Episod 1: R.A.Y.A

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.Kejap je masa berlalu.Rasa sedih pun ada sbb Ramadhan bakal meninggalkan kita.Time dekat-dekat nak raya ni biasalah perasaan emo tu pasti datang.Dan aku just nak cerita la benda2 yg begitu sinonim  dgn hidup aku setiap kali menjelangnya raya.

Tradisi pulang ke kampung berhari raya

Mana tak emo,dah bertahun-tahun kami sekeluarga tak balik kampung beraya.Kalau tak silap aku since 1995 rasanya.Maklum la dari kecik dah diset kepala otak dengan drama kat tv,asal gembira time raya je sbb nak balik kampung.Padahal tak ada effect apapun beraya kat rumah sendiri.Rumah aku pun dekat kampung juga.Bukannya family aku duduk rumah yang bukak tingkap terus nampak KLCC.Ini jenis rumah yg kalau bukak tingkap belakang akan nampak reban puyuh dengan pokok nangka.Harap maklum.Pada aku apa yg beza antara raya kat rumah sendiri dengan balik kampung adalah tiada luggage berselerak kat bilik.Itu je pun.Hahaha!Mmg tak ada kesan pun sbb mostly kaum kerabat aku duk kat Trg ni je.Sama jugak dgn kaum kerabat suami.So apa la yg aku nak heran sangat bab balik kampung ni.Lain la dulu masa duk Shah Alam.Terasa la juga aura balik kampung tu.Skang sejak jadi parasit kat rumah mak abah ni,feeling tu lain sikit.

Dan bila dah kahwin ni,ingat merasa juga la gaduh laki bini decide turn kampung sape balik raya tahun ni.Rumah mak abah sendiri atau mertua?Tapi tak ada maknanya jugak aku laki bini nak gaduh bagai sbb rumah mertua 15 minit je pun jauh dia.Tak sempat nak terlelap dalam kereta pun,sedar2 dan sampai kampung suami.

"Balik kampung...hohohoho! Balik kampung ! Hati riang ! " (benda yg dah diset dalam kepala otak masyarakat sejak azali lagi)

Budak-budak dan mercun

Indahnya melihat kanak-kanak bermain bunga api.Gembira sekali mereka.Dum dum dum bunyi mercun!.Menghiasi malam-malam sepanjang ramadhan.Hanya sepanjang ramadhan dan Hari Raya sahaja kita berpeluang melihat kanak-kanak bermain bunga api dan mendengar bunyi dentuman mercum.Oh!Indahnya pemandangan.Ok stop drama sekarang.Jujurnya,baru 2 minggu lepas aku maki sorang budak lelaki sebab main mercun bola pastu bila meletup je sampai panjang leher anak aku sbb terkejut.Cinabeng btol %$#@# punya budak.Hasilnya budak tu dapat maki-makian free dari aku untuk malam tu.Kurus pahala puasa aku haritu.

Biskut raya

Kalau dah namanya biskut raya makanya don't expect time Thaipusam kau akan jumpa biskut sarang semut atau almond london kat rumah Bala.Biasanya kalau dah namanya biskut raya makanya time raya la jumpa.Dan untuk tahun ni selepas bertahun-tahun,gigih aku buat sendiri biskut.Semangat tau Senah!Extra rajin aku tahun ni.Maklum la sebulan puasa suami ada sekali.Pertama kali tau setelah 4 tahun kawin.Bunyi tu macam 10 jenis biskut aku dah buatkan?Padahal 3 jenis je pun.Kau jangan nak start perlekeh aku Senah.Hanya aku je yg tahu kemampuan aku tahap mana.Skill cover diri sendiri sebenarnya .Hehehe!

Biskut Almond London

Biskut Cornflakes Madu

Semua biskut senang,Satu lagi biskut Sarang Semut.Sumpah lain tahun aku malas dah buat biskut tu.Rumit amat part nak parut.Tak kuasa aku.Nasib baik suami dgn bibik ipar aku gigih nak bantu.Kalau tak xtau la.Surrender ditengah jalan.Memandangkan bekas biskut mak aku ada 6 bijik selebihnya kita pakat g tunjuk sahaja la.Selesai.

Baju raya

Baju raya ni boleh dikatakan wajib ada la.Walau tak la sampai 10 pasang cecahnya (kalah artis gitu) sbb kadang2 ada tahun aku buat satu je macam tahun lepas.Memandangkan tahun sblm tu aku pregnant maka baju kurung time pregnant yg agak gedabak ikut size perut dan aku gigih alterkan balik pastu terus jd baju raya untuk next raya pulak.Jimat betul.Itu yg aku just beli satu je tu.Bkn apa,malas la nak membazir memandangkan benda dah ada.Cuma tahun ni lebih sikit sebab 2 pasang ada orang hadiahkan.Satu mak aku,satu mertua.Dan untuk Damia,tahun ni kurang sikit sbb tahun lepas melampau sangat beli.Mungkin sbb tahun lepas aku dgn suami over excited sbb 1st time raya bersama anak.Ikutkan raya sblm2,preparation kitorg biasa2 saje.Maka tahun ni aku takmau membazir sgt makanya spending untuk Damia biasa2 aje.Ok.Baju raya ,DONE!

Duit raya

Bab ni aku tak amik port.Aku tunggu suami hulur sampul yang dah berisi duit je memandangkan aku jobless jadi mana aku nak cekau duit.Sah2 aku mmg tak ada duit sendiri.Huhuhu!Dan bila teringat pasal duit raya ni,teringat tragedi tahun lepas bila aku hulur duit raya kat abah aku,laju je sambar pastu terus simpan dalam poket baju.Bila petang sikit,dia keluarkan balik sampul tu dan ntah macam mana boleh dia ingatkan tu sampul kosong dan selamba je dia koyakkan kat tengah2.Lepas tu baru perasan dia dh koyakkan sekali duit kat dalam tu.Kalau seringgit mungkin air mata aku segan juga nak mengalir tapi........Bila dah nasik jd bubur kau jangan la expect nasik tu boleh tukar jadi nasi goreng Pattaya pulak.Tak akan berubah punya.Sigh!

Aiii,ngantuk la pulok.Sampai sini dulu aku cerita pasal raya.Aku ingat nak buat sambungan la entri ni.Nak ada episod kedua pulak.Apa kau ingat Harry Potter je boleh berepisod-episod bagai?Sampai sini dulu penulisan tak berilmiah dari aku.Chow.

Assalamualaikum.. (org letak starting tp aku letak dah kat hujung.Lantak ah!)

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You