Susah bila berdepan dengan orang yang tak faham tentang etika dlm bekerja

Malam smalam aku plan kononnya pagi Jumaat harini nak keluar seawal pagi breakfast kat luar tapi biasa la kan,manusia ni hanya mampu merancang sebab realiti yang berlaku adalah sila plan lunch anda nak makan apa.Breakfast tu kira skip terus sbb aku pun taktau aku buat apa pagi tadi sampai sibuk bebenor kehulu-kehilir padahal dalam rumah sendiri je pun.Hahaha!

Maka around 11 am aku gerak ke Giant.Jadi bila sampai Giant buntu pulak duk fikir nak makan apa,maka kaki laju je masuk Chicken Rice Shop walau keinginan nak bersantap kat situ tak ada pun.Tapi kalau tgk sekeliling,kedai apa yang best kat situ??Nan ado.KFC?No.Rasamas?Hmmm.Stall kat luar Giant tu?Pls la.Tak sedap langsung tapi ada hati nak caj mahal serupa stall diorang tu esklusif sangat.

Ok terus duduk.Harini aku heret cousin aku Eda dgn Damia sekali.Mula-mula duduk tunggu org amik order.Rasanya dekat 10 minit jugak baru waiter datang walau kat dalam restoren tu bkn ramai orang pun tambah lagi hari Jumaat.Kalau lepas solat Jumaat biasanya mmg ramai la.Aku ok lagi sbb aku pun bukan rushing nak kemana-mana pun.Just datang nak beli stock susu dan pampers Damia je pun.

Bila datang ambik order,serious mamat waiter tu kalah macam orang puasa.Tak bermaya langsung walhal pagi sgt lagi.Smalam berjaga tengok bola ke bang?Aku layankan jer.

Lepas tu seperti biasa la anak aku nak tengok menu tu walau tak tahu baca pun.Disentap karang tak pasal-pasal ada hiburan free pulak so aku mintak izin la suh bdk tu tinggalkan satu.Biasanya sebelum ni kalau aku mintak macam tu,diorang orait je tapi mamat ni dia buat muka tapi silap la sbb aku nampak.Menyirap jugak darah aku tapi aku diam lagi sbb mood pagi lagi dan tak elok nak marah-marahkan orang.Be positif ok.Anggap la mamat tu PMS.

Tak lama lepas tu sampai la order kami cuma aku tak puas hati dengan ayam yang dia bagi since dia tak tanya pun pilihan ayam apa yang aku nak dan suka hati mak bapak dia je decide untuk aku.Actually kalau dia tak buat muka tadi,aku dengan senang hati accept je walau salah hantar sekalipun.Aku bukan cerewet sangat.Tapi memandangkan dia sudah buat muka kodok kat aku,maka gunung berapi pun sikit demi sikit keluar lava.Hahaha!

Maka aku pun panggil waiter lain.Dan aku mintak kat dia form complain.Waiter tu serious muka terus berubah panik.Lepas tu waiter perempuan tu datang hulur form complain dan waiter yg entertain aku tu pun datang sama.Serious dua-dua muka gelabah gila.Aku pun tanya la,ayam ni boleh tukar lain?Kalau tak boleh tak apa.Lepas tu waiter perempuan tu cakap boleh.Then waiter lelaki tu cakap bukan mintak ayam roasted ke?Aku yang tengah panas ni terus jawab,"Siapa mintak ayam roasted?Ada awak tanya saya tadi?Awak pun tak tanya nak ayam apa lepas tu blah macam tu je".Tapi,serious kesian pulak tgk muka mamat waiter tu bila dia start main jari sendiri.Hihihihi!Dan yang pasti lepas tu memang aku dapat layanan 1st class la.Kikikiki!Diorang macam dlm mode standby je takut2 aku panggil.Dan form complain tu aku tak isi pun.Aku sumbat masuk handbag lepas tu sampai rumah aku buang jer.Sajer jer gertak moga next time dia tak treat customer lain sambil lewa.Bagi pengajaran sikit.Waiter lelaki tu lepas tu takde muka ketat dah.

Dan terkena lagi macam ni aku teringat la bulan lepas pernah face benda yang sama kat Pizza Hut kat Kuala Terengganu ni jugak.Aku awal2 cakap,semua branch Pizza Hut di area Kuala Terengganu ni dia punya service mmg teruk.Waiter tak profesional,service mmg siput.Sebelum ni mana yang aku boleh sabar,aku sabar je la.Tapi haritu mmg aku panassss betul.

Mula-mula aku masuk dgn anak sedara aku Sarah.So dah banyak seat kosong,kitorang pun duduk la mana tmpt yang kitorang suka memandangkan takde pulak any sign yang claim certain area tu takleh duduk atau ada note reserved ke apa.Memang TAK ADA.Baru duduk tetiba manager dia sound.Manager ok based on uniform dia.Lelaki.Pakai sound dari belakang sambil jalan straight ke kaunter.Ayat dia,"Takleh duk kat situ.Duduk kat sebelah sana".So kami pun move la kat sebelah sana.Serious aku rasa,macam kau tak boleh ke pergi kat kitorang bagitahu sampai nak laung satu restoren boleh dengar.Bongok.

Part nak order,mmg lambat gila.Kena panggil banyak-banyak kali.Bayangkan kita kena panggil dia bukan dia datang pada kita.Itu satu hal.Lepas tu meja yg kami duduk tu takde lagi diorang letak sudu,garfu,pinggan segala.Diorang bwk segala benda tu sekali dengan apa yg kami order tapi pakai letak mcm tu je lepas tu blahh.Ok.Mula-mula aku macam saje2 je snap pic sudu garfu ni.


 Lepas makan ada la pizza yang tak habis lepas tu Sarah panggil waiter dia nak mintak bungkus.Bayangkan dengan restoren yang boleh dikatakan 4 meja je pun ada customer tapi kena panggil banyak2 kali.Paling sakit hati bila diorang mcm buat-buat tak nampak kitorang panggil.Diorang lagi seronok bergelak ketawa sembang cakap kuat-kuat.Lepas tu ada sorang waiter tu datang lap meja so kami panggil la.Boleh dia jawab "Kejap" sambil lap meja tu dengan begitu slow motion sekali.Memang layan perasaan betul la.Memang lama gila kitorang kena tunggu walhal sepatutnya dia kena stop kejap lepas tu datang kat kami. Tapi taktau la kot-kot procedure Pizza Hut kena habiskan lap meja dulu baru dapatkan customer.Bila waiter tu datang,Sarah pun tanya la,"Kat pizza ni ada dua orang pekerja jer ke?"Soalan perli sebab that time staff dia yang ada memang lebih dari 5 orang tak termasuk yg duk kat dapur.Dan customer time tu dah tinggal 3 meja je pun termasuk kami.

Waiter tu selamba jawab staff lain sibuk.Jawab tetap jawab walau jawapan yg diberi memang menampakkan kebodohan dia yg jelas.Sibuk sangat la kononya walau time tu bilangan customer pun boleh bilang dengan jari.Baiklah.Staff semua sibuk nak bergelak ketawa macam Pizza Hut situ bapak kamu punya.Satu lagi staff yang duk dapur dengan selambanya teguk coke sambil siapkan makanan.Dah la minum berdiri pakai teguk macam tu je.Kalau orang Terengganu cakap."Togok air!".Mcm takde procedure langsung.Balik pada service yg kami dapat serious macam taik,tapi nak caj mahal untuk servis sumpah aku tak halal bkn utk restoren tu tapi untuk staff yang kerja langsung tak ikhlas dan kau makan la gaji yg kau dapat tetiap bulan tu walhal korang tak berdedikasi dan ikhlas pun dalam bekerja.

Lepas kami blah dari situ aku ingat stop sampai situ je tapi rupanya anak sedara aku Sarah email HQ Pizza Hut buat complain.Tak sampai sejam staff sana follow up then mintak bukti so kitorang send je la pic yang kitorang ambik tu.Mmg detail la anak sedara aku tu karang complain tu.Tak sangka berguna juga pic tu.Ingat aku snap main-main je.Silap kami tak amik nama staff yang bengong tu.Baru la lengkap complain.Mungkin dengan orang lain diorang biasa buat tapi orang lain diam je,tapi dengan kami silap la sbb anak sedara aku tu pulak amik Service Management.Lagi la kau.Memang buku bertemu ruas la jawabnya.

Tapi aku tak tahu la samada HQ ambik tindakan atau tak tapi kira bila diorang bagi feedback tu pada aku orait la.Ini bermakna diorang concern la dengan complain dari customer.

Tapi jujur aku cakap,bab profesionalisma dalam servis kat Terengganu ni memang masih rendah sebab kebanyakan pekerja yg involved dlm sektor servis ni macam tak terlatih dan juga kadang-kadang tu lagak macam company tu bapak sendiri juga yg punya.Tempat lain pun ada jugak kes mcm ni.Kalau ada please share.Hahaha!Memang teruk walau tak kesemuanya la.Masih ada yg ok cuma tak banyak.

Jadi mulai sekarang,kita sebagai customer kita tahu apa right kita dan kita mmg dibenarkan untuk complain kalau tak puas hati.Tapi make sure complain perkara yg betul la dan jangan pulak salah kita tapi kita nak blame diorang pulak.Kalau kita tak complain,macam mana mereka nak improve diorang punya servis.

Cuma kadang-kadang aku sedih bila tengok orang yang nampak macam janggal masuk restoren macam tu,so confirm la diorang tak tahu apa-apa,then time ni la pekerja-pekerja bongok ni amik kesempatan.Aku cakap direct,selagi kau bayar service caj,kau tak payah susah payah nak pergi bayar kat kaunter.Biar staff diorang datang ulang-alik untuk settlekan proses pembayaran.Kalau diorang tegas jugak ckp sila bayar kat kaunter jugak,korang jangan bayar untuk service caj.Itu hak korang.Dan sama jugak kalau service yg diorang bagi tu tak memuaskan hati.Jangan sesekali BAYAR servis caj tu.

Sendiri mau fikir la aku makan kat Warung Pak Ali tepi parit tu pun,pakcik tu datang kat meja walau takde service caj.Hahaha!

Dan kalau satu-satu restoren tu mmg takde servis caj,pastu diorang suh bayar kat kaunter,sila la follow jangan sibuk nak bertekak pulak.Hihihihi!


Dinar Frozen & Bakery Supplies

Syukur ke hadrat Ilahi,akhirnya segala penat lelah selama 3 bulan  berperang dengan kuliah,assignment,group presentation,mana nak spend time untuk anak and at the same time menjalankan business.Maka no more stay up sampai subuh,no more drive alone kehulu kehilir,walau lepas ni still ada cuma tak la seteruk sebelum ini.

Dan baru aku faham betapa penatnya nak set up business.Juga bukan mudah nak involved in business kerana ia bukan suatu yang mudah namun tersangat la fun bila kita punya minat kearah itu.

Dan the most important thing is,bukan mudah menjadi decision maker.Huhuhu!Namun syukur juga bila segala ilmu yang aku belajar di universiti,maklum la budak Management major Marketing maka dapat la dipraktikkan segala ilmu,maka aku apply segala ilmu yang ada.Sungguh berguna.Tak tipu.Tak ekzegeret sikit pun.Hahaha!

Malas nak tulis panjang,ini untuk permulaan dulu.Officially kedai sudah mula beroperasi.




Tak mampu dah nak tulis panjang sebab dah penat sangat dah.Off to bed la sekarang,nanti-nanti la aku hupdate lagik (macam la orang hadap sangat nak baca entry dari aku.Hahahaha!*Dah terkena sindrom syok sendiri pulak dah).Apapun,chow!!!

La...la...la...la.....

Perasan tak lately entry aku balik-balik cerita pasal penat.Dah memang penat nak buat macam mana.Takkan aku penat nak bagitahu semua orang aku tak penat.Tapi masalahnya ada orang kesah ke aku penat atau tak penat?Hahaha.Syok sendiri.

Ok.Aku penat.See?Nak mention jugak lagi.Aku harap sangat kepenatan aku ni dapat diminimizekan selepas hari Sabtu ni.Kenapa Sabtu?Sehari sebelum Sabtu la aku mention kenapa.Tapi lagi sekali,ada orang kesah ke?Hahahaha!

Ok.Lately kepenatan aku ni mmg tak terucap la.Tambah lagi kat dalam kepala hotak aku ni macam-macam benda nak difikirkan.1001 benda sampai ada masa tertentu aku tak mampu nak lelapkan mata walaupun aku penat.Again.Sigh!

Aku perasan dengan diri aku bila aku terlampau banyak benda yang aku nak kena fikir,secara automatik aku akan hilang fokus pada sesuatu benda.Hahaha!

Macam yang berlaku baru-baru ni,aku ada pergi satu kedai computer dan tujuannya adalah nak beli printer tapi pada masa yang sama aku pun tengah mencari tempat untuk fax surat aku.Dan dalam masa yang sama juga aku nak pergi beli barang kedai.See?Tak ke banyak tu benda yang aku nak buat.

Maka lepas pilih printer yang berkenan,waktu nak membayar tu ternampak pulak mesin fax terus tanya staff perempuan kat situ.Chinese girl.

Speaking kau.Kemain okeh.Feeling-feeling dok obersi la katakan.Kelllasss kau Jah.

Ayat aku lebih kurang macam ni la,"Do u have a sex service?",confident okeh.Agak-agak la kan.

Pastu terus,"Eh!Eh!Sorry.I mean fax!',adoi!Malu betul.Tak tahu la mana aku nak tala muka time tu.Tapi nasib la budak tu mcm tak ambik port sangat.Itu kalau aku ni jantan yang berkata-kata memang dah kena claimed sexual harassment dah rasanya.Aduh!Kau kenapa tetiba keluar word sex pulak.Eh,sedar tak sedar dah nak masuk tiga bulan tak jumpa suami.Motif??Kahkahkah!

Nota mintak kaki:Aku dah mati akal setiap kali nak fikir tajuk entry.Ini serious : |


R.I.N.D.U

Satu hari aku kat kedai harini balik rumah tubuh penat tak henggat.Banyak benda lagi yang tak settle ni sampaikan tubuh penat gila tapi takleh nak tidur sebab 1001 benda nak fikir dalam kepala otak aku ni.

Lepas tu bangun on laptop,surf tenet tapi tak menarik sangat malam ni.

Tapi entah angin apa datang tetiba rasa sebak teringat orang ni.

 Bambamnya Damia time ni.Berketul-ketul.Eh?Saper yang aku rindu sebenarnya nih?

Maka tak sedar hujan turun walau cuaca cerah kata luar.Tapi hujan dalam rumah la bukan hujan luar rumah.

Solusinya,sila sibukkan diri untuk kill the time.Hihihihi!

Ngomelan hari Ahad

Kalau suami aku tengok pic ni mesti sentap.Motif?Dah la nak masuk dua bulan tak basuh kereta lepas tu transform kereta sendiri jadi lori angkut barang pulak.

Menderu enjin kereta time lalu kat jambatan Kuala Ibai.Hahaha!Memang la tak nampak dalam pic ni sbb bawah segala kotak dalam dalam but kereta ni sebenarnya ada gula perang 50 kilo kat bawah tu.Gilo kau!Boleh jahanam absober kereta.Bukan takat tu je,kerusi driver je yang lapang.Seat lain semua penuh dengan barang kedai.Nak buat lagu mana,nak beli lori pikap tak mampu.Hish!Hish!Hish!

Sepatutnya segala barang ni aku kena beli kat Kuantan,tapi biasa la aku.Sesuka hati dia jewwww tukar plan.Maklum la segala plan tu create sendiri so sesuka hati juga la nak follow plan mana pun.Tapi sumpah kereta aku harini sungguh la kesian.Isk!Isk!Isk!Esok antar service sbb dah cukup 10 000.

Time order tak henggat,bila abang bangla susun barang kat satu tempat baru nak buat mulut melopong.Kalau kiut takpe la jugak.Ini dengan badan berlenggassss sbb terpaksa terjah ntah brape buah kedai ntah harini jadi kalau buat muka tangan ke bahu mata ke atas sekalipun,layak dapat penyepak free je.Puji-puji jangan harap la.Tapi orait la jugak kurang-kurang 50% dari list yang aku buat tu selesai.

Esok settle baki 50% lagi tu dan lepas tu sila sedar diri Rabu ni ada lagi satu paper.Lagak macam dah habis exam.Oh!!!!Lambatnya masa berlalu.Aku dah tak sabar nak terbang ke Brisbane ni wehhhh berehat santai sebab aku penat wooooooo skang ni.Serious tak cukup rehat.Letihnya sampai tahap tak lalu makan.Kalau tak lalu makan terus dapat body ideal takpe la juga kurang-kurang save duit takyah pergi Slim World (mampu keww?) tapi ini ntah datang dari mana segala fat jahat tetiba makin bertambah banyak.Sumber dari orang Herbalife yg gigih nak suruh aku pijak alat penimbang dia.Huhuhu!Dari chin single skang dah bercouple,dari spare tayar orang simpan satu je aku dah jadi dua.Stressss wess.Wooooooooooooooooooooooo!

Nota mintak kaki: Mesti suami nyesal bagi kereta Ford Fiesta kat aku.Kalau tahu aku buat kereta macam lori barang confirm awal2 dia beli Ford Ranger je as a birthday present kat aku.Hahahha!Nak gelak pun tak larat dah.Taip jer larat.Ok la.Malam ni tidur awal.Penat!

Johor Premium Outlets (JPO)

Haritu Kak Sya ada mention nak pergi JPO before RAYA.Aku pulak bila Kak Sya sebut JPO terus nganga,"Hah!Apa tu????".Hahahaha!Maklum la orang yang connection lemmbbbss sama macam Celcom Broadband aku ni mmg lambat sikit nak pick up.Tapi serious aku tak tahu.

Tapi bila Kak Sya cakap ala tempat shopping barang branded yang macam-macam ado tu.U just name it then u got it! <<<<< tambah rencah penyedap cerita.Lepas Kak Sya terangkan tu baru mulut sebut OooOOOOooo macam well known sangatkan.

Dan dengan harapan tak mahu memalukan diri sendiri lagi kat depan orang lain pulak,balik rumah terus gigih search pasal JPO tu dan thanks for the info dari Blog INI.

Lepas baca terus mata bersinar-sinar penuh harapan.Senyum meleret sampai telinga.Hingga terbawa-bawa ke alam mimpi.Melampau.Hovverrr.


Agak-agak ada harapan tak?Sebab haritu Ariey ada mention nak pergi bercuti bila dia balik Malaysia nnt.Kalau dia reject jugak aku nak cuba buat muka ni la.

 Agak-agak suami aku termakan tak dengan pujuk rayu aku nanti???Hahahaha!Just wait and see la............




Pantai Batu Buruk

Sehari dua ni Damia asyik ajak pergi playground nak main buai laju-laju katanya.Adoi!Aku ni pulak banyak kerja yang nak dibuat.Banyak pulak tu yang tak settle,final exam ada satu paper lagi hari Rabu ni.Oh!Stress weii.Kira last paper la tu pastu merdeka dalam 3 bulan.Rehat la kejap tapi tak rehat juga la sebab banyak pulak kerja yang kena settle.Bukan mengeluh atau apa cuma lately memang aku totally exhausted.Tak cukup rehat.Kena cari supplement jugak la rasanya biar energy hijau jer.Ini tak.Kadang-kadang lampu merah lip lap lip lap macam otromen tu pun ada.Tak bertempur pun lagi dengan resakse.Tapi apapun,alhamdulillah sebab penat yang berbaloi.Ececece!

Maka set the date,kuar dating dengan Dr.Elmisya a.k.a Kak Sya.Bawak anak masing-masing.Actually Damia dan Esh ni lahir bulan sama.Damia 13 Jan,Esh 28 Jan.Elok sangat la.Tahun depan kita plan celebrate birthday sama-sama la.Hihihi!

Location melepakss haritu adalah kat area Pantai Batu Buruk.Dah kat area sini mana la lagi tempat aku nak pergi.Playground yang ada kat sekitar area rumah aku tu pun orang cakap ibarat hidup segan mati tak mahu.Takde maintanence langsung.Nak tunggu ada budak terodok besi agaknya baru nak baiki.Tapi kalau ikutkan Damia suka je kalau bawak ke pantai cuma aku tak tahan nak bilas anak lepas mandi laut plus tak tahan dengan pasir-pasir tu la.Kotor kereta maaa.Amboi.Taknak kotor kereta simpan dalam frame la yer.

Maka lepas Asar kitorg pun gerak la ke Batu Buruk.Sampai-sampai je punyalah ramai orang dah macam ada pesta pulak rasa.Rupanya ada concert malam tu dan petang tu kononnya diorang ngah buat soundcheck la.Dah la main lagu ntah hapa2.Eh,sempat lagi pasang telinga.Maka ramai la mat-mat rempit dengan motor memasing pastu mana yang bawak family,yang datang dengan kengkawan,yang datang dengan buah hati,pendek cerita mmg ramai la sampai sesak gila kawasan tu.Haddoi!Kereta berpusu-pusu masuk.Jammed woi plus dah ramai orang time tu jugak la abang-abang,kakak-kakak JPJ nak buat roadblock.Hmmm...Memang wrong timing betul la haritu.

Tapi bila tengok muka anak yang excited maka layankan sajer la.Terus cair hatiku ini.Actually aku tak suka sgt datang tempat crowded mcm ni.Rimas.Amboi,sombongnya statement.Hihihi!Kalau ketempat lain boleh pulak bertahan yer.

Sampai-sampai je terus cari kuda.Ia adalah memenuhi kehendak anakanda yang tak habis-habis dok ulang nak naik horse sampai fed up aku nak duk iya,iya,iya.

Maka kitorang pun naik la kereta kuda kuda dulu.Orang jer ramai kat situ tapi nak naik kereta kuda takyah beratur sebab tak ramai yang nak naik.Caj dia pulak untuk budak-budak RM3,dewasa RM5 untuk 2 rounds yang sangat tak berbaloi.Dekat gilerr hoi.Cekik darah I tell u.Hahaha!Ibarat kalau kentut tak hilang lagi bau dah cukup dua rounds dia.Hahaha!Tapi mmg lepas2 nih jangan harap la aku nak naik lagi kecuali anak aku guling-guling meraung nak naik.

Tapi memang jelas la keterujaan pada riak muka bebudak ni.Mmg diorang nampak happy sesangat.Dok "Hi,horse!Hi,horse!".Itu Damia la dan sesekali Esh pulak yang celah.Nampak horse jer jerit,nampak kite jer jerit,pendek kata semua nak jerit.

Naik kereta kuda kuning lagi.Awww!

Lepas tu baru main kat playground.Damia mmg teruja tapi lepas dia turun satu slide tetiba dia jatuh kat pasir habis kotor baju dan Damia memang perangai dia kalau baju kotor,dia punya excited tu jadi down lepas tu mula la main gitu-gitu je.Maybe dia dah start rasa geli kot.

Main jongkang-jongket.Btol ke aku eja nih??Tapi kejap je lepas tu nak naik frog pulak.Alahai!Tapi cuba tgk condition mainan tu,agak-agak selamat tak sebenarnya untuk bebudak main.100% besi ok.Berkarat pulak tu.

Seronok tgk diorang main slide.Esh paling kelakar mula-mula sekali dia turun slide tu turun kepala dulu.Hihihi!Boy will always be boy.Nakal tapi comel.Damia as usual,malu-malu dulu tapi lepas tu baru ok.

Aku tunggu bawah nak snap pic Damia.Sekali yang aku snap rupanya budak lain yang turun dari slide tu.Anak saper ntah.Hahaha!Muka budak ni kemain excited orang snap pic dia.Aku ingat anak aku yang turun dari slide tu.Rupanya Damia berdiri kat tepi je bagi orang lain turun dulu.Bagus betul la.

Kak Sya belanja naik kereta kuda lepas tu belanja belon angry bird pulak untuk Damia.Adus!Segan pulak aku rasa.Hihihi!Tu Esh buat aksi sket.Hihihihi!

Lepas dah main kat playground tu,moh la kita berhenti minum air kelapa kat stall MBKT kat area Batu Buruk tu.Aku kalau makanan yang goreng-goreng yg display kat atas meja tu aku kureng sikit sebab dia terdedah sangat.Ntah brape jam la terdedah macam tu.So order air kelapa atau kat Trg ni kita sebut air nyor jer la.Nak makan perut macam kenyang lagi.Lepas tu order ice cream goreng pulak.Not bad la rasa dia cuma aku lagi suka ice cream goreng kat area UMT.Best lagi kalau nak compare yg ni.Cuma aku duk fikir sesuai ke tak sebenarnya daun salad tu sebagai hiasan.Hahaha!

Duk seronok sangat sembang dengan Kak Sya tiba cari anak sendiri kat mana dan rupanya Damia duk kat sebelah aku je tapi ngah berteleku macam ni.Bagi makan taknak.Cuma rasa sikit je ice cream lepas tu tak mau dah.

Kesian pulak aku tengok dia duk berteleku macam ni sambil pandang orang meja sebelah.Dia pandang ayah budak sebelah yang tengah layan anak dia makan.Rindu kat ayahanda la tu kot.Kesian pulak aku rasa.Dah la hari-hari sebut rindu ayahanda.Adui!Ni nak nangis nih.Ngengada btol.Sigh!****

Damia oh Damia!Tapi mungkin dia penat juga agaknya itu yang macam tak larat nak gerak sana sini tu.Ok la.Itu je la cerita petang Jumaat kami pada hari itu.Lepas minum singgah umah Kak Sya sbb kalau straight balik rumah confirm tak sempat maghrib.Bila dah singgah,Kak Sya serve pulak rainbow cake yang mabeles,sambung la lepaksss kami until pukul 10 lebih baru angkat punggung minta diri.Itupun sbb fikir Damia tak mandi lagi.Bagus betul mak lagu ni.Kalau anak dah settle mau panjang lagi sembang kami.Maklum la jarang-jarang berjumpa.Tapi seronok la juga.Aku ni kalau asyik sibuk pasal kedai sesekali spend masa dengan kenkawan tu kurang-kurang hilanglah stress aku sikit.Ok la.Itu sahaja.Bai.

Persoalan

Kadang-kadang aku menyampah dengan orang yang suka cari kesilapan/kelemahan daripada cuba menggunakan otak untuk berfikir denganlebih positif dan menjawab dengan lebih rasional.

Misalnya,

Seseorang claimed betapa sampahnya cerita dalam Harian Metro kemudian akan ada yang menjawab,kalau sampah kenapa baca juga.

Alasan aku:Kalau tak baca macam mana nak tahu isi dalamnya.Bodoh.Ibaratnya minta kau rasa makanan,tapi kalau makanan tu tak masuk dalam mulut macam mana kau nak tahu makanan tu sedap atau tidak.Bodoh lagi sekali.Pui.

Situasi lain.Seseorang claimed nakalnya anak-anak zaman sekarang dan berkemungkinan sebab corak pemakanan.Maklum la walau Malaysia ni ada organisasi yang jaga makanan yang halal haram tapi isu makanan tak halal yang masuk dalam mulut orang Islam setiap tahun ada.Contoh,kejap orang claimed restoran tu tak halal lepas tu tak lama,eh JAKIM dah sah halal la.Jom melantak balik.Kejap orang claimed makanan tu tak halal lepas tu,eh JAKIM dah sah halal,rumors je tu.Erk!

Balik pada atas,bila kita bersungut macam tu,bodoh piang pun jawab."Abis dah kau sua mulut anak kau makan makanan macam tu,nasib ah".Jawapan orang pemikiran cetek lagu ni la.

Erm,andai la aku ni bela kambing,bela lembu,bela ayam,ada tanah kebun yang tanam macam-macam,ada sawah padi sendiri,proses gula sendiri,pendek kata segala makanan aku sua kat anak aku confirm 100% takde campuran makanan syubhah yang lain.Tapi persoalannya kau mampu ke?Sungguh pada aku dah macam takleh nak lari.Ayam yang kita beli di pasaraya besar misalnya,yakin ke kita disembelih dgn cara sempurna?Tapi bila tgk ada tanda HALAL,kita jadi lega.Tapi hakikat?Kalau tak byk 10% kita tetap rasa cuak.Tapi seingat aku kalau rasa ragu-ragu baik jangan beli terus.Maka sendiri fikir la.Dan orang yang persoal tu aku kata BODOH lagi sekali sbb dah nak buat macam mana,cakap takyah modal banyak.Modal air liur je.Kan elok kalau dijawab secara positif seperti memikirkan solusinya dari mempertikaikannya.

Situasi lain,kita sekolahkan anak seawal usia 5 tahun hinggalah ke umur 17 tahun.Dapat result SPM bagus tapi tak mampu nak tempatkan diri kat mana-mana institusi.Mesti kita tak sedar mengeluh,"Hmm..dapat result bagus pun tak mampu kemana-mana".Jawab si bodoh,"Elok takyah sekolahkan dari awal".Adoi.Malas la aku nak hurai sebab jawapan mudah orang yang jawab tu kalau dah bodoh tu memang akan tetap BODOH.........................................................untuk selama-lamanya.

Point aku kat sini adalah,aku bosan nak ada conversation dengan orang yang annoying dan jawab tak ikut otak tapi guna kepala lutut.Hahaha!



Ibu mithali

Seperti biasa tajuk entry takmau kalah..........................dan seperti biasa juga tajuk entry jarang sekali  relate dengan cerita.Sekian.

Lately Damia susah betul nak masuk tidur malam sejak dua menjak nih.Tak tahu la kenapa lately dia macam terlebih energy.Nak kata terlebih gula,tak ada pulak bagi dia makan manis-manis.Tak ada sua gula-gula,jauh sekali bagi makan ice cream.Coklat pun idok.

Tapi dia punya energy macam terlebih-lebih.Elok pass kat aku nih sikit sbb terbalik pulak sekarang ni.Aku je yang asyik tak cukup energy.Mata layu je manjang.Bayangkan sepanjang hari berlari,melompat,kehulu-kehilir tak penat langsung.Dia diam kalau tidur lepas tu tidur petang kejap-kejap je dah sekarang.

Kalau dia jaga paling lama dia boleh bertahan tak bergerak dalam setengah jam je.Itu kalau cerita kat tv dia rasa best ataupun time tu adalah waktu minum susu.Eh.Makin aktif,susu pun makin kuat minum.Sekarang ni 3 tin besar wajib setiap bulan.1 tin besar yang 1.8kg tu.Tuk..tuk..tuk..kira kat kalkulator..............perghhhh!Average susu anak aku minum sebulan adalah sebanyak 5.4 kg.Mak aih!Nasik takmau makan.Susu jer lebeyyy..

Biasanya kalau sua nasik dia akan buat muka macam ni....

Cute sangat lewwtewww.............kadang-kadang hangin jugak aku.Mana tidak,beria aku decorate bagai food dia,last-last dia Hi Hi Bye Bye je.Lagi kecik hati kalau dia cabut lari bila nampak aku bawak pinggan nak suap makan.

Kadang-kadang rasa jeles jugak tgk anak orang lain suka makan tapi bila cousin aku tegur buat apa la sibuk sangat nak sua anak makan kalau dia tolak then dia mmg dah cukup dengan susu dia tu.Betul jugak sbb kalau tgk Damia pun bukan anak aku tu kurus kering tak cukup zat.Alhamdulillah sihat Allah swt bagi,dah la jarang dapat selsema or demam.

Tapi ada betul juga cakap cousin aku tu.Asuh anak makan berpada-pada dan jangan sampai tahap diorang suka makan dan nangis kalau tak dapat makan.Lepas tu badan naik bam bam bam.Kecik-kecik comel la tembam,besar nanti kalau tembam jugak nanti diketawakan orang pulak.Takut juga self esteem anak tu down pulak kang.Hmmm...

Dan doctor pun cakap kapasiti perut bdk kecik tak sama dgn orang dewasa.Of cos la kan dan sbb tu jangan duk sibuk sangat nak suap anak makan kalau baby tu still bawah 6 bulan.Tapi kalau orang tua-tua tak fikir macam tu.Nak follow jugak teori diorang yang mengatakan budak tu tak cukup makan sbb tu nangis.Lepas tu bagi statement takleh nak blah,"Bapak kau aku kasi makan dari umur dua bulan elok je".Hahaha!Iyalah.Tak terkena elok la.Kalau terkena macam satu kes mak suap anak makan time budak tu tak sampai 6 bulan,usus rosak teruk pastu OKU sampai sekarang.Nak menyesal tak guna sbb dah terjadi tapi boleh jadi pengajaran bagi yang lain.Kalau doktor advise jangan bagi tu,kira jangan la kalau dah diorang buat kajian.Tapi kalau ikutkan semua yang terjadi kerja tuhan.Tapi kita ni kurang-kurang manfaat la sikit otak yang tuhan bagi.Ada otak fikir.Aku boleh accept la kalau zaman tok moyang kita dulu susu formula takde dan kalau susu badan tak cukup maka disua juga kat anak tu makan.Tapi zaman sekarang dah tak macam dulu.

Eh,dah jadi perbincangan Tanya Pakar la pulak.Asalnya tadi aku cuma nak merungut pasal Damia yang susah tidur jer pun.Suka je lari tajuk.

Balik pada cerita Damia yang susah tidur kadang-kadang mmg buat aku angin.Mana tak angin kalau dia takmau tidur sekalipun atau nak ngantuk tahap takleh bukak mata baru nak tidur,aku boleh accept,dan kalau tak kacau aku takpe la jugak.Tapi ini ganggu aku buat kerja.Kerja sangat la kan?FB,blogging bagai.Hahaha!Eceh!Ada la kerja.Hal kedai aku tak settle lagi.

Penat tau aku hari-hari nak kena paksa dia tidur.Kalau aku cakap lembut suruh dia tidur,digelakkan sahaja aku ni.

Sekali bila aku jadi ni...............................

Sources Yahoo!

.........................Terus tidur tak berani pusing-pusing dah.

Final exam 2012 ~ sajer mention tahun sebab 2013 ada lagi kena hadap final.Ohohoho!

Idea nak menulis banyak,tapi penulisan tak berilmiah la.Tapi memandangkan sekarang ni mode final exam lagi maka kita slow down dulu segala aktiviti berblogging.Eh!Ni sempat lagi post entry.

Ok.Ok.

Entry pendek jer pun.

Takkan itu pun nak berkira.Hiks!

Amacam hari korang?Best?

Kita?Biasa je.Exam ke tak exam ke lagu ni la.Sama jer cuma kalau exam tu buat-buat la busy sikit karang orang cakap tak serious puleks.Heks!

Dah nak buat macam mana.Kita mmg payah nak serious.Lagu ni la.Dari single,berdua,pastu bertiga,macam ni la gua.

Esok paper Business Ethics.Huks!Tough jugeksss subject tu.Tough bagi yang tak study macam gua.Yang dah pulun study malam ni boleh la layan drama Korea.Kataku dengan confident sekali.

Ini sebelum mak study anak dulu study.Begitulah kami.Akrab punya pasal semua benda nak buat sama-sama.Haks!

Tapi kalau orang lain buat confirm,"Cilakak kau conteng buku aku!".Kalau Huda buat dah lama dapat siku,Hiks!

Cilok dari FB tapi taktau budak-budak ni U mana.Mmg terbaik la pic ni.Sama je macam kondisi gua sekarang ni.

Eh!Bergua-gua bajet tuff lewwteww!

Teringat conversation dengan Shimah smalam.

"Kak Fie baca dok chapter-chapter yang orang bagi tu?",suka sangat bahasakan diri dia orang.
"Baca la!",jawab aku dengan penuh emosi.Aku takleh orang tanya-tanya benda yang aku tak buat : p
Tetiba Huda celah.Potong betul la dia ni.
"Tipu.Dia tak study pun",kata Huda.Ewah!Mulut takde insuran.
Aku,"Orang baca la chapter-chapter tu.............tapi baca tajuk je la!".Hikhikhik!Gelak sorang sebab tak kelakar pun.Contoh,ekspresi muka Shimah statik takde riak nak ketawa.Tak kelakar la tu maknanya.Ok.Buat muka serious balik.Macam bengang je Shimah dengar ayat aku.Hakhakhak!
"Bongek!",ayat fav dia.Apa maksud ntah.Sibling bongok kot.Ntah la!Malas aku fikir.

Arghhhhh!Tadi cakap entry pendek,ni dah jadi entry panjang pulakkkk.Ok.Bai!

Situasi ini buat aku berfikir

Kalau ke Giant Kuala Terengganu dan pergilah ke section yang jual susu formula for baby,anda akan perasan pekerja yang handle that section,the one yang handle the cash register adalah seorang OKU.OKU ini adalah lelaki dan bercermin mata.Actually ada dua sebenarnya cuma haritu waktu aku pergi beli susu Damia,just ada seorang  je.OKU yang satu ni agak pro active tapi yang sorang lagi memang lembam sbb dari cara dia buat kerja memang agak lambat.Bila dah kita sedia maklum macam tu maka harap bersabarlah menunggu.

Kira baguslah sbb management Giant bagi chance pada OKU ni untuk bekerja kat situ.Dan waktu aku tengah pilih susu tu tetiba datang kawan pekerja tu la sbb pakai baju Giant jugak,baik punya timing waktu kerja terus parking bontot kat area susu tu lepas tu ajak mamat OKU tu borak.Banyak sangat kot masa terluang agaknya.

Memandangkan haritu adalah awal bulan maka topik perbualan adalah "Gaji dah masuk weh!".

Maka si perempuan pun usha la mamat OKU tu dengan pujuk supaya mamat tu belanja dia makan.Kata gaji baru masuk.Hahaha!Tapi tu bukan point aku nak bercerita kat sini.Point aku adalah jawapan mamat OKU tu.

Sambil susun susu,mamat OKU tu jawab.

"Tak dapat la nak belanja sebab duit gaji dah bahagi-bahagikan.Mana nak simpan sendiri,lepas tu bagi mak sikit",dia menjawab tenang.Terus diam perempuan tu.Patut kau yang sempurna la belanja OKU.Hihihihi!

Terkesima aku kejap.Hmmm....kita yang sempurna ni pun kadang-kadang tak konsisten bagi duit kat parents tapi dia yang serba kekurangan masih mempunyai rasa tanggungjawab yang cukup tinggi pada parents dia.

Dan time tu jugak terus aku terbayang anak-anak yang lagi sanggup mintak mak bapak spedo segala lepas tu malas pulak kerja.Kira dari kecik ditatang terus kena tatang sampai tutup mata agaknya walau Allah swt kurnia tubuh sempurna sihat sejahtera.Yea,kalau dah umur layak bekerja tapi mintak duit mak bapak lagi,itu bukan tatang namanya tapi itu sudah jadi menatang.Hahahaha!

Menatang dalam bahasa Terengganu adalah curse yang orang gemar guna untuk melambangkan betapa teruknya orang/sesuatu itu tapi pada masa yang sama boleh juga digunakan untuk haiwan.Wahahahahaha!



Sources Yahoo!

Aqil's 7th birthday party

Aqil's 7th birthday party harini tapi kita tak dapat join sebab ada exam harini untuk paper Business Communication maka kirim anak dengan kirim present sajork la.Sedih jugak sebenarnya tak pergi tapi bukan sedih tak dapat join the party tapi sedih kat anak dara seorang tu kena tumpang mak sedara sendiri.

Lagi sedih bila akak kita balik cerita Damia takut dengan maskot A&W tu tapi duduk rapat-rapat kat dinding sorang-sorang sbb kena tunggu mak sedara dia snap gambar.Sian wooo!Tapi pandai pulak behave bila ibu sendiri tak join sbb biasanya kalau kita ada sekali,anak dara kita tu confirm jadi hero la kat party tu.

Tak tahu la kenapa kebanyakan budak-budak bila parents dia ada sekali,habis hilang perangai comel tapi bila parents tak ada sekali pandai pulak dia bawa diri.Isk!

Birthday boy Tengku Eikmal Aqil.Dah masuk 7 tahun dah.Ingat waktu baby dulu Aqil ni suka panggil kita "Abu".Time tu tak kahwin lagi.Hahaha!

"Happy 7th birthday to Aqil"

Ooooo,inilah budak yang sweetly behave tadi.Rasa macam impossible pun ada.Hakhakhak!

Hakim dan Rafhanah yang excited.

Dah nama anak sendiri kan?Pic mestilah lebih dari pic orang lain.Hihihihi!

Apapun Damia really had a good time la harini sampaikan dah tiba dirumah pun still nak pakai jugak cap kertas tu.Btw,thank you for the invitation : )

Perkahwinan dari mata aku

Jika ditanya pada aku,

Aku memilih untuk hidup dengan cara yang aku rasa best selagi tidak bertentangan dengan agama dan ini bermakna aku tidak kisah pun apa yang aku buat dan apa pandangan orang pada aku dan aku sebolehnya jauhkan diri dari hidup dengan lebih memikirkan apa yang orang akan fikir tentang aku.

Tapi kebanyakan yang aku lihat pada hari ini,ramai yang hidup atas dasar apa pandangan orang pada dia dan bukan apa yang dia mampu untuk membahagiakan diri dia sendiri dan kerana itulah wujudnya situasi ini bila sampainya waktu kita mengakhiri zaman single kepada hidup berdua.

Bila sebut je majlis kahwin......................kebanyakan kita

Pelamin nak yang gah
Untuk makan kenduri nak makanan yang paling best dan nampak grand
Kahwin nak ikut tema
Photoshoot nak ada pre wedding,time sanding,outdoor bagai...bla..bla..bla
Baju sepanjang majlis kurang-kurang nak 2 kali tukar
Doorgift mesti nampak creative dan lagi best kalau orang puji cantik dan lain dari yang lain
Kek nak paling hebat dan lain dari yang lain yang penting sedap walau pengantin rasa secubit je pun
Kad kahwin mesti hebat baru nampak classss you sebab kalau pakai yang printing biasa nnt kawan-kawan perli macam bajet cikai jerr
Make up artis (yang bertudung sanggup guna khidmat maknyah sbb make up diorang ada classs sampai lupa maknyah tu lelaki,tayang la muka,rambut,leher semua pada mak andam tu)
Ramai pengantin willing mak andam tarah kening diorang padahal boleh je cakap tak perlu tapi sebab fikir benda sekali seumur hidup.Habisssss!
Berinai tak terhad dijari je sekarang ni tapi dah berukir bagai kalau boleh nak penuh satu lengan
Mak ayah ghairah duk salam kaup tapi mulut pung pang duk cakap "Jemput la datang makan je".
Karaoke (dulu kat Terengganu susah nak jumpa,tapi sekarang dah jadi macam trend pulak)
Nak jemput geng kompang bagai...bla...bla...bla
Banyak la lagi tapi malas la nak hurai satu-satu

Kalau dinilaikan setiap satu diatas,semuanya memerlukan kos yang besar.Sepatutnya kena la dahulukan mana yang wajib.Ini tidak.Dah ada ulama cakap sanding depan khalayak ramai tu haram sbb sanding asal dari upacara agama Hindu (yang diunjurkan bersanding dihadapan saudara terdekat sahaja),tapi bab pelamin dan sanding tu la biasanya pasangan pengantin sibuk fikir sampai nak pecah kepala an bukan fikir persediaan nak melangkah ke alam rumahtangga

Dan pada pandangan aku,semua diatas terjadi bila kita hidup atas pandangan orang pada kita walhal segala kos,tenaga kita yang tanggung.Takat jiran nak mengumpat apa la sangat.Kurang-kurang terima kasih pada mereka sbb tolong tambahkan pahala untuk kita.Kihkihkih!Satu lagi walau majlis kecik sekalipun tak mengapa,sekurang-kurangnya kita sudah warwarkan perkahwinan kita dan bukan kahwin lari.Kalau kahwin lari,anak 8 pun belum tentu habis lagi cerita.Masih lagi jiran tetangga guna sebagai modal nak mengumpat.Jangan sesekali kahwin lari sebab impak dia bukan pada kita je,tapi pada keluarga jugak.Pesanan khidmat masyarakat.

Hasilnya,sebelum kahwin pening,lepas kahwin pun pening jugak.

Pada aku semuanya mengarut.

Aku revise balik time aku kawin dulu tahun 2007

Parents aku tidak minta wang deposit pun dari pihak lelaki,100% kos majlis ditanggung abah
Abah tidak meletakkan langsung nilai hantaran dan meletakkan 100% pada pihak lelaki berapa yang diorang nak bagi.Lantak la katanya
Kahwin aku tiada langsung pelamin maka no sanding2 namun masih meriah dengan kehadiran kawan-kawan,saudara-mara,jiran-jiran dan kenalan keluarga jauh dan dekat.
Aku dan suami tidak berhabis pun untuk majlis kahwin kami dan 100% tiada hutang
Parents aku tidak mintak walau sesen pun duit hantaran yang telah diberikan pada aku maka aku buat joli laki bini.Ops!Simpan untuk digunakan bila dah ada rumahtangga sendiri nnt.

Impak selepas kahwin............

Orait je rumah sewa pertama mampu je bayar walau RM700 sebulan
Boleh je survive pakai dua kereta
Mampu je beli apa barang yang kami nak sama macam orang lain 
Boleh je nak start kumpul aset walau baru selepas setahun kahwin
Untuk medical tak perlu pun beratur tunggu lama ke klinik/hospital kerajaan,mampu je dapatkan rawatan ke klinik/hospital swasta walau kami takde panel
Dan lain-lain malas la nak mention...karang jadi cerpen pulak kang

Bukan nak sombong,tapi itulah hakikat kalau kita sebagai pasangan yang ingin hidup bersama,tapi lebih mementingkan persiapan untuk hidup selepas bergelar suami isteri dan bukan lebih pentingkan majlis kahwin yang hebat sampai sanggup berhutang,sanggup ikat perut sebab sehebat mana majlis kita pun busuk-busuk sehari atau seminggu je pun jadi buah mulut orang dan selepas tu orang akan lupa.Tak adanya orang akan ingat hingga 10 tahun akan datang kecuali waktu akad nikah kita tu buat kat angkasa lepas ke,buat kat dalam laut ke,atas gunung siap angkut la sekali tok kadi tu.Itu baru 8 generasi orang masih bercakap.
Dan apa yang penting lepas kahwin takde isu nak gaduh laki bini pasal masalah kewangan,hutang kahwin yang tak selesai-selesai,mmg takde.Nehi!Kang senang tu.Takyah gaduh-gaduh,rumahtangga aman sentosa,takde la sebelum kahwin pakai kereta sorang satu,lepas kahwin kena jual satu sebab tak mampu bayar walhal lepas kahwin sepatutnya terlebih mampu sebab dua orang yang bekerja lepas tu combine gaji mesti la dapat ganda kalau nak compared gaji waktu bujang.Ini tidak.Lepas kahwin,makin susut duit.Sepatutnya makin tambah duit,maka makin meningkat la taraf hidup.

Maka buatlah majlis perkahwinan mengikut kemampuan kita.Selama mana kita nak hidup atas tiket apa yang orang lihat kita sedangkan kesusahan kita tak adanya diorang nak kongsi bersama.Makin mengutuk ada la.Mana yang wajib didahulukan,mana yang haram,jangan adakan terus sebab tak rugi pun.

Benda sama bila ada anak nanti.Majlis akikah dah jadi macam medan nak tunjuk majlis anak siapa yang hebat pulak.Orang buat biasa-biasa je untuk majlis bercukur,jamuan akikah tapi skang ni dah jadi macam trend pulak nak ada majlis berendoi la sampai siap ada pakej tempahan buaian bagai.Siap bertema bagai tu dan belum masuk trend orang-orang kat bandar-bandar besar,yang feeling kononnya moden sangat,waktu kandungan 7 bulan buat majlis baby shower pulak (ikut 100% orang barat),walhal adalah lebih baik diadakan solat hajat jamu orang makan bagi mendoakan moga dipermudahkan segala urusan untuk melahirkan anak kelak bagi yang mampu la sbb tak wajib pun.Dan bukan lenggang perut guna buah kelapa tu.Yang tu terlebih tradisional pulak.Lepas tu kalau ada kawan-kawan yang tak mampu sikit,siap perli-perli pulak sampai ada yang sanggup berhutang janji tak kena kutuk asalkan majlis akikah anak mesti buat kalau tak orang cakap tak ada duit.Adus!Walhal hukum sunat bagi melambangkan rasa kesyukuran kita dengan anugerah yang Allah swt berikan.

Tapi itu pada pandangan aku la.Tak setuju tak mengapa : )

Ukur baju kat badan sendiri

Pepatah ukur baju dibadan sendiri,aku selalu sematkan dalam diri waktu zaman mula-mula kawin dulu.Iyalah.Dulu kahwin gaji bukan besar sgt pastu menyewa pulak area Bukit Jelutong Shah Alam maka namanya jer sewa rumah apartment tapi isi dalam ada yang basic jerk.Huhuhu!

Tapi waktu tu dah tahu tak senang mana maka aku mengambil pendekatan iaitu berbelanja mengikut kemampuan dimana menerima dengan hati terbuka bila Abah sendiri bagi handphone insteads of beli sendiri sebab bila duit tak berapa nak ada maka tetiba jadi cheapskate semua benda nak berkira.

Tapi aku tak rasa malu pun pakai handphone yang dah canggih sebenarnya tapi dah 8 langkah la tertinggal dari teknologi semasa waktu tu.But I don't care.Pada aku janji aku tak perlu beli sendiri.Hihihi!

Kalau nak buat muncung 8 depa kat suami semata-mata nak handphone best boleh aje sbb Ariey kelemahan dia takleh tgk muka mintak penampar dari aku.Hihihi!Tapi sebab fikir waktu tu banyak lagi benda nak didahulukan dan lebih penting dari handphone canggih segala maka....................

Kuburkan sahaja keinginan itewwww.

Dan bila ada rezeki lebih baru la aku pakai handphone canggih.Tapi canggih kewwww?Baru je Samsung Galaxy S III launching.Sila hantuk kepala kat dashboard kereta sekarang.Kalau bab teknologi mmg tak terkejar la aku.

Sebab tu aku pelik dengan kawan aku sorang ni,baru nak merasa 1st gaji tapi dah sibuk fikir nak tukar handphone.Siap tanya pendapat mana yang best Iphone 4s atau Galaxy Note?Erkk....pada aku kalau gaji 4k sebulan tu kau nak beli public phone ke lantak la tapi gaji pun so-so lepas tu 1st gaji pulak tu kau nak habiskan macam tu je.Lainlah parents kaya-raya,boleh jugak mintak diorang belanja.Hihihi!Entah apa la kawan aku ni fikir.

Sebab aku kalau boleh taknak jadi macam yang aku tengok tadi.Pakai handbag Louis Vuitton tapi bila cucuk duit kat atm duit takmau keluar sebab baki tak mencukupi lepas tu nak cover malu tunjuk marah-marah kat mesin.Jangan marah mesin sbb mesin takde perasaan.Hihihihi!Tapi think positive la,mungkin duit dia 8 juta cek tak clear lagi kot.

Kau mampu beli anak kasut sekolah cap Louis Vuitton?Itu Rozita Che Wan je yang mampu.Ah!Mintak oksigen,mintak oksigen!







P/s:Aku tak pernah rasa pun dengan pakai handphone mahal orang yang guna tu akan nampak seperti orang kaya.Hahaha!



Dilema ibu sibuk macam saya

Waktu mengandung Damia,saya nekad untuk tidak memberikan fast food pada dia.

Secara general process food adalah seperti:

1)Fast food
2)Makanan yang terlebih masin (junk food)
3)Ice cream
4)Candy
5)All process food senang cerita

Namun ternyata ia hanya angan-angan kosong.Sebelum ini saya masih mampu bertahan sewaktu Damia berusia bawah dua tahun tapi tidak selepas itu.Bila anak menangis dalam kereta terus pujuk,"Ok,bonda belikan chicken plus toy".Terus anak diam.Damia tak faham apa itu Mc Donalds,apa itu KFC.Apa yang dia tahu hanyalah "Kenken".Ya,saya masih perlu betulkan sebutannya.Namun makan di restaurant fast food for breakfast,lunch or dinner belum lagi menjadi perkara rutin bagi keluarga kecil saya.Never kecuali sekali lunch di Marrybrown Genting Highland.Itu sahaja untuk pertama kali : )

Biasanya kalau Damia menangis dalam kereta,saya sebut chicken dan kalau dia terus diam,saya akan stop di KFC tapi kalau dia masih menangis ada extra,"Ok fine,chicken plus toy",and that means McDonalds la.I know that I'm such a bad mom.Hmm...maybe sometimes.

Waktu dia bayi saya ada juga cuba sediakan makanan sendiri tapi Damia tak suka makan.Satu dua mulut sahaja lepas tu reject dan itu buat saya kecewa kerana saya dah masak satu periuk kecil tapi end up dengan buang macam tu sahaja.Jadi kalau nampak dia craving for something just bagi nestum atau baby snack sahaja.


Pernah juga cuba dengan process food dimana saya beli organic food for baby yang dalam botol tu dan masih ingat saya sempat bagi beberapa botol cuma yang last sekali waktu bagi carrot campur sweet potato,tiba-tiba naik rashes sekitar mulut Damia then terus stop sbb saya ni jenis yang paranoid melampau.Hahaha!Makanan baby dalam botol kebanyakan dari Heinz tapi ada juga satu lagi jenama tapi lupa pulak nama dia.

Dan saya salute pada mommy-mommy yang rajin masak sendiri makanan untuk anak mereka plus pandai pulak decorate food untuk kelihatan comel.Saya juga kadang-kadang buat juga cuma tak konsisten sbb kesuntukan masa atau terlalu letih.Kalau letih mmg tak larat nak kedapur dan saya sendiri pun kadang-kadang makan apa yang ada sahaja.*Alasan.

Tengahari tadi bawa Damia ke stesen Petronas kat area rumah ni.Bukan pergi isi minyak tapi pergi beli newspaper dengan bayar hutang2 wajib setiap bulan sbb kat situ ada mesin cash deposit CIMB.Good.Tak perlu ke town semata-mata nak bayar apa-apa.

Bagi chance pada Damia pilih apa yang dia nak.Bila dia point segala jajan yang masin-masin tu or kalau kat Terengganu ni dia panggil "cekedis",terus cakap "No,no.Nanti batuk".Lepas tu saya pulak point pada segala biskut yang tersusan kat rak dan Damia pulak mention,"No,no.Nanti batuk".Siap buat sound effect batuk.Ok.Bertuah punya anak.Dan last sekali dia choose air kotak strawberry.Done.Terus balik rumah.

Tapi betul la.Dalam hidup ni ada satu stage dimana sebelum kita melalui sesuatu,kita mmg sedap je bagi pandangan pung pang pung pang tapi bila sampai waktu tersebut kadang-kadang kita tak mampu pun nak buat dan saya belajar daripada tu dimana jangan sedap sangat nak perlekeh pada sesuatu benda sbb sooner or later benda tu akan kena balik pada kita.Heh!

And now,I surrender.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me