Persoalan

Kadang-kadang aku menyampah dengan orang yang suka cari kesilapan/kelemahan daripada cuba menggunakan otak untuk berfikir denganlebih positif dan menjawab dengan lebih rasional.

Misalnya,

Seseorang claimed betapa sampahnya cerita dalam Harian Metro kemudian akan ada yang menjawab,kalau sampah kenapa baca juga.

Alasan aku:Kalau tak baca macam mana nak tahu isi dalamnya.Bodoh.Ibaratnya minta kau rasa makanan,tapi kalau makanan tu tak masuk dalam mulut macam mana kau nak tahu makanan tu sedap atau tidak.Bodoh lagi sekali.Pui.

Situasi lain.Seseorang claimed nakalnya anak-anak zaman sekarang dan berkemungkinan sebab corak pemakanan.Maklum la walau Malaysia ni ada organisasi yang jaga makanan yang halal haram tapi isu makanan tak halal yang masuk dalam mulut orang Islam setiap tahun ada.Contoh,kejap orang claimed restoran tu tak halal lepas tu tak lama,eh JAKIM dah sah halal la.Jom melantak balik.Kejap orang claimed makanan tu tak halal lepas tu,eh JAKIM dah sah halal,rumors je tu.Erk!

Balik pada atas,bila kita bersungut macam tu,bodoh piang pun jawab."Abis dah kau sua mulut anak kau makan makanan macam tu,nasib ah".Jawapan orang pemikiran cetek lagu ni la.

Erm,andai la aku ni bela kambing,bela lembu,bela ayam,ada tanah kebun yang tanam macam-macam,ada sawah padi sendiri,proses gula sendiri,pendek kata segala makanan aku sua kat anak aku confirm 100% takde campuran makanan syubhah yang lain.Tapi persoalannya kau mampu ke?Sungguh pada aku dah macam takleh nak lari.Ayam yang kita beli di pasaraya besar misalnya,yakin ke kita disembelih dgn cara sempurna?Tapi bila tgk ada tanda HALAL,kita jadi lega.Tapi hakikat?Kalau tak byk 10% kita tetap rasa cuak.Tapi seingat aku kalau rasa ragu-ragu baik jangan beli terus.Maka sendiri fikir la.Dan orang yang persoal tu aku kata BODOH lagi sekali sbb dah nak buat macam mana,cakap takyah modal banyak.Modal air liur je.Kan elok kalau dijawab secara positif seperti memikirkan solusinya dari mempertikaikannya.

Situasi lain,kita sekolahkan anak seawal usia 5 tahun hinggalah ke umur 17 tahun.Dapat result SPM bagus tapi tak mampu nak tempatkan diri kat mana-mana institusi.Mesti kita tak sedar mengeluh,"Hmm..dapat result bagus pun tak mampu kemana-mana".Jawab si bodoh,"Elok takyah sekolahkan dari awal".Adoi.Malas la aku nak hurai sebab jawapan mudah orang yang jawab tu kalau dah bodoh tu memang akan tetap BODOH.........................................................untuk selama-lamanya.

Point aku kat sini adalah,aku bosan nak ada conversation dengan orang yang annoying dan jawab tak ikut otak tapi guna kepala lutut.Hahaha!



No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me