Puding roti kukus

Aku sememangnya adalah seorang yang sangat praktikal (puji diri sendiri.Sila jerut leher sekarang.hehehe!).Maksud praktikal disini bukan kedekut yea tetapi lebih kepada tak baik membazir.Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitooooooooooon.Maka,apa benda sekalipun baik barang mahupun makanan,selagi boleh guna baiklah digunakan dan jgn ringan sangat tangan tu suka hati je nak campak buang bila rasa tak best.Bukan ke tak elok tu.

Straight to the point aku just nak gtau pasal roti yang aku beli terlebih banyak.Memandangkan dah masuk bulan puasa time tu,makanya roti yg ada ni mmg tak ada orang nak pandang la.Jeling pun tak.Kiranya tengok ujung-ujung mata je.Jadi,bila roti dua tiga bungkus kat atas meja mkan tak bersentuh,mmg akan dikhuatiri si pembeli akan mendapat kaunseling free dari abah.Abah aku mmg cukup pantang kalau beli apa-apa makanan tp tak makan.Sbb tak larat nak tahan lubang telinga takut-takut bernanah,marilah kita manfaatkan roti itu dgn membuat "Puding Roti Kukus".Elok sangat dibuat time2 puasa ni.Tak payah sibuk2 nk p bazar semata-mata nak beli kuih yg belum tentu sedap pun.Maklum la yg berniaga pun kebanyakannya yg time puasa je sibuk nak berniaga.Hasilnya,kuih yg dijual indah khabar dr rupa.Jom kita godek resepinya.

Puding roti kukus

Bahan-bahan:

Roti (kalau guna yg dah ada raisin tu lagi ok)
Raisin (untuk ditabur kat atas roti)
Susu cair
Telur 3 biji
Gula (ikut suka nak manis macam mana)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu tepung kastad (bancuh dulu dgn sedikit air sbb takut nnt berketul-ketul)
Bahan2 yg tulisan senget tu campur sekali dan gaul smpi rata.Time ni roti tak geng lg.Biar roti tu duk diam-diam dulu.

Untuk kuah:

1 tin buah campuran (suka hati la jenis apa)
1 tin susu cair
*Campur je dua2 ni takyah masak atas dapur ke apa.Ok,done.

Cara membuatnya:

Susun roti dalam loyang.Aku suka potong kecik2.Memandangkan aku takde loyang yg canggih boleh bukak kat bawah,makanya aku alas dgn aluminium foil.Lepas susun dalam dua lapis,tabur raisin ikut suka nak byk mana.


Lepas dah susun,tuang campuran susu cair + telur + gula + esen vanila + tepung kastad.Aku tabur buah campur sikit kat atas.Depends pada selera masing-masing.

Then bolehlah masukkan kedalam periuk kukusan yg dah get ready kat atas dapur.Sbnrnya kalau nak masuk dalam oven pun boleh sbnrnya.Tp sbb tajuk atas sebut kukus,kau kena kukus laaaaaaaaaaa....Kukus selama setengah jam.Jaga2 juga takut air dalam periuk kering.Tak pasal2 dah jd lain nama resepinya,Puding Roti Kukus Hangus.

Makanya,siap.Cenggini la rupanya.Kalau bake dia akan sedikit keperang-perangan tapi kalau kukus,dari segi rupa tidak mengalami transformasi sangat.So-so je.Hehehe!Time ni la gunanya bila alas aluminium foil.Senang nak keluarkan dr loyang.Kalau tak dia akn melekat-lekat kat loyang.

Potong lepas tu taruk dlm pinggan (itu pun nk gtau).Siram la dgn kuah td pastu nak lagi best taruk eskem vanilla.

Maka,inilah rupanya.Pencuci mulut yg amat sesuai untuk berbuka puasa.Nak buat pun senang yg amat.Apa yg pasti tak sempat berpeluh ketiak pun.Selamat mencuba!!!
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me