Semangat baru ! : P

Kuatkah aku?Mampukah aku?Hehe.Aku dah start semester 3 maka dengan semangat berkobar-kobar dengan harapan semester nih aku berjaya meminimumkan "ketidakhadiran" aku ke kelas dengan alasan lapuk tak leh nak blah iaitu perut aku sakit tak tahu sebab apa.Hahaha!Huda memang paham sangat dengan aku sampai panggil aku Mrs.Excuses.Ciss!Semester 1 bolehlah lecturer tolak ansur sebab aku pregnant,tapi ini semester jangan harap la.Adui!Tapi serius la this semester subjek sangat la menguji kesabaran.Agak tough woi!!Kadang2 aku bersemangat waja namun kadang2,hurm faham2 jer la.Namun satu jer cara yang buat aku kembali semangat disaat semangat dah terkulai-kulai layu bila aku ingat anak kat rumah.Kalau aku main2 lagik this semester maka sia2 la segala usaha,dan sia2 la airmata anak aku yang menangis saban hari cari aku sampai bila aku balik jer sure melekat 24 jam macam anak beruang koala dah gayanya.Dan apa yang pasti aku mungkin mengecewakan harapan en hubby yang tidak putus2 memberi dorongan dan semangat siap mengalir air mata tambah lagi duit dia juga yang biaya pengajian aku dengan harga buku mahal yang amat nak buat macam mana dan aku confius gak tu air mata sebab terharu aku belajar ke atau sebab sedih duit banyak kena keluar?hahaha.Apa pun I Love U so Much laaa... : )

This semester aku kena amik 8 subjek bermakna 22 jam credit.Pulun,pulun sampai lebam!!Haha.

Macam ni la agaknya aku bila time exam nanti.Serious aku dah takleh nak study last minute macam dulu sebab aku kena prepare awal2 sebab faham2 la bila ada anak ni.Anak tu pun sentiasa dalam situasi "unexpected" dan untuk yang sudah bergelar ibu tu mesti tahu la macam mana.Serious la aku sekarang dalam usaha menukarkan waktu tidur Damia lebih awal dengan harapan lepas dia tidur jer aku leh la study sikit dari niat asal nak tidur anak tapi alih2 dengan aku sekali tidur sampai pagi.Ini kes naya nih!Huhuhu!Anak aku tu pulak macam tahu2 jer aku dah start belajar bila malamnya susah betul nak tidur dan kalau sebelum ni dia around 7 pm mata dah layu2 dan dia akan tidur hingga pagi dan jaga pun seban nak susu jer tapi skang ni around 10 to 11 pm baru la merenggek2 nak tidur.Puas aku usaha suruh tidur tapi takmau juga dia siap gelak2 ajak main.Adoi!Anakku.Kasihanilah bondamu ini.

Tips ni mungkin boleh pakai:

Dalam pukul 8 pm aku bawa dia masuk bilik,aku just bukak lampu tidur pastu buat konon2nya dah masuk waktu tidur dan make sure switch off tv sebab selagi tv on dia tak akan tidur.Kalau tak berjaya,arghhh!!!lantak kau la.Hahaha!Kau golek2 la dalam baby cot tu sampai penat.Huhuhu!


Ini ayat untuk memotivasikan diri sendiri.Ada ka?hahaha.

Anyone diluar sana,kalau ada tips2 berguna tuh,bolehlah share.Sangat2 mengalu-alukan idea2 bernas korang macam mana nak handle anak dengan status anda sebagai seorang pelajar sepenuh masa..daaa!

Kalau bukan kita,siapa?? Part 1

Hurm...saya mulakan dengan KALAU BUKAN KITA,SIAPA?Mesti korang terfikir apalah yang minah ni nak bebel pulak dalam entri dia ni.Sebenarnya saya sudah agak lama ingin meluahkan tentang perkara ini namun tiada kesempatan namun alang2 puteri comel sedang beradu,ambil shj peluang untuk berblogging semula.

Sebelum saya melahirkan puteri sulung saya,tidak dinafikan saya adalah antara ribuan peminat brg2 comel dari watak2 kartun Walt Disney,movies dan seangkatan dengannya.Kalau pergi kemana2 shopping complex,menjengah ke bahagian kanak2,butik2 mahupun kedai buku sekalipun merupakan satu kewajipan.Walau tidak membeli namun membelek sahaja sudah cukup buat saya tersenyum dan mulalah berangan2 untuk manjakan anak sendiri dengan barangan ini  tambah lagi kalau la anak itu adalah perempuan.Semua benda nak pink,pink,pink and pink!Sehingga sanggup membeli pada anak2 saudara sendiri memandangkan waktu itu belum ada anak lagi.

Akhirnya,2010 adalah tahun yang sangat bermakna bagi saya apabila selamat melahirkan anak pertama kami.And it's a gurl!Namun sesuatu telah merubah kegilaan saya itu dan tidak perlulah saya huraikan apakah penyebab yang membuatkan saya terkesima seketika.Chewah!Sebetulnya saya tidaklah ingin "MENGHARAMKAN" terus namun niat dihati yang suci ini adalah biarlah diberi secara berpada2 dan bukan sehingga menjadikan anak kita terlalu obses dengan watak2 kartun ini dengan dunia fantasi yang sengaja direka-reka.Ini saya tujukan pada mereka yang beragama Islam.

Sila fikir apa tindakan kita apabila:

1) Seorang anak kecil meminta ibu bapanya membelikan pakaian ala princess beserta sayap pari2 seperti watak kartun yang diminati.Si ibu setuju namun si bapa melarang kerana risau si anak akan menjadi terlalu taksub.Itu apabila ada tentangan maka ia tidak berlaku namun untuk kes dua2 menyokong tanpa memikirkan kesan bagaimana pula?Kadang2 tidak diminta anak namun ibu bapa yang membelikannya.

2)Si anak baru kehilangan sebatang gigi susunya dan pada malamnya meletakkan gigi tersebut dibawah bantal dengan harapan pari2 akan datang berjumpanya dalam mimpi.Situasi ini apabila anak ini percaya akan kewujudan pari2 dan apabila diberitahu pada ibunya,si ibu hanya ketawa dan berasakan betapa bijak dan lucunya anak itu.

3)Si anak menonton rancangan kartun kegemaran selama berjam2 dan ibu bapa hanya membiarkannya janji anak2 tidak menganggu mereka.

4)Situasi apabila si anak percaya kalau berbohong hidung menjadi panjang seperti watak dalam Pinochio dan jarang ibu bapa yang membetulkan semula dengan mengatakan bohong itu suatu yang dibenci Allah swt dan kita akan mendapat dosa.

Saya pernah bertanya anak saudara suami,siapa para sahabat nabi?Jawapannya sememangnya mendukacitakan apabila mereka hanya mencebik.Namun andai diaju soalan sila listkan nama princess2,atau siapa lagi hebat antara Woody atau Buzz Lightyear.Laju shj jawapan dari mereka.Hati seraya terasa sedih kerana dulu kita dibesarkan dengan kisah2 teladan para nabi,sahabat dan sbgnya.Merujuk situasi diatas,sebagai ibu bapa,apakah jawapan yang terbaik untuk kita berikan?Saya juga memikirkannya.

Saya tahu sedikit sebanyak mesti ada yang tidak setuju dengan saya.Pendirian saya disini adalah,pada saya tidak salah anak meminati kartun namun janganlah sehingga terpengaruh dengan watak2 didalamya namun sebagai ibu bapa kita haruslah mengambil sedikit masa untuk memerhatikan mereka dan membetulkan apa yang dirasakan salah dan bukan menyokong secara membati buta kerana KALAU BUKAN KITA,SIAPA lagi yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal mendidik anak2.Segalanya terletak pada kita.Anak hanya tahu meminta dan yang mengiyakannya adalah kita.Sedih apabila mendengar ibu bapa yang berkata "Nak buat macam mana,anak yang nak",seolah2 anak yang membuat keputusan untuk kita dan bukan kita yang membuat keputusan untuk mereka.Sekian.
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me