Study week

2 Jan 2012 ni start la final exam.1st paper pulak killer punya subjek iaitu Economic and Business Statistic...zzzZZZ...dan-dan nak snooring bagai kalau lecturer tahu harus sumpah aku jadi pen angry bird comel yg baru beli kat pasar malam cina pg tadi.Ok,tak kelakar.

Actually dari tadi lagi aku duk kehulu-ke hilir dgn nota ditangan tp yg bacanya tak habis-habis lagi dengan page satu.Bila nak move ke page 2 tak tahu la kalau dah tahap boleh stop kejap blogging pulak belum campur lagi nak buka FB balas status org (niat lain tak ada,cari gaduh je keje).Dan dari tak suka tgk Maharaja Lawak Mega tetiba td tgk sampai habis.Isk!

Memandangkan kali ni dah masuk semester 4 maka 4 kali jugak la aku akan menghadapi final,baru aku perasan terdapat beberapa simpton biasa menyerang aku tiap kali final.Aku pun pelik kenapa tiap kali aku nak final,mesti jadi macam ni dan kalau tak final tak pulak macam ni.Ye ke?Boleh caya ke?So cekidout.

1-Selalu kalau time final exam,masuk je study week selalunya aku tak berdebar langsung sehingga kadang-kadang tu dah macam terpaksa menakut-nakutkan diri sendiri pulak sbb nak suruh berdebar,gile saiko,tapi bila esok nak exam aura berdebar tu baru datang.Tapi tak berdebar bukan bermakna aku dah terlampau genius sgt sampai 100% semua dah khatam dan save dalam kepala otak tapi itulah aku.Bak kata abah aku,"Rilex je manjang.Dah masuk degree pun gaya belajar macam tu jugak.Sama level je kesungguhan time nak ambik UPSR.Bila nak serious pun tak tahu la".Eh!Ini dh lebih ni.Nasib baik abah aku.Kalau kakak aku harus aku sumbat mulut dia dgn torch light.Ciri anak derhaka disitu.Ops,bukan.Ciri adik derhaka.

2-Masuk minggu study week je aku mesti jd manusia yg macam tak cukup hari nak tidur.Mata ngantuk je manjang sampai satu tahap kalau dapat lelap 10 saat pun dah kira heaven sgt dah.Nak kata kurang tidur sbb stay up study tak jugak.Tidur dah pd tahap sepatutnya dah dan kalau hitung terlebih pulak dari masa yg sepatutnya bukan ikut kiraan keperluan org dewasa tapi bayi.Hahaha!Lama siot.

3-Dekat-dekat nak exam aku mmg jd malas gila nak drive.Maka ada la yg jadik mangsa yg kena hantar ambik aku ke UMT.Macam-macam alasan la aku create untuk menegaskan "Kenapa aku tidak perlu membawa kereta ke UMT pada hari ini".

4-Biasanya kalau dekat nak final,time tu jugak aku jd over rajin nak kemas bilik.Cilakak betul.Hari biasa sikit punya susah nak push diri berkemas bagai.Ini bukan bermakna aku malas sampai bilik bersepah tapi bila time nak final exam je dtg mood nak mop lantai la,nak susun balik baju-baju dalam almari,nak iron semua baju,nak lap semua habuk,nak ubah kedukukan perabot dan kira macam-macam  la.Siotttttttttttttttttttttt je!Hari biasa tak ada pulak rasa macam tu.

5-Asal aku nak final exam je byk la dpt jemputan majlis kahwin la,kwn bersalin la,birthday party,kenduri doa selamat,jemputan makan-makan,anak bersunat,YES (tak berkait) dan sebagainya.

6-Dekat-dekat nak final ni jugak mesti tetiba aku jd kisah dgn gosip artis sampai gosip Rozita Che Wan ada affair  dengan Zain Saidin pun layan.Siapaaaa diaaa niiiii????????????Arghhhhhhhhhhhhhhh..............stress nya aku.

Dan begitulah.Macam tadi.Kata balik rumah je terus tuju meja study?Tak adanya.Tapi makan burger sambil layan CSI ada la.Lepas tu bukak internet.Malas la aku nak cerita.Tahu sendiri la kalau dah buka laptop tu buat apa.Tak adanya goggle cari tips "Menjadi seorang pelajar cemerlang" atau "Tips menghadapi peperiksaan".Heh!

Ok la dulu.Aku nak tidur dulu.Mana la tahu kot2 recall balik apa yg dah aku study tu.Kalau tak recall balik tak tahu la kalau nota yang dibaca tu baru dua baris ayat je pun.Oh,mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!



1 comment:

Rafhani said...

kuang asem,nk sumbat mulut aku nge torchlight.hehehe.sumpoh jd kangaroo br tau.weh,gudluck.wp rilek,result cemerlang.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You