PTPTN dan aku.Episod finale.Hahahaha!

Selepas melalui beberapa episod duka lara dgn kerenah Imegresen dan PTPTN akhirnya segalanya selesai.Moral of the story,kalau berhutang pandai-pandai la bayar.Hahaha!Jika tidak kelak menyusahkan diri malah turut menyusahkan orang lain juga.Syukur untuk degree aku kali ni mmg dengan tangunggan sendiri sbb fobia dh dgn PTPTN.Ahaks.

Tapikan kalau ikut kata ustaz sepatutnya kita hanya perlu bayar berapa yg kita pinjam dan interest yg dicaj tu tak perlu bayar tapi kalau tak bayar semua mmg sah-sah la nama tak akan clear.Hehehe!Jadi untuk bahagian interest yg dicaj dan aku pun mmg kena byr juga,aku anggap la yang aku tidak menghalalkan jumlah interest yg dibayar itu untuk selama-lamanya.Kalau compare nilai pinjaman dgn interest yg aku kena caj tu agak tinggi juga plus tak adanya aku tukar sistem ujrah yg diorng duk canang tu.Prosedur panjang gile.Aku still kena 3% caj tu jugak.Tak apa la.Kerajaan Malaysia mmg dahulukan rakyat untuk rasakan keperitan tu.Kata 1Malaysia.Macam kakak aku juga pemimjam PTPTN yg patuh sbb lps kerja terus start bayar RM100 sebulan namun yg kesiannya bila dia check baki sekali baki tak kurang.Makin tambah ada dan ibaratnya dia seolah-olah tak pernah bayar langsung.Check punya check,sekali apa yg dia bayar tu hanya cover interest dgn caj perkhidmatan je.Nak caj perkhidmatan tiap bulan tapi servis mcm haram.Dan dia telah diadvice bayar RM200 sebulan baru bergerak baki tu dan rupanya dalam perjanjian dah ada tertulis cuma ramai dari kita yg tak alert.Kakak aku dah bayar selama SETAHUN baki yg kurang tu baru untuk interest yg dikenakan tak masuk lagi jumlah pinjaman sebenar.Baru INTEREST dia.Mmg mcm sialkan?.Sekarang nak pulak kenalkan skim SSPN pulak dan confirm satu hari nnt diaorg akan wajibkan supaya anak kita dari kecik lagi dah kena ikat.Dah la kenakan syarat tak masuk akal.Aku mmg tak faham la dgn sistem kat Malaysia ni.Apapun syukur aku dah tak ada kena mengena dgn PTPTN lagi.Udah!Udah!Tutup buku.Zaman anak aku nnt mungkin cerita lain pulak.

Maka selesailah isu passport aku yg sangkut tu dan salinan tu dah selamat dihantar pada agen yg menguruskan visa kami sekeluarga.Moga Allah swt memudahkan segalanya dan  biarlah ia berjalan seperti yang telah dirancang.Mudah-mudahan.Amin.

Just info ringkas,untuk paspport selama 5 tahun (dewasa) caj yang dikenakan adalah sebanyak RM300 dan 5 tahun (kanak2) dalam RM150.Sekarang ni passport anak dah tak combine dgn penjaga sbb dah diasingkan.Maknanya Damia ada passport dia sendiri.Dan waktu buat passport ni sila bawa anak sbb aku haritu hampir tak bawak dia sbb aku ingat just bawak sijil lahir dia je.Pathetic.Hahaha!Diorang nak ukur ketinggian anak dan bila lagi nak angkat anak berdiri atas meja Imegresen tu.Wakakaka!



Just three of us : )



No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You