Kuih gulung kuih ketayap

Tadi jam 5 petang tadi usai sudah berada dibandar Kuala Terengganu,I terus melencong ke Batu Buruk mencari kuih gulung.Misi cari kuih gulung ni dari last week lagi dah.Isk Isk Isk!

Last week around 4 petang mcm tu la,I lalu la kat depan gerai nasik lemak kat Batu Buruk tu dengan niat nak beli kuih gulung la tapi usahkan kuih gulung,tuan gerai pun baru jer nak gulung alas meja bukak gerai.Awal sangatkah?Hahaha!Maka.......................

Hampa.

Dan minggu lepas jugak selepas gagal mendapatkan kuih gulung kat situ,I terjah tempat jual kuih-muih kat area Gong Kapas tu bagi mencari,KUIH GULUNG.Dan this time memang tak hampa sbb ada.Jadi cecepat mintak abang tu bungkus.Tapikan bila datang sini,kalau tak beli kuih lain2 memang tak sah.Jd tambah lagi la 2,3 jenis kuih lain lagi.Dah settle beli terus blah.Dah alang2 lalu kat area rumah in law,niat stop kejap pergi hantar kuih sikit dan time tu la baru perasan kuih gulung takde dlm plastik.Sah abang tu lupa masukkan.Maka...................

Hampa.

Dan harini,tak padam lagi keinginan nak kuih gulung,I singgah lagi sekali kat gerai nasik lemak kat Batu Buruk tu.Kenapa kat situ??Hehehe.Sebab kat situ antara tempat yg jual kuih gulung yg sungguh ohsem sekali.Berbeza ngan tempat lain.Kat sini kuih gulung dia memang sedap.Kalau kat tempat lain yg menjadikan inti tu tak sedap kdg2 kelapa dia rasa tengik.Kdg2 kelapa dia guna yg tua sangat bla bla bla.Kelapa monopouse amik santan sedap la tp bikin kuih memang failed la.Cuba kau buat onde2 pakai kelapa tua?Hahaha!Memang tak sedap.

Tapi walau I bajet sampai just right on time,tokey kuih gulung tu tak hantar lagi kuih dia.Arghhh!Rasa mcm nak bergulung kat situ jugak.Maka...................

Hampa.

Dan dah alang2 terpacak kat situ,I pun order jer la nasik lemak sekali dengan pulut nyior.Haaaa..........biasa makan tak pulut nyior?Ini antara makanan tradisional Terengganu dimana pulut yg ditanak akan digaul dengan isi kelapa separa muda (muda sangat takleh jugak) kemudian kelapa tu digaul dengan sedikit garam dan gula.Lepas tu dimakan dengan ikan kering atau ikan goreng.Takde pun sodap juga.



Ni la rupanya.Pulut gaul nyior org Terengganu.Kalau pulut versi Kelantan diorang makan ngan ayam goreng.Maka jadilah Pulut Ayam.Pun ohsem jugak!Dua2 sodap.Kalau I ngah makan tolong sadap.Nak fokus kat makanan ni.Hihihi!

Dan pulut kat sini pun ada cerita jugak bila mana waktu pregnant si DS last year,dah nak terberanak dah pun tapi still menggeletis nak makan itu ini.Nasib suami ada time tu duk melayan.Nak dijadikan cerita dari town membawa ke Marang duk cari pulut gaul nyior ni.Dah la waktu nak makan tu dah petang sangat dah mcm takleh tunggu esok pagi.Muahahaha!

Jadi secara tak sengaja suami stop kat gerai nasik lemak ni sekali ada jual pulut tu.Phew!Terlepas mengidam tp anak tetap menjejeh ailio.Acaner tu?Hahaha!


Ini nasik lemaknya.Boleh bg 8/10 sbb sedap,murah dan tokey tak kedekut.Satu bungkus tu dah cukup sorang mkn.Request la nak ikan ke,bilis ke,ayam goreng ke,telur goreng ke atau nak semua.Lantak korang la.Sambal dia pun sedap.

Dan gerai diorang kalau tak silap Jumaat tak beroperasi dan hari selainnya dibuka tp selepas Asar.Gerai ni betul2 selepas traffic light Batu Buruk dan kena masuk jalan menghala ke Sekolah Sheikh Abdul Malik.Selamat mencari.Kalau orang Kuala Terengganu,memang dah tahu sangat la kat mana.Hihihi!

Tapi td ada drama sikit kat gerai ni tadi.Gerai ni memang sentiasa ramai orang dan kalau nak beli nasik lemak sila la beratur ikut turn.Tp don't worry.Service tip top sbb cekap uolls diorang ni bungkus nasi.Kikikiki!

Dan ada la sorang perempuan ni dengan anak kecik dia dlm lingkungan 2 tahun kot budak tu.Memula emak ni duk dukung la anak dia ni.Tapi sekali dia letak kat bawah.Dan I ni pulak memang duk pandang je la dua beranak ni.Sekali kau budak ni zupp berlari ke arah jalan.Abang yg duk membungkus nasik ni jerit kuat gile kat budak tu dan mak dia pun berdesup dapatkan anak dia balik.Hampir nak eksiden ngan kereta MyVi.

Dan yg buat semua kat gerai tu menjerit (termasuk aku la),ada satu kereta sikit je lagi nak langgar budak tu tp sempat brek.Luckily kereta tu tak laju dan memang tak patut laju pun sbb that area  mmg ramai orang dengan kereta park tepi jalan lagi,mana orang nak melintas lagi.Phew!

Sambung urut dada abang tu.I ni lagi la.Tanjat boboi!

Kalau tak memang tragedy la td.Betul2 depan mata kitorang dan tak jauh pun dari kitorang.Cuma satu yg sedih sikit tang si emak tu la.Bila dah semua orang kecoh,elok dia angkat dukung budak tu sambil tepuk2 bontot anak dia pastu ulang ayat "Nak mati ke?Nak mati ke?".Isk perempuan ni.Mulut tak agak2 la.Tau la nak cover malu.Tp rasa mcm tak perlu la kot cakap mcm tu kat anak sendiri pulak tu.Adeh la!Tetiba teringat kat anak kat rumah.

Tapikan I rasa mcm memang selalu sangat jumpa mak ayah mcm ni.Tgk tempat la kan kalau nak biar anak berjalan sendiri.Bebudak tahu je la.Unexpected.Jd kita as a parents ni kena la extra jaga2.Semoga dijauhi dari perkara2 yg tidak diingini dari berlaku.

Eh jap.Kuih gulung tu kalau luar Terengganu orang panggil kuih ketayap.Yum!

5 comments:

Nastyna said...

bergulung2 cerita, dari kuih gulung ke tomyam.. eh nasi lemak pulut tanak huhuhuhu. nah sini i buatkan kuih gulung tuk u payah payah sangat.

Eh bebudak kan memang tak leh lepas tangan.. si Jelita ni kalau jalan ngan I memang I paksa tangan dia "gam" kat handle stroller Tipah, hari tu ada sekali jalan sama2 ngan kawan dia.. sekali kawan dia lari, dia pun ikut lari sama... memang menjerit la kami mak mak ni suruh berhenti, tapi takder la ayat "nak mati" tu... better jerit panggil macam orang giler sebelum jadi apa2, touchwood.

Rafhani said...

Sbb tu bila aku pakai tali safety tu...org duk suke selok plok ke aku sbb kononnya napok cam bwk pet jer...haish lahhh....
tapi ada aku kesah? Anok aku lagi x kesah...silap silap sap sap dia lari tarik aku...bkn aku tarik dia...hahahahhaah

Unknown said...

A ah.betul tu mama JJ.anak I yg nk masuk 5 tahun ni pun takleh biar jgk.biarlah salah pegang dari terlepas dr tgn pastu berlaku apa2 yg tak diingini.nanti menyesal x sudah.tp itulah untungnya mak2 yg suara subhanallah.mcm mak tarzan.kikiki

Unknown said...

Ya benar.pemakaian tali tu sememangnya masih relevan.hehehe

umiyumi said...

Salam Fiey,
Ler kuih gulung tu kuih ketayap rupanya.. haha kalu tak silap ada org panggil kuih dadar, betul ke?
Seronok dpt jumpa Fiey.. walaupun dpt kenalkan Fiey dgn Mali's CKT tp spoil la tempat bising sgt nak sembang pun tak berapa nak dengar hihi..
Terima kasih juga susah2 bawa ole2.. sedap2 tu.. k umi dah htr barang utk Zu. Dia seronok sangat, rasanya mungkin dia akan msg atau ckp terima kasih kat Fiey nanti. ;)

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You