2013 and food(ography).Kih!Kih!Kih!

Post terakhir sebelum penutup 2013.Nak kata tahun baru,dah lepas dah sambut 1 Muharram harituh.Fuh!Banyak betul kenangan best dan tak best sepanjang 2013 ikut kalendar omputeh nih namun yang best la lagi banyak dari yang tak best.Hihihihi!Namun masih kupanjat syukur padaMU ya Allah diatas setiap apa yang telah diberikan.Alhamdulillah.

So harini baru nak type2 entry bila si kecik Dian dah jadi sleeping beauty,si besar Damia duk main Ipad tapi macam dah x dengar bunyi music Ipad,I syak dah masuk alam mimpi dah dan bapak pada kedua-dua budak tersebut baru jer masuk alam mimpi.Boleh bini nak urut dahi tanpa disuruh (ini lepas baca satu blog tu dia cakap kalau urut dahi suami tanpa disuruh nanti dapat ganjaran emas disyurga - ini I tak tau la sahih atau tak) Kikikiki!Tapi boleh isteri nak picit dahi dia pi suruh buat geli-geli kat telapak kaki.????Pelik betul.Ini orang ke Shrek ni.Takde deria geli agaknya.Macam I nih mmg sumpah orang takleh sentuh kaki.Nanti mengekek gelak susah nak stop.

Ok.Setelah lebih dua minggu kat KL sana,sekarang dah berada di hometown tercinta.Phew!Elok la dah balik.I kalau kat KL sana nafsu makan jadi kalah nafsu rimau.Semua benda nak.Bayangkan dari pagi keluar rumah,breakfast tapau nasik lemak nak sambal yang taknak kalah punya,lepas tu lunch kat Sari Ratu nasi padang,melantak tak ingat,petang nak cari kuih-muih kat TTDI,pastu malam dinner kat San Fransisco Pizza.Pergh!Esok pulak nak makan kat Ayam Penyet Sunway Pyramid,balik rumah biras tapaukan Korean Cruisine dari Gangnam Restaurant,lepastu beli macaroon,beli strawberry celup coklat kat Rebel (ini wajib.kikikiki!),dan biras punya stock brownies yang tersangat mahveles tak pernah tak ada kat dalam peti ais.Habis jer,dia order baru.Huwarghhhh!Balik dari KL,berat naik mencanak-canak.Tapi suka makan jadi suka cerita pasal makanan.

Lepas tu sebab asyik sangat makan kat luar,sampai naik pening kepala.Kalau duk kat rumah,2,3 bulan sekali pun susah nak makan kat luar.Tapi bila dtg sini,hmmmm.

Tapi serious almost 2 weeks kat KL,70% aktiviti mmg makan jer kerja.Kikikiki!Pergi ke Midvalley haritu tak makan kat situ sebab as usual suami dia ada sakit takleh orang ramai sangat dia cepat rimas tapi boleh pulak pergi tengok bola,takde pulak complain rimas.Sigh!Sanggup dari Midvalley singgah Subang Parade semata-mata nak makan.

Dan antara tengah-tengah minggu tu,sempat pulak belanja family makan kat Nyonya Kitchen.Cerita asal ipar ajak ke Jeram tapi sebab hujan jer sepanjang hari haritu so tukar plan ke Plaza Massalam sudah.Dua kali pergi within a week sebab satu kali tu dari KLIA boleh tersesat,dan sebab lapar sangat takleh nak fikir dah nak makan apa yang cepat orang serve,terus ke Plaza Massalam kat situ ada Nyonya Kitchen dan yang pasti tak mengecewakan.Still sedap macam dulu2 jugak.Dulu I ingat time keje dulu suka bawak orang datang situ sebab mudah dan tak bising.Boleh?Hihihihi.Dan dekat dengan rumah akak kita.


Agenda sepanjang kat Shah Alam tu makan jer kerja.So ada satu haritu pagi2 lagi pergi ke Jaya Grocer cari barang nak bikin homemade pizza dan lamb chop.

Makan!Makan!Makan!Dan ada satu hari tu  kita buat BBQ lamb dan pizza.Pergh!Macam pirahna sensorang.Kejap jer licin.Isk!Isk!Isk!Kalau bab makan,laju jer semua.


Lamb chop ni marinate dengan black pepper sauce pastu pakai campak2 jer dgn bahan lain tapi this time tambah sikit marinate sekali dengan herbs yang Jamie Oliver tu.Pergh!Bau dia mmg sedap la.Herbs khas untuk grill tak kesah la apa2 daging pun.

Ini after marinate I grill dulu lepas tu baru masuk oven.So cara tu I dapat daging yang agak tender and juicy.Yummeh!Gravy mcm biasa,jangan bazirkan baki marinate tu.Lepas tu biras buat coleslow.Kalau ada mashpotatoes lagi best kot tp tak larat dah.Lagi nak buat pizza lagi.


Sepatutnya buat dough untuk 4 pizza tapi dough tak naik sgt so dapat bikin 3 pizza jer.Takpelah.Janji semua dapat rasa.

Dan sekarang ni kat Bukit Jelutong dah ada Baskin Robin.Alah kassim!Kalau dulu paling dekat kat rumah akak I tu,yang dalam Plaza Massalam.Tapi sebab malas nak masuk parking punya pasal,so macam malas sikit la nak beli tapi sakang ni duduknya kat Petronas Bukit Jelutong tu T - T .Kikikiki!Pantang  nampak,mesti paksa suami turun beli.Hahahaha!

Dan I taktau la kenapa sekarang ni asyik craving something yang manis2.Itu yang lompat bintang bila tau Komugi ada bukak kat Subang Parade.Macaroon dia best la pulak walhal sebelum ni tak suka gila makan macaroon especially yang jual kat dot dot dot.Takmau mention kat sini.Kakakaka!Manis dia ya rabbi.Ibarat say hello to diabetis pun ada.Kikikiki!

Macaroon dari Komugi.Sedap tapi takleh makan selalu.

Tapi itulah dia.Dah jadi sweet tooth pulak.Durian crepe dari tak suka jadi suka,brownies pun dari tak suka jadi suka.Suka makan cakes,suka makan ice cream.Haish!

Sampaikan pergi Midvalley haritu semata-mata nak ke Ausinno beli cadar.Suami tanya nak beli apa lagi?Semua refuse sebab dalam kepala otak duk fikir mana la stall yang jual any cupcakes,macaroon,ice cream etc.Pastu nasib la suami ajak turun bawah dan tak semena-mena nampak butik Arzue terus kena heret masuk.Tapi nak beli inner jer pun sbb pengaruh rakan sebaya.Hahaha!Mula2 tgk awat cantik sangat color inner kawan I tu pakai.Sanggup PM dia kat FB tanya mana beli.Kikikiki!Itulah perempuan.


Strawberry,pisang,apple celup coklat dari Rebel.Semata-mata ke Empire nak beli nih.Hahahaha!Haritu beli sampai 24 strawberry,6 pisang.Kikikikiki!


Inilah inner dari Arzue.Anak dah nangis so tak leh lama2 sangat nak pilih color.Inner dari Arzue ni color dia sangat cantik dan material dia sangat lembut.Kira orait la.Beli 6 jer dulu sbb inilah 1st time nak try pakai tudung syria.Inner ni pun boleh padan dengan shawl.

Cadar dari Aussino.Ni testimonial pengguna tegar sejak dulu.Material kain dia mmg elok dan paling penting long lasting dimana color dia makan tahun la kalau nak pudar.So tak perlu selalu sangat beli cadar.Kikikiki!Jimat tu.Cuma kalau Inspire,kualiti kurang sikit jer dari Ausinno punya tapi still ok la.Motif beli cadar,suami suh beli katanya takut mahal kat sana.Motif sangat.Tapi tetap kena beli jgk nnt.Mana boleh ada satu jer buat ada yang terbabas kencing,muntah etc,kena ada spare jugak.Kikikiki!

Jadi itu jer la cerita penutup 2013.Seperti biasa hanyalah coretan surirumah sepenuh masa.Kat sini I realize ada certain peoples yang tak suka pada blog yang cerita pasal kehidupan seharian seolah-olah nak tayang cerita kita pada dunia katanya.Tapi pada I tak kesahlah orang nak cakap apa.Lain orang lain pengisian dia.Dari blog ni jugak I dapat kawan yang boleh berkongsi rasa.Kikikiki!Nak kongsi pasal kerjaya,tak kerja so cerita diri,keluarga dan anak2 jer la jawabnya.Nak tulis something yang boleh bagi inspirasi pada orang lain tak reti.Kikikiki!Jadi andai ada yang terbaca ini,kalau tak suka feel free to leave this blog.Tiada paksaan pada sesiapa yang nak baca.Tak suka just click the X button.Selesai.Senyum sokmo hokkeh.Jangan fikir berat2 nnt serabut otak tak bagus untuk kesihatan.Kikikiki!

Semoga 2014 bersamaan 365 hari membawa lebih seribu kemanisan pada kami sekeluarga.In sha Allah.


Little Dian masuk 3 months

Tinggal lagi 2 hari si intan payung I ni nak masuk 3 months.Cepatnya masa berlalu.Tengok gaya tidur tak macam baby 3 months tapi dah macam budak 3 years old.Kikikiki.Ini kerana si Dian busuk masam ni gaya tidur adalah gaya bebas.Contoh mcm inilah.Takmau tidur dalam baby cot dia tapi nak tidur selit2 dengan orang pastu posisi tidur macam orang besar.Sigh!Memandangkan yang umur 3 tahun tu pun ada sekali kat katil ni,huh,posibility esok ada orang jatuh katil adalah tinggi.Sumpah space untuk I ngam2 letak badan jer.Nak pusing pun takleh.Crowded hoi!Actually post ini adalah testing guna Ipad dan serious tak best.Agagaga!Ok just nak gtau jugak kat sini,tadi g cari barang nak buat pizza kat Jaya Grocer tetiba jumpa Hanis Zalikha tengah beli barang dapur jugak.Tapi malu say hi.Kikikiki!Sekali bila keluar nak ke kereta,kereta dia park sebelah kereta kita.Kikikiki!Tapi ini bukan 1 st time jumpa pun sbb dulu pernah sekali kerumah dia pergi beli biskut raya dengan mak dia.Phew!Itu jer pun nak gtau.Motip sangat.Choi!

My wishlist for 2014

I bet setiap kita pasti ada wishlist masing-masing.Tak kesahlah dari sekecil-kecil benda hingga sebesar- besar benda tapi impian tu tetap ada.Macam I la.Tak habis2 dengan wishlist sampai kadang2 naik rimas pulak suami dengan kita.Muahahaha!Nak buat macam mana.Orang yang terlebih masa lapang ni memang kuat verangan.Part time job gue tuh!

Kita punya wishlist,panjanggggg hoi!Lagilah sejak fulltime housewife.Hari-hari duk berangan jer kerja.Hahaha!

Actually my wishlist ni takde la sampai boleh kena serangan stroke kalau suami baca.Ala semua benda yang more to mak-mak yang suka.Dan latey yang asyik bermain kat kepala hotak ni adalah ketidak sabaran untuk mempunyai dapur sendiri.Serious rasa excited sangat bila ada dapur sendiri.Keinginan selama bertahun-tahun.Bukan takleh buat kitchen rumah mak ni macam kita punya kitchen,tapi bila ada sendiri punya tu yang best tu walau my own kitchen nanti mampu bergesel bontot sebab space yang kecik T______T.Memang kecik.Tapi tak kesahlah kecik pun.a

Tapi itu masih tak buat I down hokkey tapi makin excited ada la.Dalam rumah,kitchen adalah my fav spot.For me,memasak boleh hilangkan stress tapi makan banyak masakan sendiri mampu menambahkan stress pulak sebab gemuk.Kikikiki!

Memandangkan kehidupan nanti lebih banyak tertumpu pada anak dan rumah (taktau la kalau tetiba dapat jawatan lain pulak),jadi my wishlist semua benda yang ada dirumah.Bahasa mudah,peralatan rumah dan bukan perhiasan diri.

Sebab tak ada makna I nak collect handbag,collect shoes ke bla bla bla sbb kebanyakan masa I berada dirumah dan my BFF haruslah suami dan anak2 jer.Collect barang2 tu nak jalan2 kemana?Hakhakhak!Kalau untuk kepuasan diri ok la kot cuma tak berani lagi nak mintak handbag baru sbb suami baru jer belikan handbag baru dan guna tak sampai lagi setengah tahun.Kikikiki!

Dan ini merupakan my wishlist yang mmg dah lama diidam-idamkan cuma taktau la bila nak dapat.

MIXER

Kitchen Aid stand mixer.I love baking.Seriously I really want this!Wahhhh!!Rasa macam pernah tengok ini bukan sekadar mixer tau tapi mampu bertukar jadi mesin buat pasta tapi mungkin ada la extension dia kot.Didatangkan dengan banyak warna,tapi I love this color.2 hari lepas ada tunjuk kat suami mixer ni.Time tu kitorang kat Empire Subang.Tapi boleh dia buat muka penyu masa I tunjuk ni.Siap cakap ala kat Aussie berlambak.Ayat berlambak tu takde maknanya kalau tak disertai,"Nanti kanda belikan".Owh!Namun ayat itu tak lain hanyalah ilusi penulis semata.

DEEP FRYER


Tefal deep fryer and I think this is a must!Kena bodek suami nih sebab sampai bila nak bersilat kat dapur.Kikikiki!Relevan tak alasan walhal mak kita,tok nenek kita bertahun goreng2 apa saje pakai kuali jer.Hahaha!Atau mungkin I boleh guna alasan,sampai bila asyik nak lap dapur sebab berminyak.Boleh?

Tapi benda alah ni bukan itu sahaja tujuannya,kalau tak silap ia juga mampu meminimunkan penggunaan minyak.So bolehlah kita guna alasan faktor kesihatan pulak bagi menghasut suami agar beli ini.Wahahaha!

BREAD MAKER


Inipun I rasa a must!Phew!Sekarang ni mmg addict sangat menroti.Dan sure rasa best gila bila mampu bikin roti sendiri so takyah beli kat luar dah.Tak kisahlah apa jenis roti pun sebab bila dah ada benda alah ni,mesti lagi kreatif.Hahaha!Dan proses mengguli pun boleh guna mesin jer buat,tak la penat sangat I nak knead the dough.Woish!

SEWING MACHINE
Tetiba dari peralatan dapur,masuk mesin jahit pulak.Serious I mmg nak belajar menjahit.Kalau tangan keras sangat takleh menjahit baju,pandai jahit sarung cushion dan langsir pun dah rasa sangat bersyukur.Memang teringin nak amik kelas cuma tak tahu bila.

DINING WARE


Serious I tak pernah ada koleksi sendiri.Dulu waktu awal kahwin,ambik set Corelle mak sbb baru kahwin,duit gaji tak banyak nak spent untuk benda2 macam ni.Kesian!Hahahaha!

And I fall in love with this dining ware set with the iris classic design.


Lagi la bertambah jatuh chenta bila sama design pulak dengan set lauk nih.Aduh!Duh!Duh!Duh!

TABLECLOTH 

Bunyi macam kelakar sikit sebab tablecloth pun masuk dalam impian????Hahahaha!Yes.I memang mabuk dengan checkered design nih.Slurp!Lap ailiyo.Bukan takat tablecloth,skang duk bayang picnic cloth pun kalau boleh nak design ni.Melampau.Hahahaha!


Bukankah cantik tu bila diletak pada dining table.Mungkin setakat ni I tak datang lagi mabuk pada kain lace,bunga-bunga bla bla bla.Bagi habis mabuk yang ni dulu.Lain tu,later.Hahaha!

SPICES RACK

Tak dapat dibayangkan mempunyai rak khas untuk segala rempah ratus dengan label.Phew!Owh!I love cooking too.

FLOUR JAR


Yea,inipun impian jugak walau mesti ada yang cakap,eleh,ini bersepah ada jual kat luar.Ya,ya,ya.Memang bersepah kat luar sana cuma bezanya penutup dia tu antara kedap dengan tak jer.Kalau musim panas lembap ni,mudah rosak la apa yang diisi kalau tak kedap udara.Actually kat Ikea berlambak.Ok.Nnt kita serang Ikea diBrisbane walau suami awal2 warning Ikea kat sana besar gila sampai tak larat nak pusing.I taktau pasal tu sbb tak pernah pergi lagi.Last year I di Brisbane singkat sangat.Banyak lagi bangunan yg I tak sempat ukur.Hihihihi!Brisbane,tunggu aku datang for a second time.

I memang teringin jar macam ini untuk mengisi segala tepung-tepungku atau apa2 sahaja yang sesuai diisi.Tapi yang duk bayang kat mata memang nak isi tepunglah.Ini semua pengaruh dari Anna Olson.Hamboih!

Jadi itulah my wishlist tak tau la dapat fulfill semua atau tak.Berangan dulu sebab ingat ada bapak saudara pernah cakap.Berangan tak kena bayar.Hahahaha!Tapi memang la berangan tak kena bayar cuma,buang masa jer la.Kikikikiki!



Dan apa yang pasti,walau belum tercapai semua,dapat jugak ini bila suami offer nak belikan dan yang pasti malam dapat tu terus tidur sambil senyum.Hahaha!Ceritanya,setiap akhir tahun,as ususal mesti ada YES.Kat mana2 pun ada dan lagilah dengan Christmas Eve ni,mmg harga runtuh la.Dan kalau kat Aussie ni,kalau dibilang SALES,mmg SALES gegila la.Jadi suami offer nak beli dulu set Corelle ni.Memula x setuju kononnya nak pilih sendiri.Iyalah,suami bagi pic mana yg sempat dia snap jer.Dia suh pilih.Bila kita pilih,dia pulak cakap tak lawa.Tapi nasib baik la dia umpan bunga yang dia berkenan tu ada sekali untuk set lauk.Lepas dia tunjuk pic,terus senyum balik walau sebelum tu kemain sentap.Iyalah,mana tak sentap,dia suruh I pilih corak mana yang berkenan,bila kita pilih yang kita suka,dia pulak complain corak tu tak lawa.So I majuk cakap dia pilih jer la,kita terima jer.Tapi sekali rupanya husband kita lagi ada taste dari kita.Pandai pulak matching- matching.Tapi orait la jugak pilihan dia.Lawa jugak la walau dalam hati menggeletis nak pilih sendiri.Siap snap gambar bagi tgk kat kita eh sekali mak kita pulak nak jugak.Sorry la mama.Beli sendiri nanti.Kata next year nak datang Aussie cuma harga la tak berani jamin dapat harga runtuh macam ni atau tak sbb time tu dah masuk January.Kuikuikui!


Drama series~

Hola!~

Harini nak cerita general issue.Kikikiki!

Harus diakui drama yang mampu membuat air mata,air liur,air hidung meleleh kebanyakannya adalah drama dari Asia  especially drama Melayu,Filipino dan Indon.Tapi itu tidak mewakili diri ini kerana I bukan peminat tegar drama2 bersiri ini cuma hanya secara tidak langsung menontonnya apabila ada seorang kat rumah ni dah macam lekat gam kat sofa setiap kali drama2 ini keudara.

Setelah diselami apa yang menyebabkan I mencik sangat dengan drama2 ini adalah:

Jalan cerita yang hampir sama

Kalau drama Melayu tak habis2 dengan kahwin paksa,cinta mendapat tentangan,beza antara dua darjat dan sebagainya.

Kalau drama Filipino pulak,tak habis2 dengan dendam,berebut harta,anak tertukar time kecik,dan beberapa scene yang  mampu buat suhu badan naik mendadak secara tiba-tiba.Better stand by termometer kat tepi.

Kalau drama Indon pulak,ambik balik point kat atas.

Dipendekkan cerita,3 serangkai ni sama jer plot cerita.Balik2 konflik yang sama cuma watak jer berubah.Tapi yang herannya ramai jugak fans.

Syabas Astro kerana sejak2 ada Bella ni banyak tayang drama Filipino ada isteri makin lambat masak lunch.Kalau tak lambat,awal gila masaknya sampai lauk lunch mungkin dah siap pada waktu sepatutnya kita breakfast.Kikikiki!

Paling dasyat,punyalah kusyuk menonton sampai kalau time tu tetiba kau nak tanya mana letak belacan,confirm remote control atas kepala.Begitu sekali fokusnya pada drama tersebut.

Kalau drama Melayu pulak,yang tayang time orang sibuk nak maghrib tu,kat wall FB bertalu2 masuk update status.Menjiwai watak la katakan sampaikan ada yang memasang impian kalau boleh nak kahwin dengan orang yang mempunyai ciri2 mcm watak dalam drama tu.Sampai lagu tu sekali penghayatan.Puih!

Kalau drama Indon pulak,kau tak akan jumpa begitu baiknya manusia hinggakan kalau kau curah air taik sekalipun dia bisa berkata,"Aku ngak apa-apa sih!".Macam celaka tak kau rasa???I rasa macam tu sbb rasa macam tak logik wujud manusia yang terlalu baik hinggakan orang dah ugut bunuh pun kau masih lagi nak berlembut dengan orang tu.Huh!

Jadi I ingat nak suggest la mana2 yang willing nak buat tesis kaji pasal ni,kenapa orang2 kita berminat sangat dengan cerita2 macam ni.Nak kata isi masa lapang?I rasa macam lagi sakit otak.Dan paling haru kalau ada yang terbawa-bawa sampai kedunia realiti.

Tapi serious la.Daripada cerita2 macam ni takde membina sahsiah diri yang baik pun selain dari memburukkan lagi keadaan apabila pemikiran stereotaip masyarakat kita yang asal mertua atau ibu tiri mesti jahat dari zionis.Kikikiki!

Sumpah susah nak jumpa cerita yang mampu melahirkan masyarakat kearah perkara yang lebih positif.Bukan nak point cerita omputeh tu bagus sangat cuma contoh drama series seperti Parenthood,I rasa lagi banyak perkara baik yang kita boleh ambik.Mana yang tak sesuai jgn la amik bulat-bulat.Tapi at least mampu mendidik masyarakat dan bukannya buat masyarakat jadi bertambah kolot dan pemikiran pun jadi statik kat situ jer.

Itu yang buat ramai gadis2 yang ibarat duduk dalam mimpi maklum la mengharap mendapat seperti apa yg dilihat dalam drama yang ditonton.Bukan takat gadis jer,yang berstatus isteri pun sama.Isk!

Dan satu lagi drama dari Amerika Latin.Takde satu pun yang membina selain dari nak show off breast sape paling power,scandal bla bla bla.Arghh!Tapi ramai jer orang suka.

Jadi kalau nak tonton,tonton la,takde sape nak larang,tapi tak perlulah sampai terbawa-bawa.Adoi!

Hensem dak?Kikikiki.


Eh?I pun terjebak jugak?Hahahaha!

Resepi Roti sardin roll

Akhirnya tercapai jugak keinginan nak makan roti sardin roll.Oh!Yeah!Hahaha!

Maka bila keinginan membuak-buak,kenalah ada effort untuk mencapai keinginan tersebut.Betul tak?Maka gigih ke dapur cari breadcrumbs dulu.Godek punya godek,yang dicari tu ada tapi dah mcm expired.Color yg sepatutnya putih dah macam nak kelabu dah I tgk.Tapi......................jangan hampa dulu,sebab solusinya ada.Hiks!Mak2 mmg kena mcm ni la.

Jadi kalau dah sebutnya nak buat roti sardin roll maka bahan utama mestilah roti.Jadi mmg stok roti ada.Check!


Apa2 hal,kita start bikin homemade breadcrumbs dulu.Tak susah pun sebenarnya.Really easy bebeh walau kalau beli kat kedai sekilo baru RM12 kalau tak silap.Hik!Hik!Hik! T____T


Memula ambik beberapa keping,susun dlm loyang pastu bakar.Selain bakar,option kalau takde oven atau toaster kat rumah,boleh jugak dijemur.Tapi kalau jemur amik masa la sikit dan kau sanggup ke harini rasa nak makan,lusa baru siap roti.Kikikiki!

I pakai susun sekeping-sekeping lagu tu tapi kalau nak carik-carikkan roti tu orait jer.

Tapi kalau musim mcm sekarang ni,mmg tak kering2 la roti tu.Kikikiki!

Macam I buat ni,masuk dalam oven,letak suhu tinggi sikit,guna pemanasan atas bawah,dalam 10 minit rasanya,done!


Lepas tu blend jer la.Inilah hasilnya breadcrumbs I.


Sardin leftover tengahari tadi.Nak buang sayang.Nak makan dengan nasi rasa perut tak berapa nak terima so daripada kena masuk dalam fridge adalah baik I bikin something untuk minum petang.

Jadi kita lenyek2 jer ikan sardin tu sampai jadi macam ini.Gaul sekali jer la dengan bawang cili tu semua.Tak kuasa dah nak asing2kan.


Next step,tekan2 roti tu bagi nipis sikit supaya mudah nak gulung nanti.


Letakkan sardin tadi kat atas.Lepas tu gulungkan lah.Jangan lupa celupkan dalam telur sebelum gaul dengan breadcrumbs tu.


Roti yang dah siap digulung,dah siap dip dalam telur then gaul dalam breadcrumbs nih.


Lepas tu goreng jer la.Ini kalau kat atas ni minyak banyak gila.Actually I pakai main sapu jer minyak mak lepas goreng keropok lekor.Malas nak asing kat bekas lain so hantam sajalah labu!



Hasilnya,inilah Roti Sardin Roll.Kalau guna inti serunding daging jadilah Roti Serunding Daging Roll.Hahaha!Dan begitulah seterusnya.Ikut selera anak tekak nak letak apa kat dalam tu.Takde kuasa veto kat sini.Ikut suka hati korang la.Hihihihi!Tak kuasa mak.

Rupa2nya,Damia suka tau buat macam ni.Tapi mak dia pulak kejam sbb tak asingkan cili dulu.Anak yang taat makan la jugak walau kepedasan.Kikikiki!Tapi orait la at least dia makan jugak walau pedas.

Next time inshaALLAH buat lagi ikut selera dia pulak,kurang pedas.

Selamat mencuba bagi sesiapa yang rasa nak cuba.Tak lama pun tempoh penyediaan.Senang dan ringkas.Makan dua pun dah kenyang beb!

Fuh!

Selera besar~

Hujan renyai-renyai diluar belum ada tanda nak berhenti.Matahari pun masih malu-malu nak keluar jadi banyak lagi pakaian yang masih lembap tak kering sepenuhnya.Mana ruang yang boleh digantung segala kain baju,dimanfaatkan sebaiknya.For sure la sesi jemur baju dalam rumah.Dining room cuma dua kerusi jer available kalau nak guna.Hahaha!

Begitulah setiap kali musim hujan tiba.

Harini ada kenduri kahwin dikejiranan sini tapi tak tahu apa relevannya bila ada kenduri je automatik dapur pun tak berasap.Hahaha!

Jadi tadi minta Abah bungkuskan nasi ayam dan rojak ayam.Tapi pulang hampa kedai tutup katanya.Jadi haruslah ada 2nd plan.Jadi marilah bersilat didapur.

Memandangkan mmg dari awal tiada niat untuk masak for lunch,jd ikan ayam semua beku dan ambil masa untuk defrost balik.Perut dah lapar nih.Nak guna khidmat microwave.sudah berbulan-bulan ia berhenti berkhidmat mungkin habis usia agaknya.

Jadi apakah lauk mudah dimasak cepat dimakan?Bukan maggi hokkey.

Jawapannya mestilah SARDIN.Hohohoho!Singsing lengan,pakai apron,meh ler bersilat didapur.Tak istimewa mana pun lauknya tapi istimewa la untuk perut orang yang tak jumpa nasik dari semalam.Hihihihi!

Sardin ni sedap jugak kalau sesekali makan cuma jangan makan selalu.Tak elok sangat.

Jadi berjaya jugaklah masak beberapa lauk untuk lunch harini.


Sayur campur goreng.Pemanisnya cuma guna cendawan butang dalam tin bagi menggantikan ayam,daging atau any seafood yang selalu orang taruk dalam sayur.Hanya gunakan perencah kiub ayam dan sedikit air,cuma tumiskan dulu dengan bawang putih terlebih dahulu.Lain2 bahan takde.Just nice rasanya.Done.

Lauk utama,sardin.Cuma tumis bawang besar,cili dan bawang putih.Nak bg berkuah tambah air pastu tambah sikit sos tomato,sos cili,garam sikit dan air.Ada sesetengah orang,dia goreng dulu ikan tu.Lagi sedap katanya.Bergantung pada citarasa masing-masing.Done.

Lauk sardin tak lengkap pulak rasanya kalau takde telur dadar.Nak kembang punya pasal,I campak masuk blender jer.Bila gaul dgn bawang dan cili besar,tuang dalam kuali,kembang dia,mak aihhh!Sekembang pipi yang tukang goreng tu.Done.

 Ini wajib la nasik.Takkan nak makan dgn roti pulekkss!Hiks!

Dan akhir sekali mana buleh lupa,sambal belacan mak kita.

Alhamdulillah.Rezeki dihari Sabtu.Tapi lepas makan tetiba teringin nak makan ubi kayu rebus pulak.Semalam mak rebus ubi ling-ling (dah rebranding namanya dari ubi keling).Sedap jugak cuma tak selemak ubi kayu rebus la.

Haish!Nanti mintak abah pergi beli la kat pasor.Hmmm..kalah org mengandung selera nak makan itu ini.

Macam semalam la.Kes mimpi makan ayam KFC.Boleh I mimpi ada orang hulurkan satu pinggan ayam KFC yang still panas2 lagi kat kita.Kita pun apa lagi,ambik la dah orang hulur.Tapi tiba-tiba bau mashammm!Pelik jugak.Bila terjaga,hambik kau.Rupanya tangan Dian yang bersarung mitten dia duk kat muka I.Patutlah bau mashammm!Puih!Potong stim betul la.

Tapi still jugak rasa nak makan.Try usha KFC kat Marang ni,sekali ramai pulak orang.Mungkin sbb weekend kot sbb biasanya tak ramai.Malas nak beratur,decide beli ayam goreng ready made Ayamas tu tapi sumpah tak kena dgn tekak.Mmg sblm2 ni I mmg kurang suka.Jadi hampa jugak cuma alhamdulillah rasa craving tu dah takde cuma teringin nak makan roti sardin pulakksss.Halahaiiiiii!

Ok.Chow!


Indahnya sabar~

Assalamualaikum...

Kita start dengan cerita sedih dulu.Rumah abang kita kat Kemaman sana ditengelami air.Kalau last year air just takat pintu rumah duk bergurau-gurau je,pastu masuk la jugak sikit dalam rumah kot,tapi tahun ni,habis dengan katil sekali tenggelam.Nak dijadikan cerita pulak,kakak ipar balik kampung kat Kota Gelanggi sana while my one and only brother berada di kota metropolitan sana mencari rezeki.Hamboih!Intro.

Tapi sedih jugaklah bila dengar macam ni.Tapi kita anggaplah dugaan dari Allah swt.I kira nasib baik jugak ipar balik rumah mak dia sbb kalau dia stuck kat rumah dia mcm mana la kami nak pergi rescue dengan jalan banyak tutup,dengan ipar dan anak sedara yang kecil2 lagi.Takleh bayangkan ipar dengan anak2 dia bermalam kat pusat mangsa banjir.

I bukan apa,paling terkesan adalah anak2 kecil,bayi dan orang tua kat pusat mangsa banjir tu.Tidur tak selesa satu hal,fasiliti tak cukup,dengan hujan sejuk bagai.Alahai!Takleh bayangkan macam mana keadaan.Doa kita moga air cepat surut dan keadaan pulih seperti biasa.

Saat2 macam ini,yang mampu kita lakukan hanyalah panjatkan doa padaNYA dan hulurkanlah bantuan sekadar yang termampu.

Tadi terbaca kat FB,antara barang yang amat diperlukan adalah selimut.Hmmm...rasa tak adil pula bila kita terbaring nyaman dikatil dengan selimut dibadan,tapi disana kebanyakan mereka menahan kesejukan malam dengan tidur dalam keadaan yang tidak selesa.Berat ujian pengakhiran tahun 2013 ini buat mereka.

Harini tak ada apa yang menarik sangat berlaku.Perjalanan hidup macam biasa tiada yang 'extraordinary'nya.

Fokus sekarang adalah dah start buat list barang dan juga settle apa yang belum settle.

Berbalik pada indahnya bila bersabar,harini baru realize dengan sikap sabar reward yg kita dapat selepasnya amatlah besar impaknya.

Cerita harini bila I nak buat pembeliaan tiket,hubungi suami sbb passport yg dia scan hantar kat kita rasanya dia sorang jer mampu baca.Kecik yg amat.Bila zoom jd pecah pulak,bila scan terus blur.I ni jenis cepat panas.Call la suami tapi tak berangkat.Rasanya baru jap td dia msg gtau kalau ada apa2 just text je nnt dia call balik.Banyak kali jugak la cuba tp still x berangkat.Hati dah panas sbb details dah isi satu,dan tu jer peluang yg ada nak isi itupun dah kira terlewat dah sebab harga tiket yg sepatutnya kami dapat around 8k ++ jer,this week dah jadi 10k++ tak termasuk tax semua bagai.I kalau boleh nak settle time tu jugak.

Hidung dah keluar haba,pastu cuba istighfar kejap bawak bersabar.Bila jiwa dah tenang time tu jugak nampak kawan dia online.So apalagi,terus PM kawan dia suh panggilkan suami kejap.Tak sampai 5 minit pun,dapat tahu suami dengan bahagianya tengah main bola kat padang.Lepas tu suami call.Masalah pun settle.See??Buat I ikut perasan marah waktu tu mmg ingat nak log off semua.Buruk punya perangai.Dan sebab sabar tu la,urusan tu pun settle.Alhamdulillah.

Malam tu pulak,memandangkan my mom tak masak lunch so tiada leftover yang boleh dimakan for dinner.Perut dah kruk,kruk,kruk lapar tapi nak pergi bersilat kat dapur macam a bit malas pulak.So tunggu punya tunggu walhal bukan tunggu tu nasik sampai sepinggan pun.Kikikiki!So decide order Pizza Delivery.Terus call tapi malangnya delivery tak dibuat lagi until next week!So I pun bersilatlah didapur dengan begitu sabar melawan rasa malas tu.Akhirnya siap mee goreng siap boleh makan 3 orang.Bila dah kenyang,baru rasa syukur sebab kalau order pizza tadi confirm la RM50++ punya akan melayang maklum la 4 mulut yang nak makan.See??

Sama jugak bila si kecik Dian kita nak tidurkan,dia dah lena kita pun letak kat atas katil,dia bangun jaga.Kalau sekali atau dua kali orait lagi,drama angkat letak,angkat letak tu.Tapi bila berkali2,datang angin kus kus dia.Tapi I cuba bersabar untuk tidak rasa marah dan cuba cari solusi.Bila kita bukan dibawah pengaruh emosi,kita tend to be more rational.Dan rupanya yang buat sangkut takmau tidur tu adalah sebab taik kat bontot.Hahaha!Baby pun tahu la selesa dengan x selesa.

Sama juga bila buka FB nampak status yg menjengkelkan.Kalau ikut tak sabar terus reply dengan perasaan marah2 dan confirm bila tak rasional kita akan tulis benda yang bukan2.Bila tulis benda yang bukan2,terus kena unfriend dengan kawan.Hahahaha!

Macam kes baru2 ni.I punya excited berkongsi kegembiraan dgn kwn2 yg bergelar ibu pasal BF pastu post pic hasil tuaian.Rupa2 benda tu dah buat seseorang tak selesa pastu dia post psl ada org tanya ustaz apa hukumnya.Ustaz jwb mmg tak haram cuma takut orang lain akan fikir out of box.Bahaya2.

Time I baca tu,terus temperature naik.Terus nak sound dia.Terus nak tulis kat status dia.Tapi bila nak tekan enter,tetiba seperti ada suara berbisik,'Boleh tak kalau bersabar?'.Terus I tekan backspace balik.Duduk sandar pada kerusi dan berfikir.

Tanya diri sendiri.Kenapa perlu melenting?Ada betulnya jugak apa yang orang tu katakan.Kita ambik dari banyak sudut.Ambik secara positif.Dan I janji it won't happen again.Kecuali kalau kat private group ok kot bila just kaum ibu jer tgk.

Waktu marah tu memang memacam la keluar sampai rasa macam nak sound dia balik macam ni 'Tunjuk gambar susu cakap kita ni memalukan diri sendiri,tapi dia yang main badminton dengan ada lelaki boleh pandang,dengan bergegar buah dada setiap kali lompat,tak malu'.Serious itu yg I nak cakap kat dia.Tapi time tu dia tak kahwin lagi.Kalau reply mcm tu confirm masam muka lepas tu.Tak pasal2 I dapat dosa sbb gaduh dgn orang.Takmau la.So mana yg kita boleh diamkan,diam jer la.

My friend yang post tu actually baru kahwin dan confirm la tak ada anak lagi dan dia mungkin tak tahu betapa excitednya bila ada anak dan kita boleh berkongsi cerita dengan ibu-ibu yg lain.

Dan I tahu bukan I sorang jer yg terkena tempias perli dia tu.

Lepas tu tak lama dia post pic suami dia duduk atas katil bilik kelamin diorang.Dia mesti tak fikir yg orang lain pun mungkin akan datang pemikiran sebaliknya sama seperti yg dia cakap,post pic hasil tuaian susu,mesti orang bayang cik B**** kita.Betul tak?Jadi moral of the story,kadang2 kita tunjuk satu pada orang lain,4 tuhan balikkan pada kita.Maka bersabarlah.

Jadi start from now and onward,nak ajar diri supaya menjadi orang yang sabar.Insha ALLAH.

Sources:Yahoo image!

Terapi mata~

Alhamdulillah anak kecik kedua kita dah beransur sihat.Dah hampir seminggu dah dia duk hok hek hok hek sampai mak dia punya pinggang dah melengkung dah rasa.Maklum la asyik nak beriba,nak lena atas lengan,mau taknya.

Ini semua gara2 bilik berdebu sebab Dian start dengan batuk2,up sikit,selsema,up lagi,demam.Paling haru bila mak dia hidup dalam denial.Pagi Jumaat bangun pagi seperti biasa pastu rasa badan anak macam suam-suam kuku pastu terus capai termometer.34 darjah celcius.Phew!Tak demam detik hati.

Lepas tu bila mak kita dukung Dian,mak kita cakap,"Dian ni demam nih!".Cepat-cepat sangkal,"Mana ada.Dah check tadi". (Jawab dengan wajah yang cukup confident)

Disebabkan confident yang tak bertempat,tanggunglah satu hari kena dukung jer si Dian sebab sepanjang hari dia menangis macam tak selesa.Punyalah banyak spekulasi yang dibuat haritu.Tapi semua tak membantu pun.

Masuk hari Sabtu,surrender.Pepagi lagi angkut anak ke KTS.Check rupanya suhu dah 38 darjah celcius (beria taip sbb I tak jumpa mana symbol untuk suhu tu.Teehee!)

Lepas tu confident lagi cakap kat assistant doc tu suhu anak kat rumah tadi 34 darjah celcius.

Sekali budak tu cakap,"Mana ada suhu normal 34 kak.Biasa 36 mcm tu la!"

Erk!!!Time tu rasa nak serkup muka jer dengan cadar katil kat bilik tu.Dah sah termometer kat rumah tu tak boleh dipercayai lagi.Ingat balik bila last masuk batery???Ok.3 tahun lepas.Jadi sedaya upaya control air muka agar tidak kelihatan bodoh bertingkek-tingkek.Kikikiki!

Lepas tu doctor pulak take over.Check Dian then kena nebulizer pulak.6 kali pulak tu.Layankan jerlah.Janji anak kembali sihat.Dan alhamdulillah Dian dah sihat kembali.Drama muntah tak sempat kebilik air tu dah berakhir.Bunyi kroh kroh kroh setiap pagi tu pun hampir tiada dah dan yang pasti si anak ceria kembali.Alhamdulillah.

Tapi yang kurang ceria mak la sebab sakit pinggang dengan belakang tak surut lagi.Maklum la dah dekat seminggu dengan posisi tidur yang tak betul,tak cukup tidur tapi makan berlebihan.Boleh?

Pastu ngadu kat suami memacam la sampai kalau boleh taknak tinggal satu pun.Semua nak cerita.

Tapi pakcik tu pandai.Dia tahu cara nak hilangkan kesakitan bini dia.Dan dan petang tu tunjuk gambar2 pinggan mangkuk suh bini pilih mana berkenan,next week dia pergi beli.

Magicnya,terus hilang segala kesakitan dan sampai sekarang tak habis lagi isu pinggan mangkuk.Owh!Perempuan.

Tak kesahlah kalau model yang husband kita snap ni dah ketinggalan design dia ke apa,tapi janji habis semua sakit hilang.Magic betul.Puih!

Jom cuci mata.Suami cakap gtau jer nak yang mana.Alahai!

Tapi ini sebahagian jer la.Banyak lagi pic yang dihantar sebenarnya.

 Year End Sales memang gila2 la sekarang ni.Sekarang ni message reminder pasal sales pun bertalu2 masuk.Aish!Nak selamat duit,setiap kali receive cepat2 delete.Kalau boleh taknak baca pun.Kalau BOLEH la.Solehahnya I.Kikikikiki!



Slurp!


Design dia not bad la.I mean suami I tu ada taste jugaklah.Kikikiki!
















Maka sekian sahaja terapi mata untuk puan-puan.Jangan salahkan I kalau terpengaruh sama.Tihtihtih!

Tapi ni pic sebahagian jer.Malas nak upload banyak2.

Chow!


There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me