Terapi mata~

Alhamdulillah anak kecik kedua kita dah beransur sihat.Dah hampir seminggu dah dia duk hok hek hok hek sampai mak dia punya pinggang dah melengkung dah rasa.Maklum la asyik nak beriba,nak lena atas lengan,mau taknya.

Ini semua gara2 bilik berdebu sebab Dian start dengan batuk2,up sikit,selsema,up lagi,demam.Paling haru bila mak dia hidup dalam denial.Pagi Jumaat bangun pagi seperti biasa pastu rasa badan anak macam suam-suam kuku pastu terus capai termometer.34 darjah celcius.Phew!Tak demam detik hati.

Lepas tu bila mak kita dukung Dian,mak kita cakap,"Dian ni demam nih!".Cepat-cepat sangkal,"Mana ada.Dah check tadi". (Jawab dengan wajah yang cukup confident)

Disebabkan confident yang tak bertempat,tanggunglah satu hari kena dukung jer si Dian sebab sepanjang hari dia menangis macam tak selesa.Punyalah banyak spekulasi yang dibuat haritu.Tapi semua tak membantu pun.

Masuk hari Sabtu,surrender.Pepagi lagi angkut anak ke KTS.Check rupanya suhu dah 38 darjah celcius (beria taip sbb I tak jumpa mana symbol untuk suhu tu.Teehee!)

Lepas tu confident lagi cakap kat assistant doc tu suhu anak kat rumah tadi 34 darjah celcius.

Sekali budak tu cakap,"Mana ada suhu normal 34 kak.Biasa 36 mcm tu la!"

Erk!!!Time tu rasa nak serkup muka jer dengan cadar katil kat bilik tu.Dah sah termometer kat rumah tu tak boleh dipercayai lagi.Ingat balik bila last masuk batery???Ok.3 tahun lepas.Jadi sedaya upaya control air muka agar tidak kelihatan bodoh bertingkek-tingkek.Kikikiki!

Lepas tu doctor pulak take over.Check Dian then kena nebulizer pulak.6 kali pulak tu.Layankan jerlah.Janji anak kembali sihat.Dan alhamdulillah Dian dah sihat kembali.Drama muntah tak sempat kebilik air tu dah berakhir.Bunyi kroh kroh kroh setiap pagi tu pun hampir tiada dah dan yang pasti si anak ceria kembali.Alhamdulillah.

Tapi yang kurang ceria mak la sebab sakit pinggang dengan belakang tak surut lagi.Maklum la dah dekat seminggu dengan posisi tidur yang tak betul,tak cukup tidur tapi makan berlebihan.Boleh?

Pastu ngadu kat suami memacam la sampai kalau boleh taknak tinggal satu pun.Semua nak cerita.

Tapi pakcik tu pandai.Dia tahu cara nak hilangkan kesakitan bini dia.Dan dan petang tu tunjuk gambar2 pinggan mangkuk suh bini pilih mana berkenan,next week dia pergi beli.

Magicnya,terus hilang segala kesakitan dan sampai sekarang tak habis lagi isu pinggan mangkuk.Owh!Perempuan.

Tak kesahlah kalau model yang husband kita snap ni dah ketinggalan design dia ke apa,tapi janji habis semua sakit hilang.Magic betul.Puih!

Jom cuci mata.Suami cakap gtau jer nak yang mana.Alahai!

Tapi ini sebahagian jer la.Banyak lagi pic yang dihantar sebenarnya.

 Year End Sales memang gila2 la sekarang ni.Sekarang ni message reminder pasal sales pun bertalu2 masuk.Aish!Nak selamat duit,setiap kali receive cepat2 delete.Kalau boleh taknak baca pun.Kalau BOLEH la.Solehahnya I.Kikikikiki!



Slurp!


Design dia not bad la.I mean suami I tu ada taste jugaklah.Kikikiki!
















Maka sekian sahaja terapi mata untuk puan-puan.Jangan salahkan I kalau terpengaruh sama.Tihtihtih!

Tapi ni pic sebahagian jer.Malas nak upload banyak2.

Chow!


2 comments:

Rafhani said...

bakpe mung buat aku pun terpengaruh?mohon tg syaaree beli dua set....

Tengku Damia said...

Hahaha!Serious ke main2?

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me