Gambar Gambar Gambar

Aii kenkawan cheq nak tanya.Pic yg bertimbun dalam camera tu korang buat apa?Buat pekasam dalam henpon?Hihihi.

Harini nak cerita pasai pic-pic yg menimbun ni la.Dalam camera digital,dalam Ipad dan dalam henpon.Kalau ditambah ditolak,umang aiiiiii.Beribu wa cakap sama lu.

Jom kita throwback zaman tangkap gambar guna camera dengan film tu.Kikikiki!Seingat kita la time tu takdenya kalau buat muka semenggah kita nak snap.Mesti nak snap gambar2 yg ready jer.Maklum la takut membazir film.Gila kau time tu satu film bukan memurah.Paling banyak 36 kot lepas tu tak campur lagi yg rosak sbb masuk angin katanya.

Takpun yg tetiba bergulung sendiri la dan memacam la tragedi dipendekkan cerita.Dah la nak pasang film kena berhati2 kalau boleh takmau tinggal sikit pun cap jari.Hahaha!Pastu dimomokkan kalau exposed lelama pada udara luar film rosak bla bla yadda yadda.

Dan time tu la betapa berharganya setiap ketipan pada camera.Jarang kita nak bazirkan dengan snap gambar nampak lubang hidung.Semua gambar stok2 bersedia gitu.Ha Ha Ha Ha!

Lepas tu datang la zaman camera digital dan sedikit demi sedikit camera dan film tu dah makin dipinggirkan.Tapi waktu zaman camera digital tu rajin lagi kot pergi cuci gambar cuma time tu dah boleh pilih2 gambar mana yg cantik dan relevan untuk disimpan baru kita cuci.Mana gambar takat nak tayang size lubang idung siapa besar tu kita delete je.

Macam I ni memang suka simpan gambar2 masuk album.Jadi banyak la kenangan yg diabadikan kat dalam album.Kalau gambar ND tu toksah citer la.Memang beribu lemon dan ada la yg I dah cuci.Memula fikir mcm tak berbaloi tapi bila emak cakap kadang2 bila datang rindu kat cucu dia,dibelek-beleknya album tu.Hah!Memang berbaloi.Lepas tu kan kalau gambar lelama ni,bila time reramai balik bercuti,seronok jugak bukak balik tengok.Lepas tu duk main kutuk2.Hihihi!Dan ada juga kenangan yg kita boleh recall balik especially kalau ada family yg dah pergi mengadap Ilahi.Bila tengok pic diorang seolah2 mcm baru semalam kita bersama dengan diorang.Isk!Rasa sedih la pulak.

Ok.

Haritu I ni gigih pilih2 gambar mana yg perlu dicuci dulu.Gila kau gambar 3 tahun tak pernah cuci jadi I cuci gambar tahun 2012 dulu.Pilih mana yg elok dan cantik.2012 je dan seribu lebih.

Tapi kalau boleh nak cuci semua.Hahaha!Sayang pulak mana yg kena delete tu.Kikikiki!Tapi mana boleh nak simpan bebanyak.Cuci banyak nnt banyak pulak kena beli album.Hahaha!


Pilih2,tapis2 last sekali gambar yg dicuci lebih kurang 784 keping.Cuci 4R dapat la 40 sen untuk satu keping.Tersedak tgk waktu nak diambilnya haritu.Banyak gilersss.Hahaha!



Ini duk pilih2 dulu lepas tu baru masuk album.Dan hakikatnya sampai ke hari ni tak settle2 lagi masuk dlm album sbb ramai sgt pengacau jadi kerja asyik tergendala je manjang.Hahahaha!

Lepas dah cuci satu batch,hamboi kemain,rasa lega sikit.I bukan apa.Gambar yg kita duk snap tu kalau simpan dalam henpon tak secure.Mcm I la last time henpon rosak,mmg habis semua la gambar dlm tu.Dah la time tu ada kat Perth jadi leh bayang la semua gambar mmg ada dlm tu sbb dah tak guna camera dah.Tp nasib baik lepas blk Brisbane balik tetiba henpon tu hidup balik jd cecepat la save semua gambar tu.Dan I pun buat back up gak dengan simpan gambar2 tu dlm external hard disk.Siap dua external pulun I letak.Mcm bebaru ni laptop pulak re-format so tak secure jugak la.Tp masuk external hard disk pun takleh nak cakap secure jugak.Probability external hard disc jammed ke atau hilang tetap ada.Tapi harap2 tidak la.

Mcm last time laptop I hilang tp entah mcm mana sebelum hilang tu boleh I transfer semua gambar masuk dlm external hard disk dan I kosongkan terus laptop tu.Jadi gambar2 tu masih selamat pada I la.Maknanya takde la hilang gambar walau laptop kena curi.Dan gambar pencuri laptop ni pun ada kat dalam simpanan cuma tak sampai hati nak share kat FB.Doakan dia insaf jer la.Dan yg mencuri ni pulak adalah orang yg datang tumpang bermalam kat rumah.Jadi boleh fikir sendiri la bila kita bagi bunga,dia bagi taik kat kita.Hahaha!

Tak kisah la kalau terlepas didunia sbb diakhirat belum tentu.Kita jumpa kat sana jer la.Sesedap rasa jer sudahlah mintak tumpang rumah orang,makan kat rumah orang,mintak orang bwk dia kesana kemari satu sen pun tuan rumah tak kira,tapi kau mencuri pulak.Tapi ini manusia yg ada otak dan ada akal tp khianat.Thank u.Panjang pulak cerita psl si pencuri ni.Semoga berbahagia.Muahahaha!

Jadi itu jer la.Sekarang amacam?Dah rasa datang semangat nak cuci gambar2 tu?Kikikiki!

4 comments:

Nastyna said...

eh bapak mertua kita still pakai camera berfilem gulung2 tu tau.. anak dia kasi digital kamera tak hinginnya dia..tak feel katanya. masa my mil datang itu hari pun dipaksa dia bawak kamera filem dia tu hahaha kesian mil walau dia dah ada digital sendrii. tapi betul jugak..i ni baper dah laptop rosak habis gambar muda remajaku ilang, but gamabr bebudak ni I terus transfer pi hard drive.. tapi dengar citer my brothe nyer hard drive meletop, baru teringin nak pi print gambar2 ni pulak.. tapi kami ni pindah randah.. masalah jugak nak priont bebanyak. eh panjang lak komen dah jadi satu entry ni hahaha.

Unknown said...

perg... gigih tol cuci gambar.. ingat nak wat cam tu gak.. tapi sekadar tinggal ingatan.. buatnya belom hehe

Unknown said...

Part gambar hiilang tu mmg sadis.I time xleh bukak handphone pun dah rasa memacam sbb takut tak sempat save pic tu.kikikiki.tp ni baru cuci yg 2012.yg latest ni xtau bila la nk cuci pulak..muahahah.your FIL mesti berjiwa sentimental.hihihi.sbb i ada gak knal ngan org yg still suka guna camera film ni.lagi comel katamya.hihihi

Unknown said...

Sila buat.Hihihihi.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You