Episod 1: R.A.Y.A

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.Kejap je masa berlalu.Rasa sedih pun ada sbb Ramadhan bakal meninggalkan kita.Time dekat-dekat nak raya ni biasalah perasaan emo tu pasti datang.Dan aku just nak cerita la benda2 yg begitu sinonim  dgn hidup aku setiap kali menjelangnya raya.

Tradisi pulang ke kampung berhari raya

Mana tak emo,dah bertahun-tahun kami sekeluarga tak balik kampung beraya.Kalau tak silap aku since 1995 rasanya.Maklum la dari kecik dah diset kepala otak dengan drama kat tv,asal gembira time raya je sbb nak balik kampung.Padahal tak ada effect apapun beraya kat rumah sendiri.Rumah aku pun dekat kampung juga.Bukannya family aku duduk rumah yang bukak tingkap terus nampak KLCC.Ini jenis rumah yg kalau bukak tingkap belakang akan nampak reban puyuh dengan pokok nangka.Harap maklum.Pada aku apa yg beza antara raya kat rumah sendiri dengan balik kampung adalah tiada luggage berselerak kat bilik.Itu je pun.Hahaha!Mmg tak ada kesan pun sbb mostly kaum kerabat aku duk kat Trg ni je.Sama jugak dgn kaum kerabat suami.So apa la yg aku nak heran sangat bab balik kampung ni.Lain la dulu masa duk Shah Alam.Terasa la juga aura balik kampung tu.Skang sejak jadi parasit kat rumah mak abah ni,feeling tu lain sikit.

Dan bila dah kahwin ni,ingat merasa juga la gaduh laki bini decide turn kampung sape balik raya tahun ni.Rumah mak abah sendiri atau mertua?Tapi tak ada maknanya jugak aku laki bini nak gaduh bagai sbb rumah mertua 15 minit je pun jauh dia.Tak sempat nak terlelap dalam kereta pun,sedar2 dan sampai kampung suami.

"Balik kampung...hohohoho! Balik kampung ! Hati riang ! " (benda yg dah diset dalam kepala otak masyarakat sejak azali lagi)

Budak-budak dan mercun

Indahnya melihat kanak-kanak bermain bunga api.Gembira sekali mereka.Dum dum dum bunyi mercun!.Menghiasi malam-malam sepanjang ramadhan.Hanya sepanjang ramadhan dan Hari Raya sahaja kita berpeluang melihat kanak-kanak bermain bunga api dan mendengar bunyi dentuman mercum.Oh!Indahnya pemandangan.Ok stop drama sekarang.Jujurnya,baru 2 minggu lepas aku maki sorang budak lelaki sebab main mercun bola pastu bila meletup je sampai panjang leher anak aku sbb terkejut.Cinabeng btol %$#@# punya budak.Hasilnya budak tu dapat maki-makian free dari aku untuk malam tu.Kurus pahala puasa aku haritu.

Biskut raya

Kalau dah namanya biskut raya makanya don't expect time Thaipusam kau akan jumpa biskut sarang semut atau almond london kat rumah Bala.Biasanya kalau dah namanya biskut raya makanya time raya la jumpa.Dan untuk tahun ni selepas bertahun-tahun,gigih aku buat sendiri biskut.Semangat tau Senah!Extra rajin aku tahun ni.Maklum la sebulan puasa suami ada sekali.Pertama kali tau setelah 4 tahun kawin.Bunyi tu macam 10 jenis biskut aku dah buatkan?Padahal 3 jenis je pun.Kau jangan nak start perlekeh aku Senah.Hanya aku je yg tahu kemampuan aku tahap mana.Skill cover diri sendiri sebenarnya .Hehehe!

Biskut Almond London

Biskut Cornflakes Madu

Semua biskut senang,Satu lagi biskut Sarang Semut.Sumpah lain tahun aku malas dah buat biskut tu.Rumit amat part nak parut.Tak kuasa aku.Nasib baik suami dgn bibik ipar aku gigih nak bantu.Kalau tak xtau la.Surrender ditengah jalan.Memandangkan bekas biskut mak aku ada 6 bijik selebihnya kita pakat g tunjuk sahaja la.Selesai.

Baju raya

Baju raya ni boleh dikatakan wajib ada la.Walau tak la sampai 10 pasang cecahnya (kalah artis gitu) sbb kadang2 ada tahun aku buat satu je macam tahun lepas.Memandangkan tahun sblm tu aku pregnant maka baju kurung time pregnant yg agak gedabak ikut size perut dan aku gigih alterkan balik pastu terus jd baju raya untuk next raya pulak.Jimat betul.Itu yg aku just beli satu je tu.Bkn apa,malas la nak membazir memandangkan benda dah ada.Cuma tahun ni lebih sikit sebab 2 pasang ada orang hadiahkan.Satu mak aku,satu mertua.Dan untuk Damia,tahun ni kurang sikit sbb tahun lepas melampau sangat beli.Mungkin sbb tahun lepas aku dgn suami over excited sbb 1st time raya bersama anak.Ikutkan raya sblm2,preparation kitorg biasa2 saje.Maka tahun ni aku takmau membazir sgt makanya spending untuk Damia biasa2 aje.Ok.Baju raya ,DONE!

Duit raya

Bab ni aku tak amik port.Aku tunggu suami hulur sampul yang dah berisi duit je memandangkan aku jobless jadi mana aku nak cekau duit.Sah2 aku mmg tak ada duit sendiri.Huhuhu!Dan bila teringat pasal duit raya ni,teringat tragedi tahun lepas bila aku hulur duit raya kat abah aku,laju je sambar pastu terus simpan dalam poket baju.Bila petang sikit,dia keluarkan balik sampul tu dan ntah macam mana boleh dia ingatkan tu sampul kosong dan selamba je dia koyakkan kat tengah2.Lepas tu baru perasan dia dh koyakkan sekali duit kat dalam tu.Kalau seringgit mungkin air mata aku segan juga nak mengalir tapi........Bila dah nasik jd bubur kau jangan la expect nasik tu boleh tukar jadi nasi goreng Pattaya pulak.Tak akan berubah punya.Sigh!

Aiii,ngantuk la pulok.Sampai sini dulu aku cerita pasal raya.Aku ingat nak buat sambungan la entri ni.Nak ada episod kedua pulak.Apa kau ingat Harry Potter je boleh berepisod-episod bagai?Sampai sini dulu penulisan tak berilmiah dari aku.Chow.

Assalamualaikum.. (org letak starting tp aku letak dah kat hujung.Lantak ah!)

Aku dan FB

Harini aku nak cerita pasal Facebook.Cerita aku ni pulak pasal keghairahan orang duk post apa yang diorang ada or beli kat dalam Facebook.Ops!Bukan dengki ok.Tidak sama sekali.Nehi.Tapikan kalau ada yang terbaca ni mesti diorang akan cakap,"Hek eleh!Sakit hati pulak.Udah aku ada ko takde".Alahai.....sudah la kalau kena sound depan2 nih,lagu mana la aku nak letak muka ni.Takpe la.Pinjam topeng Barney Damia la buat cover muka malu 3 hari.

Tapi hakikatnya aku nak tulis jugak sebab aku macam curious satu benda.

Aku selalu terfikir orang yang jenis suka post pic barang yang diorang beli or ada kat Facebook ni,apa yang diorang fikir dalam kepala otak diorang.Adakah ia berniat untuk berkongsi atau kalau tak tunjuk nanti orang tak tahu.Entah la.Atau diorang rasa diorang je mampu pastu orang lain tak mampu atau dengan kata lain sila rasa jeles sekarang.Hehehe!Serious rasa gatal ketiak setiap kali aku tengok orang yang buat macam tu pastu tulis status ," My new set SKII " atau " Koleksi handbag I ".Jenama harus yang class2 ok.Kalau takat kau beli kat Vincci pastu kau nak tunjuk dalam FB,sila serkup muka dengan tudung saji sekarang.Ibaratnya macam itu la.

Ini bermakna FB tanpa kita sedar telah menjadikan kita orang yang riak.Kita harus akui tak semua orang akan suka.Biasa la manusia.Sifat PHD tu memang susah nak buang sama seperti susahnya nak struggle belajar untuk dapat sijil dia.Eh,kesitu pulak.

Tapi kadang2 aku suka tengok juga.Dari situ aku dapat nilai orang tu jenis yang macam mana.Biasanya aku akan avoid untuk rapat as a friend sbb aku cukup tak suka orang yang suka banding2kan barang dia dengan barang aku.Aku memang tak suka.Antara sebab aku tak suka adalah aku ni bukan jenis yang up to date sangat.Contohnya handbag.Biasanya kalau aku ada sebijik handbag,maka itulah handbag yg aku akan angkut kehulu kehilir,tak kira la pergi pasar ke,shopping ke,majlis2 grand kat hotel ke,kenduri kawin ke,aku memang main belasah je.Tak peduli aku apa orang kate,janji aku selesa.Dan aku jenis yang bukan rajin sangat nak match2 baju dengan handbag.Memandangkan aku ada satu je makanya apa pun baju yg aku pakai,handbag tu juga la yg aku angkut.Yea,aku akan beli handbag bila handbag yg sedia ada bakal menemui ajalnya.Hehehe!

Tapi kadang-kadang aku ada juga rasa tak adil la aku nak rasa macam tu sbb mungkin kawan aku tu dulu waktu tak pegang duit sendiri ni,diorang tak dapat rasa nak beli barang2 mahal.Jadi bila dah keje or ada suami yg support segala,pada diorang dah rasa amat gembira dan itu la yg nak canang habis satu dunia tu.Dulu waktu belajar sengkek harap duit loan sstudy je itupun cukup2 makan je.Bila dah dapat kerja,dah dapat apply credit card atau rezeki lebih duit masuk tak putus,maka setiap yg diidam tu semua dapat.Mungkin sbb itulah wujudnya rasa harus canang kat FB ni.Ni si Senah tak tahu lagi nih aku sambar Coach sebijik ni.Harus jeles terus mintak laki beli.Hihihi!

Dan biasanya,tuan empunya diri akan gembira setiap kali ada orang komen.Yang ni betul2 berlaku aku tak tipu.Ada la sorang perempuan ni,dia beli complete set SKII.Jadi kau dapat bayangkan la kalau SKII punya produk tak adanya 30-40 hengget nih.Harus lebih dari 1k or hampir nak 2k la.Sila putus urat kentut sekarang.Makanya berduyun2 la org akan komen dan tak ketinggalan pasti ada komen yg menunjukkan betapa tak mampunya diorang nak ada produk ni.Kiranya hanya mampu berangan je la.Maka tuan empunya diri pun jwb,"U,mana mahal.Tak mahal la.Affordable ok.Just RM1,300 jewwwwwww!",tolong pjgkan sikit muncung kau time baca nih.Pastu akan ada org lain komen balik,"Oh,tak mahal sangat la u.Orait la harga macam tu.Standard ah".Ni ciri Senah takmau kalah ni.Nak lebih jugak dia.

Itu cerita produk.Ini cerita bila ada yg dah mampu beli rumah sendiri pulak.Biasanya diorang akan letak tajuk,"Teratak kami","Pondok kami" or macam2 lagi la.Apa kata kalau kau letak je,"Rumah kitorang baru beli.Banglo lagi.Kau ada??",sentapkan??Hehehe!Lepas tu berduyun la komen.Biasanya tuan empunya diri akan sedaya upaya nak tunjuk kerendahan diri diorang.Maklum la tak mau menunujuk-nunjuk.Nanti orang cakap bangga diri pulak.Biasanya diorang akan komen balik,"Ala,kitorg beli murah jewwwww!!".Hello,kalau rumah teres dua tingkat more than 200k tu,murah kepala hotak lu la.Kalau murah rumah PPRT.Tu baru murah.Tapikan,dah kalau diorang org kaya mesti la takat 200k tu lekat kat celah gigi je kan?Eh,mak pulak yang sentap.Dan nak tunjuk kerendahan diri sangat bila tiap2 kali post mesti ada nak tanya suggestion nak renovate rumah la,apa la.Ye la .Dia je ada rumah orang lain tak ada.Bila ada yg tegur,terus sentap.Itu yg selalu sangat keluar statement "Wall saya,jadi suka hati saya la nak tulis apa.Kalau tak suka,sila remove fren".Baiklah.Wall kamu tapi mata aku jugak yg baca.Hihihi!

Dan dalam friend list aku sendiri pun ada dua orang perempuan ni yg suka sangat tunjuk apa barang yg dia beli.Beli kasut Clark pun tunjuk.Sampai ada juga beli seluar Levi's pun gtau dlm FB.Mungkin dia rasa dia je kot mampu.Kiranya semua benda la nak hebah kat orang.Kalau tak gtau kat FB org tak tahu.Nak suruh orang tegur time dia pakai segan kot.Pada firasat aku la.Dan ada juga barang yg dibeli dioversea pun nak tunjuk sama.Iya,dia je yg mampu berholiday sampai oversea,sbb org lain tak mampu.Tu belum lagi campur yg mampu shopping kat Pavillion,KLCC and etc la pastu harus posing kat fitting room dan tunjuk mana2 barang yg diorang nak beli.Kalau ada yg pergi dgn kawan2,lepas pic masuk FB maka ada la sesi aku puji kau,kau puji aku dan begitulah seterusnya.Pic ngah shopping dgn paper bag jenama2 mahal jgn lupa tunjuk tau.Kau ada???

Panjang pulak entry aku.Adakah ini entry berbaur dengki?Tidak.Ini entri aku tulis sbb aku rasa meluat.Sekian terima kasih.Lega rasa lepas tulis entri.Hahahhaha!Nak marah?Ada aku kesah???

P/s:Jelas entri ini tiada kesinambungan.Penyelesaian takde kerana ia lebih pada luahan hati aku.Chow!


Image from Yahoo.com

Keprihatinan kita dlm menangani isu sosial

Wah!Tajuk sudah ala-ala seperti dalam majalah-majalah ilmiah gitu.Dulu la kan,kalau time-time sekolah dulu (bukan sekarang pun macam tu jugak ke?),biasanya baik dalam suratkhabar atau magazines,nampak je tajuk iras-iras gini,laju je tangan skip ke page lain.Tapi kalau nampak tajuk utama " Rumahtangga artis 'A' retak gara-gara orang ketiga", cepat2 belek kat page mana berita tu terpampang,confirm senget-senget kepala baca.Khusyuk dia sampai habis satu muka surat wajib khatam.Biasa la.Sbb tu mmg aku pun.Hahaha!Tapi tu dulu ok sbb skang aku mmg prihatin.Itu yang asyik Go Green!Go Green! tapi kalau tidur nak beraircond bagai,hari Sabtu malas nak shopping sbb beg plastik kena bayar,pergi kedai tapau nasik pakai polisterine dan macam2 la yg pada hakikatnya prihatin pada mulut sahaja namun tidak pada tindakan.Tapi aku rujuk aku la,aku.Bukan kau,bukan dia.

Jadi bercakap pasal prihatin,inilah yang aku nak cerita tentang betapa prihatinnya satu blog hiburan ni yang gigih mengupas isu permasalah sosial pada harini dgn menunjukkan betapa tidak setujunya mereka dgn satu drama dari Korea yang dikatakan membawa unsur-unsur yang tidak baik kepada masyarakat terutamanya remaja.Tak silap aku kononnya drama tersebut mempunyai unsur-unsur negatif seperti LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

"Perhatian kepada ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang sangat meminati drama-drama cinta Korea. Tak kurang juga kepada yang anak mereka suka menonton K-Drama secara online.  Kerana kini sudah ada K-Drama yang mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh mempengaruhi minda anak-anak di rumah".Dipetik dari Oh!Bulan dan kalau nak Exercise mata sikit,sila baca disini.

Drama yang bertajuk “Daughters of Club Bilitis” ini menggambarkan kehidupan tiga pasangan lesbian. Drama ini bertujuan untuk menggambarkan hubungan lesbian di dalam semua generasi, bermula dengan pasangan lesbian berumur lingkungan 50 tahun, Choi-ran dan Choi Hyang-ja, 30 tahun iaitu wanita bekerjaya Han Go-Eun dan Oh Se-jung, dan pelajar sekolah tinggi Se-yeon Jin dan Ahn Ji-hyun.

Dan apa yang membuatkan aku nak gelak sambil geletek ketiak Damia adalah........................



Habis yang kat atas ni tak ada unsur2 macam tu?Elok je tayang.Ni kena rujuk Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga ni.Kena tanya pendapat dia ni.Kalau ikutkan Glee ni kat Malaysia ni dah jadi macam satu fenomena pulak.Kalau tengok kat KL,siap ada Glee Flash MOB lagi dan byk lagi la.Tu belum campur publisiti secara besar-besaran yg dah dibuat tak kira la apa jenis media pun dan lagi haru siap menjadi tontonan seisi keluarga lagi.Sila nangis sekarang kalau kau mmg seorang yang prihatin.Aku tahu sbb aku pun tonton.Jelas tiada keprihatinan disitu.Heks!Skang tak tengok dah sbb bukan best pun.Denial.

Tapi kalau ikutkan banyak lagi sebenarnya filem2,drama2 macam tu aku malas nak list nnt dah jadi macam satu kerja pulak aku nak buat list bagai.Aku banyak kerja lain lagi la.So pandai-pandai la cari sendiri.

Dan point aku kat sini,aku bukan nak perlekehkan apa yang diorang buat tu.Niat menyedarkan masyarakat tu bagus cuma apa yang aku lihat kat Malaysia ni,setiap satu isu yang dikupas biasanya penyelesaiannya hanya sekerat jalan.Nak bunyi lagi dramatik,just warm-warm chicken shit sahaja.Tak pun relieve cough at the ladder in your Tok's house.Hehehe!Biasanya kalau yg nampak jelas,berlumba-lumba nak tunjuk kononnya aku la prihatin,tapi yg hidden biasanya orang lebih suka diam tanpa bersuara.Dan begitulah seadanya.

Aku bagi contoh sikit la.Dalam 2,3 bulan lepas ada keluar psl isu seorang remaja yg mengaku dah tak dara.Heboh dalam blog dan akhirnya sampai ke pengetahuan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Dato' Seri Shahrizat.Siap masuk dalam WHI lagi.Bincang punya bincang namun penyelesaian?Takat tu je la.Takat tayang muka 15 minit kononya aku la prihatin tapi lepas tu isu tu mula dilupakan masyarakat.Hasilnya,benda yang sama berulang semula over and over again,dah macam lirik lagu pulak rasanya.Over and over again.Lagi sekali,over and over again...

Mode: Apa la yg aku merepek ni.

Happy anniversary

"Happy anniversary!!!"....tapi bukan untuk orang yang kat bawah ni tapi ucap kat diri sendiri sebenarnya
Pejam celik pejam celik dah masuk tahun keempat dah
Alhamdulillah syukur ke hadrat Nya
Lagi2 bila dah ada yang baju pink kat tengah tu

Rasanya hingga saat ini segalanya berjalan sempurna
Apa yang dirancang berjalan lancar
Pendek cerita pada aku segalanya lengkap
Alhamdulillah syukur ke hadrat Nya
Dan pastinya this year tiada romantic dinner sbb puasa

Romantic dinner time berbuka je la jawabnya
Tapi tak romantik mana juga
Sbb anak as usual suka buat huru hara
Campak nasik merata-rata

Bunga?
Usahkan bunga,pasu pun belum tentu ada.Haih!
Takpe la janji dia ucap tadi
Sweetnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Tapi excited tak lama
Lepas ucap dia terus membuta
Sakit hatikan?????

Tapi tak apa
At least present aku dah dapat awal2
Masih seperti tahun sebelumnya
Cuma,bukan itu yang aku pinta

Pintaku................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ya ALLAH Ya Tuhanku! Berkatilah perkahwinan kami ini dan semoga kami sentiasa dibawah lindunganMu Ya ALLAH.

Yang kat atas ni usia perkahwinan diorang dah masuk 31 tahun,aku baru 4 tahun.Haih!

Resepi ringkas untuk berbuka

Last time berkesempatan berbuka bersama my sister di Shah Alam.Disebabkan tengahari tu tanpa dirancang,kami pergi bershopping sakan tambah lagi bawak Damia,Rafhanah,Amani dan Hakim so dapat dibayangkan la penatnya harus 8 kali ganda penatnya.Totally exhausted.Sampaikan rasa nak berjalan pun tak larat.Tapi walau penat macam mana pun,no excuse tetap harus masak dirumah sbb suami kita tak suka lauk beli kecuali terpaksa sangat atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Maka bila badan penat,produktiviti pun akan turut menjunan dum dum dum.Makanya harus fikir juadah berbuka yang paling simple dan senang dibuat tapi apa yang penting berbaloi bagi perut nasik macam aku laki bini.Hehehe!

Jadi saje la nak berkongsi resepi quick meal yang tempoh masa nak buat tu pun tak sampai satu jam plus siap boleh guling2 lagi depan tv.Jd apa salahnya kita pakat mencuba.

1st recipe adalah " Nasi goreng ikan tenggiri"


 Bahan-bahan:

1-Beberapa ulas bawang putih (depends pd taste masing2 dan kalau aku suka banyak) - tumbuk sampai halus.Tak perlu kisar sbb kalau kisar teksturnya jd terlalu halus makanya rasa garlic tu jd makin kurang

2-Telur
3-Ikan tenggiri - ambil isinya shj kemudian cincang halus
4-Minyak untuk menumis
5-Garam secukup rasa
6-Nasi


Cara-caranya:

Panaskan minyak,masukkan bawang putih tumis smpi naik bau,kemudian masukkan isi ikan tenggiri,telur,nasi kemudian garam.Tak perlu serbuk perasa bagai.Simple jer kan?Tung tang tung tang...done!Tak perlu goreng lama2 pun.Bau dia memang menusuk kalbu la wa cakap lu.

 Hasilnya inilah dia.

 2nd recipe " Ayam bakar tak tau nak describe sbb semua rasa ada.Hehehe!"

Bahan-bahan untuk sos perap:

Osyter sauce
Kicap masin
Sweet sour sauce
Honey
Black pepper
Mixed herbs
Parsley
Tambah lemon or yg sewaktu dengannya la.Kasik masam2 sikit.

Semua tu gaul sekali.Kuantiti ikut suka hati.Pastu potong la bawang besar satu labu,tapi potong besar2 dan juga potato dan garlic then tabur je kat atas.Perap sekali.Aku bantai sekali taruk terus limau nipis / lemon dgn kulit2 skali time nak marinate.Nak bakar je aku remove la kulit limau nipis  / lemon.Perap dalam 30 minit or 1 hour pastu bakar dalam oven.Lebih kurang 1 hour juga,the chicken is done!Then ready to serve.

Biasanya kalau bakar ayam tak buang kulit,dia agak berair sedikit.Kalau totally remove the skin,ayam tu agak kering sedikit.Up to u.Anggap la itu adalah sosnya dan better kalau asingkan sblm dihidang sbb ia agak berminyak since kita guna mentega yg disapu pd loyang sblm ayam tu dibakar.

Memandangkan tiada langsung green disitu,maka haruslah kreatif sedikit tambah lagi bila mood malas datang,just guna sahaja salad.Seimbangkan? : )

Jadi,ia adalah combination yg menarik untuk " Nasi goreng ikan tenggiri dan juga ayam bakar tak tau nak describe sbb semua rasa ada".Lagi sedap kalau tambah mayonisse perah sedikit lemon as a sauce untuk ayam.Selamat mencuba.

H to the A to the P to the P to the Y

Dalam hidup ini perjalanan kehidupan dari seorang ke seorang adalah tidak sama
Bergantung bagaimana individu tersebut merencanakan dirinya

Pada aku ada sesetengah orang bila tahu diri disayangi cthnya mereka yg ada bf/gf pada mereka teramat la gembira sampai tak terucap
Itu yg mcm meroyan tu 2 minit skali update status kat FB melahirkan perasaan cinta mereka itu.Eh,kesitu pulak aku!

Pulang kepangkal jalan semula

Berbalik pada diri aku pulak
Kegembiraan pada aku sukar nak didefinisikan dgn kata-kata sbb kegembiraan aku ni datang dlm beberapa bentuk
Misalnya perasaan,kekeluargaan,persahabatan,material dan sebagainya.Terlalu banyak pecahan.

Kadang-kadang aku gembira tak terkata bila keinginan ditunaikan.Dari segi material,tak semestinya benda tu mahal baru nak rasa gembira gile.Kadang2 dapat magazine sebuah harga tiga hengget pun aku dah boleh gembira sampai lusa.Tu belum lagi tetiba suami bagi present sebentuk cincin dari Jacob & Co,taktau la aku level brape tahap gembira tu.Isk!Dan cara aku sendiri dalam mencari kegembiraan adalah dengan menghargai dan bersyukur dgn setiap apa yang aku ada atau perolehi.

Dan hari ini aku mmg excited sangat!!!!!!!
Harus guna banyak tanda seru kononnya suka sangat la tuh.Mcm ada org kesah.Ko kesah?

Dan dari hari ini tak sabar pulak nak tunggu esok.Wowowowowo!
Maka mood malam ini adalah diawang-awangan

Tapi tak boleh cerita awal2 sbb nnt tak surprise pula.

Maka tunggu esok sahajalah macam mana.

Tido sekarang.Stop.Layan la pic bdk bulat ni.

Rasa gembira dan excited tu sama macam budak kat atas rasa waktu 1st time dapat basikal baru.Siap je staff kedai tu pasang basikal terus nak tunggang tak sempat2.Smpi senyum staff kat Toy 'Us Empire Subang.Sabor je la.Darrrss la katakan.Darat Trg.Hehehe!Aku kena sorong dia smpi ke kereta.Semua org pandang.Orang lain tolak stroller,aku tolak basikal.

Puding roti kukus

Aku sememangnya adalah seorang yang sangat praktikal (puji diri sendiri.Sila jerut leher sekarang.hehehe!).Maksud praktikal disini bukan kedekut yea tetapi lebih kepada tak baik membazir.Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitooooooooooon.Maka,apa benda sekalipun baik barang mahupun makanan,selagi boleh guna baiklah digunakan dan jgn ringan sangat tangan tu suka hati je nak campak buang bila rasa tak best.Bukan ke tak elok tu.

Straight to the point aku just nak gtau pasal roti yang aku beli terlebih banyak.Memandangkan dah masuk bulan puasa time tu,makanya roti yg ada ni mmg tak ada orang nak pandang la.Jeling pun tak.Kiranya tengok ujung-ujung mata je.Jadi,bila roti dua tiga bungkus kat atas meja mkan tak bersentuh,mmg akan dikhuatiri si pembeli akan mendapat kaunseling free dari abah.Abah aku mmg cukup pantang kalau beli apa-apa makanan tp tak makan.Sbb tak larat nak tahan lubang telinga takut-takut bernanah,marilah kita manfaatkan roti itu dgn membuat "Puding Roti Kukus".Elok sangat dibuat time2 puasa ni.Tak payah sibuk2 nk p bazar semata-mata nak beli kuih yg belum tentu sedap pun.Maklum la yg berniaga pun kebanyakannya yg time puasa je sibuk nak berniaga.Hasilnya,kuih yg dijual indah khabar dr rupa.Jom kita godek resepinya.

Puding roti kukus

Bahan-bahan:

Roti (kalau guna yg dah ada raisin tu lagi ok)
Raisin (untuk ditabur kat atas roti)
Susu cair
Telur 3 biji
Gula (ikut suka nak manis macam mana)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu tepung kastad (bancuh dulu dgn sedikit air sbb takut nnt berketul-ketul)
Bahan2 yg tulisan senget tu campur sekali dan gaul smpi rata.Time ni roti tak geng lg.Biar roti tu duk diam-diam dulu.

Untuk kuah:

1 tin buah campuran (suka hati la jenis apa)
1 tin susu cair
*Campur je dua2 ni takyah masak atas dapur ke apa.Ok,done.

Cara membuatnya:

Susun roti dalam loyang.Aku suka potong kecik2.Memandangkan aku takde loyang yg canggih boleh bukak kat bawah,makanya aku alas dgn aluminium foil.Lepas susun dalam dua lapis,tabur raisin ikut suka nak byk mana.


Lepas dah susun,tuang campuran susu cair + telur + gula + esen vanila + tepung kastad.Aku tabur buah campur sikit kat atas.Depends pada selera masing-masing.

Then bolehlah masukkan kedalam periuk kukusan yg dah get ready kat atas dapur.Sbnrnya kalau nak masuk dalam oven pun boleh sbnrnya.Tp sbb tajuk atas sebut kukus,kau kena kukus laaaaaaaaaaa....Kukus selama setengah jam.Jaga2 juga takut air dalam periuk kering.Tak pasal2 dah jd lain nama resepinya,Puding Roti Kukus Hangus.

Makanya,siap.Cenggini la rupanya.Kalau bake dia akan sedikit keperang-perangan tapi kalau kukus,dari segi rupa tidak mengalami transformasi sangat.So-so je.Hehehe!Time ni la gunanya bila alas aluminium foil.Senang nak keluarkan dr loyang.Kalau tak dia akn melekat-lekat kat loyang.

Potong lepas tu taruk dlm pinggan (itu pun nk gtau).Siram la dgn kuah td pastu nak lagi best taruk eskem vanilla.

Maka,inilah rupanya.Pencuci mulut yg amat sesuai untuk berbuka puasa.Nak buat pun senang yg amat.Apa yg pasti tak sempat berpeluh ketiak pun.Selamat mencuba!!!

Cerita basi-Si Amy


Kalau rajin berblog walking,kebanyakan blog sibuk nak cerita pasal penjaga gol no.1 Malaysia Khairul Fahmi dah putus tunang dan skandal-skandal yg babitkan dia la.Mcm2 spekulasi la yang telah dibuat.Orang ketiga la,takde persefahaman la,ish,kiranya macam2 la.Eh?Detail pulak info yg aku tahu.Nmpk sgt takde keje asyik duk layan gosip artis.Hehehe!Sambung sikit lagi,aku nak tergelak bila ada yg komen kat ex tunangan si KF ni supaya tak perasan macam Victoria Becham.Habis,taknak cakap balik kat si KF tu,tak yah la nak perasan kononnya macam David Becham.Bukan tak support pasukan bola Malaysia cuma please la pada pemain bola tu,tolong la down to earth sikit.Ini tidak,baru glamour sikit kalau bertembung kat airport spek mata hitam harus atas kepala pastu jalan sengih2 macam kerang busuk kononnya aku la superstar.Blah la wei!Tak kagum pun tapi meluat tu adalah.

Makanya kat sini aku takmau citer pasal mamat tu pun dan jauh sekali pasal tunangannya itu.Dan aku pun bukan peminat fanatik bola pun.Paling lama aku bertahan tgk bola 10 minit je tu pun suami paksa tengok.Kalau tidak,tak kuasa aku nak bukak channel sport bagai.Aku lebih rela layan Keeping Up with the Kardashian walau ramai yg ckp ntah hape2 reality tv mcm tu.Ade aku kesah???Hehehe!

Motif aku sebenarnya nak citer pasal minah ni,Amy Winehouse.Honestly la aku cakap aku mmg totally ngak suka sama dia.Selain dari perasaan menyampah kat sanggul tinggi dia tu,lagu dia pun pada aku tak best pon termasuklah antara lagu hits dia iaitu,Rehab.Dan paling aku menyampah time dia buat persembahan main piano dgn pakai baju ala swimming suit pastu naik atas kerusi buat aksi ghairah pada aku ntah hape2 budget cool la tu.Chait!

Tapi,dalam tak suka aku tu rajin pulak aku duk baca any gosip/story pasal dia nih.Bukan apa,aku ni jenis selalu curious dgn orang,dan macam suami aku cakap la,aku ni jenis suka fikir bukan2 dan kadang2 membayangkan benda yang tak perlu dibayangkan pun,misalnya,aku duk fikir asal la si Amy ni suka sanggul rambut tinggi tu,agak2 brape kali sebulan dia mandi basahkan rambut???Itu pun aku kesah???Heh!

Dan banyak la hot story yg dia mabuk khayal amik drugs dgn husband dia dan pelbagai lagi la cerita buruk pasal dia ni.Boleh dikatakan banyak buruk dari baik.Tapi walau buruk/teruk tetap kau mmg the bomb.Ramai jugak rupanya peminat fanatik dia ni.Bukti?Time dia mati la.

Sehinggalah dia ditemui mati dirumahnya kerana pengambilan dadah berlebihan,dan dan aku dengar lagu Rehab tu kat radio dan dimainkan sempena kematian dia (biasa la kat Malaysia org bkn Islam mati lagilah kalau artis obersea disanjung bkn main siap keluar ayat tak bleh blah,sempena memperingati kematian bla bla bla,tp kalau ulama Islam meninggal-berita keluar satu dua je tu pun tak brape ikhlas nak siar).Makanya tetibe aku rasa mcm best pulak lagu tu.Eh????Nmpak sangat aku ni tak ada pendirian.Hahaha!Jom layan.

video

Rajinnya siap lirik skali tu.Jom layansszzz.....

Rehab by Amy Winehouse

They tried to make me go to rehab but i said 'no, no, no'
Yes I've been black but when i come back you'll know know know
I ain't got the time and if my daddy thinks I'm fine
He's tried to make me go to rehab but i won't go go go

I'd rather be at home with ray
I aint got seventeen days
Coz there's nothing
There's nothing you can teach me
That i can't learn from mr hathaway

Didn't get al lucky at class
But i know it don't come in a shot glass

They tried to make me go to rehab but i said 'no, no, no'
Yes I've been black but when i com e back you'll know know know
I ain't got the time and if my daddy thinks I'm fine
He's tried to make me go to rehab but i won't go go go

The man said 'why do you think you here'
I said 'I got no idea
I'm gonna, I'm gonna lose my baby
so I always keep a bottle near'
He said 'I just think your depressed,
kiss me here baby and go rest'

They tried to make me go to rehab but i said 'no, no, no'
Yes I've been black but when i com e back you'll know know know
I ain't got the time and if my daddy thinks I'm fine
He's tried to make me go to rehab but i won't go go go

I don't ever wanna drink again
I just ooh i just need a friend
I'm not gonna spend ten weeks
have everyone think I'm on the mend

It's not just my pride
It's just til these tears have dried
They tried to make me go to rehab but i said 'no, no, no'
Yes I've been black but when i come back you'll know know know
I ain't got the time and if my daddy thinks I'm fine
He's tried to make me go to rehab but i won't go go go
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me