Tentang kawan

Sebenarnya kalau ikutkan aku dah nak tulis pasal ni dari minggu lepas tapi asyik drag je sbb nak  buat macam mana bila dah buta IT tu mmg buta la jugak.Selama berminggu aku jiwa kacau sbb aku rasa blog aku mcm kena hack la (bajet femes),kiranya ada benda yg tak kena la bila dashboard sebelah kanan tak keluar sepenuhnya.Maka aku takleh nak baca blog fav aku.Dan bukan takat itu sahaja,aku juga takleh bukak langsung blog lain walau guna url address direct.Mmg tension dan itu yg gigih duk layan games The Sim 3 yg baru install tu (alasan).Hihihi!Dan solusinya adalah,rupanya Internet Explorer aku dah versi ketinggalan zaman so dia x support.Bila bukak guna Mozilla Firefox,elok je dia maka aku telah mengadu domba disitu.

Sebenarnya jiwa kacau aku ni berkenaan dengan kenkawan aku jugak dan mmg terbukti kenapa aku susah nak lekat kawan baik dan yg pasti hanya dua orang tu sahaja la kawan baik aku nampaknya memandangkan yg lain kebanyakannya buat aku jadi jauh hati.Tak kesah la.Pada aku dah rasa cukup ada Rifhan and Nana.

Cerita yg pertama adalah berkenaan seorg kwn aku ni yg mungkin bakal menamatkan zaman bujangnya next year.Sblm ni x ada pulak dia nak canang dia nak kahwin dan aku seperti biasa kalau tak ada aral mmg aku akan attend wedding dia.Insyaallah.Cuma tak perlulah sampai dah mcm nada ugut2 siap guna word adil tak adil la pulak.Serious aku rasa tak matured.Mcm bebudak pulak padahal umur sama dgn aku.Apa yang menjadikan dia keluar word adil tak adil tu mungkin sbb dia attend wedding aku siap bermalam lagi kat rumah aku so dia mungkin nak benda sama berlaku.

C'mon la.Takkan aku nak overnight umah dia dgn ada suami,anak semua.Susah la.Dan lagi yg tak boleh blah bila dia siap warn aku "Tak kira mesti pergi jugak.Kau mesti ada".Dan aku rasa ayat dia sgt serious dan ia buat aku secara jujur terasa hati.Ini kerana dalam plan kami sekeluarga,aku berkemungkinan akan follow laki aku pindah tak perlu la aku mention mana lagi sehingga betul2 dah confirm walau kalau ikutkan mmg dah 70% confirm.Makanya ikut planning kami akan move dalam pertengahan bulan January tahun depan.So aku tanya la kwn aku ni kenduri dia tu bila,kot2 la dalam bulan January tu jugak.Sekali dia ckp tak confirm lagi dan ikut planning dlm bulan 10 or 11 next year.Ala kassim!Lambat lagi wei.Dan mmg time tu aku confirm ada kat Malaysia punya sbb time tu aku kena register untuk sem 6 (sem last) cuma aku andaikan je la kalau aku tak balik time tu tp kebarangkalian yg lebih besar aku ada kat sini rasanya.

Dan jawapan dia bagi tak kirala aku nak kemana sekalipun,waktu kahwin dia tu wajib aku ada.Mau tak stress kau dgr statement dia.Kalau la dari tmpt baru aku tu 1 jam dari rumah aku kerumah dia kira orait la jugak tapi ini 8 jam naik flight.Dah mcm nak pergi Mekah kau tahu tak.Tapi takpe la.Aku biarkan je la dia emo.Apa yg aku perasan kalau aku tak cakap aku nak move tak ada pulak dia beria sgt tapi bila aku mention nak move terus jadi serious.Mmg aku tak faham la.Dan apa yg aku rasa mmg ramai kat dunia ni jenis berkawan,kalau dia tolong seseorang maka orang tu wajib buat benda yg sama mcm dia dah buat.Skang tak pasal2 aku dah mula rasa jauh hati.Jujur zaman sekarang mmg susah nak cari kawan yg sanggup susah senang bersama dan sbb tu aku syukur sbb aku ada kawan mcm Rifhan dan Nana.

Rifhan adalah kawan aku sejak aku disekolah rendah sehingga sekarang.4 tahun lepas waktu aku kahwin dia tak dapat attend majlis aku sbb waktu tu dia baru start keje as a lawyer dan mungkin segan dia nak amik cuti kalau dah baru start keje.Dan pada aku,aku tak kisah sgt janji sms and phone call aku terima waktu majlis aku tu.Dan gigih dia kirim present untuk aku kat mak dia walau pada aku tak perlu pun dan cukup la ucapan tahniah dari dia.Dan bila turn dia kahwin this year,aku la org sibuk yg pergi rumah dia dua hari berturut2.Dan adakah aku perlu boikot majlis dia hanya sbb dulu dia x datang?Oh,tidak sama sekali.

Dan satu lagi kawan aku yg tak perlu aku mention kawan mana sbb akukan ramai kawan.Teman sekerja,kawan universiti,kawan sekolah bla bla bla.Jadi dia ni mmg agak rapat dgn aku dan apa yg pasti dia selalu luah perasaan dkt aku.Dan aku tak kisah la kalau dah namanya kawan.Mmg kami agak rapat la cuma lately aku perasan dia mcm sedikit berubah.Apa yg aku perasan setiap apa yg aku ada mesti benda tu tak bagus.Dan agak jarang yg keluar dari mulut dia adalah benda positif.Kebanyakan mesti nak downkan aku jer.Dan aku tak faham kenapa sedangkan sikit pun aku tak pernah jeles dgn apa yg dia ada cuma dia mcm tak suka dgn apa yg aku ada.Sampaikan produk muka yg aku guna pn dia nak pertikai sedangkan aku tak pernah kutuk apa benda produk yg dia nak pakai.Siap mention aku dia pernah pakai produk yg sama tapi tak bagus pun.Tapi aku berani kata yg dia tak pakai tapi lebih pd mungkin org bagi sample pastu cuba.Ceritanya mudah.Kalau dah manusia,bila ada duit lebih,citarasa pn mesti berubah punya.Aku berani potong kuku la.Dan jangan nak claim zuhud la sbb nak cari manusia zuhud bkn mudah zaman sekarang ni.Contoh mudah,kalau kau tak berduit,kau akan ukur ikut kemampuan kau.Kalau nak berkereta,bila duit tak berapa nak ada,mesti kau pilih kereta yg mampu kau beli misalnya kereta Malaysia la senang.Tapi bila duit kau byk sikit dah Allah swt bg kau rezeki lebih,citarasa kau mesti berubah punya.Ala manusia.Dalam ekonomi pun kita belajar keinginan manusia ni tidak terhad cuma tgk pada mampu atau tidak je la.

Dan dia ni suka up cerita.Misalnya aku tanya kereta dia beli brape.Bayangkan dia boleh kelentong aku final price yg perlu byr sampai nak cecah 70k walhal kereta dia harga 50k.Tapi tak tahu la kalo dia mention tu skali interest yg dia kena byr.Tapi agak2 la wei mcm aku ni tak pernah ada kereta.Dan lately aku perasan dia dah mcm tak berminat nak dengar cerita aku so aku faham la yg aku tak patut kongsi good news dgn dia seem dia mcm tak senang or suka pun.Nak dgr advise positif jgn harap la.Siap cerita yg negatif smpi naik remang bulu roma dgr.Tapi apa yg pasti pendapat yg buat kau down sepanjang hari.Dan aku faham la limit aku dengan dia takat mana.

Tapi tak apa la.Kalau fikir aku tak patut amik port sangat pun memandangkan aku sepatutnya bergembira dgn life aku dan family dan dgn rezeki yang Allah swt kurnia pd kami.Pada aku itu dah buat aku amat bersyukur.Dan begitulah seadanya.Kawan oh kawan.1000 kawan 1000 perangai.Namun ramai lagi kawan aku yg amat aku hargai.Nak mention nnt rasanya lebih dari list.Hihihi!

Damia pun dah pandai berkawan.Harap besar nnt biarlah dia pandai pilih kawan.Untuk sekarang Muzaffar adalah bestfriend dia walau differents size.Hehehe!

Part 2:Cuti-cuti Malaysia- Finale

Wah!Mengalahkan drama Korea siap nak ada siri2 gitu.Tapi tajuk entry mmg takleh blah.Hahaha!Maka kami selamat mendarat di Subang Airport lebih awal dari yg dijangka.Mahu tak awal,Air Asia datang dulu,Fire Fly yg gerak dulu.Maklum la flight kecik,cepat je masa nak mengisi penumpang plus x ramai sgt org time tu sbb byk seat kosong.Dah bertolak pagi,time kat airport kat Trg mood nak breakfast mmg x ada maka jejak je kat Subang,moh kita makan dulu.Usha punya usha terus pilih kopitiam sbb yg lain fastfood.Tak kena selera sbb aku orang kampung yg perut asyik nak nasik je.Hehehe!

Makan kat sini tapi kalo nak bg bintang mmg aku bg 1 dari 5.Serious x sedap ntah hapa2.Charge mahal lak tu mentang2 duk kat airport.Chait!Dan pekerja 80% Indon plus Bangla.Melayu 20%.Servis lembab nak tunggu orang panggil 2,3 kali baru nak amik order.Asyik duk sembang gelak gatal dgn mamat bangla.Mentang2 la aku pelancong Malaysia.Cis!


Seperti biasa,dia ni sorang je bersungguh-sungguh makan walau telur rebus je pun.

Lepas isi perut serious tak full 100%,huhuhu,nafsu gajah,kitorang pun gerak cari taxi.Amik taxi melalui pembelian tiket kat kaunter dalam airport.Aku tak pasti kalo menapak tepi jalan pakai laung/angkat tangan tu dia charge berapa tapi yg pasti kitorg kena RM40 ke hotel.Aku pun tak reti nak ckp mahal or murah sbb bkn selalu guna perkhidmatan awam pun.Seingat aku 2 tahun lepas dari Shah Alam ke KLIA dalam RM55 dan aku tak tahu la charge sekarang berapa.Tapi RM40 tu kira perit jugak tu.Hahaha!

Ikutkan perjalanan tak la jauh sangat tapi sbb banyak sangat kenderaan dan apa yg selalu bermain kat kepala otak aku ni,org KL ni pukul brape la diorg masuk and keluar kerja sbb aku rasa sepanjang masa penuh kenderaan kat jalan.Dah la time aku pergi tu hari Selasa.Kalau Jumaat tu boleh la consider lagi.Hahahaha!

Dan disebabkan kitorg sampai awal,sepatutnya check in pukul 1 tapi kitorg dapat check in pukul 10.30 pagi.Tapi ini bergantung pd bilik tu la available ke tak.Just call hotel for confirmation dan jgn memandai pakai redah jer.Dan seperti hotel lain jugak,servis mmg bagus la dan mahu tak bagus kalo kau bg tips byk sampai nak ucap terima kasih 4,5 kali.Mula2 aku pelik jugak asal la mamat yg angkut bag tu kemain beria lagi duk ckp terima kasih,terima kasih.Aku ingatkan kot2 polisi baru kena terlebih polite ke apa,tapi bila tanya Arie rupanya dia bg tips RM10.Amboi,kemain kau yer.Byknya dibagi dah la hotel dah charge utk servis.Haih!Next time RM2 je cukup.

Untuk hotel ni charge satu malam RM288 + service charge sampai RM28.80 + Gov Tax RM17.28.Total utk 3 hari 2 malam adalah RM668.15.Tang service charge tu buat aku hangin asal la laki aku ringan sgt nak hulur RM10.Bkn berkira tapi..................memang berkira pun.Hihihi!

Makanya persoalan kenapa aku pilih hotel ni adalah krn kononnya senang nk gerak kemana2 kat area KL ni.Dlm planning 4,5 shopping complex nak p tawaf tapi hasilnya selama 3 hari tu,2 shopping complex je kitorg pergi.Tak kuasa aku.Penat berjalan.Satu lagi keterujaan tu mmg takde la kalau tmpt yg pergi tu dah sah2 tmpt yg biasa pergi kalau dah 2 tahun aku kerja kat Shah Alam dulu.Lain la kalo tmpt tu 1st time smpi,mode jakun tu yg seronok tu.Hihihi!Tapi pada yg nak hotel yg easy access nak kemana-mana plus mmg niat nak bercuti rehat badan,rehat otak mmg aku recommend la Concorde Hotel ni.Dan harus pergi time bkn cuti sekolah la sbb org tak ramai dan sangat la aman.

Aku memang tak reti nak snap pic bilik since bilik yg aku amik ni adalah bilik biasa cuma request nk katil size king.Maklum la bertiga.Tak sanggup aku nak letak anak kat bwh sbb confirm carpet diorg bkn bersih sgt pun.Keronyok2 cadar tu,itu keje Damia.Tak nyempat2 nak sepahkan bilik.Toilet tak amik la gambar sbb aku tak rasa apa yg kagum sgt smpi nak snap pic toilet tu takat toilet mcm kat rumah aku jugak cuma takde bath tub sbb aku faham la hotel Concorde ni hotel lama plus nak ber"bath tub" bagai,book la bilik premier.Lift asing ok.Uhuks!Bilik kecik ni pun dh kena RM288/night tak termasuk caj lain lg ini ada hati nak booking bilik RM600/night.Dalam mimpi boleh la.

Dan sbb musabat aku pilih hotel ni pun sbb si Arie nak hotel yg senang akses ke KLCC dan tmpt yg sewaktu dgnnya.Tapi kalo rasa nak bukak pintu terus nampak KLCC harus choose Mandarin Oriental Hotel la tapi yg tu caj lebih lagi la dan Arie pun ckp jgn nak mengada taik kuda.

Seronok betul dia lari kehulu kehilir.Last2 waktu kitorg dah siap nak keluar jalan2,budak kecik ni tidur.Maka tunggu la dia bangkit dan jam 3 baru keluar ke KLCC dan perut dan menyanyi tak ingat serious lapar betul.

Pandangan dari tingkap bilik

Jenguk bawah nampak kolam.Bukan part kolam yg best tapi part tengok orang yang duk mandi kolam.Ramai betul mat salleh dgn Arab menginap kat sini.Tu yg laki sendiri 10 minit sekali nak jenguk bawah konon nak tgk org ramai ke tak sbb nak bwk anak mandi pool.Cis!

Gerak ke KLCC walau bdn still penat.Damia still mood mamai so sgt la behave duk dalam stroller.Kalau tak mau dia suh aku duduk pastu dia yg gigih nak tolak.Menginap di sini nak dapat taxi tu mmg mudah since kau just gtau je kat boy depan pintu tu yg kau nak taxi.Nnt biar diorg duk prit!prit! panggil taxi.Dan kat sini la baru kitorg tahu yg kalo budget yg ada so-so je naik je taxi yg biasa dan jgn gatal nak pilih taxi color biru kalau tak silap sbb tu taxi exclusive dan caj diorg mcm siot je mahal.Bukak pintu je dkt meter dah start RM6.Kitorg amik taxi biasa terus ke KLCC baru RM4 lebih.On the way balik terambik yg executive tu hah amik kau kena charge berbelas-belas ringgit padahal KLCC dgn hotel dekat gile.Jalan kaki pun boleh.Kalau tak disebabkan ada Damia mmg bantai jalan kaki je.Baru la orang kata sight seeing.

Dan malam tu ber"dinner" bersama Rifhan.Dinner kat hotel je sbb ikut plan asal Rifhan ajak ke Pavillion (aku tak pernah jejak lagi.Huhuhu!).Tapi memandangkan Damia yg macam terlebih gula,aku tukar plan dinner kat hotel je la.Dan untuk dinner ni aku tak amik buffet sbb charge dia dalam RM70++  utk seorang dan aku laki bini bukan jenis makan banyak pun so sgt tak berbaloi.Ala carte sudeh.Dan makanan dia sedap jugak la tp tak la aku kata 10 bintang penuh.Aku bg 7 bintang la.Hehehe!

Tengah kitorang duk seronok sembang tetiba datang la satu group nyanyi kat tepi meja kitorang.Time tu aku pandang Rifhan,Rifhan pandang aku.Aku pandang laki aku kononnya feeling adakah kanda buat surprise mcm dalam citer omputeh tu bilamana dekat restoren ada dua couple tetiba org datang nyanyi pastu waiter datang bawak dessert pastu kat dalam dessert tu ada cincin 24 juta macam cincin Semah.Pastu perempuan tu terharu,pastu comolot pastu live happily ever after.Cis!

Hakikat,apa kejadah laki aku nk buat surprise sbb percutian ni adalah percutian nak rehat badan,rehat otak dan tak ada kena mengena dgn nak celebrate anniversary bagai.Kau mimpi la Fiey.Rupanya mmg kerja diorang datang dari satu meja ke satu meja.Oh!Malunya sbb aku tersyok sendiri pulak.Kuikuikui!Tapi apapun,persembahan live diorg mmg best.Suara mmg kalo takat nak compete dgn bebudak AF,Mentor tu mmg jauh lagi sedap suara diorang la cuma aku tak pasti diorang ni Sabahan or Indonesian sbb dgr dari gaya bertutur. Dan gambar makanan tak terfikir nak snap sbb sibuk sangat nak berpot pet pot pet maklum la aku lama gile tak jumpa si Rifhan.Kali terakhir waktu raya haritu.Sampaikan Arie dgn anak naik dulu ke bilik sbb penat tunggu aku.Penat ke takde geng?Hehehe!Nak buat mcm mana malam tu Fawwaz tak dpt join sbb dia ada trainning basketball.

Muka penat anak dara I.Diam je dia.Sungguh berhemah dia malam tu cuma part org datang nyanyi tu dia panik sekejap maklum la tak biasa.Darrrrsssss.....

Cerita esok paginya seperti biasa kalau menginap kat hotel mesti dapat breakfast free.Malas nak cerita panjang sbb sama je mcm tmpat lain.

Muka tak cukup tidur.Ikut kiraan aku apa yg dia mkn pagi tu harus tak sampai RM10.Sungguh tak berbaloi.Sikit benor makannya seperti biasa.Nasib free.

Sama la mcm aku cuma nafsu makan lebih 40% dari Arie.Hahaha.Tapi omellete dia sungguh sedap cuma muak sbb terlampau byk letak cheese bedebah.Damia makan lagi tak berbaloi takat corn flakes kat rumah pun boleh makan.Hahaha!Cuma up sikit bila dia makan yogurt you.Kat rumah haram tak mahu makan.

 Aktiviti petang seperti biasa main pool.Aku bg dia main sekali je sbb dia selsema.Tu pun atas belas ihsan sbb setiap kali jenguk dari tingkap,Damia tunjuk2 nak pergi bawah.Kalau tak mmg jgn harap la aku nak gigih bwk turun.Ikut aku mmg nak rehat je sepanjang masa.Keluar pun malas.Nasib Arie mentioned nak shopping ni.Tu yg gagahkan diri jugak bersiap.Perempuan,perempuan!

 Malam kedua dinner kat hotel jugak.Tak larat dah nak keluar.Dan 2nd day baru perasan rupanya hotel ni sebelah dgn Hard Rock Cafe.Tu je nak bg tahu.Dan untuk second time ni aku request la kat diorg lagu Hotel California.Mentang2 duk hotel.Mengada betul.Tapi tak mengecewakan.Mmg layan habis la.Hehehe!


 Kata nak cerita pasal travel.Ni baru teringat nak snap pic makanan kitorg.Tak ada yg hebat pun.Order makanan biasa kat restoren biasa pun ada.Aku mintak wanton noodles dan Arie as usual nasi ayam.Kata nak cuba spagetti ke apa,kirim salam je la.Paling kuat pun dia mintak steak or sewaktu dengannya.Ya,suami saya mmg susah sikit bab makan.

 Malam tu Damia aku order juga la since dia nampak mcm nak makan.Tapi dalam menu tu dia guna perkataan dalam filem2 Walt Disney so aku pilih la Pirates of the Carribean dan yg sampai adalah fish and chips.Sila nangis sekarang.Aku ingat apa la tadi.Tapi aku juga mungkin nangis jugak lepas tu sbb anak aku just mkn fries dia je.Sia-sia la aku order beria.Takat nak makan fries je bonda boleh beli 8 kilo fries bg kamu mkn goreng kat rumah.Isk!Isk!Isk!Tengok kat gambar dah say no kat baby chair.Feeling dah besar la tu.

Lepas makan lepak2 kejap plus malas nak tengok anak aku duk tarik2 loket salib ada anak Filipino  meja sebelah yg sombong giler mak dia plus samada pengasuh bdk tu atau sedara mara dia.Yang ni lagi sombong lebih dari pasangan laki bini Filipino tu.Kejap2 duk panggil Princess.Hek eleh!Datang Malaysia konon nak suruh nampak mcm kaya la, dgn short julur2 kain jeans mcm org miskin x mampu beli seluar.Ntah2 kat Filipina sana kau duk rumah setinggan je kot.Tak pun kau mmg kaya la sbb tu sombong walau dressing pakai t-shirt lusuh seluar lusuh (bajet dressing aku tu class sgt la).Hihihi!Mat salleh situ orait je bagi anak dia main dgn Damia.


 Pandangan malam melalui tingkap bilik.

 Layan Damia jap yg sibuk tunjuk tu apa,ini apa.

Hari last pic ni dekat lobi hotel.Check out sudeh.Dan satu yg kelakarnya aku laki bini plan nak bwk si Damia ni pergi Aquarium dkt KLCC tu siap surf tiket bagai2.Tapi bila dah masuk Shah Alam baru sedar asal tak pergi.Hurm...sorry la Damia.Nasib la kau dapat parents yg selalu tak ikut plan.Nasib kau tak pandai nak demand2 lagi.So ayat biasa "Tunggu dia besar sikit la nnt baru bwk"Jangan la time  kami bwk tu kamu dah umur 12 tahun.Hehehe!

Maka itulah percutian kami yg mungkin pada orang lain tak best mana pun.Hahaha!Tapi orait la untuk kami sekeluarga : )



Fed up~

Lately aku memang malas nak update blog dan puncanya adalah telah berminggu-minggu dashboard kat tepi sebelah kanan blog aku tak appear.

Anyone can help me?

Nuffnang tu je yg duk keluar padahal aku tak rasa benda tu penting pun : (

Part 1:Cuti-cuti Malaysia

Last two weeks aku and family (me,Arie & Damia) pergi bercuti.Tak malu aku cakap this is the first time since kitorang dh ada Damia.Pity of her.Tapi takpe la nak.Vacation lain2 akan menyusul nnt.Itulah,kalau dah kamu tu dari kecik suka meraung kat tmpt public so kita vacation kat rumah je la.Sekarang Damia pn dah besar,dh pandai bwk diri tapi tak la sampai dah pandai cuci berak sendiri.Isk!

Dan destinasi kitorang mmg takleh nk blah la.Ikut plan asal we all plan nak ke Penang tapi memandangkan aku baru habis segala test + assignment dan cuti midterm pun seminggu je,serious tubuh penat so we all decide ke Kuala Lumpur.Ngeh!Ngeh!Ngeh!Anggap je la ye nok we all x penah jejak sana la kalau x mmg x dramatik penceritaan pengalaman bercuti kitorg.Wakaka!

Maka time aku bercuti ini bukanlah time budak sekolah cuti so urusan booking-membooking ni tak payah nak risau sangat sbb confirm x adanya word SOLD OUT (begitu confident sekali).Dan kerana itulah baik dari booking flight sampai ke hotel semua nak buat last minutes (unsur riak ada disitu).Tapi syukur x ada yg silap kalau tak mau seminggu aku kena tadah telinga dgn Arie.Diakan suka bebel.Jadi percutian kali ni kitorang tak pergi dengan kereta.

Untuk penerbangan,memandangkan lokasi yang ingin dituju adalah Kuala Lumpur,kami prefer Fire Fly.Selain dari landingnya kat airport Subang tu je,pada aku penerbangan ni sangat comfortable bila bwk anak since anak aku bukan jenis duduk diam.Compared to Air Asia and MAS yg seat 3,mmg tak comfortable kalo sebelah kau ada orang yang tak dikenali dan anak sendiri tu jenis takut orang.Cerita lain kalo aku laki bini kaya sangat pastu dapat booking business class naik MAS.Heaven.Teringat aku dgn soalan si Arie waktu kitorg on the way balik Trg haritu,dia tanya aku,"Agak2 meal apa ye yg diorang serve untuk yg duk business class tu sampai nak tutup2 dengan langsir.Ntah2 diorang serve ayam panggang sekor sorang ork.Tu yg nak cover sangat tu".Heh!Bersyukur je la kita yg dpt juice dgn kacang free ni dari kena order kat yg tolak troli mcm dalam Air Asia tu.Kumpul duit la booking tiket business class kalau nak tahu sangat meal apa yg diorg serve.Muehehehe!Tapi setakat ni orait la pada aku untuk perjalanan yg short distance takat dari Trg ke KL tu.Takyah nak demand lebih2 janji troli anak kau boleh stop kat tangga pastu bila dah mendarat baik je troli tu orang dah angkatkan letak bwh.Biasa la.Akukan pemalas.

Ini pic Damia sebelum berlepas.Bunyi macam nak ke New York je kan.Hehehe!Takpe la.Insyaallah kalau ada rezeki sampai la nak berholiday oversea pulak.Bukan takat New York,London,Milan,Tokyo,Ulu Jempol nnt semua kitorang akan jejak............................bila banyak duit nnt la.Tapi xtau bila la.Huhuhu!

 

Aku dengan Arie mmg selalu malu nak tangkap pic dlm flight.Takut sangat orang cop jakun tapi bila fikir balik probability aku nak jumpa balik orang yang menyaksikan kejakunan kami tu adalah amat kecil,maka kami anak beranak begitu seronok sekali mensnap sana snap sini snap sinun.Lantak la Senah sebelah nak cakap apa pun.

Mode holiday: Bye bye Terengganu.Hello Kuala Lumpur!

Dia ni semua benda nak teruja.Dapat juice free dgn muffin free pun nak teruja.Tapi apapun,muffin Fire Fly sungguh sedap.Dan satu aku perasan,kalau dalam Fire Fly dia bg gelas kertas,dalam MAS kelas plastik.Hek,yang tu pun nak pertikai.

Nota kaki:Sbb ank aku dah bergantung kat lengan nak tuuuutt,aku kira to be continue la.Daaaaaa......

Aku + Stress + Ketumbit + bla bla bla.....

Lamanya tak menulis.Nak buat mcm mana,masa yg tidak mengizinkan.Aku pun baru je selesai segala test,assignment,quiz dan juga urusan rumah dan hal2 lain.Syukur padaNya kerana semua berjalan lancar.Dan bulan ini adalah bulan yg amat penat memandangkan boleh dikatakan selang dua minggu aku wajib ke Shah Alam dan last week dlm masa seminggu dua kali aku dan keluarga ke Shah Alam.Penatnya tuhan sahaja yg tahu dan nasib aku baik kerana setiap Ahad aku mmg tak ada class.Lega.Tapi yg tak leganya bila setiap Isnin kelas aku straight dr pagi smpi petang kalah budak sekolah.Maka aku istiharkan Isnin adalah hari bingung sedunia.Dan 5 bijik text book confirm dlm beg.Dan nasib baik la aku drive sendiri dan kalau tak mmg hazab la duk kehulu kehilir dgn beg berat tu.Kurang2 aku boleh la letak buku dlm kereta kalau subjek tu dah settle class dia.Dan ini juga jwpn aku kenapa aku maintain x naik sangat badan walau pernah mengandung and beranak.Hehehe!Sebab setiap hari bakar lemak sambil bwk beban kat belakang tambah lagi kalau kelas kat tingkat tiga atau kelas yang jauh sikit pastu kena menapak jalan kaki.Tak ke exercise namanya.Bagussss!

Dan satu yg buat aku binggung lagi adalah untuk kali ini dah masuk kali kelima aku kena ketumbit tmpt yg sama.Mmg stress betul.Mata aku mmg bengkak plus gatal dan paling sakit telinga bila org buat joke yg point aku duk mengintai org la ni,itu yg ketumbit naik kat mata.Mmg tak sayang mulutkan?Dah insuran ke mulut2 tu?Hehehe.Sekali aku doa suruh korang kena jugak baru tau.Astaghfirullah.Tak baik mintak doa yg bukan 2.Tapi kalau korang kena jugak,ok la.Kurang2 aku ada geng.Hahahaha!Dan masuk kali ni dah 5 doktor aku jumpa.Tapi tak jalannnnnn.Dia hilang kejap pastu naik balik.Tension btol aku.Dan skang ni still bengkak merah mata sepet mcm baru lepas kena tinju.Sadis.

Tak berakhir disitu,lagi buat aku tak cukup rehat bila Damia yg asyik flu on off on off.Tapi takleh salahkan si kecik tu jugak.Cuaca yg tak menentu plus surrounding sepupu sepapat yg masing2 produce cendol sendiri tu,plus aku dan suami yg travel kehulu kehilir,mana tak kena flu dia.Bila naik kereta dh kena direct aircond,doktor kata dia mungkin allergic.Bila naik flight aircond atas kepala plus space yg kecik dan kebarangkalian nak dapat penyakit tu mmg besar.Mcm2 jenis manusia yg ada.Udara pun pusing2 dalam tu je.Mana nak sehat dan don't expect kau naik MAS takat nak dapat kacang free dgn juice segelas tu,tiket mahal pastu seat yg kau duduk tu bersih sangat dari debu.Nehi.Bunyi mcm tak puas hati jer kan tapi mmg pun.Hahahaha!Tapi mesti ada yg ckp kalau nak selesa sgt naik la business class.Ok.Tunggu kalau aku dah kaya mcm Semah ok? : ).Duduk yg economy pun hazab nak request business class.Tapi kadang2 walau Air Asia tak provide food tp selesa juga sbb MAS pun seat dia sempit juga dan mungkin sbb perjanan tak jauh rasanya.Sbb kalau yg long distance mmg selesa la.Apa la buka cerita psl flight pulak.Kalau dah blur,mengarut je benda yg keluar.Biasa la.Aku mmg perempuan yg suka tulis tanpa ada spesifikasi sbb tu BM aku B sbb aku selalu melencong lari dari tajuk utama.Hahahaha!

Ok la.Malas la aku nak tulis panjang lagi sbb next entry aku nak up entry pasal holiday as per request dari geng-geng bas sekolah aku kat UMT nung.Orait.Chow!
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me