Pot pet pot pet on Friday Morning

Assalamualaikum,

Salam Jumaat yang penuh barakah.Selamat pagi walau I tau orang-orang kat Malaysia sekarang baru nak busy mandi la,prepare breakfast la.Eh,ke ada yang belum bangkit lagi atau sleep in after Subuh?Hehehe.Sleep in tu mmg best tapi I dah tak boleh buat dah skang sbb di kecik Dian bangkit at 6 am everyday.Huish!Subuh kat sini pulak around 4.34 am macam tu pastu suami jam 5.50 am dah gerak pergi kerja.Jadi I rutin biasa adalah prepare breakfast dan lunch untuk dia.

Tapi harini mood malas sikit sebab dah set hari Jumaat suami balik awal sbb nak pergi solat Jumaat so I pun malam semalam tak prepare sgt la apa yg nak dimasak harini.Sekali dia cakap harini balik lambat sebab ada shutdown so kesian jugak kat dia takkan nak berlapar until 4 pm,so I buat la wrap yang simple ni.Letak ayam,taruk 3 jenis sayur cabbage,carrot and onion,3 jenis sos,mayonis,black pepper dan sweet chilli.Sedap jugak.Ahaks!


Inilah bekal cik abang pergi kerja harini.Cukup jer untuk dia sbb tank perut kecik.Kikikiki!

Kalau di Malaysia semua ngah kelam-kabut pepagi ni dengan rutin biasa,I kat sini dah selamat hantar Damia ke kindy dah.Alhamdulillah harini Damia makin ok.Bukan makin ok kot,tp mmg dah ok sgt.Masuk kelas,cari port dia,pastu main puzzle.Bila I panggil sebab nak gtau I nak balik dah,selamba jer dia cakap , "Ok bye.See u later!".Amboi anak dara.Kalau tak sebelum2 ni,kalau tak sumbat kepala masuk dalam baju mak mmg tak sah.Dalam 2 hari ni mmg senang pulak bangun,mandi semua tak banyak songeh.Kalau tak dia punya diva tu,rasa kecik besar kecik besar je I nampak dia.Mahu taknya,air nak kena betul2 suam,buah apa nak bawak ke school dia kena pilih takleh pakai main letak jer kalau tak dia x makan.Pastu roti dia kena decide nak bentuk apa.Ikut malas nak follow songeh dia tu,tp masalahnya dia berdondang sayang sepanjang perjalanan ke sekolah tu yg buat tak tahan telinga tu.

Tapi sekarang dah ok dah.Semua kalau tunjuk kat dia,pastu kalau kita ada opinion,gtau explain slow2 bagi dia faham,dia boleh accept kira okey la tu.Hahaha!

Bekal yg nak dibawa pulak sejak 3 minggu ni tak berubah lagi roti + buah.Haritu ada gak I masak nasi + ayam <<makan sikit jer,pastu buat spagetti (dah cikgu kat kindy lama ckp dia suka sampai mkn bertambah2),tp bila I buat,5 urat jer kot spaghetti tu dia makan.Choi sgt!Anggaran I la sbb kedudukan spagetti dlm container tu tak jejas.Ciss!Pastu malas la nak beria sgt prepare.I follow apa yg dia request jer.Janji dia makan habis.

Tapi semalam ada bikin kek coklat,dan dia makan beria.So I ingat nak buat donat la or cupcakes.Hmm...tapi tak cukup peralatan ni.Tgk la mcm mana.Nnt kita nyanyi kat tepi telinga suami.Hahaha!

Dan sekarang bak kata orang tua2,alah bisa tegal biasa.Memangdangkan rutin hantar jemput Damia dari kindy adalah rutin I,jd naik turun bas tu dah jd biasa pulak.Dah takde dah rasa malas apa.Tapi dah mula jd seronok pulak bila berat turun hoi 3 kg.Baru suami ajak jogging every weekend.Yeay!Dah dpt berat time memula kahwin tau.Mau tak turun,naik turun bas,jalan kaki pulak lagi sambil dukung si kecik yg berat 7 kilo lebih.Stroller sajer malas bwk kononnya sbg cabaran la.Hihihihi.

Haish!Seronok sgt duk type entry ni sekali td gedebuk ada bunyi.Tgk si kecik Dian dah kepala bawah kaki terjongket kat atas.Jatuh tilam..Tinggi la jgk sbb tilam utk katil tu.Kami angkut dari guest room sbb sesak sgt satu katil 4 org.Kikikiki.Nasib lantai carpet.Adoi.Lasak betul.Damia pulak still taknak tidur kat bilik sendiri.

Inipun kena masuk dlm task I jgk la ni.Adoi!Ada idea boleh kongsi.

4 comments:

Rafhani said...

Ala sian dian.Baru bulih geng ngan fatih..hihihihi.Doh calor dok pale?

rostina76 said...

amboi surirumah ni terer la…adhoc pun idea brilliant. sedak gok nampak wrap tu. btw alahai tertonggeng dah anak dara, kesian dia mak dia busy. hehe

Unknown said...

Rafhani,jatuh atas carpet tp cara jatuh tu mmg kelakar.Kebil2 mata dia terkejut.Hihihihi.

Unknown said...

Kak Ros,itulah.Nasib dtg jgk idea nk buat wrap.Kikiki.Mak busy sgt.Sian anak.Hahaha!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You