai 2,3 hari.


Ini yg dia kutip time sebelum balik Australia haritu.3 hari gigih kutip.Ni hasil hari pertama.


Dan ni hasil 3 hari kutip.Siap kumpul tak tahan tu.

Dan hasil 3 hari kutip tu,bini dia bikin ni la.


Gulai lemak remis.Masak simple  je.

I just ketuk serai,masukkan beberapa hiris lengkus,takde tumis bawang2 pun,just potong bawang,masukkan santan,gula,garam,serbuk perasa (optional),cili sikit,air nak bg berkuah then siap.Senang amat weh dan apa yang pasti bertambah nasik la si tukang kutip tu.Hihihi!

Apa2 la yer janji happy.

Dan kalau ni baru up entry nampak sangat gambar ni dah berkurun lama dalam draft.Muahahaha!Takpe la.Janji I ada jugak something yang nak dimerepekkan.Hahaha!

Sebab menulis di blog mampu bg keseronokan pada I sebenarnya dan paling suka komen dari orang German sebab kenkadang ku rasa apa yang kau rasa.Muahahaha!

Cekodok vs jeput

Semalam si kecik DS tetiba demam.I pun macam memamai bangun carikkan ubat.Panas betul semalam tp rasa panas tu I pakai main agak je sbb thermometer kami dah R.I.P.Dari 6 bulan lepas lagi rasanya duk sebut nak beli baru ,nak beli baru.Tapi sampai ke laaaaa ni tak beli2 jugak.Entah la.Tangguh duk tangguh sesedar bebudak ni dah masuk darjah satu.Huk aloh.Memang tak beli terus la nampaknya.

Tapi budak DS ni demam ke,selsema ke still jugak aktif.Sbb tu mcm tak risau sangat.Lps kasi ubat semalam sempat lagi au cak emaknya.I usik kucing datang ambik dia,terus tidur sampai pagi.Yer la semalam I ada telan Cetirizin sebijik tp dia punya mengantuk ya ampun.Sampai rasa berat kepala.I taktau orang lain tp I kalau ubat ni mmg selalu jd mcm ni.I pun taktau time bila DS sambung mimpi sbb rasa mcm mimpi je dengar suara dia duk usik2 kita.

Ok dah cerita pasal  semalam.Ni nak cerita pasal harini punya cerita.Td time maghrib tadikan tetiba anak tekak ni rasa nak makan cekodok.Kalau kat Terengganu ni kitorang sebut "Jeput".Ntah angin apa ntah yg datang teringin nak makan jeput yg dicampur dengan ikan goreng.Tau ke tak ni?Muahahaha!

Ini semua cerita nostalgia zaman kekanak dolu2 zaman kitorang ada kampung nak balik beraya.Time tu atok nenek kitorang masih ada dan kampung kitorang kat FELDA Jerangau,Dungun.Ini atok nenek sebelah mak I.My grandpa (Hamboi!Speaking!),Peneroka FELDA.Betul dak orang sebut lagu ni?Jd  rumah diorang kat area tanah rancangan tu la.Mengimbau kenangan zaman kecik,heaven sangat rasa everytime balik kampung.

Skang dah takde kampung walau skang duk kampung jugak tp rumah moden so takde feel.Mcm kampung sebelah abah I,rumah kampung jugak siap ada telaga bagai tp kami pulak tak rapat jd mmg tak pernah ada kenangan pun stay rumah atuk nenek sebelah abah I.Kitorang visit diorang just pergi rumah diorang then balik.Mcm tu je.Ok.Tu cerita pasal grandparent both side.

Kalau tok nenek sebelah my mom memang rapat sbb tu everytime nak blk kampung mesti over excited. Memang syok wooo balik kampung.Paling syok sekali tang ada nenek yg rajin melayan la.Time tu request je nak makan apa,laju je tok kita ke dapur tung tang tung tang bikin apa2 la yg boleh dimakan.Kadang2 tu benda simple je tp dia punya sedap ummppp!Hahaha!Tp semua tu takat I umur 10 tahun je.Lepas tu kesihatan tok dan to'ki dan tak berapa baik dan that time diorang start stay dgn anak2 dan rumah kat FELDA tu bg orang sewa.Start dari tu,setiap tahun I beraya kat rumah  je hingga sekarang.

Family my husband lagi la takde kampung sbb rumah diorang kat taman perumahan.Kiranya I ni ada gak kenangan tinggal kat kampung so takde la kekok sangat tp kalau my husband dia mmg tak biasa.Entah ada kenangan duk kampung ke idok pakcik tu sbb dia membesar di bandar Kuala Terengganu.

Berbeza ngan nenek zaman sekarang.Cucu request nak makan apa2,laju je pergi ambik kunci kereta.Bukan pergi dapur.Hahaha!Lepas tu ajak pergi beli kat kedai.Muahahaha!Kalau malas sangat nak keluar,order by phone satgi datang la orang mengantor.Uiiiii!Senang haih!

Antara kuih simple yg tok kita pernah buat adalah cekodok a.k.a jeput.Selalunya,leftover ikan goreng akan di recycle balik tau.Takdenya dibuang kalau tak habis unless benda tu dah basi.Tp ikan goreng rasa mcm susah nak basi.Dan tok kita ni suka bikin jeput bawang letak ikan goreng leftover ni.Haaaa....memang sedap tau.

Sebenarnya td takde terfikir pun nak buat jeput bawang ni tp bila nampak ada baki daun bawang yg I beli kat pasar td,dari membazir baik la buat sesuatu.Dan daun bawang ni kalau suami I ada,dia cukup anti.Entah apa dosa daun bawang ni pada dia taktau la.Kalau nak buat apa2 kuih,jgn masukkan daun bawang ni.Kalau tak dia tak akan sentuh langsung makanan tu.Mcm I ni pulak,suka yg amat dgn daun bawang dan kalau boleh semua masakan nak letak.Muahahaha!Masakan yg berkaitan la maksudnya.Takkan kau nak buat pengat pisang nak letak jugak daun bawang.Iya dok?

Jadi td I potong halus2 daun bawang ni,beberapa ulas bawang merah,then masukkan dalam tepung gandum yg I dah masukkan sebiji telur dan sedikit air.Actually cara nak buat cekodok ni ada byk versi.Kalau cara my mom dia suka masukkan marjerin/butter sikit tp I tak suka.Ada orang dia suka masukkan serbuk penaik sebab nak bg cantik bulat.Itu pun I tak suka.I pulak just suka yg simple je tambahan lagi mmg takde bahan pun kat rumah td.Jd kita bikin cekodok yg betul2 style lama punya dimana hanya dimasukkan bahan2 basic sahaja.Ikan goreng tu pulak I isikan ia lepas tu buang tulang then blend sket.Lastly jgn lupa letak garam sikit bg tambah rasa.Gaul rata.I jenis suka cekodok lembut so lebihkan air.Jgn risau kalau lepas goreng tekstur dia agak keras sbb tu hanya bersifat sementara.Hahaha!Bila dia sejuk sket dia akan lembut.

Bikin cekodok letak byk air ni cara my mother in law.Tp dia suka masukkan lagi cili yg dipotong halus.Sedap juga tp memandangkan ND pun nak makan so I tak letak la.I mmg suka cekodok yg my MIL buat.Cara my mom dia tak suka byk sangat masuk air lepas tu dia suka letak marjerin/butter so cekodok dia ada rasa rangup sikit.Dan pd I pulak,dua versi tu pun I suka.Lagi suka bila orang yg tolong buatkan.Muahahaha!


Ni dah cara moden dah ni pukul pakai whisk.Kikikiki!Senang beb cepat rata.Oloh orang dolu2 pun ada je whisk ni cuma bentuk mcm kelakor sket la.Kalau terlebih kuat pukul dia boleh bergulung sesama dia.Kakakaka!Kenapa I cakap ada sbb mmg org guna lebih2 lagi kalau nak buat kuih bahulu.Betul dak?Betul dak?


Tadaaaa!Inilah jeput bawangnya.Walau huduh tapi sedap.Jadi silalah jemput tengok.Kikikikiki!


Test + Puding Roti

Ok sebulan je lagi.Bertabahlah.Arghhh!Tak sabarnya dan tadi dah selesai test yang last.Harap2 dapat markah yg kebabom setimpal dengan ketekunan stado,study + tidur.Kikikiki!Mana taknya,semalam dah la itu je masa yg ada nak study,parents pergi Temerloh pulak dan sampai rumah pun dah malam.Si ND ngan si DS ni diaorang memang pendengki takleh tgk I duduk kat meja study.Lepas tu memacam la benda nak.

Walhal boleh je diorang main2 dua beradik ni.Tapi nak jugak sibuk menempel kat emak diorang ni.Tak kasik can langsung.

Jd I tak study kat meja tp study kat atas katil.Hmmm....study atas katil memang sah la boleh terlelap.Yang kelakar tu siap mimpi pergi pantai kutip remis.Banyak pulak tu.Ni mesti kes kempunan tak dapek makan kerang yang last week punya tu.

Kalau ada baca,last week area pantai Rusila hingga Marang dilimpahi beribu-ribu lemon kerang sampaikan dekat seminggu pesisir pantai tu dah mcm pesta jadinya.Siap ada orang bukak gerai lagi.Kalau petang sikit tu,jalan jammed tak tahan tu.Maklum la dah sekali ngan cuti sekolahkan pastu orang duk viralkan kat media sosial so berlumba-lumba la orang datang nak tengok sendiri.Siap ada orang lemas lagi.Iya la.Kerang-kerang tu memang la banyak.Tapi ombak besar jadi kena fikirkan pasal keselamatan diri jugak dan tambah lagi bukan kerang-kerang tu duk kat gigi air pun.Hihihi!Mati lemas sebab kutip kerang tak pepasal.

Hinggalah amaran dikeluarkan pihak polis iaitu larangan mengutip kerang barulah reda sikit.Bukan apa.Skang hujung2 tahun ni,ombak besar.Nak buat mcm mana.Fenomena yg jarang  berlaku dan laut sebelah sini kalau ikutkan mana ada kerang tapi itu semua kuasa tuhan la pemilik segala isi bumi ini.DIA boleh bagi apa sahaja dan boleh buat apa sahaja.Besarnya kekuasaan DIA.Subhanallah.

Walau banyak spekulasi yang dikeluarkan kat media sosial mcm ada yg cakap kemungkinan bakal berlaku bencana la (tok nujum FB),sampai ada yg takut nak pergi kawasan tu,bla bla bla.Dan tak kurang juga yg mengingatkan tentang hari kiamat yg hampir tiba.Ingatan pada semua tu dah baguslah tapi jangan duk pandai type kat FB je ingatan pasal kiamat lepas tu dah dengar azan berkumandang pun tak gerak2 lagi sedor-sedor dah habis waktu.Hihihi!Kena ingat la jugak kiamat untuk diri sendiri.Ye dok?

Jadi untuk test tu mcm tak study mana tp sbb pergi kelas 100% focus pastu ada la tanya sesikit ngan orang sebelah (eh sempat lagi),jd dapat la jawab dengan jayanya.Alah takyah nak pretend la korang tak pernah buat.Kikikiki!

Jadi skang ni just tunggu final je la.Nak sebulan je tinggal ni so moh le kita pulun study sungguh-sungguh.Nanti dah settle final nak kena packing barang pulak balik ke Australia.Nasib la balik haritu tak angkut byk baju tp sejak duk sini kemain duk tambah koleksi baju dan rasa mcm banyak pulak barang nak kena buat balik ni.Hukhukhuk!Tu tak termasuk segala mak nenek rempah ratus,budu belacan tempoyak bagai tu.Dan kalau nak buat balik kena packing elok2 plus tak semua barang boleh dibawa sbb Australia ni dia mcm strict sikit.

Just bare in mind,segala bilis,udang kering bagai tu atas nasib je la kalau lepas.Serunding ayam daging tu pun sama.Kalau sikit je bawak in sha allah lepas tp kalau sampai more than a kilo tu,pepaham jer la.I pernah bekalkan utk suami dlm sekilo mcm tu bila time kat custom tu selamat masuk tong sampah.Muahaha!

Eh sebenarnya nak ceritanya pasal semalam ada buat puding roti.Tp yg ni guna recipe lain dari yang biasa buat tu.Hihihi!Puding yg ni kos mahal sikit sbb pakai barang mahal.Hamboih!Jom share recipe mana la tahu berminat nak buat sama.Tp resepi asal kita intai-intai kat blog Kak Nani Rostam tu.I dulu pernah sekali pergi rumah dia beli biskut raya tp sekarang I tak sure dia still jual lagi ke tak.Tp sedap-sedap jugak biskut-biskut yg dia jual.Motif nak gtau kat sini.Kikikiki.

Tp recipe ni I ubah ikut berapa byk I nak buat jd I mcm reduce separuh la dari recipe asal.Dan siap guna roti Butterscoth sbb Kak Nani ada mention kalau pakai roti butter lagi mahveles rasanya.

Recipe I semalam:

I guna loyang 8 inci je.Nak buat dlm bekas casserole emak takde pulak.Nak bantai pyrex dia mcm besar pulak sizenya so hantam masuk loyang sudey.

3 biji telur
1 cawan heavy cream
1 cawan fresh milk
1/2 cawan gula
Sedikit esen vanila
Sedikit butter
Gaul sekata

Carik-carikkan roti susun dalam loyang.Kendian tuang la campuran kat atas.Then biarkan selama sejam nak bg roti tu sebati kot.Lepas tu taburkan sultana.Semalam habis stok pulak jd I just tabur sedikit serbuk cinnamon dengan gula perang.Banyak or sikit ikut selera.

Kendian bakar pd suhu 160 darjah celcius selama 30 minit.Done.

Untuk kuah kastad,Kak Nani pakai tepung jagung,I pulak guna tepung kastad.Guna fresh milk campur gula sikit (I rasa tak perlu manis pun sbb puding roti tu dah cukup manis + guna roti buttercoth lagi la kan).Bila susu dan mcm mereneh mcm tu tak perlu gelegak sangat.Make sure api kecik sbb taknak tetiba jd tragedy pulakkan.Kikiki.Pada yg biasa masak apa2 pun guna fresh milk or santan tau la apa yg berlaku kalau leka sikit.Kikikiki!Then nak hujung2 tu baru campur tepung kastad yg dah digaul dulu ngan air sbb taknak bg ketul2 karang.Kacau la sampai pekat.I rasa tak perlu terlalu likat sbb kuah kastad ni nanti dah simpan dlm peti es dia akan jd makin likat.Kalau kat Aussie I suka beli custard yg ready made tu sbb sedap tp cari kat sini takde,I mean kat Terengganu ni mmg mcm impossible la.Last time I cari kat Jaya Grocer takde pastu siap terpingga-pingga lagi pekerja kat situ bila I tanya.Sbb selalunya kalau kat Wollies or Coles,custard ni ada kat bahagian yg jual cheese kalau tak silap.Tp ada jugak yg diletakkan kat area baking.Yang tu kat Wollies ada.Dan mmg jenama dia kot.Arghh tak sure.

Ok done with custard.Lepas dah masak tu,tunggu apa lagi.Moh le kita ngap!Yum!Yum!Sedap pulak makan panas2.Hihihihi!



Abaikan kecomotan puding rotiku ini.Kalau masuk bertanding baru buat proper sket.Tapi ada ke orang nak suh masuk bertanding?Hahaha!


Ini yang dah di ngap semalam.Sedap tau sebab sendiri bikin.Kikikiki!





Cuppies & cuti sekolah

Hai apa khabar semua?Bagaimana dengan hujung minggu anda?Aiii sikit2 tanya hujung minggu.Hari2 biasa taknak tanya ke?Kikiki.Mcm I ni,hujung minggu ke,hari biasa ke rutin tu sama je.Nak kata after Subuh terus ke dapur bikin breakfast tu idok la sbb selalunya after Subuh terus ke katil sambung mimpi.Kikiki!Buruk perangainya nasib dah kahwin.

Gitu la bila suami jauh plus stay dengan parents jadi like a King Kong  la bila duk kat rumah ni tambah lagi bila abah volunteer nak hantar ND ke kindy tiap pagi.Makin ternak lemak la I.Exercise?Yang last punya dua minggu lepas kot.Cukup la dah buat 20 minit tu.Hahaha!Next punya awal tahun depan la start balik.Haish!

I bkn apa,sebut je sambung zzzzz after Subuh tp tak dapatnya lelama sbb cinonet DS tu asal jam 9 je bangkit dan asal bangkit je mesti jam 9 pagi.Ekcelli anak2 I ni semua ikut bapak dia jenis morning person.Kalau bapak dia lagi la.Memang jenis tak tidur after Subuh.Bagus!Bagus!

Dan cerita I pulak minggu ni agak busy jugak la dengan class,dgn tempahan kek orang (gatal amik tempahan jugak dah tahu busy),busy settle sekolah ND (by next year ND dah start PREP dan I harap la dia dapat masuk Ironside State School sbb itu yg paling dekat dengan rumah.Boleh hantar dia g sekolah naik public transport je kot).Kalau dapat yg kat Indooropilly tu mcm jauh sket la dari rumah).Sigh!Dan tahun depan jugak I dah kena start drive sendiri kereta.Owh man!

Ok.Kita lupakan kejap perkara diatas.Let's story pasal apa yg berlaku this week.Hmm.....this week dalam banyak2 perkara yang menyenangkan tup tup ada terselit yg tak best iaitu I kena lagi infection dalam telinga.Haish!Ini yg aku lemah ni.I kalau benda2 yg tersorok ni mmg cepat panik sket dan pada I la sakit telinga ni adalah antara sakit yg sama level dengan sakit gigi.Trust me!

Dan puncanya adalah bila tetiba I kena selsema tp bukan selsema hidung berair tu tapi rasa kahak yg tersekat disertai pakej gatal hidung yg tahap kronik sekali dengan gatal telinga dan pendek cerita satu muka gegatal.Nasib tuan badan tak gatal sama.Orang kampung panggil resdung.Bukan I cakap.Doctor sebut camtu.Hihihi!

Dan nampaknya I tidak keseorangan sakit telinga.Sepupu I pun kena dan mempunyai simpton yg sama cuma dia lagi teruk sampai ada nanah.Mungkin lama sangat dibiarkan kot.Mcm I 3 hari sakit terus g klinik.Doc teropong,eh banyaknya taik eh tak.Gegendang telinga nampak peputih je lain color sbb gegendang yg sehat dia color ada shining sikit.Tp ni color tak comel so ada infection.Doc bg antibiotik.Skang dah kurang dah sakitnya cuma tak recover sepenuhnya lagi.Ini kalau pergi DEMC kena procedure mcm last year,confirm 3 hari dah pulih ni sbb doc tu siap bersihkan telinga pastu letak ubat kat gegendang tu.

Tahukah anda?Hihihi.Mcm nak bg ayat trivia.Kikikiki!Bila telinga sakit dia gatal2.Bila gatal,rasa nak korek dengan cotton bud dan nikmatnya rasa dapat korek telinga tu.Kikikiki!Hai!Rasa mcm nak garuk-garuk.Gatal dia tu nauzubillah.Taklah nak bayangkan.Tp skang dah hilang dah gatal.


Ok.Walau sakit telinga still gigih amik tempahan cupcakes.

Taaadaaaa!


Uikss!Banyaknya combination color.Maklum la theme hantam saje la so suka hati I la nak deco lagu mana.Kikikiki!16 bijik semuanya.I buat cuppies perasa vanila pastu I letak sikit filling rasberry kat tetengah cuppies tu.satu kotak ni I caj RM50 je.Hihihi!Abaikan fingurine manusia yg huduh takde tahap tu.Maklum la tak cukup peralatan.Actually ni untuk majlis pertunangan.

I bukan bukan serious baker nor professional baker pun.Buat ni sbb minat dan kalau orang order,ada masa free I buat la.Memain jer ni.


Dan ada beberapa biji cuppies yg lebih dan sedikit frosting jadi kita conduct kelas deco pulak.Bagus ni untuk aktiviti cuti sekolah.Happy betul bebudak ni dapat deco sendiri.

Tgk hasil ND deco.Taktau nak nangis ke nak gelak.Tp depan dia I puji la cakap dia pandai.Lepas tu terus ngap.Dan yg pasti banyak2 cuppies,yg dia deco tu la yg paling best skali.Hukhukhuk!

Hailstorm

Dua hari lepas suami txt katanya Hailstorm di Brisbane.Tp this time paling teruk dalam sejarah katanya since 1985.Betulkan kalau I bagi salah fakta.Hihihi!

Sejak 3 tahun dia kat sana rasanya baru dua kali dia cerita pasal Hailstorm ni dan last time takat dia tunjuk bebatu yang memenuhi kat lantai luar rumah.Tapi this time agak worst bila banyak pokok tumbang,tiang letrik ada yg tumbang dan ada jugak kerosakan pada rumah,kereta dan lain-lain.Eh kenapa I type macam nak buat karangan BM je ni.Hahaha!

Dan lagi tambah haru bila black out.Kat sana jarang black out jd dah ribut kuat,tiang letrik tumbang,pokok tumbang makanya bekalan elektrik terputus.Dan time tu la baru rasa betapa pentingnya power bank.Kikikiki!Mmg suami takde pun power bank.Lepas pinjam dgn jiran sebelah rumah baru bernyawa handphone dia tu.Lepas tu dia cerita after ribut tu,dah reda semua boleh dia ngan jiran sebelah rumah g ronda2.Sekali stuck kat tgh jalan sbb pokok tumbang pastu boleh diorang singgah rumah kawan kami juga kat area St Lucia.

Tapi mmg langkah kanan la sbb tuan rumah pelawa makan.Kikikiki!My husband as usual la memalu (dia ni penyegan sikit) tapi sbb kawan dia jenis pakai redah je,follow la jugak.Segan konon padahal suka hati perut kenyang.Chait!


Pic ni I amik dari official FB page University of Queensland.Mmg dasyat jugak la.Dan rumah I pun tak jauh mana pun dari UQ ni.Dan alhamdulillah rumah sewa kecik kami tu takde apa2 takat terputus bekalan elektrik je la.

Hmmmm....disana Hailstorm,di Terengganu ni baru reda banjir.


Ini pic suami amik kat depan rumah malam tu.Ni baru nak start ribut rasanya.Dan dari ribut tu pun ada jugak rumah student Malaysia yg rosak.Moga Allah swt permudahkan la urusan dia.Dugaan la tu.Nak buat mcm mana.Benda mcm ni kita takleh nak elak dan benda tak terduga.



Ini amaran yg dah dikeluarkan dan suami cakap berlaku bila dua angin bertembung dan area city pun boleh tahan gak teruk kena.


Uiiiii.....gelap langit dia.Kalau I ada sana mesti cuak jugak nih.


Hah tu dia.Kalau melantun kat kepala kau bagi sebijik sudah la.Mau bocor kepala.Tapikan bila tengok ni teringat cerita my good friend Aida Uzunovic pasal hujan batu ni dan katanya kat tempat dia di Bosnia sana benda ni biasa dan bukan luar biasa kalau ada yg mati sebab kena benda alah ni.Nauzubillah.Scary jugak rasa.Iyalah.Kita bukan nak keluar rumah terus sarung helmet.Ye dak?

Dan cerita suami pulak,semalam baru elektrik bersambung makan tidur bergelap la satu malam tu.Bergelap tu takde masalah tp yg agak bermasalah pepaham je la akhir tahun di Australia.Dia punya panas tu korang patut bersyukur sebab berada kat Malaysia.Betul ni.Memang panas.Dah la last two weak kot dah kena Heat Wave.Memang suami cakap panas dia tu toksah citer la sampai tahap berkurung kat rumah jer la.Tapi memang tak digalakkan pun buat aktiviti luar time tu.Sbb panas dia berganda.Tapi kalau time panas biasa tu orait je.Cuma I rasa satu je yg best time panas tu,dia ada angin jd takde la poluh-poluh sangat.Cuma jangan dilupa sunscreennya.Kat rumah sana I beli satu botol yg gedabak tu.Hambik kau.

Pakai la seisi keluarga.Tak main beli kecik2 ni sbb mcm wajib sapu.Kikikiki!Kalau tak kulit kering.I selama kat sana musim panas pun kulit kering,musim sejuk pun kulit kering.Musim bunga tak sempat rasa lagi sbb balik Malaysia.Dua kali dah terlepas musim bunga.Sigh!

Orait.Tutup citer pasal Hailstorm.

Sekian.

Drawing

Mengimbau kenangan zaman kekanak,ewah.I dulu waktu kecik2 time belum mumayyiz lagi,I suka sangat melukis.Dulu time kecik kalau taknak bg I kacau orang,silalah bagi pen dgn kertas dan lepas tu confirm zup zap zup zap melukis.Dan bakat melukis ni I taktau ikut sape either mak atau ayah sbb I rasa neither my mom nor daddy,dua2 tak tau melukis pun rasanya atau saje taknak tunjuk bakat terpendam taktau la.Hahaha!Dan dalam adik-beradik I yg tak berapa nak ramai ni,my older sister pun ada bakat melukis ni.Kami sama2 pandai melukis tp I rasa cara melukis dia lagi cantik kot.Cantik dan kemas.I ni pulak mcm clumsy sikit.

Sebab apa I cakap ada bakat melukis sbb dulu time kat primary school selalu la masuk pertandingan melukis.Tp paling hebat pun takat wakil sekolah jer pun dan tak pernah lagi masuk sampai peringkat wakil negeri.Bermakna ada bakat melukis tp suam-suam kuku kakiku jer la.Dan time primary school tu mmg betul2 minat la sbb pantang ada free time,melukis je la kerja hinggakan kengkawan pun dah masak sangat la ngan I ni.Now kalau jumpa diorang,paling yg diorang ingat part I melukis tu la.Hahaha!

Lepas tu masuk secondary school.I sekolah SS dulu jd I ingat my fav teacher haruslah guru yg ajar lukisan.Sbb minat dan mmg my passion in drawing jd I selalu dapat pujian dari dia dan yg pasti selalu dapat siapkan task dia dengan cemerlangnya.Dan rupanya minat I tu bg advantage juga pada I bila siap boleh amik upah lagi tolong siapkan drawing bebudak yg tak suka ngan subject lukisan ni.Bayangkan waktu tu I mmg buat duit la sbb just perlu siapkan beberapa lukisan yg banyak main dengan warna then I caj satu drawing pad tu seploh ringgit.Zaman tu kira dah masyuk la tu.Duduk pulak sekolah kebanyakan bebudak ni anak orang berada so duit bukan masalah pada diorang.Hihihi!Sekolah premier pastu kat area istana.

Malangnya kelas lukisan just until form 3 je.Time form 4,I diletakkan dalam kelas aliran kejuruteraan tp I mintak tukar sbb rasa mcm takleh carry on jer walau orang cakap aliran tu sesuai utk orang yg pandai melukis mcm I.Tp pada I mcm tak relevan sbb lukisan kejuruteraan tu bukan mcm lukisan yg I selalu lukis.Sigh!Dan end up dengan menghabiskan form 4 dan form 5 dlm airan sains tulen walau tau diri tak mampu nak bawak.Huhuhu!Buang karan btol la.Patut masuk kelas yg ada subjek lukisan.

Mengimbau kenangan,after form 5 takleh g memana,so I masuk form 6 still kat sekolah yg sama.Amik Bahasa Melayu,Pengajian Am,Ekonomi & Sejarah.Habis form 6 sambung kolej.Amik National Higher Diploma in Business & Finance.Lepas tu sambung lagi Bachelor in Management ( Marketing ).Uiksss!Dekat hujung2 tu je yg relate.Hahaha!Nampak tak kat situ?I ni mcm takde nak fokus pada satu2.Carca merba je aliran yg I amik.Kikikiki.

Dan minat melukis ni berkubur after PMR.Tp still boleh melukis lagi sikit2 mcm buat artwork ke apa tapi bila benda lama tak practice,mula la sekarang tangan rasa agak keras dan dah start kekok nak melukis.Still boleh melukis tapi mcm kena amik masa sikit la.

Dan I rasa minat melukis ni dah turun pada ND cuma dia punya imaginasi tak sedasyat I la dulu.Kikikiki!Hanya orang tertentu je tahu apa yg dasyat sangat dengan lukisan I time umur I sebaya ND.Kikikikiki!


Ini lukisan ND dengan tajuk ayahanda with his friends.Cakap dengan kawan2 ayahanda tp tetibe terselit pic dia yang cinonet tu.

Dan motif lukis semua tak pakai baju siap highlight part pusat tu yg memang gelak tak ingat la lepas tgk.Terjelir pusat sesorang.Kikikiki!Pusat punya size pun dah nak sama ngan mata.Hahaha!


Dan ini pic MY FAMILY.Tp tak tahan part gambar DS la.Boleh dihitamkan muka adiknya tu nampak sangat dah lama geram ngan adik.Almaklum la adik dah pandai gigit orang.Selalu si kakak la mangsa.Itu yg lukis pic adik x berapa comel tu.

Dan part bonda dan ayahanda,bonda mesti dia lukis mcm besar sket dari bapaknya.Hamboi!!!Tak agak2 kan.Actually pic ni ND cakap semua orang duduk dalam rumah tp motif sangat tetiba ada pic SUN.Hahaha!Dia ni kalau lukis apapun,SUN tak pernah nak tinggal.

Kotak2 kat atas kepala tu dia cakap window dan bantal.I macam ???????????

Hai anak.Dan pic mcm ni I suka tampal kat dinding dan everytime nak study mesti mata nak tgk pic ni dulu lepas tu senyum sorang2.Anak oh anak.Benda simple je tp impak dia pada kita bila bergelar parents ni cukup besar rupanya dan skang baru faham perasaan mak ayah kita dulu mcm mana setiap kali anak capai satu2 milestones.Eksaited toksah cakap la.Hahaha!Mcm2.Phew!~

Boboiboy

61 days to go dan akan kembali pada rutin harian biasa.Owh kadang2 ku mintak waktu bergerak cepat,kadang2 rasa nak suruh lambat sikit sebab macam banyak benda tak settle lagi ni.Kalau check planner (hamboi SAHM je pun siap planner bagai) tapi takpe.Orang neat mesti ada planner sbb kalau buat note pastu tepek kat meja study tu boleh hilang anak cabut.Usai road tax kete gua pun si DS boleh cabut.Phew!

Owh banyaknya kerjaan 2,3,4 minggu ni until going back to Australia atau Australi cara sebutan jiran Indonesia I.Semua nak dipendekkan.Hihihi!Tapi teringat dulu pernah I duk sembang ngan jiran I jugak yg nak balik Indonesia bulan July tapi disebutnya Juli sampai berfikir sejenak gua Juli tu bulan berapa ek?Hihihi.Uniknya bangsa Melayu yang serumpun tp bahasa berbeza.

Ok.

Last week punya cerita.Seminggu ke KL dan sempat berjumpa dengan Kak Umi.Walau jumpa kejap je tapi best jugak la dapat sembang2 pastu makan char keow teow best in town kat Mali's Corner kat Setapak.Seronok sangat dapat jumpa Kak Umi sampai takde satu pic pun kita snap.Alahai!Terlupa.Kikikiki.In sha Allah ada rezeki kita berjumpa lagi yer Kak Umi.

Dan agenda ke KL tu sbb I dapat anak sedara baru.



Izreen Asmidar eh bukan,Izreen Haseena namanya.Baby gurl.Jadi setakat ni inilah cucu bongsu Umi & Atok.Maka DS bukan lagi cucu bongsu.Muahaha!

Ini citer last week dan cerita semalam,I tapau kuih gulung kat kafe UMT.Ya Allah!Tak finale lagi rupanya drama pasal kuih gulung tu.Ini dah mengalahkan drama Filipina 150 episod back to back tu.Kikikiki!Selepas dari tragedy lps,sampai harini mmg takde rezeki lagi la nak mkn kuih gulung sbb kuih gulung yang ku tapau semalam,boleh pulak basi pada malam harinya.Itupun mangsa yg merasa adalah emak kita.Maafkan anakmu emak.Dah citer psl kuih gulung.

Dan sekarang ni musim tengkujuh dah bermula.Air dah mula naik disana sini.Dan bila musim banjir je makanan apa yg femes dikala musim ini?????

Mestilah ubi-ubi especially ubi kayu.Disana sini ku lihat orang menjualnya.Cuma tak stop je beli td sbb hujan lebat sangat.Rasa kesian gak tgk yg menjual tu udah la gerai takat payung tu je.Kalau dah hujan lebat,tetap basah lencun juga.Hmmmm............nak buat mcm mana.Bukan semua orang bernasib baik kehidupannya.Jadi marilah kita panjatkan syukur dengan rezeki yg Allah swt kurniakan.Ucap apa?Alhamdulillah. (Eh,mcm ayat abang ipar I la pulak)

Starting cerita pasal minggu lepas,pastu balik cerita pasal semalam,pastu pasal harini dan lepas tu nak masuk minggu lepas balik ni.Kikikiki!Suka buat orang pening.

Jadi minggu lepas hari nak bertolak ke KL tu,pagi tu sempat la deliver kek ke kindy ND.Ini bkn birthday ND tp birthday sepupu dia.Kalau ikutkan I is busy la jugak last week tp bila kakak ipar mintak tolong I mcm oraitkan jer la.At least I boleh habiskan bahan2 kek lebihan dari tempahan waktu Raya Haji haritu.

Jadi my SIL nak kek theme BoboiBoy.Perisa kek,deco bla bla bla dia serah pada I je la.Lagi senang.Hihihi!Jadi I pun buat la kek coklat moist.Tekstur kek agak berat tp rendah la sikit tak mcm kek sponge biasa.

Jadi alkisah kek ni pun tetap ada cerita.Orang clumsy mcm I ni,cool and steady mcm mana pun,tetap juga ada drama.Phew!

Jadi I ni berfikirlah nak letak topping apa kat atas kek ni.Bila fikir buat kek coklat moist topping yg sesuai mestilah coklat ganache.I ni dah pernah pergi kelas dan elok je trainer tu ajar cara yg betul buat ganache tp sbb byk sangat telan semut,boleh lupa step.Pastu try google tp tak baca bebetul.Memang disaster la.

Maka hari I dah settle buat kek tu,kek pun dah sejuk,so prepare la utk buat coklat ganache tu.Sekali bila I bukak plastik coklat tu..............................damn!I terbeli white coklat.Dah la beli yg 1kg punya pastu dah sah2 I don't have a time nak pergi town beli coklat lain.Dan I punya perangai,sekali tak kena,dia dah jd macam serba tak kena la.Seriously rasa frust sangat.Tp terus la jugak buat.I dah buat teknik double boiled tp boleh I tuang bodo mcm tu je whipping cream Rich tu walhal dalam site yg I google tu dah cakap simmer dulu kejap dan trainer kat baking class tu pun dia simmer jugak kejap.Hambik kau!Disaster la kau punya chocolate ganache dan sbb nak color coklat I tambah la serbuk coklat.Color mmg la coklat tp tekstur dia jd tak cantik.Wooooooo!

I pun topping la mcm biasa.Tp masalah kedua bila ganache tu terlebih leleh la pulak.Jd fikir punya fikir,I pukul sikit whipping cream Rich then I tambah dlm topping tu so I boleh la pipe kat sekeliling kek dan kat sugar paper tu.Tp disater kedua bila cream tu jd melepek.Sampai stage ni serious rasa mcm nak nangis.Pastu masuk dlm esbok suh bg keras sket dan luckily bentuk statik je dan takde yg berubah bentuk dah.

Dan keesokan harinya,pagi yg I nak deliver ke kindy tu,I bukak la balik kek tu nak tgk kondisi dia.Tau tak apa jd pada coklat ganache yg menyaluti kek tu?Ha Ha Ha Ha.

Topping tu jd sedikit keras ibarat coklat shell yg membaluti eskem.Muahahaha!Tp takde la keras sangat pun cuma takde la lembut seperti yg sepatutnya terjadi pd frosting pada kek.Muahahaha!

Jujur I mmg frust la jugak pagi tu.Dan kami pun bertolak la ke kindy Damia nak hantar kek dan drama tak habis setakat pagi tu je tau.Sebab time I nak hulur kotak kek tu pd cikgu dia sekali,"Boom!!!".Sudah mata I dan mata cikgu tu tertacap kat atas jalan.Wahhhhh!

Boleh tali yg ikat kotak kek tu putus.Dan cantik je kotak yg berisi kek landing kat atas jalan raya.Arghhhh sudah!I mmg panik sekejap.Angkat dan terus bukak nak tgk kek tu crack ke,rosak ke apa.Tp alhamdulillah kek tu berada dalam keadaan asal sikit tak jejas.Dan ini mungkin disebabkan frosting yg agak keras tu jugak la.Oh syukur!

Inilah orang kata,ada hikmah disebalik kejadian.Hihihihi!



Maka lepas tu terus zoooommmmm ke KL dengan senang hati.Inilah gambar kek kita tu.Lepas kejatuhan tu,kek tu masih dlm keadaan ni.Cayalah!Kikikiki!

Isu rumahtangga : P

Ini kesinambungan cerita suami yg curang sbb isteri dia tak pandai berhias cantik tu.Muahaha!Ala cerita pasal lelaki yg sayang isteri dia tp nak jugak skandal dengan janda hanya sbb isteri tu tak hot tp janda tu hot.Alahai!Kalau la cerita tu rekaan semata sekalipun,dunia realiti mmg terjadi.

Dan apa yg boleh I cakap,kalau ada yang menyokong sekalipun,cakap itu salah isteri sbb tak bersiap untuk suami,kena ingat la jari yg menunding tu satu je tapi yang berbalik kat diri kita empat totalnya.Muahahaha!

Nak cakap mcm ni je.Isteri bila dah anak berderet, suami pulak tak reti nak bg isteri rehat anak sampai setahun seorang.Pastu isteri tak sempat nak fikir psl diri sendiri hingga kalau dulu mcm Claudia Shiffer tp sekarang kecik sikit dari tong gas.Pastu suami pun curang sbb teringin nak bersama perempuan cantik lepas tu nak isteri kalau boleh kekal cantik mcm memula kahwin.Itu katanya.

Kita nak cakap sikit je.Kita ni manusia mmg akan melalui perubahan ikut aliran masa.Muda bkn selamanya.Biasa la dari body kerengga dah naik sikit jadi ulat beluncas.Dah beranak 5,6 kali ada la longgar dimana2.Itu part isteri.

Suami yg byk complaint ni sedarkah anda yg anda pun berubah ikut aliran masa juga.Mana adil kalau asyik point bini je.Waktu kahwin dulu perut kemain kempis bdn ketak2.Dah anak 5,6 ni perut anda tak ubah mcm perempuan bunting tp tak beranak-beranak.Rambut anda yg dulu lebat hitam sekarang nak sentuh sikat pun fikir 8 kali sbb takut gugur 5,6 helai rambut tu pun dah consider membazir.Senyuman anda kalau muda dulu manis sampai habis cair wanita2 takkan skang mampu cair lagi kalau gigi dah banyak yg rosak.Balik2 isteri jugak yg willing nak hadap.

Jadi lelaki2 sekalian.Sebelum nak tunding jari pada isteri yg dah lalui fasa ibarat mati hidup balik ni (bersalinkan anak), tolong cermin diri anda dulu sebelum nak nampak buruk isteri.Nak isteri cantik biar la anda pun cantik sama.Dan cantik tu pulak banyak maksudnya.

Kadang2 malu juga dgr lelaki yg kencang bercerita ttg fantasinya ttg nak isteri cantik tp kalau tgk dia, malas la nak cakap.Betul la semua org ada impian.Tp at least biar la sedar diri sikit.Muka tak hensem takpe janji hensem iman.Sbb bila hensem iman automatik muka jd hensem.Tp kalau muka tak hensem, solat pun ikut mood, lu pikir sendiri la.Sama la jugak muka hensem, Doa Qunut pun tak ingat.Hi Hi Bye Bye je la.

Nak isteri cantik biar la kita sebagai suami tu cuba cantik sekali.Ini balik2 engkau je yg betul.Sikit2 blame isteri.Puih!

Dan berbalik pd cerita mengarut tu,takyah canang la itu suami penyayang,itu suami baik yg tak lupakan nafkah zahir untuk isteri,suami baik tak lupa tanggungjawab pada anak-anak sbb at the first place,suami yg ada skandal,suami yg dah sampai tahap berzina,I taktau la tang mana nak cakap baiknya.

Ibaratnya orang yg bersedekah tp terang2 kita tahu harta yg diperolehi tu dari sumber haram.Mcm mana orang nak cakap itu orang baik?

Suami yang baik mencari penyelesaian pada permasalahan dan bukan lari dari masalah dengan mencari masalah.Kang tak pepasal dapat masalah.Dan I pulak rasa bermasalah nak fahamkan ayat ni.Eh,masalah betul la.Hahahaha!

Betul la zaman sekarang duit berkepuk muka pecah rumah pun still ada perempuan nak.Tp kau patut malu sikit kalau ada satu masa bini kau request boleh tutup lampu tak.Muahahaha!


Sources: Yahoo!

Ini sikit punya handsome steady je ngan wife dia.Kita yg muka tak berapa nak hensem ni yang banyak cekadak pulak.Puih!

Gambar Gambar Gambar

Aii kenkawan cheq nak tanya.Pic yg bertimbun dalam camera tu korang buat apa?Buat pekasam dalam henpon?Hihihi.

Harini nak cerita pasai pic-pic yg menimbun ni la.Dalam camera digital,dalam Ipad dan dalam henpon.Kalau ditambah ditolak,umang aiiiiii.Beribu wa cakap sama lu.

Jom kita throwback zaman tangkap gambar guna camera dengan film tu.Kikikiki!Seingat kita la time tu takdenya kalau buat muka semenggah kita nak snap.Mesti nak snap gambar2 yg ready jer.Maklum la takut membazir film.Gila kau time tu satu film bukan memurah.Paling banyak 36 kot lepas tu tak campur lagi yg rosak sbb masuk angin katanya.

Takpun yg tetiba bergulung sendiri la dan memacam la tragedi dipendekkan cerita.Dah la nak pasang film kena berhati2 kalau boleh takmau tinggal sikit pun cap jari.Hahaha!Pastu dimomokkan kalau exposed lelama pada udara luar film rosak bla bla yadda yadda.

Dan time tu la betapa berharganya setiap ketipan pada camera.Jarang kita nak bazirkan dengan snap gambar nampak lubang hidung.Semua gambar stok2 bersedia gitu.Ha Ha Ha Ha!

Lepas tu datang la zaman camera digital dan sedikit demi sedikit camera dan film tu dah makin dipinggirkan.Tapi waktu zaman camera digital tu rajin lagi kot pergi cuci gambar cuma time tu dah boleh pilih2 gambar mana yg cantik dan relevan untuk disimpan baru kita cuci.Mana gambar takat nak tayang size lubang idung siapa besar tu kita delete je.

Macam I ni memang suka simpan gambar2 masuk album.Jadi banyak la kenangan yg diabadikan kat dalam album.Kalau gambar ND tu toksah citer la.Memang beribu lemon dan ada la yg I dah cuci.Memula fikir mcm tak berbaloi tapi bila emak cakap kadang2 bila datang rindu kat cucu dia,dibelek-beleknya album tu.Hah!Memang berbaloi.Lepas tu kan kalau gambar lelama ni,bila time reramai balik bercuti,seronok jugak bukak balik tengok.Lepas tu duk main kutuk2.Hihihi!Dan ada juga kenangan yg kita boleh recall balik especially kalau ada family yg dah pergi mengadap Ilahi.Bila tengok pic diorang seolah2 mcm baru semalam kita bersama dengan diorang.Isk!Rasa sedih la pulak.

Ok.

Haritu I ni gigih pilih2 gambar mana yg perlu dicuci dulu.Gila kau gambar 3 tahun tak pernah cuci jadi I cuci gambar tahun 2012 dulu.Pilih mana yg elok dan cantik.2012 je dan seribu lebih.

Tapi kalau boleh nak cuci semua.Hahaha!Sayang pulak mana yg kena delete tu.Kikikiki!Tapi mana boleh nak simpan bebanyak.Cuci banyak nnt banyak pulak kena beli album.Hahaha!


Pilih2,tapis2 last sekali gambar yg dicuci lebih kurang 784 keping.Cuci 4R dapat la 40 sen untuk satu keping.Tersedak tgk waktu nak diambilnya haritu.Banyak gilersss.Hahaha!



Ini duk pilih2 dulu lepas tu baru masuk album.Dan hakikatnya sampai ke hari ni tak settle2 lagi masuk dlm album sbb ramai sgt pengacau jadi kerja asyik tergendala je manjang.Hahahaha!

Lepas dah cuci satu batch,hamboi kemain,rasa lega sikit.I bukan apa.Gambar yg kita duk snap tu kalau simpan dalam henpon tak secure.Mcm I la last time henpon rosak,mmg habis semua la gambar dlm tu.Dah la time tu ada kat Perth jadi leh bayang la semua gambar mmg ada dlm tu sbb dah tak guna camera dah.Tp nasib baik lepas blk Brisbane balik tetiba henpon tu hidup balik jd cecepat la save semua gambar tu.Dan I pun buat back up gak dengan simpan gambar2 tu dlm external hard disk.Siap dua external pulun I letak.Mcm bebaru ni laptop pulak re-format so tak secure jugak la.Tp masuk external hard disk pun takleh nak cakap secure jugak.Probability external hard disc jammed ke atau hilang tetap ada.Tapi harap2 tidak la.

Mcm last time laptop I hilang tp entah mcm mana sebelum hilang tu boleh I transfer semua gambar masuk dlm external hard disk dan I kosongkan terus laptop tu.Jadi gambar2 tu masih selamat pada I la.Maknanya takde la hilang gambar walau laptop kena curi.Dan gambar pencuri laptop ni pun ada kat dalam simpanan cuma tak sampai hati nak share kat FB.Doakan dia insaf jer la.Dan yg mencuri ni pulak adalah orang yg datang tumpang bermalam kat rumah.Jadi boleh fikir sendiri la bila kita bagi bunga,dia bagi taik kat kita.Hahaha!

Tak kisah la kalau terlepas didunia sbb diakhirat belum tentu.Kita jumpa kat sana jer la.Sesedap rasa jer sudahlah mintak tumpang rumah orang,makan kat rumah orang,mintak orang bwk dia kesana kemari satu sen pun tuan rumah tak kira,tapi kau mencuri pulak.Tapi ini manusia yg ada otak dan ada akal tp khianat.Thank u.Panjang pulak cerita psl si pencuri ni.Semoga berbahagia.Muahahaha!

Jadi itu jer la.Sekarang amacam?Dah rasa datang semangat nak cuci gambar2 tu?Kikikiki!

Kuih gulung kuih ketayap

Tadi jam 5 petang tadi usai sudah berada dibandar Kuala Terengganu,I terus melencong ke Batu Buruk mencari kuih gulung.Misi cari kuih gulung ni dari last week lagi dah.Isk Isk Isk!

Last week around 4 petang mcm tu la,I lalu la kat depan gerai nasik lemak kat Batu Buruk tu dengan niat nak beli kuih gulung la tapi usahkan kuih gulung,tuan gerai pun baru jer nak gulung alas meja bukak gerai.Awal sangatkah?Hahaha!Maka.......................

Hampa.

Dan minggu lepas jugak selepas gagal mendapatkan kuih gulung kat situ,I terjah tempat jual kuih-muih kat area Gong Kapas tu bagi mencari,KUIH GULUNG.Dan this time memang tak hampa sbb ada.Jadi cecepat mintak abang tu bungkus.Tapikan bila datang sini,kalau tak beli kuih lain2 memang tak sah.Jd tambah lagi la 2,3 jenis kuih lain lagi.Dah settle beli terus blah.Dah alang2 lalu kat area rumah in law,niat stop kejap pergi hantar kuih sikit dan time tu la baru perasan kuih gulung takde dlm plastik.Sah abang tu lupa masukkan.Maka...................

Hampa.

Dan harini,tak padam lagi keinginan nak kuih gulung,I singgah lagi sekali kat gerai nasik lemak kat Batu Buruk tu.Kenapa kat situ??Hehehe.Sebab kat situ antara tempat yg jual kuih gulung yg sungguh ohsem sekali.Berbeza ngan tempat lain.Kat sini kuih gulung dia memang sedap.Kalau kat tempat lain yg menjadikan inti tu tak sedap kdg2 kelapa dia rasa tengik.Kdg2 kelapa dia guna yg tua sangat bla bla bla.Kelapa monopouse amik santan sedap la tp bikin kuih memang failed la.Cuba kau buat onde2 pakai kelapa tua?Hahaha!Memang tak sedap.

Tapi walau I bajet sampai just right on time,tokey kuih gulung tu tak hantar lagi kuih dia.Arghhh!Rasa mcm nak bergulung kat situ jugak.Maka...................

Hampa.

Dan dah alang2 terpacak kat situ,I pun order jer la nasik lemak sekali dengan pulut nyior.Haaaa..........biasa makan tak pulut nyior?Ini antara makanan tradisional Terengganu dimana pulut yg ditanak akan digaul dengan isi kelapa separa muda (muda sangat takleh jugak) kemudian kelapa tu digaul dengan sedikit garam dan gula.Lepas tu dimakan dengan ikan kering atau ikan goreng.Takde pun sodap juga.



Ni la rupanya.Pulut gaul nyior org Terengganu.Kalau pulut versi Kelantan diorang makan ngan ayam goreng.Maka jadilah Pulut Ayam.Pun ohsem jugak!Dua2 sodap.Kalau I ngah makan tolong sadap.Nak fokus kat makanan ni.Hihihi!

Dan pulut kat sini pun ada cerita jugak bila mana waktu pregnant si DS last year,dah nak terberanak dah pun tapi still menggeletis nak makan itu ini.Nasib suami ada time tu duk melayan.Nak dijadikan cerita dari town membawa ke Marang duk cari pulut gaul nyior ni.Dah la waktu nak makan tu dah petang sangat dah mcm takleh tunggu esok pagi.Muahahaha!

Jadi secara tak sengaja suami stop kat gerai nasik lemak ni sekali ada jual pulut tu.Phew!Terlepas mengidam tp anak tetap menjejeh ailio.Acaner tu?Hahaha!


Ini nasik lemaknya.Boleh bg 8/10 sbb sedap,murah dan tokey tak kedekut.Satu bungkus tu dah cukup sorang mkn.Request la nak ikan ke,bilis ke,ayam goreng ke,telur goreng ke atau nak semua.Lantak korang la.Sambal dia pun sedap.

Dan gerai diorang kalau tak silap Jumaat tak beroperasi dan hari selainnya dibuka tp selepas Asar.Gerai ni betul2 selepas traffic light Batu Buruk dan kena masuk jalan menghala ke Sekolah Sheikh Abdul Malik.Selamat mencari.Kalau orang Kuala Terengganu,memang dah tahu sangat la kat mana.Hihihi!

Tapi td ada drama sikit kat gerai ni tadi.Gerai ni memang sentiasa ramai orang dan kalau nak beli nasik lemak sila la beratur ikut turn.Tp don't worry.Service tip top sbb cekap uolls diorang ni bungkus nasi.Kikikiki!

Dan ada la sorang perempuan ni dengan anak kecik dia dlm lingkungan 2 tahun kot budak tu.Memula emak ni duk dukung la anak dia ni.Tapi sekali dia letak kat bawah.Dan I ni pulak memang duk pandang je la dua beranak ni.Sekali kau budak ni zupp berlari ke arah jalan.Abang yg duk membungkus nasik ni jerit kuat gile kat budak tu dan mak dia pun berdesup dapatkan anak dia balik.Hampir nak eksiden ngan kereta MyVi.

Dan yg buat semua kat gerai tu menjerit (termasuk aku la),ada satu kereta sikit je lagi nak langgar budak tu tp sempat brek.Luckily kereta tu tak laju dan memang tak patut laju pun sbb that area  mmg ramai orang dengan kereta park tepi jalan lagi,mana orang nak melintas lagi.Phew!

Sambung urut dada abang tu.I ni lagi la.Tanjat boboi!

Kalau tak memang tragedy la td.Betul2 depan mata kitorang dan tak jauh pun dari kitorang.Cuma satu yg sedih sikit tang si emak tu la.Bila dah semua orang kecoh,elok dia angkat dukung budak tu sambil tepuk2 bontot anak dia pastu ulang ayat "Nak mati ke?Nak mati ke?".Isk perempuan ni.Mulut tak agak2 la.Tau la nak cover malu.Tp rasa mcm tak perlu la kot cakap mcm tu kat anak sendiri pulak tu.Adeh la!Tetiba teringat kat anak kat rumah.

Tapikan I rasa mcm memang selalu sangat jumpa mak ayah mcm ni.Tgk tempat la kan kalau nak biar anak berjalan sendiri.Bebudak tahu je la.Unexpected.Jd kita as a parents ni kena la extra jaga2.Semoga dijauhi dari perkara2 yg tidak diingini dari berlaku.

Eh jap.Kuih gulung tu kalau luar Terengganu orang panggil kuih ketayap.Yum!

Perihal ayam

2,3 hari lepas kot jiran hadapan rumah hantar seekor ayam.Ayam hidup hokkey.Ini mak kita yang mintak beli.Jadi yang akan sembelih ayam ni nanti mestilah abah kita.Tapi entah apa yang dikerjakan dua orang tu,sembelih ayam tak dapat tapi ayamnya pulak cabut lari.Ini dah macam Chicken Run dah nih.Sigh!

Dan time maghrib hari Rabu bebaru ni datang la makcik tuan ayam tu hantar ayam.Haaa....mcm mana ayam tu boleh dihantar balik oleh makcik tu?Ini adalah kerana ayam tu pandai pulak balik rumah tuan dia semula.Kira ok la.Buatnya dia cabut lari sampai ke Kolumpo tak ke susah.Hihihi!Jadi ayam tu kena ikat balik oleh tuannya dan dihantar balik ke rumah I.

Jadi bermalam la ayam ittew didapur rumah terikat kaki pastu duk dlm kotak.Sound silly sbb mcm terseksa pulak dia kan.Jadi pagi semalam abah kita pun asah la pisau nak sembelih ayam tu.Cubaan kali kedua.

Tapi elok jer siap asah pisau,my mom bukak pintu pastu ayam tu terus jump dari kotak tu cabut lari lagi.Haiyyaaa!Terlepas lagi buat kali yg kedua.Licik betul la ayam ni.Jadi bantut la lauk gulai ayam petang Khamis tu.

Dan harini,ayam tu jugak memang bikin panas betul la bila berkokok kuat gila kat tepi bilik kita.I pun macam,hah dah jam berapa ni????Aku tak dengar azan ke???Maklum la rumah sebelah mesjid.Kalau tak dengar azan tu bawak2 la check telinga tu ada masalah ke tak.

Meraba cari handset nak tgk jam.Cisss!Ayam.Berkokok jam 4 pagi.Potong btol la.Sambung balik tidur.Tapi dia bising lagi time Subuh tu.Betul2 tepi bilik.Ai ni mcm nak cari kes jer ni.

Memula I try halau ikut tingkap.Tapi makin kuat kokoknya.Panas betol la ayam ni.I pun apa lagi.Bawak satu botol mineral besar dan air kat dalam tu ada suku botol.Bukak pintu dapur,I baling botol tu kuat2 kat ayam tu.Melompat tak cukup tanah kau lari.Ai,pepagi dah gaduh ngan ayam.

Actually area rumah ni bukan tak dengar bunyi ayam.Ada je bunyi ayam jiran2.Tp ini kalau stok berkokok betul2 tepi tingkap bilik memang meroyan tuan rumah.Bukan kejap2.Panjang pulak kokoknya pagi ni.Mcm perli tuan rumah pulak gayanya.

Macam abah I cakap la.Ayam tu nak suh kau bangun solat malam la tu.Eh Eh Eh!

Jadi harini masih lagi tiada ayam yg masuk periuk sbb takde orang nak tangkap ayam tu.Dan I tanya mak td dia cakap ayam tu ada jer.Balik rumah tuan dia la.Eh pandai pulak cari jalan pulang.Hihihi!Mungkin esok la kot kena sembelih.Sbb ayam tu mak kita dah beli dari makcik tu.

Tunggu makcik tu hantar balik la ayam tu nanti.

Jadi cerita perihal ayam ni,ayam yg beria kami nak sembelih ni adalah ayam kampung.Ayam kampung ni kalau yg muda remaja tu,kalau makan mmg sedap la.Masak dulu la.Kang ada ingat I makan ayam mentah.Kikiki!

Ayam kampung muda memang sedap.Dan kalau tak silap ayam penyet idaman Malaya tu rasanya guna ayam kampung.Taktau la tp try double check.Karang I cakap confirm kalau tak,kena bahan pulak karang.

Dan ayam kampung ni dia punya size kecik sikit dari ayam daging dan ada jugak spesis yg besar iaitu ayam gergasi.Dan ayam kampung ni memang 100% takde campuran bahan kimia sbb mana ada dia kena cucuk tang sana cucuk tang sini.Hihihi!Dia punya telur pun lain.Kecik tp lagi berkhasiat.I suka nau telur ayam kampung tp mahal sikit la walau cinonet je size.

Kiranya entry ni nak citer pasal ayam jer la.Dan kalau ke pasar korang perasan tak ada ayam yg color hitam tu?Hehehe.Nampak scary kan?

Ayam yg color hitam tu orang panggil ayam pencen.Ayam pencen ni kalau ikutkan daging dia liat sket tp kalau ada org suka,orait je.Maklum la ayam yg dah kertu.Maknanya tu ayam yg dah dapat EPF atau Pencen.Hahaha!Tp ayam cedera kena baling selipar I tak sure dapat claim SOCSO ke idok.Kikikiki!



Ku kirim rindu eh bukan.Ku kirim barang : )

Ini bukan ku kirim rindu tapi ku kirim barang padamu.Hahaha!Seronot pulak rasa.Memang seronot.Sajer nak highlight seronot tu.Seronot ni tak semestinya dapat jongkong emas berkati-kati.Eh ade ke orang nak bagi?Sebab seronot sgt la ni.Kikikiki!So mcm mana hari anda?Seronok tak?

Takpe la.Just side yang agak LAME dalam kehidupan I ini tapi kalau ia buat tuan tanah rasa happy apa salahnya.Iya dak.Mari kita berkongsi cerita,berkongsi rasa.

Ok.

Harini bertemu seorang kenalan tengahari td dan nak tahu macam mana kami kenal?Jeng jeng jeng.Jumpa kat sepital.Hihihi!

Motto hidup I mudah jer.Tak kisah la jumpa sejam sekalipun,kalau boleh ngam kita geng.Hehehe!Tak ngam,so takleh geng la.Kiranya just say Hi Hi Bye Bye mcm tu boleh la.

Kawan I ni pulak secara tak sengaja jumpa kat KTS.Time tu kami sama2 bawak anak check up.Dia duk breastfeed anak dia pastu I masuk tempat tu nak breastfeed jugak.Dari say HI berlarutan tanya nama.Dari tanya nama hambik kau.5 minit lepas tu bising suara kami berdua jer dok pot pet pot pet.Kikikiki!

Bila memasing nak beredar tukar2 no phone,add kat FB,add kat Instagram.Dan start dari tu dah makin rancak bersembang kat media social until I fly ke Australia dan nak dijadikan cerita tengah I mabuk nissang Terengganu ( gula melaka kekdahnya tp versi Terengganu ),tup tup dia ada trip ke Gold Coast so I kirim dia mintak tolong bawak.Sanggup hokkey tunggu dia kat Brisbane Airport dan tercapai la hajat nak nissang tu dan dia bawak pulak mmg the best quality of nissang la sbb jenis lembut tu means nissang asli takde campur ngan gula.

Itu kira second time kami jumpa bersua mata.Dan waktu my friend balik Malaysia sempat la I kirimkan Pandora untuknya (kawan I ni kirim belikan).Dapat la murah sikit dari beli kat Malaysia.

Lepas tu time Raya,I balik Malaysia tapi tak sempat nak jumpa dia bila mana lepas Raya dia pulak fly ke US follow husband dia.2 months gak kot dia kat sana then baru balik last week so kami pun plan la jumpa sebelum dua2 nak fly lagi in Sha Allah in January tapi I masih lagi ke Australia tapi dia ke Arab Saudi.I hope sangat dapat visit dia kat sana nanti dan dapat la peluang buat umrah mana la tahu.In sha Allah.Doa moga dipermudahkan segalanya.

Dan selebihnya kami banyak berhubung melalui Whatsapp,FB whatsoever bla bla bla.Kenal tak lama tapi kamceng mcm bertahun kenal.Kikikiki!Alhamdulillah.Kami memang sekepala sebab tu cepat ngam.Banyak berkongsi rasa maklum la sama2 SAHM dan sama2 merantau ikut suami.Jadi tepek muka dua SAHM ni kat sini.

I like this quote,

Living abroad might be difficult for a while and we must be tough it out because living in a foreign country is one of those things that everyone should try at least once.


Plan asal nak makan sushi tp I pulak waktu keluar dari rumah tak sempat lunch so last minute tukar plan pergi Secret Recipe jer sbb I lapar kot time tu.Fuh!Dapat Thai Style Fried Rice ( budu yg mahal tu) dah bersandar lepas tu.Kikiki!Tambah lagi Turkish Indulgence cake yang dulu tak suka tapi skang fav pulak.Perubahan hormon barangkali.Kikiki!Kenyang.alhamdulillah.Lapar camni nak hadap sushi memang boleh pitam la I.Kikikiki!

Dan antara agenda lain pulak jumpa haritu sbb nak ambik handbag yg I kirim.Eyyyyy!Suka bebenor kirim2 barang ni.I like.

I bila tau dia ke US dan lepas tu dia ada post gambar sekali tertarik la pulak tgk Michael Kor punya handbag ni.Last time dah jatuh chenta pada handbag ni tp design lain color lain kat Myer tp suami cakap no no no dulu.FYI my husband tak suka MK taktau kenapa.Dan lepas nampak dia post terus la kirim satu.I don't care.Nak color kuning please.Kikikiki!Ini dah melalui proses saringan dari suami ni.

Sebut Michael Kor ni atau Coach,kalau ada kenalan atau saudara nak ke US sila la kirim sbb murah banyak.Ini untuk peminat MK atau Coach la.Mcm I ni takde minat pun mcm certain brand itu ,certain brand ini.I ni kira asal cantik dimata so takde specific brand la yg I suka.Hadap Guess sekalipun kalau cantik jalan je cuma kalau beli brand tu faham2 jer la.Takleh simpan lelama sbb makan diri.Dia boleh rosak sendiri walau tak pakai.Tp kalau Coach,MK dan sewaktu dengannya,peram dlm lemari makan setahun tak pakai pun orait lagi.Kalau yg mahal lagi memang lebih2 lagi la.

Tapi mmg tak berbaloi beli kat butik kat Malaysia kalau takat nak design simple mcm ni.Nak beli online I tak berani tp kadang2 harga online memang lagi murah dari butik.I ni bukan peminat tegar Coach atau MK ni tp berkenan tang color je plus yg I kirim pd my friend ni memang mampu milik la.Tak semahal kalau beli kat  butik di Malaysia.For me,berbaloi la.Satu lagi handbag ni kita selalu tukar2 kan.So orait la beli.

Fake punya yg brand AAA ke apa bagai tu no comment sbb I tak pernah beli.Terpulang pada selera.Minat yg tu silakan.Mcm I tak banyak handbag pun takpe janji bukan fake.Memasing punya selera.

Jadi memang semua tahu yg jenama Coach atau MK ni kalau kat US tu ibarat Carlo Rino kat Malaysia la.Mampu milik dan affordable.Ni bukan citer kat Malaysia.Citer kat sana.Jd kalau ada peluang kirim la kat sesape yg nak kesana atau diri sendiri pergi ke mana la tahu.Kikikiki!

Last year I kirim LV kat my cousin beli kat US tp silap sebenarnya sbb tak murah sgt.Silap pilih brand.Brand tu kena beli kat negara asal dia baru ok sikit harga.U must go to Paris.Bienvenue en France.Hahaha!Dan I takde koleksi pun.One and only tu jer la.Satu tu jer la duk ke hulu ke hilir.Huks!Huks!Huks!Motto diri,lenjan sampai lunyai handbag tu.


Dan td kita banyak senyum.Dapat satu tote kuning ni.Design simple je.Skang I memang suka design terbuka atas ni sbb rasa senang nak menyumbat barang.Bukan takat barang,DS pun muat ni kalau sumbat.

Hamboi sampai kertas pun tak tanggal habis lagi.Kikikiki!Nampak sangat nak peram bg jd pekasam dulu sbb kita nak lenjan Todd dulu.

Tapi harinikan bukan handbag tu jer barang yg I kirim sbb last week anak sedara ngan ipar ada ke USS kat Singapore tu so I kirim lagi.Suka benor mengirim.

Last year dah pergi USS so mcm senang sikit la  nak bg gambaran kat anak sedara tolong belikan brg apa yg nak.

Last time pergi memang stay kat Hard Rock Hotel dalam Pulan Sentosa tu tp sbb duk kalut ND demam panas so satu t-shirt pun takde beli untuk kenang-kenangan.Dan this time kirim kat anak sedara beli tp malangnya yg nak takde pulak tp orait la yg dia beli ni.Tak kisah la janji ada.Satu pun dah cukup.


Barang lain suh dia cari kat kedai souvenir Sesame Street.Last time tak byk beli untuk ND dan time tu DS kat dalam perut lagi dan taktau pun pregnant.Kikikiki!Itu yg sakan travel tu.


Kita kirim baju dari watak Abby sebab ND dah ada Elmo.Comel pulak cap dengan t-shirt ni.Pastu ada jugak kirim untuk DS tp for baby nan hado.Actually mmg last year pergi takde pun utk baby tp buat tanggapan sendiri mesti skang 2014 dia dah ada brg2 untuk baby.Kikikiki!Jd untuk DS memang takde apa2 la tp I kirim jugak dua water bottle tu.As usual la yg cantik tertarik kau memang de boom tu mesti kakak punya.Yang hijau duk dalam tong sampah tu dia cecepat claim adik punya.Sabor jer la.


Dan ini pulak jewellery box ni bukan I kirim tapi mertua yg willing belikan sbb katanya senang nak jadikan tempat simpan segala perkakas emas.Hamboih mommy.Cheq ni bukan mami jarum.Hiasan emas cheq kalau letak dlm box mommy beli ni,1/4 space pun tak makan mommy.Muahahaha!Ini sampai 3 tingkat cheq nak sumbat apa???Hahahaha!

Tapi walau emas intan permata ku tak ada,tapi box ni cantik.Tenkiu ibu mertuaku.Sayang dia ketat2.Hihihihi!

Dan uolls semua,apa citer on weekend bebaru ni?


There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me