Study week

2 Jan 2012 ni start la final exam.1st paper pulak killer punya subjek iaitu Economic and Business Statistic...zzzZZZ...dan-dan nak snooring bagai kalau lecturer tahu harus sumpah aku jadi pen angry bird comel yg baru beli kat pasar malam cina pg tadi.Ok,tak kelakar.

Actually dari tadi lagi aku duk kehulu-ke hilir dgn nota ditangan tp yg bacanya tak habis-habis lagi dengan page satu.Bila nak move ke page 2 tak tahu la kalau dah tahap boleh stop kejap blogging pulak belum campur lagi nak buka FB balas status org (niat lain tak ada,cari gaduh je keje).Dan dari tak suka tgk Maharaja Lawak Mega tetiba td tgk sampai habis.Isk!

Memandangkan kali ni dah masuk semester 4 maka 4 kali jugak la aku akan menghadapi final,baru aku perasan terdapat beberapa simpton biasa menyerang aku tiap kali final.Aku pun pelik kenapa tiap kali aku nak final,mesti jadi macam ni dan kalau tak final tak pulak macam ni.Ye ke?Boleh caya ke?So cekidout.

1-Selalu kalau time final exam,masuk je study week selalunya aku tak berdebar langsung sehingga kadang-kadang tu dah macam terpaksa menakut-nakutkan diri sendiri pulak sbb nak suruh berdebar,gile saiko,tapi bila esok nak exam aura berdebar tu baru datang.Tapi tak berdebar bukan bermakna aku dah terlampau genius sgt sampai 100% semua dah khatam dan save dalam kepala otak tapi itulah aku.Bak kata abah aku,"Rilex je manjang.Dah masuk degree pun gaya belajar macam tu jugak.Sama level je kesungguhan time nak ambik UPSR.Bila nak serious pun tak tahu la".Eh!Ini dh lebih ni.Nasib baik abah aku.Kalau kakak aku harus aku sumbat mulut dia dgn torch light.Ciri anak derhaka disitu.Ops,bukan.Ciri adik derhaka.

2-Masuk minggu study week je aku mesti jd manusia yg macam tak cukup hari nak tidur.Mata ngantuk je manjang sampai satu tahap kalau dapat lelap 10 saat pun dah kira heaven sgt dah.Nak kata kurang tidur sbb stay up study tak jugak.Tidur dah pd tahap sepatutnya dah dan kalau hitung terlebih pulak dari masa yg sepatutnya bukan ikut kiraan keperluan org dewasa tapi bayi.Hahaha!Lama siot.

3-Dekat-dekat nak exam aku mmg jd malas gila nak drive.Maka ada la yg jadik mangsa yg kena hantar ambik aku ke UMT.Macam-macam alasan la aku create untuk menegaskan "Kenapa aku tidak perlu membawa kereta ke UMT pada hari ini".

4-Biasanya kalau dekat nak final,time tu jugak aku jd over rajin nak kemas bilik.Cilakak betul.Hari biasa sikit punya susah nak push diri berkemas bagai.Ini bukan bermakna aku malas sampai bilik bersepah tapi bila time nak final exam je dtg mood nak mop lantai la,nak susun balik baju-baju dalam almari,nak iron semua baju,nak lap semua habuk,nak ubah kedukukan perabot dan kira macam-macam  la.Siotttttttttttttttttttttt je!Hari biasa tak ada pulak rasa macam tu.

5-Asal aku nak final exam je byk la dpt jemputan majlis kahwin la,kwn bersalin la,birthday party,kenduri doa selamat,jemputan makan-makan,anak bersunat,YES (tak berkait) dan sebagainya.

6-Dekat-dekat nak final ni jugak mesti tetiba aku jd kisah dgn gosip artis sampai gosip Rozita Che Wan ada affair  dengan Zain Saidin pun layan.Siapaaaa diaaa niiiii????????????Arghhhhhhhhhhhhhhh..............stress nya aku.

Dan begitulah.Macam tadi.Kata balik rumah je terus tuju meja study?Tak adanya.Tapi makan burger sambil layan CSI ada la.Lepas tu bukak internet.Malas la aku nak cerita.Tahu sendiri la kalau dah buka laptop tu buat apa.Tak adanya goggle cari tips "Menjadi seorang pelajar cemerlang" atau "Tips menghadapi peperiksaan".Heh!

Ok la dulu.Aku nak tidur dulu.Mana la tahu kot2 recall balik apa yg dah aku study tu.Kalau tak recall balik tak tahu la kalau nota yang dibaca tu baru dua baris ayat je pun.Oh,mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!



Walau tak update sgt dgn teknologi,tapi impian tetap ada.Wahahaha!



Iphone 4s

Saje je letak pic Iphone 4s dulu.Teringat waktu mula-mula Iphone ni keluar mmg meleleh la air liur tengok orang guna dan mula la pasang angan-angan nak beli tapi effort ke arah tu mcm menabung ke mmg tak ada la punya.Tak kuasa aku tapi aku selalu la duk cerita pung pang pung pang kat sorang kawan aku ni betapa bestnya kalau aku dapat beli satu.Tapi itulah,dah macam aku punya moto "Tak salah berangan sbb bukan kena bayar pun".Huks!

Nak pakai Iphone 4s macam mana kalau seumur hidup aku waktu umur 26 tahun baru dapat satu hp baru itu pun abah aku bg hadiah sbb sedih sgt tgk hp aku kejap2 mati.Tapi itupun hp tu asalnya dia yg bagi jugak sbb dia dah bosan guna then nak beli hp baru.Maka aku merasa la pakai Nokia E72 baru yg abah aku bagi.Hakikatnya sebut je smartphone sbb sampai sekarang aku tak tahu sgt pun nak guna.Balik2 call,sms,tu je.Aplikasi lain sampai laaaa niiiii tak habis explore lagi.Hahaha!Sblm2 tu mmg aku pakai hp lama yg mmg org lain taknak,hands down kat aku.Kalau nak suruh aku guna loan belajar beli hp mmg kirim salam la sbb aku lebih prefer shopping baju dari tukar hp baru.Hahaha!Dan seingat aku dalam tahun 2005 tu,aku mmg pakai hp cokia jenama Nokia pastu siap kena perli lg sbb tak ada bluetooth.Tapi ada aku kesahhh???Dan satu lagi aku pun bukan jenis yg fanatik dgn hp pun sehingga aku tengok Rifhan pakai Iphone itu yg baru aura miang nak hp baru tu mengeletis sekali.Membuak-buak la bak kata org perasaan tu.Kononnya la.Tapi waktu Steve Jobs meninggal itu hari,aku punya perasaan nak tu mmg datang balik kalau dah tgk hari2 org post kat FB features dia,org post kat blog betapa bestnya hp tu,,macam2 la tapi kejap je bila.......Eh,aku tengok kat blog orang duk cerita pulak betapa bestnya Samsung Galaxy Notes yg lagi best............................pada aku la dan  ia amat sesuai untuk aku as a student yg tak berapa nak cemerlang ni tapi gaya takmau kalah.Hahaha!

 Samsung Galaxy Notes


Aku nak list la kenapa aku mesti ada handphone Samsung Galaxy Notes ni:

1-Aplikasi yang best.Ok,walau aku ni selalu lambat pick up dgn teknology sekurangnya hp yg byk aplikasi ni dapat membantu aku dr segi mengurangkan tabiat buruk suka tengok gelagat orang sekeliling.Kurang2 aku dah boleh avoid dr membuat dosa mengumpat dan dosa mata.Gila saiko! 

2-Aku pun teringin jugak nak gtau kawan2 kat FB aku baru check in masuk Giant nak beli selipar,baru check in masuk Secret Recipe nak beli cake take away je pun tp kat status mention "lepaking" hahahaha,baru check in toilet awam sbb tercirit and etc.Setakat ni smart phone je mampu buat mcm tu.Kau mampu??

3-Senang aku nak save note tiap kali lecturer bg note2 penting sbb sblm ni kalau pakai notes pad tu asyik hilang je note aku.Hek eleh!Hakikat,kau tu rajin tulis note ke? Dan senang jugak aku nak buat list brg2 keperluan tiap kali shopping groceries kalau tak sblm ni selalu sgt terlupa.Maka tak perlu la ulang-alik ke kedai banyak-banyak kali.Kukuh tak alasan?

4-Hp ni dia ada aplikasi boleh crop2 lukisan,boleh design2 lukisan,kiranya mcm-mcm la pastu senang la aku kalau ada free time tu duk conteng2 apa yg patut kalau tak sblm ni aku suka tunjukkan bakat seni terpendam aku kat muka surat pertama buku rujukan.Kenapa muka surat pertama?Suka hati aku la...buku aku.

5-Untuk menunjukkan aku dah upgrade diri aku sbb aku dh bosan selalu kena kutuk sbb tak parallel with the technology (Sumpah word parallel tu smpi sekarang aku takleh nak sebut.Lidah kejung!).

6-Baru nampak rugged beb.Tak kesah la kalau tiap kali lunch makan nasi dgn sayur taugeh je janji nampak cool.Cool sangat la.Biar papa asal bergaya (motto hidup paling bangang pd aku).

7-Sbb bila ada hp best mesti akses internet dia pun best.Nnt boleh baca any updates,tak la nmpak jakun sgt sampai tak tahu Yusri dgn Lisa Surihani tu bakal berkahwin.Ada aku kesah?Hehehe.Dan kurang2 aku tahu la harini episod last dramaTentang Dhia pastu hero dgn heroin dia mati kejung.Al Fatihah.

8-Aku sudah boleh mengurangkan kapasiti buku yg perlu dibawa.Bye-bye note pad dan segala buku catatan aku yg byk versi tu sampai kadang2 aku pn tak dpt nak reconize mana satu buku nota Ekonomi dan mana satu buku nota Marketing.Adus!

9-Eh,dah sampai 9.Ingat nak list lima je tadi.

10-Sbb best.Dah cukup 10.Sekian.



Entry penuh kekesalan~


Aku rasa mcm tak adil pulak bila aku tulis entry macam semalam.Tapi sebenarnya aku teringat satu status yg di post oleh seorang schoolmate aku.Satu batch dgn aku jugak dan dia pernah tulis status yg point supaya orang lain tak perlu la nak sibuk sgt dgn apa status yg dia post sbb itu untuk wall dia dan bila benda tu masuk wall dia so ikut suka hati dia la nak tulis apa.Jadi bila dah wall dia,dia boleh letak je la apa benda yg dia nak letak so orang lain jangan duk sibuk nak jealous kat dia or sibuk nak sakit hati kat dia.Dan aku rasa mungkin dia lupa bila dia post kat wall dia,post dia pun masuk jugak dekat wall orang lain dan org lain mmg dapat baca.Aku tak kesah pun apa kwn2 aku nak post dekat FB tapi kalau smpi nak claim ada org dengki dgn kejayaan dia itu yg aku nmpk pelik tu.Syok sendiri ke apa.Tapi tak tau la kot2 ada yg PM dia kot.Tapi lain la kalo blog.Kau tulis la segala apa yg kau nak tulis dalam blog sbb orang akan ada option kalo rasa nak baca,teruskan dan kalau rasa mual sgt dgn tulisan org tu,just leave the page.

Suka hati kau la Senah.Kau tulis la apa benda yg kau nak tulis.Cerita lagi detail pasal sembelit kau tu pun bagus jugak.Hahahaha!Ini bila dah terlalu biasa sgt duk post status kat FB sampai benda yg sulit mcm tu pun nak cerita kat orang.Lupa pulak aku nak tanya taik kaler ape yg keluar.Wakakaka!

Sama juga bila seorang yg professionnya seorang guru dan doktor yg mmg sah2 deal dgn org ramai,tapi kalo kat FB maki org kemain lagi.Hilang 30% keyakinan aku kat diorg ni.Hehehe!Tapi dulu aku pernah jugak guna bad word ni sbb kononnya marah sgt,tapi sekali ada kwn tegur terus aku terkesima dan lepas pada itu mmg aku fikir dulu la sebelum nak hambur2 sesuka hati mak tiri bapak kau ni.Hehehe!Tapi terima kasih la dgn teguran kwn aku tu.Tak tegur aku tak sedar.


Tapi apaun,aku harus belajar menghormati hak orang lain.Dah kalau dia lagu tu,kau layankan aje.Kalau tak boleh sgt,kau unfriend je la dia.Tak rugi apapun sbb aku pun fikir dari kita rasa annoying tiap kali bukak FB pastu baca post yg ntah hapa2,kau delete je dia.Tak rugi pun sbnrnya.Sekian.

Entry tiada punca

Orang kata bagus kalau treat anak macam kawan.....

Sebab tu la aku selalu spend main sama-sama dengan Damia.Seronok sangat rasa.

Tapi kadang-kadang sampai lupa diri pun ada....

Maklum la ketua budak la katakan...

Main bubbles.Muzaffar paling excited dgn melihat gaya larinya.Hahaha!

Ops!Ini bila ibu lebih dari anak.Bagus anak ni sbb tunggu mak dia kat bawah.Agak2 takut mak dia tertonggeng ke apa,boleh dia tolong sambutkan kat bawah tu.

Ini yang aku duk fikir macam mana la tetiba selipar tu boleh ada kat tgn dia sbb rasanya sebelum dia turun kat dari gelongsor tu elok je selipar tu melekat kat kaki.

Maka selesailah satu petang spend time kat playground ni sbb kesian sgt dgn Damia tiap kali keluar je mesti tunjuk2 nak main buai ajuuu ajuuu.Ikutkan bukan jauh pun dari rumah abang ipar aku ni.Takat selang sebuah rumah je pun.Hahaha!

Cukup la tuh seronok2 main kat playground sekurang-kurangnya walau aku tak sempat nak bawak Damia berjalan kemana-mana selain daripada jumpa doktor kat Klinik Adek tu (sampai Damia mcm dah biasa sgt dan tiada lagi drama air mata siap dengan rela serah diri),kami mmg lepak rumah je.Arie je la kehulu kehilir settle hal2 yg sepatutnya diselesaikan tu.Takpe la nak,esok harap tak hujan kita pergi Genting Highland pulak.Damia mmg 1st time pergi la ni.Sblm ni mmg tak pernah bawak dia.Tak kesah la sbb kami suami isteri mmg praktikal.Misalnya waktu Damia baby lagi tak adanya kami bawak dia pergi zoo misalnya kalau balik2 kami laki bini jugak yang excited lebih tapi anak tak tahu apa-apa lagi.Dan tanpa plan,bila kakak aku offer,terus join la sbb aku fikir mesti anak aku ni happy sbb cousin2 dia ada sekali.Sbb sblm ni kalau kami ketempat yg mmg untuk kids sekalipun,kalau Damia sorang-sorang,jangan harap la dia nak join budak-budak lain.Confirm sepanjang masa duk peluk kaki aku je la jwbnya.Paling tak tahan ajak aku join sekali.Oh man!Tapi sekarang bila dah besar ni,social dia agak bagus.Tak la takut orang lagi.

Walau jarak playground dengan rumah selang sebuah rumah je tapi gatal pergi dengan kereta bagai dan terus zoooommmmmmmmmmm,eh,tak pasal2 singgah Tutti Fruity.Sbnrnya lately aku selalu tgk org post kat FB pasal Tutti Fruity ni siap gambar,siap mention berapa rege yogurt yg diorng beli.,siap ada testimonial lagik.Bagus la sbb tolong buat marketing free.Dan walau konon-kononya aku tak amik port  la tapi sekali terpengaruh jugak.Hambik kau!Sbb dah terpengaruh aku ajak la Sarah ke Tutti Fruity kat Bukit Jelutong ni.Selama ni aku tengok je setiap kali melintasi kedai Tutti Fruity or stall kat mall mana2 dan tak pernah singgah pun.

 Dan lepas beli,dah rasa semua,erm,untuk aku tak ada la boom sangat rasa dia.So-so je.Dan aku pernah jugak terfikir benda kalau dah mahal,maka tak semua org mampu nak makan selalu dan bila ada yg mampu beli,dan dah beli benda mahalkan,pastu mula la claim,sedap gile woi,faveret aku nih dan ada la yg sampai termimpi-mimpi la kononnya teringin nak makan padahal benda tu biasa aja.

Aku berani cakap macam ni sbb sem ni aku belajar Customer Behaviour.Relate la sikit kan.Kadang2 manusia ni ada benda yg dia tak suka pun sbnarnya,tp sbb trend,tetiba je jadi fanatik,jadi suka la apa dan yg pasti nak la show,"Kau ada????Hahaha.Dan yg pasti kalau relate dgn orang Malaysia sendiri,benda-benda mcm ni ibaratnya still new.Tak semua tmpat ada dan selalunya area KL,Johor,Penang.Dan misalnya pembesaran seseorang itu kalau datang dari keluarga berpendapatan rendah or mmg keluarga yang mana parents dia tak la expose sgt anak2 dia macam bwk pergi holiday bagai dan bila si anak dah besar,dah belajar tinggi,dah kerja bagus,kerja kat Kolumpo lagi,ini yg aku nmpk seolah2 diorang ni berlumba-lumba nak tunjuk siapa best @ siapa lagi expose.Itu yg keluar statement,"Ada tak restoren Ayam Penyet kat Kemaman ni.Teringin la nak makan" walau hakikat dia mesti tahu yg restoren Ayam Penyet tidak pernah wujud di Kemaman dan mungkin satu hari nnt akn ada (nnt aku proposed kat Abg Mat Said).Dan aku assume la mungkin dia nak beritahu yg dia dah keje kat KL kan,so selalu la makan kat Restoren Ayam Penyet.Hmmm....Ingatkan kalau macam Alexis,TGI,Chillis bla bla bla.

Dan disini aku ambik Tutti Fruity ni sbg contoh sbb aku tahu ada yg kat luar sana mmg suka betul dgn produk dia.Aku tak la ckp tak sedap langsung dan ia lebih pada aku sendiri yang mmg tak suka yogurt dan ramai yg lain mmg suka yogurt.Dan aku sendiri pernah face situation dimana aku ke Sushi King dan jujur aku cakap aku mmg tak suka Japanesse food dan aku pun just temankan seorang teman yg mmg suka makan sampai berpinggan-pinggan dia boleh habiskan.Dan nak dijadikan cerita ada la seorang ni aku rasa dia tak suka pun sbb dari cara makan dan nak menelannya  pun nmpk payah ,aku dah boleh agak dia tak suka tapi berkali-kali nak sebut,"Sedap,sedap".Tapi sbb tak nak ngaku dan mungkin takut down grade kot sbb kawan2 kebanyakan ckp sushi best.Hahaha!Kesian pulak aku tgk sbb aku rasa itu mungkin kali terakhir dia ke restoren macam tu.Untuk aku kalau sushi jgn dioffer tapi offer kat kakak aku sbb dia mmg makan.Aku ni tekak budu mana lalu Japanesse food bagai sbb soup dia,wasabi dia sampai sekarang aku trauma nak makan.Serik.

Dan sampai takat ni baru aku perasan yg aku dah tersasar dari landasan.Selalu macam tu padahal cuma nak cerita "Satu hari spend time dengan Damia ke playground".Hahahah!Chow..........Dan seperti biasa entry yg tiada makna.

Hari manjakan diri

Harini aku nak namakan Hari Cantik Sedunia,eh bukan,tapi hari Aku Nak Nampak Cantik Sebenarnya.
Tak ada angin tak ada ribut tetiba gigih nak pergi spa bagai
Alasan yg difikirkan kukuh sangat la kononnya adalah sbb badan lenguh mmg dah lemau sangat...
Serious rasa tak bermaya....kononnya la

Pastu tambah perisa,kalau badan lemau macam mana nak study hard untuk final nanti sbb mata asyik ngantuk je (padahal dah semulajadi macam tu)
Lagi....tubuh penat susah nak fokus...tapi main games berjam sampai pukul 4 pagi tak penat pula....syukur suami tak baca blog ni...muehehe!

Akhirnya pagi2 lagi suami kita hantar kita pergi spa...tapi siap warning lagi kalau org spa tu promote apa2 cakap takmau.Cakap nak mengurut je.Paham bos! (maklum la bos yg akan bayar nnt!).*Tunduk patuh
Tapi hampa sbb kalau pakai walk in ada hati nak masuk spa famous pastu tak buat appointment,jwbnya sila balik sekarang atau sila tunggu lagi sejam setengah.Sumpah mak tak kuasa.Sapu je la apa yg dioffer.
Jadi tak pasal2 aku buat facial muka.Motif?

Tapi tak puas hati sbb tujuan asal tersasar dan petang tu aku tak kira.Harus mengurut jugak harini.Konon esok kelas penuh dari pagi sampai petang.Esok pun sama sbb dah plan nak duduk library straight dua minggu.*Kononnya la

Jadi ber"scrub" (daki 4 inci sbb 27 tahun usia baru harini nak cuba)
Lepas tu facial dan lepas tu mengurut dan lepas tu urut dada sendiri pulak sbb terkejut tengok harga.Huks!
Apapun,orait la sbb rasa lega.Rasa ringan sangat badan dan rasa bertenanga sangat sbb lepas ni aku nak tidur.Tak kuasa nak berjaga.Hahahaha!Esok je la aku pulun study.

PTPTN dan aku.Episod finale.Hahahaha!

Selepas melalui beberapa episod duka lara dgn kerenah Imegresen dan PTPTN akhirnya segalanya selesai.Moral of the story,kalau berhutang pandai-pandai la bayar.Hahaha!Jika tidak kelak menyusahkan diri malah turut menyusahkan orang lain juga.Syukur untuk degree aku kali ni mmg dengan tangunggan sendiri sbb fobia dh dgn PTPTN.Ahaks.

Tapikan kalau ikut kata ustaz sepatutnya kita hanya perlu bayar berapa yg kita pinjam dan interest yg dicaj tu tak perlu bayar tapi kalau tak bayar semua mmg sah-sah la nama tak akan clear.Hehehe!Jadi untuk bahagian interest yg dicaj dan aku pun mmg kena byr juga,aku anggap la yang aku tidak menghalalkan jumlah interest yg dibayar itu untuk selama-lamanya.Kalau compare nilai pinjaman dgn interest yg aku kena caj tu agak tinggi juga plus tak adanya aku tukar sistem ujrah yg diorng duk canang tu.Prosedur panjang gile.Aku still kena 3% caj tu jugak.Tak apa la.Kerajaan Malaysia mmg dahulukan rakyat untuk rasakan keperitan tu.Kata 1Malaysia.Macam kakak aku juga pemimjam PTPTN yg patuh sbb lps kerja terus start bayar RM100 sebulan namun yg kesiannya bila dia check baki sekali baki tak kurang.Makin tambah ada dan ibaratnya dia seolah-olah tak pernah bayar langsung.Check punya check,sekali apa yg dia bayar tu hanya cover interest dgn caj perkhidmatan je.Nak caj perkhidmatan tiap bulan tapi servis mcm haram.Dan dia telah diadvice bayar RM200 sebulan baru bergerak baki tu dan rupanya dalam perjanjian dah ada tertulis cuma ramai dari kita yg tak alert.Kakak aku dah bayar selama SETAHUN baki yg kurang tu baru untuk interest yg dikenakan tak masuk lagi jumlah pinjaman sebenar.Baru INTEREST dia.Mmg mcm sialkan?.Sekarang nak pulak kenalkan skim SSPN pulak dan confirm satu hari nnt diaorg akan wajibkan supaya anak kita dari kecik lagi dah kena ikat.Dah la kenakan syarat tak masuk akal.Aku mmg tak faham la dgn sistem kat Malaysia ni.Apapun syukur aku dah tak ada kena mengena dgn PTPTN lagi.Udah!Udah!Tutup buku.Zaman anak aku nnt mungkin cerita lain pulak.

Maka selesailah isu passport aku yg sangkut tu dan salinan tu dah selamat dihantar pada agen yg menguruskan visa kami sekeluarga.Moga Allah swt memudahkan segalanya dan  biarlah ia berjalan seperti yang telah dirancang.Mudah-mudahan.Amin.

Just info ringkas,untuk paspport selama 5 tahun (dewasa) caj yang dikenakan adalah sebanyak RM300 dan 5 tahun (kanak2) dalam RM150.Sekarang ni passport anak dah tak combine dgn penjaga sbb dah diasingkan.Maknanya Damia ada passport dia sendiri.Dan waktu buat passport ni sila bawa anak sbb aku haritu hampir tak bawak dia sbb aku ingat just bawak sijil lahir dia je.Pathetic.Hahaha!Diorang nak ukur ketinggian anak dan bila lagi nak angkat anak berdiri atas meja Imegresen tu.Wakakaka!



Just three of us : )



Tahap servis sektor di Malaysia....satu epik yg tiada kesudahan

Masih lagi dengan MODE: Tak puas hati dengan servis di Malaysia ni tak kiralah jabatan kerajaan or swasta.Sekarang ni dua-dua aku nak kondem.Dua-dua aku nak marah.Satu aku nak marah PTPTN dan satu lagi aku nak marah MAYBANK.Hoh!Lagu tu sekali marah aku.Boleh?

Alkisahnya begini.Aku adalah antara orang yang disenarai-hitamkan oleh Imegresen kerana dengan senang hatinya tak bayar loan PTPTN seperti yg sepatutnya aku harus bayar lepas habis belajar.Kononnya waktu start kerja dulu nak bayar tapi sampai kesudah tak bayar hinggalah sampai surat nama dah disenarai-hitamkan.Ya,aku adalah peminjam yang ingkar.Sila marah aku sekarang.Hihihi!

Dan bila sampainya masa aku perlu membuat passport untuk keluar negara,barulah aura paniks tu datang.Biasa la manusia.Dan aku pun call la PTPTN dan tujuan call tu bukan nak mintak perlepasan ke apa,tapi nak bayar lump sum.Diulang,nak BAYAR.Bukan taknak bayar.Tapi yang aku pelik cara diorang tu macam takmau aku bayar langsai terus.Maknanya diorang lagi suka aku dapat byr ansuran.Motif?Nak kaut untung dari caj bulanan la tu kot.Banyak cantik muka kau.Bila org tak bayar kau bising dan bila orang nak bayar kau buat macam2 prosedur pulak.Takpe.Sabor.Aku pun buat la seperti apa yg disuruh seperti meng"update" statement aku dgn isi form secara online,print,pastu fax.Done.Hasilnya,aku rasa dekat 2 bulan baru statement tu smpi kat aku.Lama gila ambik masa.Dan apa yg aku tak puas hati adalah bila diorg inform yg aku juga akan dikenakan caj tambahan iaitu caj guaman.So aku tanya la berapa caj dia.Jwpn standard "Tak pasti.Nnt akan inform semula".Bikin panas je.Aku ni yg sedia mulut mcm peluru terus attack tapi secara berhemah la.Aku pun tanya la takkan dalam Malaysia ni aku sorang je peminjam sampai nak estimate kos pun tak boleh.Yang bermasalah mcm aku berpuluh ribu kat luar sana.Takkan setiap sorang caj lain-lain.Itupun aku tanya estimate cost dan tak semestinya nilai yg tepat.Terlebih sikit pun aku boleh consider lagi.Selesai yg satu tu.

Kes kedua pulak,dah aku sangkut takleh buat passport selagi tak settle PTPTN,harus la aku kena settlekan jugak.Tambah haru lagi bila agent dah mintak salinan passport kami anak beranak dan cuma aku sorang yg sangkut.Jd mmg masa dah suntuk sgt dan bila aku discuss dgn satu org PTPTN tu kiranya dia advise aku la apa yg patut dibuat.So aku pun jelaskan semua hutang PTPTN aku dan mohon perlepasan nama senarai hitam dipercepatkan.So dia bagi aku harapan la.Katanya Insyaallah boleh settle.Aku pun tak perlu ke KL memandangkan aku boleh bayar melalui Maybank2u.Dan settle byr aku pun buat surat dan terus fax ke PTPTN.

Jadi aku perlulah follow up selalu untuk pastikan diorg tunaikan la janji manismu itu untuk clearkan nama aku kalau dah namanya hutang aku dgn PTPTN pun sudah 0.Serious mak bangga.Hahaha!Bila aku call mula2 dia cakap nak follow up balik sbb diorang perlu check.Call kali kedua org lain pulak angkat dan yg ni aku mmg hangin sbb jawapan serious mcm S***!Boleh sepanjang masa jwb tak pasti,tak pasti,tak pasti.Abis apa yg kau pasti???.Sempat aku tanya namanya Roslina.Dan untuk Roslina,kalau dah kerja bahagian menjawab panggilan customer,tolong la prepare apa yg patut sbb kalau takat nak jawab tak pasti tu baik aku suruh anak sedara aku yg umur 5 tahun tu tolong jawabkan sbb mungkin dia lagi bijak dari kau.Dah la cara cakap langsung tak sopan.Apa dia ingat aku ni adik,kakak dia nak cakap lebih kurang macam tu.Dan kau tak buat kerja ke sampai apapun tak tahu atau berat bontot takleh nak bangun check dgn sesiapa yg tahu padahal setahu aku mesti dia dah mengadap PC dan just check la kat system tu.Satu lagi kalau dah department yg aku fax tu department lain sekalipun,takkan sampai nak update dokumen masuk sampai nak tunggu sampai 7 hari?Apa kau ingat bangunan PTPTN tu 200 tingkat?Ke department customer service kat Klang,pastu department yg senarai hitam tu kat Wangsa Maju?Pelik aku.Dan lepas tu aku call balik walau perempuan jugak yg angkat dan kalau tak silap aku namanya Shila.Dan walau dia pun tak tahu sekurangnya ada jugak effort nak pergi check pastu boleh pulak dia call aku balik untuk update status.Bukan susah pun.Semua maklumat ada kat screen kau tu je.Keesokan hari aku try lagi dan lelaki pulak yg angkat.Lupa dah nama dia (aku mmg selalu tanya nama dulu sbb kalau agak2 kurang ajar,senang aku nak buat complain).Staff lelaki ni pulak tak payah on hold ke apa terus dia check kat system dia then bg jawapan.Dan akhirnya nama aku dah clear.Itu je pun.Settle.Tapi serious penat berhari2 kau nak follow up.


Cerita kedua dgn Maybank.Aku tak tau la kalau aku sorg je ke yg rasa tapi aku rasa lately staff Maybank agak poyo.Misalnya haritu aku nak bukak akaun anak aku.Bila aku tanya procedur dia cakap just bg My Kid dgn IC aku pun dah cukup.Pastu kalau nak tabung free kena letak min dia 1K kalau kurang tak dapat tabung.Tapi cara cakap serious berlagak.Hek eleh!Tapi takpe.Sabau.Aku pn naik la keatas nak keluarkan duit.Kena naik atas sbb jumlah banyak kena keluar ikut kaunter takleh keluar ikut mesin.Jumlah keluaran haritu adalah dalam 18 juta.Tipu.Aku keluar berapa takat yg aku nak guna la.Bukan aku ni byk duit pun.Lain la Semah duit banyak.

Jadi bila aku pergi balik,aku cakap la nak buka akaun anak.Lepas tu dgn muka berlagaknya dia jwb tak bleh sbb aku tak bawak salinan surat beranak.Pulak???Tadi staff sorang tu cakap lain,yg ni ckp lain.Kalau cakap awal2 kan senang.Apa tak ada prosedur standard ke sampai yg ni cakap lain,yg tu cakap lain.Dan bila dah patah hati aku pun bawak diri ke CIMB.Kat sini takyah surat beranak.My kid pun dah cukup dan kalau  masuk rm250 pun dah boleh dapat tabung.Takyah nak tunggu 1K.Aku tak kesah sgt sbnrnya psl tabung ni cuma cara bercakap tu mcm kita ni as customer tak mampu sgt.Kalau duit tak ada tak perlu la aku gigih nak pergi bank.Senang aku suruh laki aku bikin tabung buluh je.Lagi multi purpose.Satu simpan duit,satu lagi buat hempuk muka staff Maybank yg berlagak tu.

Dan satu kes lagi psl nak dapatkan document since rumah kitorg dah pun dijual.Sob* Lap air mata.Aku sayang rumah tu.Itulah harta pertama kami.Kalau tak silap aku dah berminggu-minggu Arie duk follow up dgn staff Maybank Shah Alam.Mula2 cakap dah process pastu tunggu kena tunggu manager sign dulu.Follow up lagi,manager pulak cuti.Follow up lagi,staff yg buat tu pulak cuti.Follow up lagi,staff yg sama medical leave pulak.Dah la document tu urgent nak guna sbb kalau boleh sblm fly harus settle apa yg patut sbb tak kuasa nak habiskan duit semata-mata nak balik Malaysia just untuk sign document.Kalau tempat tu dari rumah aku ke Kuala Berang takpe la jugak.Sigh*Sepanjang hari si Arie bermuram durja sehinggalah kakak aku advice pergilah tulis complain.So pagi tadi lepas Subuh Arie usaha jugak hantar complain tu dan hasilnya tak mengecewakan bila pagi tu jugak staff Maybank HQ call dan gtau document tu dah settle  sebenarnya.See?Nak kena gertak baru nak laju.Kalau tunggu,Isnin ni belum tentu dapat.Dan bila dah panas si Arie suruh diorg je arrange dgn lawyer kitorg supaya collect document tu harini jugak.We dont care sbb dh lama tunggu.Dan cool balik bila staff tu mohon maaf byk kali.Kitorg ni bukan la zalim sgt,tapi benda yg sepatutnya leh settle buat la seperti yg sepatutnya.Jangan duk main lepas tgn je.Tak kesah la nak cuti ke apa,settle la kalau dah kami gtau nak urgent dan satu lagi bukan tempoh masa kitorg bg tu harus kena settle dlm masa 3 hari ke apa,tp hampir 3 minggu lebih.Bayangkan.


Dan aku rasalah bukan susah nak baiki kualiti servis ni sbb yg paling penting kita as customer harus tahu apa hak kita.Jangan malas2 nak buat complain sbb kalau diam je mmg naik kepala la diorg ni.Biasanya org kalau tak kena dia tak akan tahu mana silap dia terutama mereka2 yg mmg involved dgn orang ramai.Sila tahu TANGGUNGJAWAB anda.


Image Yahoo! 
 Jangan biasakan diri kerja macam ni.Kalau macam ni,bkn takat pencen umur 60 tahun tak layak,kerja 3 hari pun dah bwk rugi pada company.Hihihi!



Gomen oh! Gomen!

Selalu tak korang dengar statement ini,

"Untungnya dapat kerja gomen.Bukan senang tau nak dapat kerja gomen".

Dan sbb statement kat atas ni la maka berduyun-duyun orang apply nak masuk gomen.Mohon la dah kalau kau rasa itu saat yg paling best dalam hidup kau.Hehehe!Dan satu benda yg aku nampak bestnya kerja gomen ni (tidak merujuk guru,nurse,aku refer JABATAN KERAJAAN) adalah masa makan yg tidak terhad.Kenapa aku berani cakap mcm tu sbb aku dah face beberapa keadaan yg menguatkan lagi andaian aku tu.

Misalnya baru2 ni aku ada urusan di pejabat Imegresen.Dan kalau kat Terengganu ni,satu bangunan tu bukan special untuk Imegresen je tapi ada lagi beberapa jabatan kerajaan yg lain.Kononnya la aku malas nak tunggu lama kot2 la buatnya haritu customer ramai ke,maka aku gigih pergi awal dan aku sampai kat situ jam 8 pagi.Kat bahagian bawah bangunan ni ada satu cafe so mmg ramai la yg duk breakfast kat situ.Dalam hati berdetik,agak-agak jam berapa la diorang ni punch card sbb dulu waktu aku kerja  aku kena masuk kerja pukul 8 pagi dan breakfast kami harus sblm pukul 8 pagi sbb jangan mimpi la kau nak punch card dulu pastu keluar makan.Berani buat macam tu,warning letter la sampai.Dan bila aku nak naik lif tu berduyun la staff yg baru selesai breakfast gerak ke department masing2 nak start kerja la kot tp kalau yg perempuan tu mesti ada plastik kat tangan tapau makanan.Tak kesah la tapau untuk diri sendiri ke atau kawan tp yg aku tgk sorang2 badan mmg macam beranak 8.Hihi!Apa buat kerja sambil mengunyah ke?Hehehe.

Maka settle hal kat Imegresen dalam pukul 9  pagi tapi kena datang balik pukul 10.15 pagi.Dan malas nak tunggu kat situ kami turun bawah pergi cari restoren berdekatan.Dan situasi sama macam jam 8 td,orang masih penuh kat cafe.Geleng kepala aku.Ntah pukul berapa diorang start kerja xtau la aku.Sampai kat restoren yg tak jauh dari situ ada lagi staff gomen perempuan duk makan.Aku lepak situ sampai pukul 10.15 pagi tapi diorang still tak berganjak pun.Aku assume staff kerajaan sbb ada tag nama.Ni aku berani cakap la,MMG MAKAN GAJI BUTA.ELOK LA KAU SUAP MULUT KELUARGA KAU DENGAN GAJI KAU YANG TAK SETIMPAL DENGAN KERJA YANG KAU BUAT.Duduk situ pun bukan diorang buat discusion atau jumpa client tapi tak lebih dari duk sibuk bergosip.Bukan seorang dua,tapi sampai 5 orang siap buat muka selamba je tu.

Hairan betul aku.Bilanya diorang buat kerja agaknyaTu belum campur time keje boleh update status kat FB,upload gambar,baca Metro online semua (eh,mcm biasa je.Hehehe.Mmg biasa sbb aku tengok beberapa staff kat UMT buat macam tu).Hahaha!

Sedapkan cerita lagi memandangkan aku terpaksa pergi 2 kali ke pejabat Imegresen,dan hari yang kedua aku pergi mmg lewat petang sbb pagi tu system diorang baru upgrade so diorang tak dapat online seperti biasa.Dan yang ni pun satu cerita bila pengawai yang duduk kat kaunter pertanyaan tu ok la sbb bg kami contact number supaya tak ada la kami datang sia-sia.Dia suruh call dulu sblm datang dan ini yang aku nak cerita.Bila aku follow up tanya system dah ok atau belum,mesti ada yang jenis pass telefon.Apa susah sgt nak update?Kerja tu biar la efisien sikit terutama perempuan,Jawapan selamat diri,"Saya tak pasti".Bila aku dapat cakap dgn pengawai lelaki,cepat pulak dia bg respon.Tak ada la yg macam perempuan tu bengap2 nak menjawab.Dah kalau tugas kau layan pelanggan yang call,tolong la prepare  diri tu biar cerdik sikit cara nak melayan customer.Macam2 kursus kerajaan hantar semua attend tapi bengap jugak.Bengap tu satu hal,waktu aku still ada kat ofis Imegresen tu,jam baru 4.45 petang,berduyun-duyun dah nak balik semua.Aduh!Jammed terus bwh.Itu yg waktu aku nak collect passport,pengawai tu siap panggil sampai 5 orang sekali.Tak adanya sorang-sorang dipanggil sbb tgk jam lagi 5 minit nak pukul 5.Aku tahu la kau nak balik tapi tak ada luaknya kalau balik lambat sikit sbb kat bwh orang berpusu-pusu nak balik so jammed bagai.Tolong la kepada government servant yg bengap ni,dah la kau masuk lambat,kerja sambil lewa,balik kerja nak ontime tapi tiap2 tahun kau mintak naik gaji.Mmg macam haram.Namun aku akui masih ada lagi sebilangan yang ikhlas bekerja sbb kat sini aku tak tujukan semua.Contohnya waktu aku ke Pejabat Pendaftaran,mmg servis bagus gile.

Dan yang satu lagi aku rasa tak puas hati dgn layanan kaunter Imegresen dan waktu tu yang melayan aku pengawai perempuan.Gila sombong mcm seolah-olah dia tak sedar yg dia tu kena layan pelanggan.Aku pun pelik la dgn orang mcm ni kalau takat gaji sebulan tak seberapa sgt pun sbb kalau pengawai tinggi tak ada la nak tertenggek duk situ.Apa ke susah nak layan orang elok sikit sbb bukan luak pun.Bila aku pergi kat pengawai lain,elok pulak diorang layan aku.Takpe la perempuan.Tak kemana pun sombong kau tu.Dah la mulut duk bergosip dgn member sebelah sama laju dgn tgn.Apa tak boleh fokus sekejap dekat pelanggan sampai mcm tak sempat2 nak mengumpat.Takut hilang modal nak mengumpat la tu kot.Tu la contoh betapa professionalnya dia.Dan aku harap dosa mengumpat yg dia dapat plus sakit hati aku dgn dia yg layan orang macam B*** tu biar sama laju dapat kat dia.Bengong (Maki-makian ni aku pulak dapat dosa!)

Dan aku muak mmg muak dan sungguh muak sekali cuma syukur urusan yang sepatutnya dibuat selesai juga akhirnya. Lega.


Aktiviti petang Khamis

Harini tak ada angin tak ada ribut,dengan badan lemau baru balik kelas Ekonomi tetiba datang mood nak buat cupcakes tu pun sbb melintas depan kedai jual barang-barang plastik pastu dia ada display cup untuk cupcakes tu kat luar kedai.Itu je pun.Hahaha!

Tapi faktor lainnya sbb aku tgk Damia sekarang dah mula nak makan itu nak makan ini tapi yang menjadi masalah dia bukan jenis lori MBKT yg angkut semua tapi ni Ferrari capacity 2 seats untuk 2 penumpang je.Boleh?Perumpamaan yg tak kena langsung.Ada aku kesah?Hahahaha!

Jadi walau pun anak aku tu dah start makan tapi dia ni jenis yg suka ambik bau dulu makanan tu sblm masuk mulut dia.Habit dari mana tak tahu la aku tapi aku assume ni mesti ikut bapak dia nih.Hipotesis sendiri.Hihihi!Dan satu lagi dia ni jenis tgk macam mana makanan tu di serve baru la byk sikit kuantiti yg masuk perut.kalau tak dia taknak makan.Itu la yg gigih aku tekap bagai roti nak A,B,C la...1,2,3 la....Layankan aje la.....Tapi itu je modal untuk dia.Dah cantik baru nak makan.Kalau hulur roti dalam keadaan biasa mmg dia cabut lari.

Jadi tanpa resepi aku bantai je la pakai resepi kek coklat aku.Janji ada nampak bentuk jangan tetibe transform jd apam sudah.Jadi sampai je rumah,aku terus kedapur.Tak sampai 20 minit pun semua dah beres.Senang woi.Dan anak sedara aku Amani gigih tgk aku buat sampai bila dah masak tu kejap2 tanya dah boleh makan ke belum?Dan yg paling tak tahan bila dia lari masuk bilik panggil aku dgn muka panik beritahu cupcakes aku mengembang besar dah lebih dari cups dia.Adoi!Budak-budak.Hehehe!



Susunkan cup-cup tu baik punya dalam loyang.Aku buat setengah adunan je.Itu yg just dapat dalam 12 cups je.Buat jadi taik gigi je la sbb tak sempat kenyang pun diorang melantak nnt.Hahaha!

Resepi ikut suka hati aku:

1 cawan gandum
1/2 cawan serbuk coklat
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak
2 biji telur
1/4 sudu soda bikarbonat
1/4 sudu baking powder

Aku campur sekaligus semua terus masuk dalam mixer.Done!

Masukkan dalam cups agak-agak la dlm separuh cup sbb nnt dia kembang.Aku letak jugak chocolate chips tambah rasa.Bakar dalam 20 minit,suhu 140.

 Inilah dia hasilnya cupcakes coklat aku.

Kasi chance lagi pada yang mkn nnt risiko nak kena diabetic dgn tambah pulak topping coklat kat atas.Tabur gula colorful tu maka siaplah cuppies aku.Namun memandangkan aku tak guna resepi cupcakes seperti yg sepatutnya,maka kualiti cake didalam agak padat tapi rasa boleh tahan.Kira orait la untuk homemade punya cupcakes yang mmg sah-sah sendiri masak sendiri makan.Sekian~

Minggu derita

Korang tahu tak earning Nuffnang aku dah sampai 2K dan sila percaya sekarang.Hikhik!Kalau dah follower takat 17 orang,sahkan 2K,2 sen pun belum tentu masuk.Syahduuuuuuu.....

Orait.Makanya berakhir la sudah minggu yang aku definisikan sebagai Minggu Serba-Serbi Tak Kena.Mahunya tidak kalau due date nak kena submit assignment sama je dengan date test midterm kedua.Harus tak gelabah aku sampai seminggu aku tidur dalam keadaan pegang handphone kat tangan kononnya nak stay up la bagai last-last aku kemana,stay up tu kira dalam mimpi je la.Tiap kali alarm bunyi mesti nak delay lagi sejam,bunyi lagi,delaykan lagi dan sudahnya azan subuh berkumandang maka masuklah waktu subuh ye puan-puan.Dan buku kemana,assignment tak complete2 jugak.Gila stress walau hakikat stress carik sendiri.Moral of the story jangan bikin assignment last minute tapi seperti biasa benda sama je berlaku kat aku.Bila nak berubah aku pun tak tahu.Masuk 1 Jan tiap tahun,azam baru tak pernah lupa.Masuk pulak 1 Muharram,azam baru jugak tapi benda sama jugak yang berlaku.Bila nak insaf aku pun tak tahu.Jati diri tak cukup utuh agaknya.Syahduuuuu.....

Tapi apapun kalau dah selesai test International Marketing kira lega la jugak walau Rabu depan ada lagi satu untuk paper Finance.Tinggal lagi satu minggu untuk study week pastu final exam.Haru....Insyaallah study week yg seminggu tu cuba pulun study habis-habisan.Kalau boleh telan nota tu aku telan.Lagi best kalo ada roti memori tu just pakai letak je kat buku pastu makan roti tu.Confirm ingat semua formula.Jap lagi la aku sms Doraemon tanya agak2 dia simpan lagi tak roti tu.Maklum la sejak2 versi baru Doraemon ni aku tengok Nobita tu dah tak bengap lagi dah,maybe dah tak guna dah roti tu.Huarghh.......

Sebut pasal test aritu,ada la satu paper tu aku rasa mmg *$3##@88!! sangat.Sebabnya bukan kerana paper tu susah sampai tahap kau rasa nak terjun kerusi,tapi sebab coursemate aku yang tahap $%%#$^ berani dia meniru guna Ipad woiiiii.Aku yg sakit2 kepala nak fikir stage untuk blueprint,membe tu baik punya bukak Ipad siap terpampang kat screen tu skali gambarajah lagi.Syabas bete!Syabas sbb kau bernasib baik lecturer tak nampak.Tapi serious rasa cam harrrr jugak.Tapi takpe la.Dah nak buat macam mana kalau dah dia genius ikut jalan macam tu.Aplikasikan teknologi la katakan.Ntah macam mana tukang jaga exam tu terlepas pandang tak tahu la.Mungkin sbb tmpat besar,total student pun ramai kot.Nasib laa....

Dan cerita hari Selasa tu pulak,aku mmg dah tak larat nak pergi kelas jam 9 pg maka aku sambung tidur lepas subuh.Mana tak ngantuk kalau malamnya lewat gile aku tidur.Serious otak blank sangat.Isnin tu aku dah buat hint kat bebudak ni esok aku nak skip kelas.Dan buatnya aku duk fikir punya fikir dalam kepala otak pasal kelas tu terus layan sampai dalam mimpi.Dalam mimpi tu aku mimpi lecturer call aku.Sekali Arie kejutkan aku cakap lecturer call.Ala sudah!Bangkit je mata tacap terus kat jam dah pukul 9.15.Alahai!Mmg sah aku tak pergi kelas dah nih.Aku pun call balik lecturer tu sekali dia gtau kelas batal.Yahooooooooooooooooooo!!(jgn ikut student macam ni sbb hampeh!)Dan dia sebenarnya terlupa nak inform awal dan mintak tolong aku inform kat kawan2.Bila dia tanya aku ada kat mana,gabra punya pasal aku jawab ada dekat luar.Time tu tak kesah la dia fikir luar tu kat mana sbb hakikatnya aku ada kat atas katil.Hohohoho!Dan bila aku inform bebudak tu confirm la diorang jerit,"Tak aciiiiiii!".Hahahaha!So aku sambung beradu tapi tak lama sbb anak aku dah bangun so kena siapkan dia la puleksss.Kiranya tak rehat jugak la aku nampaknya.

Now,aku in mode yg lenguh2 satu badan.Serious aku rasa nak pergi berurut tapi tak tahu kat mana.Nak pakai terjah spa mcm tu je kurang2 kena standby jugak duit note besar sekeping dua.Mau kena charge baikkkk punya karang melopong takleh bayar padan muka.Hmmmm...............tengoklah esok macam mana...........
Bahagiakan makcik ni duk bersantai?uhuks...




Harga menjadi ibu dan bapa

Dulu waktu mula kahwin rasa tak sabar nak ada anak.Hampir dua tahun berdua dan akhirnya kami dah bertiga.Dan bila bertiga,eh,cerita bertigalah pulak.Dulu sblm ada baby berlebih-lebih rehat sampai stress sbb banyak sgt berehat.Hihi.Skang dah ada anak sampai tak cukup rehat pulak.Adoi!Penat tapi itulah HARGA MENJADI IBU DAN BAPA.Nilai???Tak ternilai banyaknya.*Smile

21 Nov 2011 Damia dimasukkan kehospital kerana doktor suspek dia dapat jangkitan kuman pada paru-paru since dia dah selsema almost 6 weeks tak pulih-pulih.Kalau ikutkan haritu kitorang tak ada planning pun nak bawak dia check up ke hospital memandangkan selama dia selsema + batuk,dia tak pernah sekali pun demam.Dan dalam minggu yang sama juga kitorg sekeluarga baru sahaja pulang dari bercuti dan alang-alang dah ada kat Shah Alam,kami bawa dia ke pakar kanak-kanak iaitu Klinik Adek kat Seksyen 9 Shah Alam.

Waktu Dr.Amdan diagnosis Damia,result yang diberikan mmg rasa dah tak sedap hati due to kahak yg mmg banyak plus dia bernafas pun dah macam orang asma.Maka start la kena nebulizer 4 jam sekali dan syukur la dekat rumah abang ipar mmg ada machine nebulizer tu so tak perlu la kami ulang-alik ke klinik dan just amik ubat dia je.Dr.Amdan bagi tempoh 3 hari untuk Damia pulih dan kalau tak mmg kitorg x dibenarkan balik Trg lagi sehingga la condition Damia memuaskan hati.Dan syukur dalam 3 hari tu Damia cepat pulih and back to normal balik.Alhamdulillah.

Balik la kami sekeluarga ke Terengganu dan seperti biasa bila aku dah mula sibuk dengan kelas,tambah lagi Damia pun dah macam okay,aku pun dah mula ambik ringan pasal bagi makan ubat dia sedangkan Dr.Amdan dah pesan supaya continue lagi.Dan syukur staff dia ada call buat follow up dan remind kat aku supaya beli ubat Ventolin di pharmacy dan fungsinya adalah untuk gantikan penggunaan nebulizer.Bila dah condition Damia dah orait bagi kami,kami stop semua ubat sehinggalah selsema dia datang balik dan dia demam mengejut pukul 4 pagi.Cuak jugak aku waktu tu.Lepas bagi ubat demam ok balik dia then esoknya decide nak bawak ke pakar.Lepas aku habis test paper Consumer Behaviour,terus bwk Damia ke specialist.Dan waktu Dr.Farid diagnosis dia dan waktu tu jugak suhu badan dia 38,aku pun macam pelik asal anak aku demam tiba-tiba.Bila Dr.Farid tanya aku warna bibir normal Damia dan time tu baru aku perasan bibir dia sedikit kebiru-biruan tak macam biasa.

Maka haritu jugak Damia kena x-ray dan resultnya mmg luluh jiwa.Dan berkampunglah kami selama 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu Specialist Hospital.

Kali pertama kena nebulizer sangatlah behave maklumlah dah biasa sangat.Kalau sebelum ni kalau tak meraung sampai keluar anak tekak mmg tak sah la.


Petang tu Damia kena cucuk tang sana,cucuk tang sini.Huhuhu.Kesian dia sbb yg pertama kali Dr.Farid tak jumpa urat dia.Berkali-kali Damia duk sebut "Akit,akit!".Sedih pun ada sampai doc pun senyum dengar.Saat dikerjakan.Meraung sampai satu floor dapat dengar suara dia.


Masih lagi rutin 4 jam sekali.


Ini memang dasar sakit tapi ada hati nak lari dari hospital.Hihihi!Tapi dia ni kalau tak ada yang kat tangan tu mmg tak nmpk mcm org sakit sbb sepanjang masa bergerak.Diam time tido dengan menyusu je.

Ini waktu dimasukkan antibiotik.Memandangkan doc bagi dos paling tinggi,Damia cirit sampai 5 kali.Doc kurangkan dos,terus ok cuma time ni Damia mesti mengadu sakit dan doc sendiri beritahu masuk ubat ni mmg ada rasa jugak la tambah lagi Damia ni kira baby lagi.Kesian anak bonda tapi dia sangat behave.Mcm tak caya pun ada.Hohoho!


Time masuk ubat ni pandai dia diam sampai ubat habis.Senyap je baring sambil layan cartoon.Dan duduk kat sini jugaklah selera makan dia ni kemain kuat lagi.Asyik nak makan,nak susu.Sakit ke tak sakit ni Damia?Bahagia je...

Lepak degan ayah merangkap teman bermain sepanjang hari.Ayah je yang tak  jemu layan Damia main sepanjang hari.Bonda pulak asyik mood swing je.Hahaha!


Kalau ayah tiup macam ni,dari ngadu sakit terus jadi tak sakit.Tok moh kah anda Arie?hahaha


Saat bila kami dapat berehat sekejap.Gila susah tidur dia kat hospital ni.Susah satu hal,tidur lambat pulak tu.Jenuh kami duk memujuk sampai ditegur nurse yg datang buat check up.Tapi apa pun nurse masuk check Damia rasanya 2 jam sekali.Mmg kejap2 asyik terjaga la aku laki bini.Itu yg bila Damia keluar je hospital,aku mintak tolong parents aku jaga jap sbb aku laki bini nak membuta.Penat wooooooooooooooooo!!!!!!!!

Dan kat sini aku nak kongsikan la apa yang aku dah lalui dan ini merupakan apa yang aku rasa.Pada aku as a parents:

1-Jagalah kebersihan.Rajin-rajinkan la mengemas rumah,tmpt tidur dan pastikan segala-galanya adalah bersih.Demi anak kita juga sbb rumah bersepah,debu tebal 3 inci adalah tak elok untuk kesihatan.
2-Tips dari Dr.Farid,fav toy anak mcm patung bolehlah balut dengan plastik then masukkan dalam peti ais yg bhgn sejuk beku tu sbb hama & bakteria boleh mati dalam suhu sejuk.
3-Nasihat doc tu jugak,kita tak perlulah nak paranoid sgt sampai segala benda nak cuci pakai Dettol cuma biarlah keadaan persekitaran kita tu bersih segala.
4-Jangan ambil mudah setiap kali anak selsema atau batuk.Aku dah tengok ramai parents yg ambik mudah psl ni dan mula la gelabah bila anak dah tahap kritikal.Time tu kalau agak2 nak nangis tu,simpan je la air mata tu sbb bazir je mengalir kalau dari awal kau tak cegah dulu dan percaya sgt dengan satu doktor sahaja.Kita perlu tanya byk pendapat dan aku hairan bila orang pandai buat andaian sendiri padahal doktor yang dirujuk bukanlan doktor pakar kanak-kanak pun.
5-Spend la sikit duit untuk ambik suntikan tambahan pada anak untuk protect lung,ears and brain diorang.Tak rugi pun sbb untuk anak kita jugak.Suntikan tu pulak mmg hospital gomen tak offer sbb mahal.Jadi amik kat klinik swasta.Mintak advise dari doc kat situ.
6-Anak itu amanah Allah swt maka jagalah dengan sebaik yang mungkin.

Bila dah namanya MANUSIA

Minggu lepas rumah aku terputus bekalan air.Sehari berlalu tak rasa apa-apa lagi sebab rumah aku ada dua tangki extra so tak jejaskan rutin harian lagi setakat itu hinggalah dah masuk sehari lebih bila air tangki pun makin kurang dan berakhir dengan air kuning berkerak sampai habis merah-merah badan bahana air kotor.Bila dah jadi mcm tu terus terlepas dari mulut bercakap dengan seorang kawan,"Aku kalau tak ada elektrik kira orait lagi la tapi kalau takde air memang haru la dengan nak amik wudhu pun susah,lagilah parah kalau time tu jugak sakit perut segala".Itu kata kita waktu itu.

Nak dijadikan cerita lagi bila baru tadi elektrik pulak terputus.Aish!Lately byk pulak masalahnya.Setengah jam awal orait lagi tapi bila Damia dah start merengek sbb panas takleh nak tidur hati mula berdetik,"Aku prefer takde air la dari takde elektrik".Pulak.

Ironinya,mana satu sebenarnya yg lebih penting?

Dan baru aku realize sebenarnya dua-dua adalah penting.Dua-dua melengkapi setiap satunya.Dan waktu itu baru aku sedar dengan kehidupan kita juga.Setiap satunya membawa kepentingannya sendiri.Misalnya......

Hari yang panas terik,bila keluar rumah confirm rasa panas muka,sakit kepala.Tambah rencah dengan berpeluh segala.Aduhai!Rimasnya.Tanpa sedar mengomel sendiri.Dalam diam minta hujan pula.

Bila hujan turun,lain pula cerita.Habis tergendala semua kerja.Baju bertimbun tak dapat jemur.Bau hapak merimaskan hidung.Isk!Detik hati,"Alangkah baik kalau cuaca panas".Minta aku dalam diamnya.

Nah,itulah hakikatnya kita MANUSIA.Tak pernah rasa cukup tak pernah rasa syukur,segalanya mahu dipertikai.Segalanya tidak betul disitu dan mungkin juga salah disini,ronggak dihujung,capek ditengah,berlubang dimana-mana dan macam-macam lagilah namun apa yang pasti segalanya mahu dipertikai dan kadang2 terlupa bilamana ada juga sesuatu itu berlaku atas kehendakNYA.

Dan disini aku sedar,betapa naifnya aku sebagai manusia kerana jauhnya sikap ingin selalu bersyukur sehinggalah terhantuk barulah tersedar.Jika tidak terus hanyut seperti arus yang mengalir terus tanpa diketahui dimana penamatnya.Doa aku moga aku sentiasa sedar dan berpijak dibumi yang nyata.Dan aku mohon agar sentiasa menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur kehadratNYA dengan setiap apa yang aku ada dan bukan menjadi seorang  yang hanya tahu mengeluh dan terus mengeluh tanpa ada usaha mencari penyelesainya.
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me