Hari manjakan diri

Harini aku nak namakan Hari Cantik Sedunia,eh bukan,tapi hari Aku Nak Nampak Cantik Sebenarnya.
Tak ada angin tak ada ribut tetiba gigih nak pergi spa bagai
Alasan yg difikirkan kukuh sangat la kononnya adalah sbb badan lenguh mmg dah lemau sangat...
Serious rasa tak bermaya....kononnya la

Pastu tambah perisa,kalau badan lemau macam mana nak study hard untuk final nanti sbb mata asyik ngantuk je (padahal dah semulajadi macam tu)
Lagi....tubuh penat susah nak fokus...tapi main games berjam sampai pukul 4 pagi tak penat pula....syukur suami tak baca blog ni...muehehe!

Akhirnya pagi2 lagi suami kita hantar kita pergi spa...tapi siap warning lagi kalau org spa tu promote apa2 cakap takmau.Cakap nak mengurut je.Paham bos! (maklum la bos yg akan bayar nnt!).*Tunduk patuh
Tapi hampa sbb kalau pakai walk in ada hati nak masuk spa famous pastu tak buat appointment,jwbnya sila balik sekarang atau sila tunggu lagi sejam setengah.Sumpah mak tak kuasa.Sapu je la apa yg dioffer.
Jadi tak pasal2 aku buat facial muka.Motif?

Tapi tak puas hati sbb tujuan asal tersasar dan petang tu aku tak kira.Harus mengurut jugak harini.Konon esok kelas penuh dari pagi sampai petang.Esok pun sama sbb dah plan nak duduk library straight dua minggu.*Kononnya la

Jadi ber"scrub" (daki 4 inci sbb 27 tahun usia baru harini nak cuba)
Lepas tu facial dan lepas tu mengurut dan lepas tu urut dada sendiri pulak sbb terkejut tengok harga.Huks!
Apapun,orait la sbb rasa lega.Rasa ringan sangat badan dan rasa bertenanga sangat sbb lepas ni aku nak tidur.Tak kuasa nak berjaga.Hahahaha!Esok je la aku pulun study.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You