Ngomelan hari Ahad

Kalau suami aku tengok pic ni mesti sentap.Motif?Dah la nak masuk dua bulan tak basuh kereta lepas tu transform kereta sendiri jadi lori angkut barang pulak.

Menderu enjin kereta time lalu kat jambatan Kuala Ibai.Hahaha!Memang la tak nampak dalam pic ni sbb bawah segala kotak dalam dalam but kereta ni sebenarnya ada gula perang 50 kilo kat bawah tu.Gilo kau!Boleh jahanam absober kereta.Bukan takat tu je,kerusi driver je yang lapang.Seat lain semua penuh dengan barang kedai.Nak buat lagu mana,nak beli lori pikap tak mampu.Hish!Hish!Hish!

Sepatutnya segala barang ni aku kena beli kat Kuantan,tapi biasa la aku.Sesuka hati dia jewwww tukar plan.Maklum la segala plan tu create sendiri so sesuka hati juga la nak follow plan mana pun.Tapi sumpah kereta aku harini sungguh la kesian.Isk!Isk!Isk!Esok antar service sbb dah cukup 10 000.

Time order tak henggat,bila abang bangla susun barang kat satu tempat baru nak buat mulut melopong.Kalau kiut takpe la jugak.Ini dengan badan berlenggassss sbb terpaksa terjah ntah brape buah kedai ntah harini jadi kalau buat muka tangan ke bahu mata ke atas sekalipun,layak dapat penyepak free je.Puji-puji jangan harap la.Tapi orait la jugak kurang-kurang 50% dari list yang aku buat tu selesai.

Esok settle baki 50% lagi tu dan lepas tu sila sedar diri Rabu ni ada lagi satu paper.Lagak macam dah habis exam.Oh!!!!Lambatnya masa berlalu.Aku dah tak sabar nak terbang ke Brisbane ni wehhhh berehat santai sebab aku penat wooooooo skang ni.Serious tak cukup rehat.Letihnya sampai tahap tak lalu makan.Kalau tak lalu makan terus dapat body ideal takpe la juga kurang-kurang save duit takyah pergi Slim World (mampu keww?) tapi ini ntah datang dari mana segala fat jahat tetiba makin bertambah banyak.Sumber dari orang Herbalife yg gigih nak suruh aku pijak alat penimbang dia.Huhuhu!Dari chin single skang dah bercouple,dari spare tayar orang simpan satu je aku dah jadi dua.Stressss wess.Wooooooooooooooooooooooo!

Nota mintak kaki: Mesti suami nyesal bagi kereta Ford Fiesta kat aku.Kalau tahu aku buat kereta macam lori barang confirm awal2 dia beli Ford Ranger je as a birthday present kat aku.Hahahha!Nak gelak pun tak larat dah.Taip jer larat.Ok la.Malam ni tidur awal.Penat!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me