Harini tak ada angin tak ada ribut,dengan badan lemau baru balik kelas Ekonomi tetiba datang mood nak buat cupcakes tu pun sbb melintas depan kedai jual barang-barang plastik pastu dia ada display cup untuk cupcakes tu kat luar kedai.Itu je pun.Hahaha!
Tapi faktor lainnya sbb aku tgk Damia sekarang dah mula nak makan itu nak makan ini tapi yang menjadi masalah dia bukan jenis lori MBKT yg angkut semua tapi ni Ferrari capacity 2 seats untuk 2 penumpang je.Boleh?Perumpamaan yg tak kena langsung.Ada aku kesah?Hahahaha!
Jadi walau pun anak aku tu dah start makan tapi dia ni jenis yg suka ambik bau dulu makanan tu sblm masuk mulut dia.Habit dari mana tak tahu la aku tapi aku assume ni mesti ikut bapak dia nih.Hipotesis sendiri.Hihihi!Dan satu lagi dia ni jenis tgk macam mana makanan tu di serve baru la byk sikit kuantiti yg masuk perut.kalau tak dia taknak makan.Itu la yg gigih aku tekap bagai roti nak A,B,C la...1,2,3 la....Layankan aje la.....Tapi itu je modal untuk dia.Dah cantik baru nak makan.Kalau hulur roti dalam keadaan biasa mmg dia cabut lari.
Jadi tanpa resepi aku bantai je la pakai resepi kek coklat aku.Janji ada nampak bentuk jangan tetibe transform jd apam sudah.Jadi sampai je rumah,aku terus kedapur.Tak sampai 20 minit pun semua dah beres.Senang woi.Dan anak sedara aku Amani gigih tgk aku buat sampai bila dah masak tu kejap2 tanya dah boleh makan ke belum?Dan yg paling tak tahan bila dia lari masuk bilik panggil aku dgn muka panik beritahu cupcakes aku mengembang besar dah lebih dari cups dia.Adoi!Budak-budak.Hehehe!
Susunkan cup-cup tu baik punya dalam loyang.Aku buat setengah adunan je.Itu yg just dapat dalam 12 cups je.Buat jadi taik gigi je la sbb tak sempat kenyang pun diorang melantak nnt.Hahaha!
Resepi ikut suka hati aku:
1 cawan gandum
1/2 cawan serbuk coklat
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak
2 biji telur
1/4 sudu soda bikarbonat
1/4 sudu baking powder
Aku campur sekaligus semua terus masuk dalam mixer.Done!
Masukkan dalam cups agak-agak la dlm separuh cup sbb nnt dia kembang.Aku letak jugak chocolate chips tambah rasa.Bakar dalam 20 minit,suhu 140.
Inilah dia hasilnya cupcakes coklat aku.
Kasi chance lagi pada yang mkn nnt risiko nak kena diabetic dgn tambah pulak topping coklat kat atas.Tabur gula colorful tu maka siaplah cuppies aku.Namun memandangkan aku tak guna resepi cupcakes seperti yg sepatutnya,maka kualiti cake didalam agak padat tapi rasa boleh tahan.Kira orait la untuk homemade punya cupcakes yang mmg sah-sah sendiri masak sendiri makan.Sekian~
No comments:
Post a Comment