Bumbo seat for baby

To all mommies diluar sana,this bumbo seat amatlah bagus utk bayi anda.Damia sudah ada satu dan anda bila lagi?Ewah,macam iklan pulak.Bercerita tentang bumbo seat ni,aku memang dh lama sangat berkenan dengan benda alah ni setelah secara tidak sengaja ter"surf" laman web yang menjual kerusi comel ni.Namun niat nak membeli terbantut setelah di negeri kelahiran aku ni tiada dijual atau aku sebenarnya yang tak jumpa.Antara dua itulah dan pastinya pilihan lain adalah dengan membelinya secara online.Ntah macam mana (sebenarnya nasib tak beli lagi time tu.Huhuhu!),sepupuku telah meng"offer" kerusi ini pada aku kerana anaknya tak muat.Hohoho!Bagi baby yang badan agak besar,pehanya yang dah macam ubi kayu tu (anak aku baru ubi kentang),sangatlah tidak sesuaiiiii gitew!Kerana mungkin dikhuatiri masuk boleh keluar tak dapat atau sendat la senang.Jadi inilah dia Damia Little Star with her bumbo seat.


                                              
 This time tengah seronok layan Barney & Friends.Bak kata budak,aku tidak pernah ajar tengok cerita tu tup2 Damia ni macam interested setiap kali Harissa layan cd Barney.Nampak sangat she really enjoy the show.Hmm..
 Time makan pun boleh guna sebab ia didatangkan sekali dengan meja tersebut.Baguskan?hehehe.Sila ignore cara makan diatas.
Play time juga cuma si kecik ini tidak boleh duduk terlalu lama kerana dia cepat bosan dan akan menjerit minta diangkat dari kerusi.


Dan aku sememangnya suka sangat dengan kerusi ini kerana selain baby enjoy guna,ia juga senang dibawa kemana2.Aku pernah bawa ke restoren dan ada yang menegur aku bawak "toilet baby" ke?hehehe.Nak tegur pun agak2 la,sila tengok dengan teliti then baru la sound.Tapi biasa la orang kita,cakap pakai sembur jer bukan nak guna akal dulu fikir.Aku senyum jer la sebab tak kuasa aku nak layan.Huhuhu!

Dan sedikit info mengenai bumbo seat ini...


The Bumbo Seat allows baby to sit up and see the world around them. The soft foam seat is easy to clean and easy to carry around for use away from home. Babies can use the Bumbo Seat as soon as they have enough control to hold their head up and can continue to use it through their crawling and walking phase, as long as they will happily sit in it. If your baby is one who enjoys the Bumbo Seat, you might get a lot of use out of it. If your baby escapes the seat early, the price may be steep for limited use. Please note: The Bumbo Seat is not to be used on high surfaces such as tables or countertops!(aku kadang2 letak juga atas meja pastuh letak anak tapi aku tengok la dan bukan biar je.Bahaya weh!hahaha)

Ini tahun kami raya bertiga


Alhamdulillah.Aku panjatkan syukur padaNya dengan semua kurniaanNya kepada kami.Tahun ini meraikan Syawal bersama anakanda tercinta Damia.Sedikit berbeza jika ingin dibandingkan tahun2 sebelumnya.Sedikit penat namun kepuasan dan kenikmatan berkeluarga melebihi segalanya.Segalanya lengkap bagi aku dan aku bersyukur seadanya.Alhamdulillah.

Masih lagi seperti biasa rutin pagi disini,tengahari disana dan petang disini,malam disana kerana memandangkan jarak rumah mak ayah dan mertua hanya 10 km.Hahaha!

Satu hari sahaja boleh menziarah beberapa rumah saudara kerana kami tinggal berhampiran baik saudara sebelah aku mahupun suami.Meriah dan amat meriah sehingga perut makin ketat makin ketat kerana semua benda ingin diisi.Juadah raya usah cerita,ibarat "SALE" rambang mata beb!

Gembira 1,baik keluarga sendiri mahupun mertua semuanya membahagiakan.Terima kasih kalian.Syukur kerana mempunyai keluarga besar ini.Keluarga aku tidak besar.Abang dan kakak masing2 giliran disana,rumah aku tetap tidak sunyi walau kami hanya berenam.Pergi rumah mertua,nah berderet beratur tunggu "turn" nak duit raya.Maklumlah cucu mummy 38+1 (setakat ini si bongsu adalah Damia namun tak lama lagi ke 40 bakal menyusul bulan 11,bukan cucu bongsu tok lagi la Damia)

Gembira 2,dapat jumpa semua keluarga baik jauh baik dekat.Dan ini tak minta namun sudah dibagi ambil sahaja.Hehehe!Terus terang sahaja,memang "masyuk" betullah duit raya Damia dapat.Ayah bonda tumpang gembira.Ngada-ngada betul : )

Gembira 3,walau ringkas cukuplah untuk menjamu tetamu yang datang.Walau "originally" dari Terengganu tapi tahu masak lontong "sold out" juga.Hehehe!1st raya menu sate,ketupat palas dan rendang,kuah kacang dan lontong,nasi impit (tak lengkap tanpa tapai bungkus dalam daun getah namun memang tiada ini tahun dan sedikit hampa)

Gembira 4,pakai baju warna sedondon tapi Damia tak ada baju kurung sebab rasa macam tak berbaloi nak tempah memandangkan dia kecil lagi.Tahun depan sahajalah bila dah boleh berlari ops!berjalan.

Tapi raya ini ada juga benda yang masih sama naik muak pula.Hehehe!

Menyampah 1,mat rempit pun nak beraya tapi merempit juga dia tak ingat dunia.Kadang2 terlintas kat hati, "Mereka2 ni fikir apa sebenarnya??".Agak2 umur 50 tahun nanti diorang rempit lagi tak???Baju melayu pakai dah cantik tapi kalau bawa motor yang sepatutnya gerak 2 roda tiba2 jadi satu itu apa kejadahnya.Kalau terbabas mati tak menyusah orang tidak mengapa namun tetap juga menyusah orang dari awal sampai akhir.

Menyampah 2,biasanya golongan wanita.Sibuk "compare" kain baju raya dia,stail baju,warna,macam2 lagilah dengan baju orang lain punya.Hukhukhuk!!

Menyampah 3,rancangan kat tv..tak ada pun yang membina.Balik2 artis itu artis ini.Drama yang tak ada kena mengena (time raya siar cerita hantu,filem2 yang tak membina langsung.>>apa relevannya??)Dari awal puasa sibuk menyanyi je manjang,macam2 jenis lagu raya,majlis berbuka dengan artis la dan pendek kata seolah2 artis lagi hebat dari ulama'.Publisiti dia,"fuyyo dasyat!".Tapi aku tabik kat rancangan Jejak Rasul.Pengisian yang amat baik.Dan dari aku buang masa tengah artis tergedik2 nyanyi lagu raya baik aku layan rancangan masakan.Ada juga gunanya.

Namun apapun keadaannya,Alhamdulillah.Syawal ini sememangnya begitu bermakna.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me