Aktiviti senggang

Hujan masih berterusan turun taktau la sampai bila.Tapi ni hujan kejap pastu stop pastu hujan balik.Jadi tak dapek la kami nak keluar pergi ukur lantai mall.

Jadi aktiviti tuan rumah haritu (my friend) adalah menroti.Wah!Langkah kanan seyyy!

Nak dijadikan cerita jiran belakang rumah dia dari Indonesia yang baru jer lepas submit PHD dia atau bahasa mudah dah settle dah segala.Tahniah.Bestnya dah dapat PHD.Jadi bila dah takde commitment belajar maka banyak la free time jadi dia pun join the club la.Club Suri Rumah.Hahaha!

Actually idea akak ni jugak yg ajak kami ke Indooropilly Mall tu.Jenjalan cuci mata cuci purse katanya.Tapi sebab hujan so kami melepak satu hari kat rumah buat projek roti dengan kek.

Tapi malam sebelumnya my friend ada bikin cheese cake.Maklum la orang dah nak berangkat pulang ke tanah air,habis la segala barang dlm esbok,dalam pantry dikeluarkan dan mana yg boleh bikin something tak kiralah lauk or cake,terus bikin pastu agih kat jiran-jiran.


Cheese cake dengan bahan2 basic jer tau tapi sangat sedap.Thumb up!Time makan tu kan tetiba terbayang carrot cake la,fruit cake la.Ish!Nafsu semua tuh!

Jadi hari tu Tante Frida bawak bread maker jadi tau jer la nak mengguli doh using bread maker ni makan masa jugak.So nak kill the time tu,dia buat chocolate cake.Pastu kami pulak request nak makan gado-gado pulak.So dia mmg willing la nak buat plus semua bahan mmg ada.


Inilah gado-gadonya yang mmg bergaduh la lepas makan.Hahaha!Sedap sangat kuahnya.Ini mmg resepi asli Indonesia ni.


Bila bread maker dah stop menguli,kami pulak take turn uli manual pulak.Hahaha!Sampai 3 jenis buat.Satu roti paung,bun chocolate dan roti cheese (tabur kat atas).Roti cheese dan bun chocolate ter"well done" puleksss.Hahaha!Itulah asyik sangat duk bersembang.

Dan rasa mmg sedap la (eh,terangkat bakul pulak).Dan sebab sedap la esoknya bikin roti lagi sekali.Kikiki!

Nota mintak kaki:Suami balik nanti nak request la jugak bread maker satu.Mihmihmih!

Book Fair

It's good to be home walau rumah I ni tak la sweet sangat.Wahaha!Takpe2.Kita buat step by step process make over tu bagi manis2 gitu.Hihihihi!

My husband outstation ke Gladstone for a few days so tinggal la kami tiga beranak.Hari Khamis haritu my friend ajak ke Indooropilly Mall tapi just cancelled due to hujan oh hujan.Maklum la perginya dengan bas bwk bayi kecil.Hihihihi!

Tapi walau hujan tak mematahkan semangat pergi ziarah book fair kat Ironside State School.Dah kena rachun dengan my friend rasa bersalah pulak kalau tak pergi.Hahahaha!

Jauh tau tempat nak perginya iaitu kat sebelah rumah my friend jer.Hahaha!Best betul la duk dekat ngan school ni tapi satu tak tahan adalah time bunyi loceng sekolah,suara bebudak yang bising pastu for sure la jalan yg agak sesak.Yg lain semua best dan paling best takyah kelam kabut tetiap pagi tiap kali anak nak g skolah.

Tapi part best adalah nak hantar Damia g kindy takde la rushing sgt sbb jalan kaki je ke sekolah.Dan dua hari ni mmg I stay rumah my friend la sbb husband dia pun pergi outstation jgk tempat sama dgn my husband.

Memula I packing baju just nak stay 1 day jer tapi my friend rachun lagi end up stay sampai dua hari.Maklum la isi baju dlm bag pack utk 3 org pulak tu,naik bas lagi so tak mampu la nak bwk bebanyak.



Dian best jer tidur.Sejuk sbb hujan kot.Hihihi!Nasib ada cover ni so tak la rasa bersalah sangat bawak bayi ke hulu ke hilir redah hujan.Ini lepas ambik Damia kat kindy.I terlambat ambik haritu sbb syok sgt duk pilih buku kat book fair tu sampai tak sedar dah masuk  jam 3.Berlari sambil tolak stroller ke kindy Damia.Memula sampai dengar suara budak nangis.

Hati dah cuak ingat Damia la yg nangis.Bila tgk rupanya budak dari Japan yg nangis.Esak2 kau sbb mak dia pun datang lambat jugak.So senyum2 la sbb anak orang lain rupanya yg nangis.

Pastu bila bukak pintu kelas Damia sekali tgk,alahai!!!anak I pun ngah esak2 nangis.Time tu cikgu dia ngah dukung dia duk pujuk2.Hahaha!

Damia nangis sbb panik ingat I tak dtg ambik sbb dia dah yg kedua last kot haritu.Adei la!Sabor jer la.Nasib I dah beli sesiap buku2 utk dia so ada bahan la nak memujuk.


Mostly buku yg dijual adalah untuk bebudak kindy,prep dan primary school.Apa yg best tu sbb buku baru plus murah la jgk.Banyak pilihan cuma I tak beli byk sgt sbb takut overspent.Maklum la husband takde.Kalau ada mmg tak agak2 beli.Hahaha!Sbb kalau duit habis nanti dia top up.Kikikiki!

Book fair ni kat library sekolah.


A few books for myself.


Books for Damia.Teringin sangat nak ambik ensiklopedia for kids.Dah angkat pastu letak,angkat pastu letak balik.Last2,teringat husband ada janji nak spent satu hari untuk pergi cari buku untuk Damia.So I tak ambik la.Husband pun dah nak balik dah.

So itu jer la.I mmg susah la nak say NO kat buku ni.Just like my older sister yang sangat suka membaca cuma I tak sampai tahap dia lagi boleh hadap satu buku tebal melangit pastu habiskan dalam masa sehari.Maknanya jangan kacau la kalau dia ngah baca buku.Kalau kacau silap2 kena cakar.Awwww!

Dan bila sebut buku actually minat membaca ni datang dari my dad sebenarnya.My dad sangat suka membaca.Free time dia kalau tak tengok Discovery,National Geographic,Animal Planet punya channel,dia akan spent time dia dgn baca buku.Even kalau pergi town dia kena tunggu kat dlm kereta ke apa,dia tak prefer tunggu kat restaurant minum2 dulu ke apa,tp dia mesti just nak duk dlm kereta baca buku.So no wonder la even dlm kereta pun ada buku.

Jadilah gitulah kekdahnya.Dan I ngan suami pun plan nak pupuk minat anak2 dgn buku jugak so my husband dah pesan siap2 carikan mana library yg berdekatan so on weekend kita boleh visit.Takde la balik2 asal weekend jer duk ukur lantai mall.

Tak gitu???

Hujan oh hujan


I rasa musim panas dah nak berlabuh tirainya.Harap macam tu la.Sebab dah drag almost two weeks kot.Tak tau la.I'm not expert bab kaji cuaca ni.Kalau bab kaji catalog,expert.

Skang dah 2,3 hari asyik hujan jer.Jadi sejuk la jugak memalam tu tapi tak la sejuk mana pun.Mcm musim hujan kat kampung sana jugak la.Isk!

Hujan itu rahmat tau.Cuma I kalau hujan ni satu jer la yg duk main kat kepala otak ni,lagu mana la nak hantar Damia ke kindy.Maklum la takde kete.Kete yg ada tu pun kete company dan harap nama jer Wolkswagon bunyik cam gah sangat tapi dua seat.Ciss!

Aiii!Lambatnya nak beli kete,eh,lambatnya nak tunggu May.Ada something special on May tapi takyah bising dulu la.Hahaha!Time tu la baru decide nak beli kete ke tak.Kalau tak usah kau mimpi disiang hari.Naik la kau bus tu.Hukhukhuk!

Jadikan pagi tadi lepas Subuh sambung tidur balik.Pastu jaga jam 7 tapi kat luar lebat gile hujan.Hmmm....fikir punya fikir punya fikir,dapat jugak idea canggih iaitu cutikan jer la Damia harini.Wahahaha!Keji sangat.

Pastu tarik selimut sambung zzZZZ...tapi rasa mcm tak lama sgt dialam fana cintamu...tetiba dengar suara kecik kejut mak dia suh bangkit sbb nak gi sekolah.Adoiii!Kat luar hujan dah macam slow dah tapi jam dah 8.16 am kot.Sah2 I dah termissed bus time tu.Itu ah time rutin naik bus setiap kali kesekolah.

Jadi sebab taknak bg anak fikir negative,I bangkit jgk la prepare dia nak ke sekolah.Tp harini siap berbeg galas lagi sbb nak lepak rumah Sarah.Malas ah nak ulang alik balik takut stuck dlm hujan.Jadi Dian kita takyah mandi dulu.Hahaha!Wangi baby I pagi tu.

Lepas settle siapkan bekal Damia,letak Dian dlm stroller,kami pun gerak.Memula pergi bus stop depan rumah dulu check masa bus sekali dah terlepas daaaa.Kena tunggu dlm 20 minit kot lagi baru ada jd inilah pertama kali I berjalan kaki pergi bus stop 25.Phew!



Kat area rumah.Nampak tak cuaca yg tak berapa nak cerah ni.Tapi sejuk la udaranya tapi.I like.Sejuk lite-lite gitewww kata orang.

I dah cerita sebelum ni kebanyakan kawasan kat Aussie ni berbukit-bukit.Jd dari stop 23 nak ke stop 25 tu jalan dia memang mampu pecah la lelemak tegar yg bertahun bertapa tu.Before this sbb terlalu cinta kat lemak sanggup amik bus semata2 nak ke stop 25 tu pastu dari stop 25 tu amik lagi bus lain straight ke sekolah Damia.

Jadi sbb harini dah terlepas bus jd decide jalan kaki jer la ke stop 25 tu.Tapi dia punya penat ya rabbi,semput kau.Fuh!Memang mencabar la tapi nasib bwk stroller.I takleh bayang jalan kaki naik bukit tu sambil carry Dian.Mau sampai kat stop 25 terus pitam.

Jadi sebab rajin sikit malam ni I gambarkan la keadaan tu dlm bentuk lukisan.Ini kalau Picasso tengok ni harus nangis.

Phews!Semput woiiii!Sampai je stop 25,terus rembat air dlm beg anak.Tp nasib la tak tunggu lama sgt,bus pun sampai.Lega.Jd masa yg diambil within 20 minutes je dah sampai ke sekolah.

Time nak turun bus tu pulak ada scene kelakor.Selalunya setiap kali bwk stroller I selalu keluar dgn cara pusingkan stroller tu supaya mudah nak turun so takde la mcm nak humban anak keluar dari bus.Jd duk syok sgt tarik stroller I pun ucap la thank u kat driver bus tu (benda biasa mcm semua org buat).Sekali bila I angkat kepala tgk,eh,mana pak cik driver ni.Hilang pulak dia.Hahaha!

Rupa-rupanya pak cik driver dah tercegat berdiri kat luar bus nak tolong angkatkan stroller si Dian sbb gap antara divider ngan lantai bus tu agak tinggi.Ok.Double thanks la utk pak cik driver sbb susah payah turun.Muahahaha!Jd kena ckp sekali lagi la sbb tadi I cakap sensorang rupanya.

Jd lepas hantar Damia terus ke rumah Sarah lepak sampai jam 2 lebih.Pastu gerak nak g ambik Damia.Memandangkan cuaca mendung awan yang berarak,terus decide after pick up Damia singgah kedai jap beli payung.Alang2 tu beli toothpaste Damia sekali.Nampak sangat Damia tak gosok gigi haritu.

Dah ambik Damia dengan jalan lajunya sbb takut hujan turun,masuk dalam kedai beli apa yg patut.Beli apa yg plan la pastu gegas ke bus stop.Dah nak naik bus baru perasan rupanya I tak beli pun payung walau dh letak dlm list tp yg I beli adalah handwash.Alahai!Selalu sgt mcm ni.Lain yg plan,lain yg beli.No wonder la suami selalu tegur.Kikikiki!Tau I letak mana list brg tu???I letak kat dalam otak.Kikikiki!Kata genius.


Sempat lagi pow mak dia.


Ini dah on the way balik dengan berjalan kaki dan ini dah jalan nak kerumah.Cuaca still mendung tapi kalau dah sampai sini lega la.Kalau hujan pun sempat lagi la nak terjah berlari masuk ke rumah,


Fuh lega.Dah sampeiii!

Dah sampai rumah,banyak pulak kerjaan nak dibuat.So sebelum tu siapkan si Dian pastu I pulak siapkan diri sendiri.


Dah siap mandi tengok budak kecik ni boleh zzzZZZZ depan tv.I letak sini sbb nak Damia tolong tengokkan adik.Patut la tak dengar bunyi suara.Membuta rupanya.Penat dia mengalahkan orang yang pergi sekolah.

Olololo!Nak angkat letak ke katil pun rasa tak sampai hati.Kesian.Bekas2 sepah tu as usual la bebekas kakak dia yg bwk ke kindy td.Banyak kali dah ajar everytime balik dr school terus letak dlm sink.Tapi tetap jugak nak sepah2kan macam ni.


Ini caught in action.Senang hati sangat kau nak omak mandi pastu kau pergi ratah Nutella makan macam tu jer yer.Bahagia sangat kau nak.Lepas snap pic nih terus rampasan kuasa berlaku.Banyak cantik makan Nutella ratah macam tu jer.Mementanglah kat sini murah.Haish!

I tak tau anak orang lain macam mana.Tapi anak I kalau terlebih gula dia mmg jd super active pastu susah nak tidur.Sama la jgk kalau dia makan coklat bapaknya.Udah bapaknya bkn reti beli size kecik2.Mmg stress la.

Ok.Itu je.Sekian terima kasih.

I'm a little teapot

My new addiction sekarang ni adalah nak collect tea set ni.Actually dah lama dah I duk perati menatang ni dari luar kedai House ni harap tak tepek hidung mulut nganga jer kat cermin kedai tu sbb syok sgt tgk.Comel seh mmg takleh nak blah tapi suami kita asal settle je shopping groceries terus ajak balik.Tak memahami langsung.Hahaha!

Kot taknak belikan pun walau sooner or later kena jugak nanti...toink!I mana ada income sendiri,  at least kasi la chance I cuci mata sikit.Hahaha!

Jadikan haritu sajer jer umpan nak ke amenities nak BF Dian walhal dah pasang niat "Aku tak kira,aku nak masuk gak kedai nih!".Kedai ni letaknya antara Woolworth dgn Asian Store pastu amenities sblh Asian Store tu.Kikikiki!

Jadi lps BF Dian secara laju-laju,hahaha,terus I menonong masuk store House ni sementelah suami ngah syok duk beli buah kat Indooropilly Fruits.Jeng!Jeng!Berjaya jgk beli one set.Actually ada 4 color tapi I choose the red one walau yellow dia mmg cantik jugak.Nak mixed takut mcm x comel tp aim jug + mug la pulak baru pelbagaikan color.


Inilah setnya.Cantik kat mata I la.Tapi suami bila kita beli siap2 mcm ni,orait jer pulak dia.Tak bising pun.Siap ckp comel jugak.Isk.

Pastuh I pun berdondang sayang la kat tepi telinga dia cakap nak jug dgn mug jugak tp nak yg macam ni la jugak.Pastu dia cakap OK.


Terus tidur malam ada senyum.Tapi dia janji boleh beli after dia balik shutdown.So bertabahlah duhai hati.Tak lama pun.Ada lagi 2 minggu.

Semalam punya cerita,sebelum dia balik kerja,dia wassap I tanya barang apa yang dah takde kat rumah so kita cecepat la buat list.

Jadi semalam dia balik dengan barang2 groceries semua.I pulak semalam tak kemas terus just angkat letak tepi kabinet dulu sekali suami tanya dah tgk belum.Ai is macam,tengok apa?Soal dia balik.Hahaha!Telur?

Hahaha!Sekali dia tarik muka pastu muncung mulut tunjuk kat atas meja benda dlm kotak.Hamboi!Tgn dah takleh function ke abang oiii dah sampai nak guna mulut.

Sekali I macam,"Oh.Awak beli tea set.Tapi saya nak jug".Jujurkan bini.Tak agak2 confess.Terus sentap suami.Kot yer pun bikin la ayat drama sikit udah penat kawan tu tolong belikan.Hahahaha!


Dia belikan ini.Tea set for one.I mmg tak aim ni sbb buat apa nak beli teko ngam2 utk sorang minum.Tapi memandangkan dia dah belikan so I cakap la takpe la.Nnt I having tea sensorang I guna la ni.Kikikiki!Cun tak ayat bini?


Rasmikan harini.Teko kecik jer tapi cawan besar.Tapi lepas guna td rasa mcm orait jer.Tapi ingat semalam dia tanya ,"Tak say thank u pun".Aiks???Tu ayat aku.Hahaha!I memang suka guna ayat psycho suami tu lagilah tiap kali susah payah masak lauk fav dia.Boleh dia guna balik ayat tu.Tapi time dia tanya tu dia gelak.Ntah hape2.Apapun thank u la suami sbb memahami plus ada gak effort nak cukupkan collection I.Awwww!

Jadi tadi me time,makan wrap ayam + milo dan start baca novel beli kat garage sales sebulan lps kot baru nak start hoi.Kan I dah ckp lately nak santai baca buku pun mcm bercinta.Slow!

Dan surprise semalam bukan satu jer,eh pakcik ni beria pulak beli nenas untuk I.Last week I cakap jer tekak rasa nak makan nenas tapi takde la pegang kaki dia cakap ,"Abang,tolonglah belikan saya nenas".

Tup tup bawak balik nenas,siap dua bijik tu macam ramai sgt rakyat kat rumah ni.Pastu tak tahan tu,beli nenas pun nak surprise2.Kalau surprise I kopek nenas tetiba ada cincin berlian dalam nenas tu orait gak.Hahaha!Dari surprise mengong ada satu couple ni,si lelaki nak propose satu perempuan ni pastu dia letak cincin dlm ice cream.Dah bangsa makan tak baca bismillah,sekali perempuan ni tertelan cincin tu.Jd lepas si lelaki confess la dia letak cincin tu kat dlm ice cream yg dah selamat perempuan tu telan,nasib perempuan tu terima lamaran dan lepas tu terus gegas ke hospital nak keluarkan balik cincin tu.Aiii!Tak terfikir dek akal nak buat lagu tu.Nasib tak tercekik habis umur time tu jugak.Hmmm....


Aussie mari.Mannnissssss......................

Tapi sampai dua biji nih apa nak bikin?Hmmm....kalau takut rosak better I potong sesiap bagi jiran la kot.


Satu lagi cara I suka buat dgn nenas adalah potong2,tabur gula pastu masuk dlm esbok.Sedap tau makan sesejuk manis2.Tp takleh mkn byk nnt lidah hilang pulak nikmat rasa makanan lain untuk beberapa ketika.Hahahaha!

Nenas punya cerita,skang dah terbayang masak lemak kuning ikan kering taruk nenas.Slurps!Lap ailio.Alahai sedapnya.Tapi rumah ni takde ikan kering T _ T

Majlis makan-makan

Semalam Ahad berasap jugak dapur sebab bangun awal pagi tapi tak awal mana pun bikin roti jala like AGAIN?Hahaha!Nak buat lagu mana udah itu yang paling easy peasy.Hihihihi!Itu padaku la.Susahnya tang nak menjala jer tp skang dah pro dah.Sebab pro la tu hinggakan pagi tu baru perasan tepung gandum tak cukup.Mihmihmih!

Nasib hero ada kat rumah so mintak tolong hero pergi kedai kejap.Tapi hero kita ni kalau pergi kedai tak reti beli barang sikit2.Kirimnya tepung gandum dengan telur jer tapi baliknya siap dengan ice cream la,cheese cake la pastu sempat lagi selit junk food dia.Amboi!Patut lama ke kedai.

Kiranya rehat la kejap sementara tunggu tepung gandum sampai.Hahaha!

Tapi tunggu tu tak reti nak mandi dulu ke apa.Jadi roti jala tu telah dimasak oleh masterchef yang belum mandi pagi so no wonder la bebudak ni duk puji sedap betul roti jala ni.Sumber,suami.Hahaha!Critttt!

Tepat jam 11 pagi mcm tu la,siap la juadah kita ni.Ingat nak add on bubur jagung tapi rasa mcm tak sempat pulak sbb Sarah ckp first guest mungkin sampai jam 11.Katanyaaaaaaaaaaaaaaa.


Abaikan kuah kari yang comot tu.Kata angkut dgn kereta haruslah ada pergerakan walhal dari rumah sebenarnya comot sbb masterchef pakai dummm tuang terus lagu tu mau tak terpercik.Kikiki!Sopan sgt masterchef ni.

Then sampai rumah Sarah kita tolong la apa yg patut.Sarah bikin pulut kuning,gulai ikan aya @ tongkol,nasi putih,gulai ayam,agar2 santan.Pastu jiran2 dia datang pulak sorang bawak macaroni and cheese dan sorang lagi bawak bakso.Jiran yg bwk bakso ni mmg Indonesian dan bakso dia mmg sentap la kalau makan.Sentap sbb tak sempat nak tambah byk kali,eh ramai pulak yg minat sbb sedap oiii.

Jadi first guest yg cakap nak sampai jam 11 tu mmg janji Melayu la sbb jam 2 kot baru nampak lubang hidung.Sigh!Hahaha!Boleh diorang pergi menjamu selera kat University Queensland dulu.Choi sangat tau sbb tak ajak kitorang.Hahaha!


I letak a few pictcha secara berjemaah la.Malas nak upload sesatu.Ni antara yang datang la.Seronok juga sekali-sekali berkumpul reramai ni.

Pastu yg bagusnya majlis haritu,dlm jam 4 mcm tu,kami balik rumah then datang balik after maghrib.Tujuan adalah tuan rumah mohon datang balik tolong habiskan lauk-pauk tu segala sbb mmg masak byk.

Elok kami sampai,eh tetamu yg sama siang td pun sampai jgk.Wahahaha!Orang sama.Jadi secara berjemaah jom makan lagi sekali dan part paling kecoh adalah part tapau la.Tp tu part paling best tu.I siap standby bwk tupperware dari rumah.Kikikiki!Dasarrrr kan???



It's Saturday ~

Woke up early today walau dah pasang niat semalam nak sleep in until 9 am.Hahaha!Ntah jam berapa ntah si kecik Dian duk bebel berbuih mulut bangunkan semua orang.I yang tarik selimut nak panjangkan lagi mimpi tetiba bantut bila rasa basah kat tilam.Terus bangkit cepat2.Hmmm......Dian dah tinggal jejak poo poo dia kat katil.Diaper bocor banyak sangat buang air jadi bila poo poo jd double la kebocorannya.Phew!

Jadi lupakanlah niat nak sambung mimpi tu.Terus bangunkan semua orang.Hahaha!Dengki.

Jadi di pagi Sabtu yang indah ini kita isilah dengan aktiviti yg takde dlm list pun iaitu "Do Laundry".Sbb I dah buat a day before.Ish!Jadi mari kita semua bekerjasama.Suami pulak volunteer nak vacum rumah.Dah rimas sgt kot nampak rambut I banyak sgt kat carpet.Kikikiki.Inilah bila satu rumah ber carpet.Cepat jer nampak spot yg buat mata berbulu tu.


Mampu sambung tidur bila nampak muka si kecik ni?Hihihihi!Air liur menjejeh.


Dah settle menjemur baju kat ampaian,jenguk pokok kita jap.Bertumbuh dengan jayanya tapi pokok parsley dah R.I.P dah.Taktau mana silapnya.Tinggal mint dengan thyme jer ni.


Ini cacing.Besar hoi sesekor.Masa suami tunjuk tu I dah gelimak-gelimak dah.Ewww!Suami yg takde kerja duk transfer cacing dari belakang rumah letak kat pokok serai I yg mak tanam kat depan rumah.Motif dia nak takutkan anak sbb lately Damia suka sgt main korek2 tanah.Tapi yg pastinya anak cebik bibir jer.Dia tak takut rupanya.Choi sgt!

Hmm jd harini suami duk sapu dedaun kat laman while isteri fikir lauk utk lunch.

Alkisah minggu lepas suami sakit gigi yg mmg dh kronik sgt dah.Pergi klinik kat area rumah ni tutup pulak plus kena buat appointment dulu baru doctor datang tambah lagi hari Sabtu.So mmg wrong timing la.Lepas tu try pergi klinik lain pulak tapi doctor bagi antibiotik je.Suami mcm dah panas dah sbb ini sakit gigi yg telan pil tahan sakit pun tak jalan nih.Hihihihi.

Tapi walau sakit gigi sanggup lagi teman isteri pergi Guyatt Park ambik nasi kerabu yg ditempah 3 hari sebelum.Actually yg buat nasi kerabu ni org Kelantan.Satu bekas dia jual $5.Nasi kerabu daging panggang.Sebab sedap,I beli lagi satu bekas.Hoi!Isteri makan 2 bekas nasi kerabu while suami pulak makan hati tahan sakit gigi.Kikikiki!

Dari Guyatt Park terus ke Inala pulak sbb ada satu abang ni suggest satu klinik gigi kat situ.Murah katanya tapi suami pulak dah tak kesah dah mahal ke murah,janji haritu jugak selesai.Wah!Lepas suami call clinic set time tu jugak appointment segala,terus la kesana.

Sampai sana terus dapat giliran.Tapi lama kot tunggu process dia.Lebih kurang sejam setengah.So gigi sakit tu dibuang selepas suami kita refuse taknak buat rawatan buang saraf bagai to keep the teeth.Gila kalau buat tu sebab anggaran cost dalam $1000.Phew!Cabut satu gigi pun dah $200 lebih hampir nak $300.Pastu lega la si suami tapi masalah lain pulak lepas tu bila kesan cabut gigi punya pasal,dia kurang minum air masak sbb rasa tak best kot,dan mulut pulak pecah2.

Jadi sekarang ni dia makan pun ala-ala jer.Kesian pulak.


Jadi sbb suami still dalam tempoh pantang segala jd harini bikin spagetti Aglio Olio.Nasib Damia pun makan jugak so dia tak mintak la nasik ayam kicap lauk kegemaran.Hahaha.So today say no to rice.


Ngah masak spagetti baru teringat I ada lagi 3 keping lamb yg dah I marinate siap2 kat dlm peti.So grill jer ni.Ini ubat sakit gigi.Kakaka!Tapi at least suami makan la jugak.Tapi time dinner tu mcm manja sikit isteri dah potong siap2.Ops!Kantoi dinner pun makan benda sama.Hahaha!

Dah marinate hampir seminggu dan letak dalam peti bahagian sejuk beku,mungkin daging dah sebati sgt kot dgn sos marinate tu,jd bila grill tu kejap jer daging dah empuk plus mmg daging sini tak keras pun.Kikikiki!Jadi sedap la pulak.Eh stok dah habis kena refill balik ni.


Ini kakak besar makan sambil tengok tv tp kesian tgk adik dia yg terkebil-kebil terliur tgk kakak makan.Sebelum I snap pic ni,boleh Damia hulur2 sudu tu kat mulut Dian.Si kecik ni pulak tak padan umur baru 5 bulan,ternganga-nganga nak ngap sama.Nasib I nampak.Terus Damia kena tegur.Tapi part ni kelakar jugak sbb mata si Dian asyik duk follow sudu Damia tu so dah macam kucing yang geram tgk tikus pun ada.Sangat kesian kat si kecik ni.Sampai juling-juling mata adik.Heh!

Lepas tu after zuhr,terasa nak makan kuih puleksss.Amboi selera tak agak2.Jadi memandangkan 2 hari lepas ada orang tu request nak bubur kacang tapi makan satu mangkuk jer ingat bolehlah habiskan at least separuh periuk,  jadi ada lagi la leftover bubur kacang.Satu tupperware tu sbb I tak reti nak agak nak masak byk mana.Memula I ingat kalau tak pecahkan telur kat dalam,so I boleh buat ice cream bubur kacang.Tapi sampai sudah tak buat until bubur tu dah transform jd bubur assyura.Hahaha!Ini kes masuk byk sgt santan so bubur I tu jd likat satu macam.


Waktu pepanas tu jer menepati spesifikasi.Kikiki.After a while jd makin likat.

Jadi bila takde org nak makan terus masuk esbok.Jd td I keluarkan balik mmg mcm bubur assyura la.Kakaka!

Jadi tadi yg terlintas kat otak adalah nk buat kuih kasturi.1st time buat kuih ni.Sblm ni just beli jer.Selalunya kuih kasturi ni senang nak dapat kat gerai2 yg jual pisang goreng.Sebelum ni I tak pernah rasa nak try makan jauh sekali nak beli kuih tu sbb I ni bukan big fan bubur kacang dan seangkatan dengannya.Satu lagi sbb kuih tu rupanya tak menarik sangat.Entah mcm mana ada satu hari tu I cuba rasa,sekali sedap rupanya kuih tu.

Jadi tadi dengan bantuan pak cik google,cari method nak buat jer lepas tu improvise sendiri sbb pepaham la leftover dari bubur kacang.Sbb kalau ikut resepi asal siap taruk kelapa parut bagai.Pastu tepung yg nak goreng tu pulak kena campur kapur tp kat sini mana la nak cari kapur tu.Nan ado.Kelapa parut pun.Coconut flakes ada la.

Bubur kacang tu I tambah gula sikit dgn tepung nak bg mudah nak bentuk-bentukkan nanti.Tapi kacau dengan api kecil nak bg kering sikit taknak ada air kalau boleh.Dah siap,I bentukkan so dip dlm  tepun nak goreng tu (tepung + kunyit + garam).Tu jer.Ni resepi hantam sajalah ni.


Jadi inilah my KUIH KASTURI untuk minum petang.Kalau ikut tak habis pun makan tp rupanya rezeki my friend yg ada datang rumah td sbb nak pinjam periuk kukus I sbb esok dia nak bikin pulut kuning.Yeay,esok dapur tak berasap sbb esok lunch kat rumah my friend.Dia nak balik Malaysia bersalin so dia buat makan sikit la before dia balik.Just makan kecik2 je jemput teman2 rapat.

Itu jer la cerita hari Sabtu.Kikikiki!Daaa!

Pot pet pot pet on Friday Morning

Assalamualaikum,

Salam Jumaat yang penuh barakah.Selamat pagi walau I tau orang-orang kat Malaysia sekarang baru nak busy mandi la,prepare breakfast la.Eh,ke ada yang belum bangkit lagi atau sleep in after Subuh?Hehehe.Sleep in tu mmg best tapi I dah tak boleh buat dah skang sbb di kecik Dian bangkit at 6 am everyday.Huish!Subuh kat sini pulak around 4.34 am macam tu pastu suami jam 5.50 am dah gerak pergi kerja.Jadi I rutin biasa adalah prepare breakfast dan lunch untuk dia.

Tapi harini mood malas sikit sebab dah set hari Jumaat suami balik awal sbb nak pergi solat Jumaat so I pun malam semalam tak prepare sgt la apa yg nak dimasak harini.Sekali dia cakap harini balik lambat sebab ada shutdown so kesian jugak kat dia takkan nak berlapar until 4 pm,so I buat la wrap yang simple ni.Letak ayam,taruk 3 jenis sayur cabbage,carrot and onion,3 jenis sos,mayonis,black pepper dan sweet chilli.Sedap jugak.Ahaks!


Inilah bekal cik abang pergi kerja harini.Cukup jer untuk dia sbb tank perut kecik.Kikikiki!

Kalau di Malaysia semua ngah kelam-kabut pepagi ni dengan rutin biasa,I kat sini dah selamat hantar Damia ke kindy dah.Alhamdulillah harini Damia makin ok.Bukan makin ok kot,tp mmg dah ok sgt.Masuk kelas,cari port dia,pastu main puzzle.Bila I panggil sebab nak gtau I nak balik dah,selamba jer dia cakap , "Ok bye.See u later!".Amboi anak dara.Kalau tak sebelum2 ni,kalau tak sumbat kepala masuk dalam baju mak mmg tak sah.Dalam 2 hari ni mmg senang pulak bangun,mandi semua tak banyak songeh.Kalau tak dia punya diva tu,rasa kecik besar kecik besar je I nampak dia.Mahu taknya,air nak kena betul2 suam,buah apa nak bawak ke school dia kena pilih takleh pakai main letak jer kalau tak dia x makan.Pastu roti dia kena decide nak bentuk apa.Ikut malas nak follow songeh dia tu,tp masalahnya dia berdondang sayang sepanjang perjalanan ke sekolah tu yg buat tak tahan telinga tu.

Tapi sekarang dah ok dah.Semua kalau tunjuk kat dia,pastu kalau kita ada opinion,gtau explain slow2 bagi dia faham,dia boleh accept kira okey la tu.Hahaha!

Bekal yg nak dibawa pulak sejak 3 minggu ni tak berubah lagi roti + buah.Haritu ada gak I masak nasi + ayam <<makan sikit jer,pastu buat spagetti (dah cikgu kat kindy lama ckp dia suka sampai mkn bertambah2),tp bila I buat,5 urat jer kot spaghetti tu dia makan.Choi sgt!Anggaran I la sbb kedudukan spagetti dlm container tu tak jejas.Ciss!Pastu malas la nak beria sgt prepare.I follow apa yg dia request jer.Janji dia makan habis.

Tapi semalam ada bikin kek coklat,dan dia makan beria.So I ingat nak buat donat la or cupcakes.Hmm...tapi tak cukup peralatan ni.Tgk la mcm mana.Nnt kita nyanyi kat tepi telinga suami.Hahaha!

Dan sekarang bak kata orang tua2,alah bisa tegal biasa.Memangdangkan rutin hantar jemput Damia dari kindy adalah rutin I,jd naik turun bas tu dah jd biasa pulak.Dah takde dah rasa malas apa.Tapi dah mula jd seronok pulak bila berat turun hoi 3 kg.Baru suami ajak jogging every weekend.Yeay!Dah dpt berat time memula kahwin tau.Mau tak turun,naik turun bas,jalan kaki pulak lagi sambil dukung si kecik yg berat 7 kilo lebih.Stroller sajer malas bwk kononnya sbg cabaran la.Hihihihi.

Haish!Seronok sgt duk type entry ni sekali td gedebuk ada bunyi.Tgk si kecik Dian dah kepala bawah kaki terjongket kat atas.Jatuh tilam..Tinggi la jgk sbb tilam utk katil tu.Kami angkut dari guest room sbb sesak sgt satu katil 4 org.Kikikiki.Nasib lantai carpet.Adoi.Lasak betul.Damia pulak still taknak tidur kat bilik sendiri.

Inipun kena masuk dlm task I jgk la ni.Adoi!Ada idea boleh kongsi.

This is life ~

I just read a post when a friend of mine sharing this on FB.

Yeah!I couldn't agree more.This is harsh world. Hahaha!Harsh world just for certain peoples who putting their brain on their ass.

Taktau apa motif perempuan ni.Nak jadi fashion police agaknya.So what is the problem when u are wearing a shirt and there is a hole on the shirt?I don't think it is shameful at all.

Sesetengah orang mmg suka jadikan orang lain bahan jenaka diorang.To be honest I kalau tengok orang berpakaian pelik mmg kita tend to rasa nak ketawa tapi inapropriate la sampai nak post kat FB sebab I tak nampak pun apa yang pelik pada uncle ni.

Sebut pasal berpakaian pelik I pernah jumpa kat East Cost Mall Kuantan (bagi specific location terus) yang mana ada seorang perempuan ni pakai sleevless (baju takde lengan terus nampak ketiak tu,not baby T okeh),pastu seluar jeans and what make it worse adalah,dia berTUDUNG.Pitam sekejap!Hahaha!Tapi takde la I snap gambar ke apa cuma serious I takleh bayangkan apa yang perempuan tu fikir.Itu mungkin masuk tahap pelik dah kot.Kikikiki!

Tapi I syak itu mesti mangsa fashion yg tahap kronik sangat dah tu sampai dah takleh fikir apa benda yg dia nak pakai.


Balik pada topik,hmmmm,baru I faham kenapa orang cakap jauh perjalanan luas pandangan.Mungkin sbb benda2 remeh-temeh macam ni la.Hahaha!

Bila kita ada peluang berjalan ke tempat orang,kita mungkin akan lihat 1001 lagi kepelikan yang kadang2 tak terfikir dek akal pun.Dan lepas tu mmg kita pulak dah tak larat nak gelakkan kepelikan orang tu.Last2 kita pulak yang jadi malu sendiri.

Dulu I selalu ambik masa yang lama depan almari baju hanya untuk fikir baju apa yang sesuai dipakai,pastu nak match tudung la bagai.Paling teruk kalau nak keluar jumpa sesiapa baik kawan ke,sedara mara ke,pastu kita takut amat kalau kita terpakai baju yang sama.Bila fikir balik,apa masalahnya pakai baju sama,seluar sama kalau baju seluar tu kita dah cuci bersih dan bukan dari beli sampai masuk bulan ke tujuh still pakai tanpa basuh.Sigh!

Dan yes I pun pernah jumpa jenis mulut spesis patut kena cabai iaitu jenis yang tak agak2 tegur kalau kita pakai baju sama berulang-ulang.Bila fikir balik,apa yang kita nak kesahkan sangat.Hmmm....tetiba rasa bodoh sangat sbb pernah hidup dalam situasi takut sangat dengan persepsi orang lain.

Alhamdulillah kini sudah tak bodoh piang lagi.Kini I dah tak peduli dah apa persepsi orang pada I janji I bahagia.I dah taknak fikir dah benda-benda remeh-temeh sesak otak tu semua.Semua I dah buang jejauh.Skang ni I nak vibes positive je.Mana yang negative tu shoooohhhh main jauh2.

Jadi just nak story sikit pasal life dibumi Aussie ni orang sekeliling tak peduli pun kau nak pakai apa.Takat tgk uncle yg pakai baju ada lubang ni,diorang tak peduli pun.Sebab banyak kali kot I perasan jumpa orang2 sini especially yang kerja kat mall,dah dua kali I jumpa perempuan yang pakai uniform dan uniform tu mcm koyak terbakar sbb iron (still pakai dengan confident) dan satu lagi baju dia mmg koyak dan kawasan koyak tu kat bahagian yang amat ketara means mmg boleh nampak terus (and still pakai dengan confident).Dia tak peduli pun ada orang tgk atau tak.

Dan jangan pelik jugak kalau tgk org kat sini berkaki ayam sbb dah jd mcm budaya dia.Even kat shopping mall pun ada jer yang selamba berkaki ayam dengan tapak kaki hitam gila.Tapi takde orang kesah pun.Kalau kat tempat kita,mmg dah kena kutuk la tu takpun org pandang pelik.Maklum la kat tempat kita lagilah kalau nak pergi tempat exclusive sikit,pakaian kena la seswaiii!Kalau tak kena gelak.Hakhakhak!Kononnya kita ni ada standard la bagai.Dan teringat cerita seorang kwn yg pernah kena halau dari butik LV sbb dia pakai selekeh.Serious I rasa what the h***.

Nampak tak?

Datang shopping sini,awak tak perlu sandang designer handbag baru orang nak layan istimewa.No need!I pun masuk designer boutique ada la sebiji dua handbag designer tp ada masa I redah masuk designer boutique kat sini dengan handbag Roxy jer pun tapi diorang still bagi layanan 1st class kat I.Takde double standard.

Dan sebab tu I rasa lega sangat bila I dah tak perlu hadap manusia2 yang jenis kononnya nak tunjuk dia la seiring dengan trend.Phuih!Malas dah I nak melayan orang2 mcm ni sbb kadang2 psycho pun ada.Apa taknya,bila kita takde designer handbag dia perli,tapi bila kita ada,dia buat muka tak puas hati pulak.Hohoho!Sbb tu I rasa stupid sgt sbb pernah ditarik dalam kelompok tu dulu.Tapi sekarang tidak lagi.Phew!

Skang ada I kesah u nak bawak Chanel ke,Louis Vuitton,Salvatore Ferragamo ke (brand yg suka sgt dia sebut),kikikiki.Belilah kalau dah ada byk duit sgt tapi tolonglah takyah berdondang sayang depan muka I ni.Hambik sekali I beli jugak sebijik,senyap terus.

Balik pada cerita pelik,memula I jumpa orang berkaki ayam ni kat airport Changi,Singapore.Waktu tu dah nak balik Malaysia.Dan mamat berkaki ayam tu siap pakai kot bagai tp kaki ayam.Dari New Zealand rasanya.Pastu bila dah duk sini,hmm.mmg lagi la selalu nampak sampai Damia pun nak berkaki ayam sbb kat kindy dia kadang2 cikgu dia tak kesah pun nak main kat playground berkaki ayam.Tapi I jer tak suka pastu still paksa dia pakai kasut.

Jadi itulah hakikatnya.Dan perempuan yg bajet cool tu kalau tak silap Miss Universe kot.Tapi sayang la jugak sbb very unprofessional.Inilah orang kata pretty without brain.

Tak seronok pun nak hidup atas apa orang kata pada kita.Macam sekarang I rasa bahagia sangat.Hidup atas apa yang kita rasa selesa dengan diri kita.Dan I happy dengan kwn2 yg I ada sekarang tak kesah la real life or dialam maya sekalipun.

Skang ni bila I belajar menghargai semuanya walau sekecil perkara dan itu sebenarnya mampu buatkan kita akan rasa hidup kita lebih bermakna.

Dan yang penting sentiasa postive dan jangan cepat pandang serong pada orang lain.

Satu yg I belajar budaya kat sini,kau rasa tak puas hati dengan sesuatu kau booomm jer depan2 orang yang kau nak luah tu.So dengan cara ni kau takkan ditarik untuk mengumpat si polan si polan dengan orang lain.Lepas kau boooommmm dia,kau akan mintak maaf then jadi 0 - 0 balik.Tak ke bagus namanya tu so tak la susah2 kita kat akhirat nanti merangkak-rangkak nak jumpa balik dengan orang yang kita kutuk tu semata-mata nak minta maaf.

Itulah kekdahnya.Hahaha!Ada betul ke tak?


Resepi:Roti Jala

Assalamualaikum.......

Last two week entah apa yang merasuk tetibe teringin nak makan roti jala.Jadi kalau teringin tu takyah la duk berdondang sayang kat tepi telinga suami sbb sini mmg takde kedai jual benda alah ni.Kalau nak kena tempah sbb ada orang Malaysia yang jual cuma kena order dulu.

Tapi si isteri ni pulak spesis kalau nak,time tu jugak dia nak.Hah!Gitulah kekdahnya.Jadi nak tak nak kena masuk dapur la bersilat bikin sendiri.Seriously inilah 1st time kita buat roti jala ni.

Jadi tak tunggu resepi gugur dari langit,kita cecepat refer masalah kita pada pakcik google.Taip jer,berkoyan-koyan resepi yang keluar.Jadi I pilih yang mana senang la.

I follow SINI.Kenapa pilih sini adalah sbb I mengalami dilema yg sama dgn tuan blog tu iaitu takde acuan nak bikin jala.Hahaha!

Kalau tgk dia guna botol air mineral,I pulak guna botol sos tomato yg plastik tu.Sbbnya adalah I sampai sudah tak jumpa paku nak tebuk lubang botol mineral.Resepi semua 100% follow kat link atas.

Kita copy paste dari resepi asal:

Berikut adalah resepi Roti Jala Mudah.

Bahan-bahan:

  • 150gm atau 1 cawan tepung gandum
  • 1biji telur.
  • 75ml air
  • 75ml susu segar atau boleh digantikan dengan santan
  • 3 sudu mentega cair
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kunyit

Cara Membuat:

  1. Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan. Boleh gunakan botol minuman air mineral yg ditebuk penutupnya.
  2. Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan letakkan sedikit minyak
  3. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulungdan hidangkan.


Botol sos tomato pun botol sos la,janji nampak jugak rupa roti jala.Yeeehaaaa!

Jadi kita kahwinkan roti jala dengan kari daging.Yummeh!

Jemput makan.Sila2.Dua kali tau ulang buat sbb tetiba petang tu ada tetamu.So kita jamu ini jugaklah.Suami pulak walau tak biasa makan,tp alhamdulillah berselera dia haritu.Bukan apa,suami kita tu fussy eater.

Apapun,mmg berbaloi-baloi bikin sendiri.Terus masuk list la untuk menu kalau tetamu nak datang ke atau untuk puasa nnt.Bukan apa,sbb senang gila nak membuatnya.

Try la!

Pray for MH370

Pray for MH370.

Missing plane.No clues at all.Speculation,rumors,prediction etc just make it worse.

Still keep waiting and waiting and absolutely for a good news.There are so many speculations on tv,social media whatsoever,but this time I have choose just to keep silent.

Ok.But not for the "Tok Moh" stories.We talk about him and we found out it is more interesting rather than tittle tattle about an actress Hanez Suraya.It's so hilarious and annoying.That's for sure.


News in Australia showing about the missing plane almost everyday without failed.


Critical thinking.


Owh!Their people also seeing a plane flying very low.I thought just an old man in my hometown  seeing a plane flying low while gardening.Sigh!It's happen in Marang yo!

I am freaking out.This is because we are frequent traveller and our first choice is MAS.Air Asia doesn't offer their service here in Brisbane.Other choices is using the other airlines and we can't stand for transition of flight.There are two kids with us!Phew!Until now MAS still my number one.We can't deny their best hospitality in providing their services.Why am I talking about this? This is because when you are need to go abroad with a flight is not something you need to enjoy.Don't judging me that I am look so happy in flight just only when you see the way I ate the meal given.Sedap.It's not fair.Only God knows what I feel deep down in my heart.Dup dap dup dap.

Seriously even though I never been in Europe or another countries that we need to stay calm and relax for more than 10 hours.I couldn't ever imagine a trip to US that took you more than 20 hours.Eight hours from Malaysia to Brisbane can't makes me happy or still calm and relax.That's the fact.I hate the journey.Just love the country. 

The missing plane MH370 make me think about the feelings of those who were in the plane.And what I can do for now do not stop do'a for them.We are hoping a miracle to comes.Please don't stop praying to our Almighty Allah swt to keep them safe and most important thing is they can come back to their families and loved one.

P/s:Sorry for grammatically error.Nobody is perfect *tetibe.

On weekend ~ Islander Hotel Gold Coast

.........................dari Thulimbah to Gold Coast.

Sampai di Gold Coast lebih kurang jam 5 kot.Check in cecepat sbb lepas tu nak ke night market kat area Surfer Paradise tu.

Ok.Hotel yang kitorang stay haritu mmg bebetul strategik.KAt Surfer Paradise.Hotel Islander namanya dan rasanya 3 stars kot.Tapi puas hati la.Affordable.

Sesuai bg mereka yg datang angkut family.


Bilik yang kita orang pilih ni 1 bedroom apartment dan boleh muat 4 orang.Katil yg kami dapat satu king size,2 single bed.Ada dapur yg serba lengkap so takde masalah takat nak masak something yg simple2.Fridge,microwave dan utensil yg basic ada disediakan.Charge for one night,$120.Tapi skang ada promotion tapi taktau sampai bila.Harga promosi $99/night.


Ada balcony yg luas,tgk bwh nampak pool dan hmmm....cafe kot.Kikikiki!Dan dah leh nampak tu sana nung Hardrock Cafe.Tp this time ada renovation jalan jd nampak mcm semak sket la dengan kon jalan bagai tu.


Tiga pandangan berbeza dari view yang sama.Maklum la haritu kami check in malam minggu,gila club bukak sampai jam 5 pagi.Subuh tu lepas solat subuh pi cuci mata tgk zombie baru nak balik rumah kot.Terhuyung-hayang berjalan.Hihihihi!


Jadi malam tu sajer la bawak my parents pusing2 night market tu.Takde apa sangat pun.Just layan tgk orang ramai,tgk orang buskin',tgk orang havoc kat club2,ada la a few show jalanan etc.

Mmg happening malam minggu kat sini.Dan area hotel tu pun,sekeliling dia teramat mudah nak jumpa tempat yg jual makanan halal.No worries.


Kat night market.Tak snap byk pic sbb dah penat seharian berjalan diladang,pastu dah takde mood nak jimba2.Hahaha!

Dah pusing2,Dian pun dah merengek-rengek,so naik bilik,solat then terus zzzZZZZ.Esoknya kena bangkit awal sbb nak hantar my parents ke airport.


Lepas check out terus gerak ke airport so tak breakfast dulu.Jadi kita suh parents kita breakfast dulu takut dlm flight nnt lambat pulak diorg serve makanan.Just coffee and scones sbb abah nak breakfast yg light jer.Hihihi!


Dari airport,singah Harbour Town shopping baju anak2 sikit.Sebelum tu cari tmpat makan dulu.Sekali kedai tu bukak jam 10.Aiiii....rasa mcm nak karate jer meja dia.Lapar kot.Hahaha!

Untuk suami isteri size tak besar mana,order satu kongsi dua.Hahah!Selalunya mcm tu la sbb kat OZ ni kalau kita request small pun,size dia still big jugak utk Asian mcm kita ni.Kikiki!

Contoh kebab.Order small pun takleh nak habiskan,inikan pula nak amik yg large.Hahaha!Tapi tgk jenis org la.Mcm kami suami isteri ni mmg tak mkn byk sgt.Kikikiki!Mcm I makan tak byk,selera jer besar,Kakaka!

Damia yg sejak stop susu botol,dah start makan.So skang dah kena order untuk dia jugak dan ok la bila dia makan walau kadang2 habis,kadang2 mak dia kena habiskan.

Dia request nak burger.Order mmg portion for kids tp dia bagi double daging burger tu.So Damia just mampu habiskan satu jer.Tank kecik ikut bapak.Jadi kita masuk tank mak la.Hahaha!

On weekend ~ Strawberry 's Farm

.........................................our next destination adalah ke Texas.Hehehe!Takde la.Tapikan beria suami snap pic ni.Nak ke Texas katanya.Bila lagi.Choi sangatkan.

Maka destinasi kedua yang jaraknya lebih kurang 12 km gitu,tapi cilakak sungguh GPS sbb tunjuk jalan yg rumit siap masuk jalan berdebu berbatu walhal ada jer jalan short cut yang berturap elok.Haish!Scary okey.Time melintasi jalan tu dan-dan terbayang movie omputeh time scene kejar-kejar kat jalan tak berturap,heroin bergelut dgn penjahat,pastu tang mana dtg tetibe hero pun sampai bila mana sikit jer lagi kepala heroin nak kena libas ngan parang.Dum!Bunyi pistol hero tembak penjahat.Dramatik dak?.Hahaha!Imaginasi tak agak-agak.


Tempat inilah yg kita nak pergi iaitu Strawberry Farm.Actually kawasan sekitar ni bukan takat ada ladang epal dan strawberry jer tapi anggur,cherry dan segala mak nenek yg ada berry2 kat belakang tu semua ada kat sini cuma takde satu ladang semua ada.Samada kami tak jumpa satu ladang memacam ada atau memang dah memang macam tu.Satu ladang satu jenis tanaman.


Kalau ada yang cakap eleh Cameron Highland pun ada.Tapi takpe la.Tempat kita,tempat kita la.Kali ni nak jugak rasa yang tempat orang punya.Hihihihi!

Tapi kat sini strawberry dia ditanam kat bawah.Mcm kat Cameron Highland tu atas rasanya jadi takde la sakit sangat pinggang mak nak kena bongkok-bongkok kutip buah.

Rasanya macam takyah bayar kot nak masuk tapi tak sure la sbb suami yg settle segala.Tapi kalau kena bayar pun tak mahal mana pun rasanya.Dan diorang akan bg satu container untuk kutip strawberry ni.Sekilo diorang akan caj $12.Konsep suka hati berapa byk kau nk kutip.


Ini batas bertutup ni jangan duk gigih nak cari buah sbb takde.Hahaha!


Kutip yang kat sini.Selak2 sikit baru nampak buahnya.Besar gedabak sebijik-sebijik.I tak pulun masuk mulut terus sbb pernah terbaca strawberry adalah antara buah yg byk perangkap pesticide jd better makan yg dicuci terlebih dahulu.


Adik manis peha KFC ni senyum jer manjang haritu walau orang makan dia just mampu pandang jer.Menjejeh-jejeh air liur.Terliur agaknya.

Baju oren tu ayahanda yg sampai kehujung duk kutip buah.Baju putih tu apak kita.Hihihi!



Bonda with the girls.Ayahanda takde dalam gambor sbb busy sgt nak jd petani instant.Beria sangat dia duk mengutip walhal dia tu bukan suka sgt makan buah strawberry ni.


Dah penat kutip buah,kita masuk cafe kat ladang ni.Kat sini ada dijual bermacam souvenir tapi malas nak beli untuk kenang-kenangan.Biasanya I akan cari fridge magnet jer tapi takde.Jam apa semua malas pulak nak beli sbb dah beli satu kat ladang apple plus confirm takde orang yg akan tolong habiskan nanti.

Seperti biasa benda lain yang menarik hati.Apa lagi kalau tak foodnya.Yumm!


Order coffee untuk abahku,dan untuk diri sendiri scones dan chocolate milkshakes.Actually coffee tu sepatutnya makan dengan scones tu.Kikikiki!


Mintak izin nak berpicnic kat tepi cafe ni dan inilah lunch kita haritu.Bekalan dari rumah yang dimasak dengan penuh cinta.Hahaha!Mahu tak,licin uollsss!

Dan siap lunch semua,jadi jom la kita gerak ke Gold Coast.Perjalanan ke Gold Coast lebih kurang 3 jam.Semua penat,pastu semua zzzZZZ kecuali driver la.

Tapi kat sini mungkin diorg faham perjalanan yg jauh tu mmg membosankan,kita boleh tgk road sign yg diorang letak berunsur humour.Nak suruh orang hilang mengantuk agaknya.Rasanya kalau apply kat Malaysia pun orait gak.Kikikiki!

Ok.Nanti sambung di Gold Coast pulak..............................
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me