Annual Dinner UMT 2013

My last Annual Dinner at UMT.Diadakan di Permai Inn Hotel dan memandangkan lama dah tak membawa Damia jalan2 since yang last adalah sewaktu kami ke Singapore,itupun January....phewww!So we need a vacation walau vacation kami ni 15 minit je dari rumah.Kihkihkih!

So majlis tu pada Jumaat malam,pagi2 tu terus terus keluar siap satu luggage bagai.Kihkihkih!Pukul 12 tengahari dah check in melampau,Damia zzzZZZZzz pulak so lepak la sensorang baring atas katil sambil pandang syiling.Tak lama lepas tu terfikir nak call my cousin Ba suh datang entertain aku yg kebosanan takde tahap.

Actually Hotel Permai Inn ni dia ada dua wing.Aku choose new wing sebab dah tahu old wing sempit sikit bilik dia plus petang sikit dua classmates aku akan join sekali.Bukan time peak season  so harga tak la mahal sangat.Bilik kami ni rasanya caj RM250 including breakfast for two.Kalau old wing rasanya RM100++ je kot.

Condition bilik not bad la.For me so-so la.Petang tu my cousin datang so ajak dia lepak kat cafe kat bawah pekena teh tarik dia yg diorang claimed signature sangat tu.Hihihihi!Sedap juga.RM6 segelas.Hihihihi.Tapi makan kat cafe tu tak berapa ummmppppp sangat.Biasa je.

Tapi kesian kat Damia aku tak bawak pergi swimming pun sbb cuaca panas.Karang rentung pulak anak aku karang.Kikikiki!Next time la Damia,tunggu ayahanda balik kita pergi vacation.Aku bukan apa,sejak2 berbadan dua ni,kalau takde apa2 urusan aku lagi senang duduk rumah sebenarnya.Mmg malas nak keluar.Aku lagi senang berehat kat rumah sepanjang hari sampai nak jengah umah mertua pun dah jarang2.



View dari bilik tgk jalan je la.Takde yang x factornya.Kihkihkih!



Cousin aku yang rajin tolong touch up pastu mintak tolong cousin kawan aku pulak buat tang mata.Kemain kau.Aku pakai simple je.Tak kuasa nak memikir baju apa nak dipakai.Boyot buat cara boyot.Hihihihihi!





Classmates.Tak banyak pic aku snap sebab kemalasan nak bangun.Pinggang sakit2 so aku banyak duduk je.Orang datang ajak bergambar je baru aku bangun.Hihihihi!~




Comel2 haaa classmates aku ni.Aku je yg in the middle dah dapat nama the boyot!Hihihihi!



Damia seperti biasa,bawak hal dia je la.Kikikiki!Dia apa pedulik dengan sekeliling.




Ngah duk snap pic budak kecik,Ermin datang keluar.Bosan katanya.Kikikiki!



Classmates lagi....................



Dan lagi........................

Sebenarnya ada lagi pic tapi tetiba aku datang mood malas pulak.So bye je la....Hahahaha!Suka buat cerita tergantung.Kikikikiki!~

Stretch marks....ewwwww!

Stretch marks antara benda yang cukup dibenci kaum wanita.Eh!Ke ada yang tak peduli?Hihihihi.

I is peduli.Kikikiki!

Ok.Actually for a pregnant lady,to avoid stretch mark adalah time mengandung yang pertama kali.Masuk 'avoid' tu bukan la cakap 100% takde langsung,itu mmg impossible cuma pada aku tak salah berikhtiar.

Macam aku,perut tak la banyak sangat line watermelon ni.Hihihihi!Cuma nak cakap takde langsung tu memang....................

Dang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Panah petir!

Ok.Kalau ikutkan petua arwah tok aku dulu,nak avoid stretch mark ni masa first pregnant adalah dengan sapu minyak yang dicampur dengan bawang besar yang dimayang.Bukan bawang besar yang dikisar hokkey.Itu kau nak buat lauk nasik.

Jadi memalam tu rajin-rajinkan la diri sapu kat perut sebab makin besar perut,kulit makin tegang,lepas tu lagi nak dekat due,dia datang penyakit gatal2 nak garuk-garuk kat perut.Jadi benda ni akan kurangkan sikit kegatalan tu.Tapi mungkin tak semua la kaum wanita mengalaminya.Tapi aku simpton ni mmg ada bila kandungan atas 6 bulan.Heaven betul dapat garu-garu sambil tgk tv.Hihihihi!

Jadi masa pregnantkan Damia mmg cantik je la perut sbb aku follow petua tok aku tu plus kalau malas aku guna bio oil secara konsisten tapi pecah juga sikit kulit bahagian bawah perut time dah dekat sgt nak due.So sad cuma tak la sedih tahap kronik sgt sbb tak serious pun kalau nak bandingkan orang lain lagi teruk.Ada yang berbelang satu perut pun ada.

Jadi masuk yg kedua ni,tahu je pregnant aku pun terus cari cream yang sesuai.Minyak dgn bawang dilupakan terus sbb tak sempat weh!

Jadi dari 1st month pregnant aku stick dengan Coco Butter Massage Cream ni sbb pada aku ia teramat best.Bau best dan tak melekit-lekit sgt mcm minyak tu.Digunakan secara konsisten dua kali sehari selepas mandi pagi dan sebelum tidur.Hamboi!

Dan resultnya setakat ini mmg puas hati cuma taktau la kot2 sejarah berulang lagi macam time Damia dulu,dah dekat2 due,keluar jugak jalur yang dibenci tuh!Ciss!


r


Hands down...teee...heee

Semalam entah angin apa yang datang,tetiba mood rajin datang.Ewah!Memang extra rajin sebab selain duk berkemas bilik,maklum la hari Jumaat,seperti biasa sesi tukar cadar,kutip sampah,kemas apa yang patut adalah wajib memandangkan sekarang ni itu je masa terluang yang ada.Weekdays mmg tak dapat la sebab aku memang totally exhausted.Tambah lagi dengan berbadan dua mmg mengah dia adalah mengah double.

Jadi pagi Jumaat tu walau cuti mata tetap takleh nak sambung zzzZZZZz.Dia suh bangun jugak.Pejam macam mana pun,takleh nak continue tidur.Jadi aku pun bertungkus lumus buka satu-satu lemari mencari pakaian lama2 Damia waktu dia newborn dulu.Dan memang aku dah siap2 letak dalam box Mothercare color kuning tu.Bagus.Maka sesi pilih2 mana yang masih elok dan sekali mmg semua elok sebab aku rasa aku dah pernah buat sesi clearance dimana separuh dah pass pada akak aku perempuan garang tu,kakak ipar dan separuh lagi pada my cousin.Itu mmg tradisi keluarga kami.Pass sana pass sini.Plus Damia dulu pun ada juga aku pakaikan pakaian cousin dia yg dipass oleh sepupu aku.Maklum la sorang lahir bulan ni,lagi sorang gap 2 bulan,lagi sorang gap 5 bulan,pendek kata setiap tahun ada la tambah family baru.Meriah gitu.Hihihihi!Jadi kami memang selamba je kongsi baju anak2 ni.Hihihihi.Benda still elok beb.

Aku teringat kata-kata arwah ibu saudara aku Ngah,yang pernah cakap,"Baju hands down ni kadang-kadang boleh rapatkan hubungan antara bebudak ni tak kiralah antara adik beradik,sepupu sebab ia macam ada connection".Itu kata dia la dan aku pun setuju juga plus kita sendiri boleh jimat sikit belanja.Maklum la bukan duit kami ni banyak sangat sampai keluar satu anak,complete semua brand new,keluar dua anak,ulang benda sama.Habis yang dah ada tu nak campak mana?Hihihihi.

Kerana sekarang bila masuk second baby ni baru aku realize betapa banyaknya pembaziran aku suami isteri waktu nak sambut anak pertama dulu.Manakan tidak,ibarat semua benda nak beli.Selagi tak bersalin,dalam otak asyik rasa itu tak cukup ini tak cukup,macam banyak benda nak ditop up tapi end ups dengan kadang2 benda tu tak berbaloi pun guna.Contoh mcm bamboo seat,Damia pakai kejap je sebab gemuk lepas tu peha tak lepas.Lepas tu rimas,lepas tu meraung tiap kali diletakkan dalam tu.Boleh?

Sama juga baby cot.Sebulan je duduk lepas tu mak malas terus angkut tidur sekatil.Tapi yang kedua ni wajib kena ajar tidur kat baby cot sbb kakak besar dia ada.Dikhuatiri ada yg kena smack down free nanti.Jadi kalau aku rajin,bulan depan ingat nak cat balik baby cot Damia tu.Warna asal putih,tapi nak cat putih jugak kasi nampak baru.Hihihihi.

Due aku dijangka 1st October tapi memandangkan baru2 ni nurse dan pesan boleh dah get ready baby stuffs sikit2.So fikirkan condition aku sekarang ni yang mmg takleh lasak sangat sbb penat.Bayangkan pergi beli groceries pun tak sampai setengah jam,aku punya nafas dah serupa t-rex itu belum masuk lenguh kat pinggang,mengahnya.Mmg memacam la.

Jadi inilah hasil saringan mana yang aku boleh guna dalam tempoh pantang nanti.Semalam dah heret mak aku pergi kedai baby top up mana yang priority dulu macam bedung baby,kain yg barut baby tu etc.Beli pampers ,cuma starter pack untuk botol tak beli lagi.Mitten & booties,stokin aku rasa dah lebih dari cukup.Sekarang ni tak confirm lagi boy or girl walau doc dah bg hint cuma aku akan puas hati lepas 27 haribulan ni sbb aku nak buat 4D.Time tu mmg confirm.Tapi andai boy pun,aku pakaikan je yg color pink tu.Cuma jangan pakaikan skirt atau benda yg nmpk sangat girlnya tu sudah.Kalau girl,semua boleh masuk.Senang.Hihihihi.



Tapi still kena top up jugak nih tapi tak banyak la.Dan barang-barang lain tu nanti suami balik Malaysia la pergi beli dengan dia.



Rompers ni size mmg kecik yang amat.Mmg betul2 newborn je boleh pakai.Lepas habis pantang goodbye la rasanya.Aku pun rasa macam anak patung punya baju pun ada.Hiks!



Kakak yang kemain bersungguh hati kacau aku.Dia kalau boleh sedaya upaya nak gagalkan misi aku prepare barang adik dia nih.Aku susun cantik atas katil baju-baju ni,dia siap ugut aku nak lompat-lompat atas katil dengan harapan biar semua baju tu tunggang langgang balik.Sabor je la.Aku faham la dia dah mula datang rasa jealous takut nnt orang dah tak pay attention pada dia.Isk!Ni satu kerja pulak nak mencari bahan bacaan macam mana nak handle situasi macam ni.Hamboi.Kemain kau.



Pagi ni hero aku dengan sukarelanya ambik cuti satu hari semata-mata nak pergi Expo Pregnancy,Babies and Children kat Brisbane sana.Dua minggu in advanced dia mintak aku preparekan list barang baby yang nak dibeli.Siap bagi link website lagi.Syukur sekurangnya suami turun padang sama.Tak la aku yang kena handle semua.Letih wooo walau nampak simple je.

Ok.Awak comel la kanda dengan beg pink tu.Hikhikhik!


Dan ini hasil tangkapan suami pada hari ini.Bagi 6 items je,tapi dia cakap dia beli 10,tapi dalam pic ni aku nampak ada 7 je.Kikikiki!Takpe la.Janji yg aku highlight priority tu,dia belikan.Aku bukan apa,malas nak beli brg2 yang tak perlu memandangkan nnt nak berangkut pulak segala mak nenek ni bawak ke Australia sana.Mana nak bawak baby kecik lagi,toddler yang dia punya manja sekarang ni,ya rabbi,hanya Allah sahaja tahu macam mana menguji kesabaran aku.Jadi just beli mana yang betul2 nak guna dalam 2 or 3 months.Selebihnya nnt aku pepandai la top up beli kat sana.

Dan untuk second baby ini jugak,aku sedang prepare fizikal dan mental untuk fully breast feed dan aku start ambik supplement Shaklee dan moga Allah swt murahkan la rezeki susu pada aku nanti.Dan tu dia suami kemain support belikan Medela Freestyle bagai.Aku dah gagal untuk Damia dan aku akan berusaha keras untuk yang second ini.In sha Allah.

Stroller aku hold dulu.Patah hati aku smalam try angkat quinny zapp dengan yang extra tu.Boleh tahan berat.Itu aku rasa cari kat KL la kot.Tapi tgk keadaan la sbb sebenarnya stroller ni lebih murah kalau beli kat Asutralia.Aku baru fikir nak handle dua stroller nnt dah mula dtg semputnya cuma syukur Damia dah guna stroller utk toddler Maclaren yg sgt light sampai aku boleh sangkut kat bahu kalau dia tak duduk.Biasanya ini hanya berlaku kat airport la Stroller time Damia baby aku dah bagi kat abang aku.Itu time mcm org gila kat airport just aku dengan Damia tanpa suami.Mana lagi nak amik luggage,mana lagi nak pegang anak,mana lagi nak buka lipat stroller.I hate travelling without my husband.Hukhukhuk!Cuma selagi kau guna penerbangan BUKAN Air Asia,in sha Allah bila kau alone dgn anak2,pasti ada yg willing akan membantu.Aku maksudkan staff dia la.In sha Allah.Hukhukhuk!

Majlis Pertunangan

Minggu busy menyiapkan hantaran majlis pertunangan Faisal & Athirah bersama pasangan masing-masing.Dua orang sekaligus,senang u ollsss!


Singahsana.Kemain skang tunang pun dah macam kahwin yer.Aku dulu takde tunang-tunang ni.Pihak lelaki datang merisik,beberapa bulan lepas tu selamat Aku Terima Nikahnya.Hihihihi!Time merisik tu,2 buah kereta je datang.Discuss,pastu makan.Discuss pasal kitorang 10 minit je,discuss pasal isu semasa 2 jam.Boleh?

Pelamin ni simple je dan jimat ruang.


Ini hasil tangan aku yang rasanya dekat sebulan orang mintak tolong buat,lagi dua hari nak majlis baru aku tergagau nak buat.Hihihihi.Nak buat macam mana sibuk sangat dengan tugasan universiti.Plus aku tak larat sangat.Duduk lama-lama tak boleh.Berdiri lama tak boleh.Jadi pepandai la tolak tambah,akhirnya siap jugak.Rupanya nak buat semua ni 1 jam je pun.Hihihihi!Tema gold.


Inipun hasil tangan aku jigak.Gila sehari sebelum majlis mak pengantin reguest nak aku gubah untuk sirih guna sirih betul.Hari Jumaat beb mana nak cari.Last2 aku buat guna fake sirih.Nasib ler.Last minute tak dapek den nak nolong.Dah la time tu petang hari dah.Kalau pepagi mungkin sempat jugak aku pergi Pasar Payang cari tapi masalahnya pagi Jumaat tu aku ada paper lagi tapi last paper la.Memang tak sompek.Orait la fake sirih kalau aku bantai letak daun kaduk amacam?Hahahaha.Baru rare.Tema green.


Ini hantaran dari pihak sebelah lelaki.Kek bunga coklat tu bukan tapi aku gatal nak letak sbb nak bg balance gambar nih.Hihihihi!Tema pink.Tapi kena sangat2 dengan pelamin.


Ini dari pihak perempuan sebelah satu lagi.Tema purple.


Aku sempat snap candy buffet je.Makanan kat luar tak tersnap plak.Sebab lapor fikir nak ngap jer.Hihihihi!


Aku mmg suka giler dengan cake nih.Nice and simple.Semua creme takyah pakai fondant bagai tapi still nampak cantik jugak.Jangan tak tahu,yang buat ni adalah seorang lelaki.Mmg creatif habis.


Ini kelakar sbb aku yg tukang make up dia nih.Hihihi.Kejap je.Zup zap zup zap siappp!Huhuhuhu!


Layankan pic jer la.Nampak besar pulak aku kat gambar nih.Eh!Memang sedia besar ke?6 months pregnant.



Ini budak mmg otai betul haritu.Sikit dia tak peduli orang sekeliling.


Majlis yang tak sampai 2 jam pun sampai kena tukar baju sebab comot gila.Adoi la!

Dan inilah cerita weekend aku baru2 nih.Boring tak?Hihihihi.Orait la tu kasik warm up dulu sbb aku nak try hupdated blogsszzz secara konsisten lepas ni.Setakat ni baru niat la.Taktau la berjaya atau tak.Takut sama gak jadinya,satu entry satu bulan.Hahahaha!

Tapi macam orang nak tahu sangat cerita aku.Ke ada orang nak tahu?Hehehehehe!

Ok.Bye dulu.Assalamualaikum.

Cerita hari Selasa

Assalamualaikum..........

Try update using Ipad.Berkurun lama dah pakai harini baru nak try.Takpe la.Kita ni mmg selalu kena tinggal sikit kalau bab IT.Malas nak menggodek.Sama macam bila tgk org print screen msg handphone,sampai sakit kepala duk fikir mcm mana yer diorang buat.Nak bertanya malu.Kikikiki.    Itu yang orang tua- tua cakap malu bertanya sesat jalan.Kikikiki.Aku ni expert bab games je.Kalau tang smart phone tu,pakai je handphone smart tapi tuan empunya phone tak smart mana pun.Kikikiki!      

Susah la update kat sini.Takleh nak buat perenggan.Alahai Kassim!              

Apapun aku akhiri dengan tea hilang stress bak kata kawan aku.So aku try la.Tapinsorry la.Mungkin bagi dia hilang stress.Tapi aku lepas minum bertambah stress pulak.Sumpah aku tak suka bau dia.Arghhh!Tapi yang kat luar sana,tak salah kalau nak mencuba.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me