Cerita aku dan kereta

Semester baru,azam baru,kereta baru.Hahaha! (sangat mengada ok!).Tapi takpe la.Dah nak buat macam mana kalau umur masuk 28 tahun baru nak dapat kereta sendiri dan itupun ihsan dari suami.Tunggu duit aku sendiri rasanya 2018 belum tentu lagi dapat merasa kereta sendiri.

Cerita pasal kereta,mengimbau kenangan pertama kali dapat kereta,yg ni pulak ihsan bapa sendiri.Dari tadi asyik ihsan dari orang.Memang kesian la kat aku ni kalo diikutkan.Hihihi!Kereta pertama adalah kereta abah aku dia bagi aku pakai selepas aku kahwin.Waktu tu aku baru start kerja kat Shah Alam.Ikutkan aku just request motor je memandangkan tmpt kerja aku dgn rumah yg aku sewa dekat Bukit Jelutong tu cuma 2 km je jaraknya siap boleh balik rumah tidur sekejap setiap hari Jumaat time staff lelaki pergi solat Jumaat.Gile dekatkan?Hehehe.Jadi yg pertama tu adalah Proton Waja.Tapi permintaan aku nak motor tu telah ditentang keras oleh abah sendiri.Tak tahu la kenapa.Balik2 ayat dia,bahaya.Jadi akur je la dah alang2 orang dah offer tu.Dah ibarat orang mengantuk disorongkan bantal la lagaknya.Jd tak ada isu share kereta la.Ariey time tu dah ada kereta sendiri.Kereta dari zaman belajar TATI lg,dan mestilah Bumble Bees....heh tak....aku auta........Perodua Kancil..Aku tak letak "jer" kat belakang sbb kami mmg syukur sgt ada kereta ni walau kwn2 lain time tu dah ada kereta yg lg best dari kami.Aku tak pernah rasa kereta ni adalah kereta "biasa-biasa".Ini adalah krn kereta ni adalah yg paling best pernah kami ada.Hahaha!Kereta yg byk menggamit kenangan zaman susah senang kami nak mulakan hidup di bandar besor.Sob!Sob!Sob!Cuma kereta ni tak sesuai untuk abang ipar aku sbb gila azab kalo dia bwk sbb rapat kepala dgn bumbung.Hehehe!Nak buat camne kalo genetik besor.Hehehe!Tapi berlagakkan kitorang sbb baru kerja dah ada dua bijik kereta walau orang tak tau satu lagi ihsan dari bapa sendiri.Tenkiu daddy.Akanku balas jasamu itu dengan membeli kereta impianmu walau permulaan ni biarlah aku beli kereta model mainan dulu.Ala,bg up sikit semangat tu.Hikhik!

Dan selepas aku balik Terengganu semula untuk sambung belajar,kereta seterusnya adalah kereta abah aku jugak sbb Proton Waja tu aku sempat pakai satu sem je lepas tu telah dilanting-lantingkan pada akak aku puleks.Maka berkongsilah kereta aku dan abahku.Gila berlagak pergi kelas naik Toyota Camry hingga pernah surat permohonan sticker kereta aku ditahan sbb Bahagian Keselamatan buat siasatan kat aku kononya aku ada orang bela.Sungguh melampau sekali tuduhan tersebut hingga terasa mahu sahaja aku lingkupkan meja pengawai kat situ biar dia menulis kat atas lantai.Hahaha!Kot ye pun call la suh aku mai buat penjelasan ke apa tak pun biar aku bawak sekali "Sugar Daddy" aku tu.Tunjuk bokti sbb mmg selama ni mmg aku dibela "sugar daddy" a.k.a laki aku la.Tak pasal aku kena tunjuk kat diorg kad nikah aku.Tapi takpe la.Diorang mungkin nak menjaga pelajar kat sini.Harus fikir positif ok?Dan apa yg pasti,malaun mana la yg biar diri dibela sampai orang lain dapat taik sama.Tak tahu la aku sbb tak pernah pulak kenal mana2 student yg kena bela ni dan kalau dah kena bela takkan dia nak gtau aku kot.Hahaha!

Habis cerita takat tu.Dan memandangkan aku dgn aabah aku asyik berebut kereta je,maka Ariey pun decide la untuk beli satu kereta untuk aku.Maknanya kereta aku sendiri!!Eh,betol ke ni? (perasaan waktu mula-mula dia gtau aku).Serious mcm tak caya.Terus lompat bintang sorang2 kat dalam bilik.Gembira hokkeyyyyyyyyyyy!Maka bila dah namanya kereta aku maka segalanya aku la yg harus pilih.Jadi Ariey pun cakap ini untuk hadiah sempena birthday aku tahun ni.Isk!Tq walau pada aku untuk seumur hidup aku ini,dialah hadiah yg paling mahal aku pernah dapat.Ececece!Dan-dan je.Tapi mak sukeeeeee.....Apapun,syukur padaNya untuk rezeki yg Dia kurniakan pada kami sekeluarga.Alhamdulillah.

Jadi tak ambik masa sgt,untuk beberapa jam pilih kereta mana yg aku nak,test drive aku jugak yg kena drive sbb Ariey cakap kereta aku so aku la yg kena test best atau tak,dan percaya atau tak,hari yg sama jugak pergi bank utk loan.Gila drastik!Tak tercapai akalku kalau pikir balik.Gilos!Lps dah decide color apa aku nak dan process loan ambik masa dalam 2 weeks je rasanya............dan...................sila ambil kereta anda.


 Dulu aku pernah rasa zaman aku kecik lagu ni sgt tak releven

"Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Bolehku bawa ke sekolah (bdk zaman sekarang bawak kete g sekolah)
Pom!Pom!Pom!Kereta kecilku berbunyi,
Jangan harap nak naik free,
Silala bayar tige hengget..Wahahaha!"

Tapi zaman sekarang ni macam sesuai pulak dgn aku.Uhuks.




Weekend:Impiana Resort,Cherating

Tahun ni banyak betul jemputan kahwin kawan-kawan.Mana yang dapat kami attend tu,mmg kami datang la tapi kalau yg jauh-jauh sikit tu mmg susah sikit la.Jadi salah seorang kwn kami (kawan suami aku tapi kawan aku jugak) bakal menamatkan zaman bujang trang tang tangnya pada 10 March ini di Port Dickson.Memandangkan kami mmg sah-sah x dpt nak attend majlis dia,maka hujung minggu baru ni gigih plan turun ke Kemaman untuk jumpa dia dan juga geng2 bas sekolah waktu zaman TATI dulu.

Plannya kesana lepas solat Jumaat.Kalau ikut perancangannya mmg aku dah nak cancel segala memandangkan Damia yg tak berapa sehat,tp memandangkan hotel dah tempah segala maka plan jalan juga.Dan inilah first time aku guna pakai kad cuti2 Malaysia aku.Next entry insyaallah aku cerita pasal kad nih.

Plan asal nak menginap di Awana Kijal namun hampa sbb hotel ni dah keluar dr list so aku pun choose Impiana Resort,Cherating memandangkan location yg tak jauh sgt dari tmpt kami nak berkumpul tu.Memandangkan aku request deluxe room pastu nak bed king size maka dapat la bilik yg harga RM208/night.Ni after diskaun cuma aku pulak lupa nak tanya harga asal bilik tu.Maka bilik pada harga tu,expectation aku suami isteri pun haruslah tinggi.Maka kami gerak dr rumah around 4 pm dan sampai sana lebih kurang pukul 6 pm.

Waktu check in suasana kat situ sungguh la sunyi.Mmg tak byk kereta,eh,tak byk pengunjung.Hihihi!Takpe la.Mak suka.

Inilah ghupenya resort tu.Hmmm.....aku rasa mcm agak lain dr waktu aku datang dulu2 waktu bercuti dgn keluarga.Lain maksud aku bukan lagik gempak tapi lagi....hmmmm......jujur aku cakap bangunan mcm x ada maintanance langsung.Tangga ada yg dh patah,wayar yg berkarat dan berselirat,dan gambaran bangunan ni pun aku rasa mcm sesuai kalau nak bikin filem seram Melayu.


Damia yg excited tgk rumput macam kat rumah sendiri tak ada rumput.Haih!Tapi kalau tgk view dr jauh mcm ni nampak cantik.Tapi kalau tgk dr dekat,ah,malas aku nak cerita lagi.Layankan saje pic2 bawah ni.

Tgk sahaja tmpt parking visitor.Tmpat parking yg langsung tak berturap.Sama mcm dulu.No improvement cuma dulu best sbb dulu struktur bangunan still nampak baru.Kalau dah tak beturap,makanya sah2 takde kotak parking,maka ikut suka hati mak la nak parking lagu mana.

Ini keadaan dalam bilik.Hmm........agak disapointed jugak sbb katil je nmpk best.Lantai mmg lama,tv size screen laptop aku,selipar hotel yg disediakan.............hahaha....selipar jepun.Antara dinding toilet dgn bilik ada satu tingkap yg sebelah terbuka,sebelah tertutup.Serious mcm hotel tak siap.No langsir sbb dia just pakai bidai buluh.Aircond pulak mcm 10 tahun tak service.Kami anak beranak tidur pakai aircond plus kipas pun, no need selimut sbb tahap sejuk dia mcm kau tidur bilik takde aircond.


Dan dalam byk2 aku rasa ini je kot yg paling best pemandangannya.Kawasan pantai dia ni still bersih dan nampak macam terjaga.Ada suara bising2 kat luar tapi bukan suara visitor tapi suara anak-anak pekerja (based on baju yg mak dia pakai) sedang bersantai bersuka-ria kat bawah pokok.


View paling tak cantik tp anak aku ni seperti biasa,itupun nak jakun.Pasir yg ditimbun ntah hapa fungsi dekat tmpat parking kereta.

Datang semata-mata nak jumpa diorang ini.

Memandangkan kami just stay satu malam je,dan malam tu jugak kami berkumpul ngan member2,maka balik hotel just untuk tidur dan rehat sahaja.Ikut plan aku nak jugak pagi tu bwk Damia main swimming pool tapi kalau dah tgk kolam yg facing lobby tu air sikit punya berkeladak hijau,putus mood aku dibuatnya.Kalau dulu ada jugak air yg turun dari bumbung antara lobby atas ke kolam,tapi haritu mmg nan ado.
Maka bersiap-siap,pukul 9 dah angkut semua barang masuk kereta.Hahaha!Lepas tu pergi restaurant dia untuk breakfast.Seperti biasa haruslah buffet cuma choice mmg tak banyak la.Dan makanan pun makanan biasa yg kau boleh dapat kat luar jugak.

Lupa nak snap sblm Ariey makan.Point aku,kalau nak mkn ni kena request kat staff situ pastu diorang akan hantar kemeja.Dah la letak dalam mangkuk porridge,tp nak isi byk benda kat dalam tu,jadi sila bayangkan betapa hazabnya nak makan mee dalam mangkuk besar sikit dari mangkuk Barney Damia kat rumah.Rasa pulak,takat yg aku snap ni,itu je la yg Ariey makan.Mmg x sedap langsung.


Takde choice aku mintak telur separuh masak.Lepas tu Ariey mintak pulak telur rebus untuk Damia.Bayangkan kitorang nak blah baru telur tu sampai tapi still bukan telur rebus,tapi telur separuh masak jugak.Hmmm...mati akal kami nak makan apa pagi tu.Roti canai ada tapi tak menarik.Nak makan yg western mmg tak selera langsung melihatnya.

Ariey ambik muffin untuk Damia.Tak tahu la nak describe macam mana.Dah la rasa tengik,tak sedap.Keras pulak dah macam span cuci pinggan pun ada.Apa chef kat situ tak rasa dulu ke sblm nak hidang?

Ini je yang ok sikit masuk perut yang lain mmg sangat mendukacitakan.Memang kami tak makan byk sbb sibuk nak mengumpat je.Wahahaha!


Maka aku akhiri la dengan pic kabur satu family bg melambangkan perasaan kami pada hari itu yg juga kabur.Hahahaha!Ingat bolehlah release tension tapi kalau mcm ni buat semak otak ada la.Dan sungguh aku rasa tak berbaloi dgn apa yg kami bayar dgn apa yg kami dapat.Itu kira dah dapat diskaun dan harga asal rasanya mahu dekat2 RM300 kot.Hmmm....mmg rasa rugi la dgn RM208/night untuk hotel 4 star mcm yg diorang duk claimed tu.Sigh!

Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD)

Lately,byk betul penyakit2 yg tak diundang tu muncul.Tapi kalau think dr sudut positive,penyakit itu adalah ujian namun sekurangnya usaha la sikit untuk mencegah sebelum terkena.Ini kalau main ambik mudah je lepas tu dah berjangkit dgn orang lain pulak,mmg boleh mendatangkan marahhhh!!

Agak emosional aku dan sbb tu la kena up entry diawal pagi sbb terjaga nak buat susu Damia td,terus xleh tidur.Hahaha!

Actually selain dr virus yg menyerang kanak2 dkt Perak sana,ada lagi satu virus iaitu Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD) atau bahasa mudah sakit tangan,kuku dan mulut.Ia menyerang kanak2 bawah 5 tahun.

Dalam sebulan lepas rasanya,aku ada kerumah mertua dan kebetulan ada tetamu yg datang.Bkn orang lain pn tapi sedara sendiri jugak.Salah seorang dr tetamu tu ada bawa anak dia yg umur sebaya Damia.Ntah macam mana aku ada terperasan spot merah kat badan baby tu pastu aku pun gatal mulut tanya la mak dia kononnya ingat anak dia allergic ke ape.

Sekali mak dia jawab,"Ooo...doktor suspect dia ni kena sakit tangan,kuku dan mulut".Tapi selamba je muka mak dia time tu cuma aku je mcm hilang nafas 2 saat.Tak terkata aku time tu.Melopong aku.Sbb time tu aku tak shout kat dia maka aku shout kat sini je la,"KALAU DAH TAHU ANAK TU TAK KIRA LA DOKTOR SUSPECT KE ATAU MMG DAH CONFIRM KENA,YANG KAU KEHULU KEHILIR BAWAK ANAK KEMANA-MANA SIAP SIKIT PUN TAK RALAT STILL JUGA HANTAR ANAK KE NURSERY....................................kau tahu tak disease ni akan berjangkit kat budak2 lain?????????????".Eiiiiii........geramnya aku.

Overview sikit pasal ni,hand, foot, and mouth disease is a common viral illness that usually affects infants and children younger than 5 years old. However, it can sometimes occur in adults. Symptoms of hand, foot, and mouth disease include fever, blister-like sores in the mouth (herpangina), and a skin rash.

Yg mulut meletup-letup tu,kalau dah orang dewasa kena pun dah hazab,baby lagi la hazab.

Lepas tu dalam seminggu dua ni,anak sedara Ariey pulak deman,batuk,selsema.Bdk tu ada tunjukkan simpton tu tp bila tanya mak dia,confident je jwb takde kena mengena dgn virus tu.Just demam biasa je until aku pergi rumah abang ipar aku barulah biras aku gtau yg anak sedara Ariey tu sbnrnya kena virus tu la.Dah la ada satu hari tu anak aku mmg main sekali.Aku tak salahkan budak2 cuma aku tak faham kenapa parents diorang mcm ambik ringan je psl disease ni like takde apa la.Busuk2 seminggu je anak korang demam.Chait!

Dan yg buat aku lagi bengang,bila kakak ipar aku cakap anak dia berjangkit dr nursery dan ada 2 babies yg tunjukkan simpton yg sama tp parents diorg seperti biasa claim demam biasa dan hantar anak juga seperti biasa walhal mmg sah anak diorang ada disease tu dan dah jangkit anak orang lain la.Anak sedara aku tu la.Aku tahu la korang takut kena ambik cuti sampai seminggu jaga anak tapi sekurangnya biar la ada hati perut sikit.Fikir la anak2 orang lain yg mungkin akan berjangkit sama.Nak marah aku marah la.Aku nak cakap juga tu jenis parents bebal,penting diri.

Dan td aku baru perasan Damia ada simpton tu,then terus bawak jumpa doktor.Doktor direct je cakap mmg COMFIRM dah kena cuma aku pelik doktor klinik mana la yg diorang pergi tu yg duk cakap SUSPECT je manjang tapi dari anak kau la terus kena anak orang lain tapi nak claim SUSPECT lagi??????????Duk pegang la ayat tu setiap kali orang tanya kenapa anak ni nmpk mcm tak sehat?

Lepas tu doktor situ buat report ke Kementerian Kesihatan dan pihak sana akan pergi ke nursery tmpt aku hantar Damia.Jika ada at least 2 babies yg ada simpton yg sama,maka kena tutup seminggu la nursery tu.Nak buat mcm mana.Takkan nak spread kat anak orang lain lagi.Lain la spread duit best juga tapi ini spread virus.Sungguh tak bahagia.

Setakat ni Damia tak demam lg dan sebolehnya aku berdoa jauh la dr kena demam.Mcm ulcer tu ada satu spot kat hujung lidah.Sedih ok bila anak bagitahu mulut sakit.Dan aku usaha bg dia minum air masak byk2 then letak ubat titik yg doktor bagi tu.Yg mcm rashes tu aku sapu cream.So seminggu la kuarantin until sembuh betul2.Sampai habis anak sedara,anak sepupu aku tak kasi datang sini.Hahaha!Aku mmg over.Over ditempat yg sepatutnya la dan bukan berlagak cool ditempat yg bkn sepatutnya mcm dua ibu td.

Walau tiada ubat khas,walau doktor cakap don't worry,walau ipar aku cakap "Seminggu je" tapi aku aku tak ambik mudah.Aku nak anak aku sihat seperti sedia kala.Dan walau penyakit ni mmg la tak diundang,tp aku masih marah pd mereka yg tak ambil berat pasal ni.Dah la tak ambil berat,buat selamba pulak tu.Tak faham la aku dgn mentality kebanyakan kita ni.Mungkin sbb dia tak rasa.Yang kena anak.So itu yg tak ambik port tu.Hmmm.............

Sedikit info hasil goggle:

Prevention

There is no vaccine to protect against the viruses that cause hand, foot, and mouth disease.
A person can lower their risk of being infected by
  • Washing hands often with soap and water, especially after changing diapers and using the toilet. 
  • Disinfecting dirty surfaces and soiled items, including toys. First wash the items with soap and water; then disinfect them with a solution of chlorine bleach (made by mixing 1 tablespoon of bleach and 4 cups of water).
  • Avoiding close contact such as kissing, hugging, or sharing eating utensils or cups with people with hand, foot, and mouth disease.
If a person has mouth sores, it might be painful to swallow. However, drinking liquids is important to stay hydrated. If a person cannot swallow enough liquids, these may need to be given through an IV in their vein.

Treatment

There is no specific treatment for hand, foot and mouth disease. However, some things can be done to relieve symptoms, such as
  • Taking over-the-counter medications to relieve pain and fever (Caution: Aspirin should not be given to children.)
  • Using mouthwashes or sprays that numb mouth pain
Persons who are concerned about their symptoms should contact their health care provider.


Fakta untuk kaum ibu

Banyak orang post ni kat FB.Lepas baca terus rasa mcm nak mengandung lagi.Hehehe!Walau waktu deliver Damia dulu,Ariey tak sempat nak tengok sbb Damia dah tak sempat2 nak keluar maka kiranya dia takde pengalaman lagi la tgk proses kelahiran anak dia.Tapi apapun aku masih bersyukur sbb walau tanpa suami disisi waktu tu,aku kuat semangat untuk hadapi saat nak melahirkan Damia.Lagi sadis parents aku pun takde.OTW bercuti ke Langkawi nung.Hiks!Tapi apapun,mari kita berkongsi fakta best ini.
 
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Sumber:LifeFit.my

 

Kalau nak mengajar pekerja sekalipun,suara tu tak perlu la kuat-kuat dan lain la kalau kedai tu kepunyaan sendiri.Hehehehe!

Tadi ajak Ariey singgah Kiddy House untuk beli stok barang Damia.Kalau yg tinggal area Kuala Terengganu ni tahulah kedai ni adalah kedai yang jual segala macam barang2 keperluan kanak2.Memandangkan aku dah janji dengan mommy nak dinner sama,jadi harus beli barang dengan pantasnya.Jadi terkocoh-kocoh la aku naik ke level dua nak pergi ambik diapers dengan susu.Jadi tengah aku duk pilih diapers tu tiba-tiba dengar satu suara perempuan.Kuat gila suara dia tapi bukan dia menjerit tapi tgh bercakap.Aku pun pasang la telinga.Isk!busy body betul.Tadi kemain cakap kat Ariey sekejap je singgah nih.Hahaha!

Mula-mula aku macam pelik jugak bila dengar perempuan tu bercakap macam duk terangkan pasal susu kemudian pasal baby foods dan siap ada penerangan lengkap lagi.So aku mcm terfikirlah mungkin kedai ni ada hired orang yg tukang bagi khidmat nasihat kot berkaitan keperluan baby.So no wonder la kalo perempuan tu cakap suara kuat giler.Tapi kalo fikir logik,apa kejadahnya malam2 ada session mcm tu kecuali shopping complex yg besor2.Jadi kebetulan aku ada berhampiran so aku nampak dia dengan sorang lelaki tu yg waktu tu sedang pegang bakul.Bila dengar balik butir percakapan,rupanya dia mcm ngah trained lelaki tu supaya next time kalau datang situ harus beli barang yang dia dah point tu la.Oooooo....pekerja dia la tu kot sbb lelaki tu siap pakai uniform mcm driver.Mungkin baru start kerja sbb muka pn mcm2 blur2.Dan bersama dia tu ada sorang lagi nak kata perempuan tapi pakaian mcm lelaki siap pakai cap senget lagi.Malam2 takde matahari pun kena pakai cap yer?Erk.Dan budak tu dukung baby.Anak perempuan tu kot.

Mula2 aku tak ambik port sangat apa benda yg dia nak cakap tu cuma yg aku rasa nak gelak tu sbb gaya dia terangkan pasal diapers kat lelaki tu.Sangat detail ok.Aku letak la ayat dia bunyi lebih kurang macam ni "Anak saya pakai pampers Mommy Poko pants yg color pink extra soft dan itu la pampers yg terbaik kat muka bumi ni".Hahaha!Lepas tu dia usha diapers lain siap dengan komen lagi pasal kualiti konon mcm expert la sangat tapi yg tak tahan siap buat comparison harga dan terkeluarlah dari mulut dia "Kalo kat Mydin murah lagi ni!".Jadi kat sini aku sbnranya tak kesah sangat dia nak buat comparison harga ke,nak train pekerja ke,cuma aku tak faham kenapa dia mesti cakap dengan suara serious aku cakap satu floor boleh dengar sampai bangla yg jaga bahagian tu pun siap jeling kat aku.Dan orang yg dia ngah communicate tu pun ada kat sebelah je pun.Tapi tak tahu la kalau lelaki tu ada masalah pendengaran.Tapi biar kita think positive la yerk.Mungkin dia ni dah biasa bg talk kat orang so dah macam terbawa-bawa la kot jd kena bercakap dengan gaya yang bersungguh-sungguh dan kuat.So selama aku duk pilih dari susu,diapers sampai ke baby bath Damia and plus lain2 tu,maka selama tu la aku dengar suara perempuan tu.Namun gaya dia mmg nampak mcm berlagak la.Maklum la stylo habis ok.Kalah blonde Britney Spears lepas tu pakai legging dgn kemeja.Berbalik pada cerita legging ni,kalau rajin sila click SINI.Aku asssume kaya la tu kot sbb cara cakap macam mampu borong habis satu floor namun x semua yg kaya tu sombong.Hihihi!Dah selesai semua aku terus turun pergi bayar.Elok je ngah aku nak bayar,maka turun la orang-orangan tadi.Hehehe!

Q sebelah aku.Eh,kalau duk sebelah panggil Q ke?hehehe.Dia pulak perati barang aku.Jadi aku perati barang dia.Hehehe!Main balas2 pandang pulak.Dan kalau ikutkan dia punya pung pang pung pang satu floor tadi ingatkan byk la shopping tapi rupanya just beli kasut je sepasang harga RM20.Aku ingat berhabis la sampai lima nam ratus.Tapi mungkin dia nak spend kat Mydin kot sbb lagi murah.Aku ckp mcm tu sbb time kat kaunter tu pun eh,ada mention lagi psl Mydin tapi dia cakap dgn lelaki yg bawak bakul kosong tu la.Gemar benar dgn Mydin.Murah la katakan.Dan dgn selamba badaknya sorang lagi yg macam girl boy tu letak baby td atas kaunter.Dudukkan terus ok dan bukan letak tepi.Mungkin bapak dia punya kaunter la tu kot.Dan satu benda yg aku sangat tak suka tengok adalah bila orang suka letak anak atas kaunter lepas tu biarkan anak td duk mengganas tarik itu ini.Dan aku berani jamin teller yg dekat kaunter tu confirm bengang gile.Hehehe!Dan begitulah ceritanya.Macam-macam.

Aku ada handbag best.Kau ada? (Tajuk entry mintak penampar)

Apa yang paling menyakitkan hati disaat ini adalah apabila memandang wajah dua orang tu yang begitu bahagia sekali zzZZZzzz walhal aku dari tadi duk terkulat-kulat seorang diri takleh nak tidur.Itulah bahana tidur disiang hari.Anak tidur,mak pun sibuk nak tidur.Sekarang,rasakan akibatnya.Woooo..........tension wei!Macam2 benda dah aku buat nak suruh tidur tapi semua tak jalan.

Nak pergi ke hall menonton tv risau pulak takut dari seorang diri menonton tetiba berteman pula.Oh!Naik bulu roma,naik bulu roma.Hahaha!Dan masuk kali ni juga dah 3 kali aku duk buka tutup,buka tutup laptop.Alang2 dah dapat access Unifi yg kalo donlop zup zap zup zap  finish tapi sekali tgk button download hilang pulak.Stress betul aku kalau lagu nih.Ni mesti hilang waktu aku remove satu app yg aku rasa buat semak aku punya laptop je.Hmm...Nak main games,no mood plus aku dah explore habis dah games tu so keterujaan tu dah tahap minima dah.Bosan.

Hmmm....bosan taktau nak cerita apa ni weh.Hmmm...........ting!Tetibe idea masuk.Dia mai dah,dia mai dah.Apa kata kita kongsi tips.Sharing is caring la katakan.Soal berguna atau tak guna,eh,suka hati aku la.Tips aku.Hahaha!Tips aku la sangat padahal tips ni dari sorang mamat cina ni yg ajor.Huhuhu!Takpe la dari saper pun.Kata nak kongsi tips.Ok malas nak melalut panjang.Terus ke topik utama.

Kita mulakan dengan ayat iklan sikit.Adakah anda mempunyai handbag jenama jurulatih a.k.a Coach?Wah!Kalau ya,sila tak payah angkat tangan sbb sekarang ni berlambak orang pakai.Hahaha!Tak kisah la beli kat butik ke,online ke,or kat Padang Besar sekalipun,tapi tips yg aku nak share ni of cos la Coach original sbb kalau tak ori aku taktau la keberkesanan tu.Tapi kalau nak cuba tak salah.Cara explain tu mcm ramai sangat yg hadap nak tips dari aku.Huhuhu!

Kat sini aku nak selit sikit la untuk yg suka shopping handbag melalui online tu,dinasihatkan berhati-hati sbb walau femes mcm mana pun website yg jual produk online tu,kadang2 diorg ni buat onar jugak dgn campur barang diorg tu yg diorg CLAIM ori dgn barang yg tak ori.Percayalah sbb biras aku ada yg dah terkena.Bayar harga mahal tapi bila barang sampai kualiti sama standard dengan barang yg kau boleh dapat kat pasar malam.Ini serious tapi nak gelak jugak sikit kihkihkih!Selesai untuk pesanan khidmat masyarakat.Maklum la aku kan setiusaha Kelab Pengguna UMT.Hihihi!Haruslah selit nasihat yg berkaitan dgn pengguna.

Dan ini adalah antara koleksi handbag Coach yg aku ada dan.............................

................... sila jangan percaya dengan word koleksi tu sbb hakikat aku ada sebijik je pun handbag ni.Hahaha!Sila tutup muka sekarang.Tapi takpe la kurang-kurang aku mengaku dari duk pung pang pung pang claim ni handbag I yg terbaru,itu yang I beli last month,dan yg itu nenek I punya,ceh,ada lagi 18 bijik tapi kat rumah la,kat dalam gobok kayu as my koleksion,chait,walhal snap pic handbag tu kat butik time duk try tu tapi belinya idok.Itu lagi keji aku rasa.Hehehe!

Jadi bila dah spend duit lebih dari 1k hanya untuk handbag,simpton2 paranoid melampau tu automatik akan muncul tambah lagi orang mcm aku bila beg tu je la yg duk angkut kehulu kehilir tak kira majlis apa pun.Jadi rasa takut beg kotor tu mmg wujud la dan jelas kaum wanita ni mmg suka susahkah diri sendiri tapi aku tak kata semua la sbb bab handbag ni mmg takleh lawan kakak aku.Hehehe!So hanya tuan empunya diri sahaja la yg tahu.

Maka bila dah ada sebijik je handbag tu maka takyah la nak susahkan diri nak beli pencuci khas dia tu sbb mahal jugak rasanya.Dan ini ditujukan khas buat cheapskate mcm aku la.Dan satu cara yg boleh digunakan kalau tetiba kau nampak toing!spot kekotoran tak kisah la secalit coklat,tompokan air sirap bandung,dakwat etc,yea,sila jangan meroyan dulu sbb kau boleh cuba cara ni dan setakat ini aku buat mmg menjadi.

Gunakan shampoo jenama ini,color ini.Jangan duk gatai nak try shampoo yg lain sbb takut tak menjadi.Tapi kalo menjadi pls inform aku ok?Cara-caranya adalah dgn ambik satu bekas kecik lepas tu letak air pastu masukkan sikit shampoo,kacau guna jari pun boleh (itu pun nak bagitahu) supaya larut campuran tadi dan kemudian cuci kat tempat kotor tu.Ler,lagu tu je ke.Tips cinonet je tapi intro siap nak mengutuk bagai panjang berjela.Oh!Maafkan aku.Hahaha!

Selit jugak pic ni sbb paranoid takut orang tuduh dia sama mcm budak tuuut yg claim banyak handbag tu.Hahaha!Kononya ni bokti la nih.Kahkahkah!Kadang-kadang aku pun sama b***h mcm sesetengah orang tu jugak.Oh!Man.

Seperti biasa tajuk dengan isi entry selalu tak ngam ibaratnya tidak seperti irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan.Tak ada kena mengena .Sekian.

P/S:Masuk Subuh baru mata aku start ngantuk.So solat dulu pastu aku nak membuta pulak.Bye.

VISA

Haritu aku plan ingat nak kongsi la info berkenaan macam mana nak apply visa untuk menetap/kerja di Australia.Namun disebabkan segala urusan dilakukan oleh agen yang sudah dilantik oleh syarikat Ariey,so nampak gayanya tak dapat la nak cerita serba-sedikit prosesnya.

Namun apa yg pasti mmg memakan masa yg agak lama.Aku bg senang dua bulan la untuk siapkan semua.Maka don't expect benda tu kejap je apply pastu "Dah shiap!" bak kata Damia.Cuma aku tak sure la kalo yg nak further study tu ambik masa berapa lama.

Namun apapun,alhamdulillah segala selesai.Maka lepas ni harus byk cerita pasal journey baru aku pulak la.Haruslah byk benda yg nak dikongsi nanti.Insyaallah.

Dan urusan yg satu lagi tu yg mmg penting,yg mmg 3 bulan aku laki bini dok tunggu,akhirnya pun dah selesai.Alhamdulillah.Yabedabedoo!

Dan 19 haribulan ni aku start semester baru.Dan harap sem harus score la.Takmau malas-malas lagi.Hadiah dah dapat.So harus motivate diri la.Terima kasih suami.Huhuhu!
 
Ini pic tiga beranak tak semengah.Hahaha!Ini borang application untuk visa tu la.Kemain meleret lagi senyum aku kat pic tu.Hahaha!

Gila-gila remaja

Adakah zaman remaja anda indah?
Untuk aku teramat indah.Hehehe!Lebih-lebih lagi zaman sekolah.
Orang kata waktu remaja jiwa tengah panas,
Dan syukur walau jiwa panas membara sekalipun,ketakutan pada ma abah tu lebih dari segala,
Alhamdulillah berkat rasa takut dan respek itu,aku kini jadi ORANG,bukan jadi mambang.Hihihi!

Kini bila dah menginjak usia yang dua tangga lagi nak masuk ke angka 30,
Aku suka kenang balik setiap moment yang pernah ditempuh dulu,
Tak la kata segalanya berjalan seperti dirancang,
Namun masih mampu buat aku panjatkan kesyukuran,
Kerana dalam perjalanan itu aku temui ramai orang-orang yg telah membentuk aku pada hari ini,
Sigh.Senyum sendiri

Imbau zaman sekolah menengah,
Dan aku bandingkan dengan pencapaian hidup mereka-mereka yg pernah aku kenali,
Yang rapat mahupun yang hanya senyum sahaja sebagai medium tanda menegur,
Aku dulu disekolah duduk dikalangan mereka yang biasa sahaja,
Tak ada yang istimewa,
Digilai ramai?Ah,jauh sekali.Siapalah yg suka dengan gadis yg tak pernah kemas dgn uniformnya : )
Hebat akademik?Rasanya average sahaja : )
Tapi itulah aku.Bahagia dengan dunia aku.Waktu itu,dunia aku dan Rifhan.Sama-sama gila.

Teringat waktu sekolah dulu,
Ada geng-geng yang gah,
Jangan dicari pasal,kelak kau menyesal,
Tudung singkat,kain labuh,jalan mendada,lengan disingsing,
Pada mereka ikut peraturan sekolah itu sangat tak cool,
Suka "sound" or kutuk orang merata,
Pada dia semua orang tak kena dimata,
BF adalah perkara wajib harus ada

Hari ini tersenyum aku,
Kerana mereka yang gah waktu sekolah dulu rupanya biasa sahaja mereka,
Kerjaya tak se gah waktu mereka disekolah dulu,
Biasa-biasa sahaja,
Aku bukan la berniat nak mengata,
Cuma nak buktikan bahawa itulah kehidupan,
What comes around,goes around

Teringat cerita seorang teman sekelas.Teman aku ini datang dalam keluarga berada.Dia pernah dikutuk seorang teman yang lain yang memanggilnya "perempuan kampung" hanya kerana teman aku itu pakai lip gloss.Dan hari ini teman aku itu gah dengan kerjayanya dan kini menetap di luar negara.Namun teman yang satu lagi yang dulunya waktu sekolah berasakan dirinya begitu "hebat",digilai ramai (pemain bola katanya),pada hari ini hanya seorang wanita bekerjaya yang biasa aje,dan gaya..........mmg totally OUT.Itulah jangan dihina orang.Apa hina sangatkah status seseorang yg dari kampung sedangkan yg berkata-kata itu pun hakikatnya juga ORIGINALLY from kampung serupa macam aku juga : )

Namun syukur sekurangnya aku tiada moment seperti remaja dibawah dimana apabila usia menginjak ke angka 30,baru terasa menyesal kenapalah kamu pernah bergambar dengan gaya ini : )

Anda kelihatan coolkah dengan gaya ini?

Aku pun dulu gila-gila remaja,tapi tidaklah sebangang macam budak-budak kat atas ni!Kononya dah cukup ganas la tu.Eiiiiiiiiiiiiiii............takutnya aku.Ganas,ganas,ganas!

Percayalah,panas macam mana pun jiwa remaja,mereka yang selalu lawan guru,langgar peraturan sekolah,tak siap kerja sekolah,rebel tak kena tempat,tak akan berjaya pun mereka dalam hidup,memang level biasa sahaja dan tak seGAH zaman sekolah dulu.Jadi sila malu dengan diri sendiri sekarang sbb dulu kamu bukan dikagumi pun malah hakikatnya dibenci.

Tahu ungkap namun tidak tahu maknanya

Aku ramai kawan.Ya,ramai kawan.Maka bila ramai kawan bermakna aku ada bermacam-macam jenis kawan.Jadi hari ni aku nak cerita pasal kawan.Lebih spesifik,aku nak cerita pasal kawan perempuan.Memandangkan kawan perempuan aku terdiri dari pelbagai bangsa,pelbagai agama maka aku spesifikkan lagi kepada kawan perempuan yang berbangsa Melayu dan dilahirkan sebagai seorang Islam.

Ringkaskan cerita aku ada kawan perempuan yang bertudung dan ada juga yang tidak bertudung dan yang aku nak point ini adalah yang tidak bertudung.Maka apabila tidak bertudung kemudian ditegur supaya bertudung,jawapan biasa yang kita akan dapat adalah,"Aku tak mahu hipokrit la".Baiklah.

Dulu aku tak tahu apa maksud "hipokrit".Maka aku cuba cari maksud "hipokrit".Lebih mudah difahami maksud hipokrit itu adalah berpura-pura.Maka aku terfikir.Apa kaitannya dengan bertudung menutup rambut dengan ketidaksudian diri untuk menjadi seorang yang hipokrit?.Apa relevannya?Itu waktu aku masih naif.Masih kurang cerdik mungkin.

Dan kini bila dah cerdik sedikit,baru aku dapat faham dan relate dengan maksud kata-kata mereka itu.Oooooo....panjang ucapnya bagi menunjukkan,ya,saya sudah faham.

Tapi hari ini,satu situasi mudah yang merujuk kepada si dia yang berkata dan akhirnya memakan dirinya sendiri.Faham maksud aku?Kurang faham?Ok.Aku letakkan contohnya.Tidak,aku letak realitinya.Itu lebih mudah rasanya.

Si kawan perempuan ini tidak ingin bertudung kerana belum bersedia dan tidak ingin menjadi seorang yang hipokrit/berpura-pura.Dan itu katanya.Dan akhirnya yang aku rasa dia sudah termakan dengan kata-kata sendiri bila..................

Kenapa waktu hari besarmu pandai pula kau memakai tudung sewaktu majlis AKAD NIKAH namun kau bogelkan kepala semula sewaktu majlis BERSANDING.Ada perbezaankah?Kenapa kau berdandan cantik rambutmu untuk ke mana-mana majlis KERAIAN tapi kau kelam-kabut mencari sehelai tudung bg menutup rambutmu sewaktu menghadiri majlis KEMATIAN/KEAGAMAAN.Ada perbezaankah?Nah,seperti yang aku kata.Kau yang sebenarnya yang hipokrit/berpura-pura itu.Aku cuma senyum sampai telinga.Orang kata senyum,tak perlu kata apa-apa.

Bukan maksud aku dia harus berani pertahankan apa yg dikatakan namun point aku disini,jangan persenda hukum agama kalau tahu diri jahil.Kerana aku juga manusia yg serba kekurangan.

 Ihsan pok cik google.

Perancangan 2012-Damia kena hantar ke nursery

Akhirnya dengan persetujuan suami-isteri,kami sepakat hantar Damia ke nursery walau mak aku still willing nak jaga dia cuma aku rasa dah sampai masa bagi mak aku tu rehat sikit.Maka aku pun start la mencari-cari nursery yg sesuai.Sesuai kat situ adalah,nursery yg betul-betul dapat handle anak aku sbb Damia tak pernah dihantar kemana-mana day care maka faham-faham sendiri la macam mana nanti.Setelah sebulan survey nursery yg dirasakan sesuai akhirnya kami decide untuk daftarkan Damia ke An-Nur Child Development Centre yg terletak kat Batu Buruk dan bukan Batu Belah Batu Bertangkup yer.

Aku suami isteri siap pergi buat quick tour lagi kat tmpt tu dan ada juga la buat survey sikit gi tanya-tanya orang yg pernah hantar anak diorang kat sini dan mostly jawab agak berpuas hati la walau dalam ramai-ramai tu ada jugak sorang yg bg negative view tapi aku tak ambik port sgt sbb dia sendiri pun tak pernah hantar anak dia kat situ.Jadi better aku pegang opinion dari mommies yg mmg hantar anak mereka kat situ.Memandangkan Kak Aini (aku tak pasti apa position akak tu kat situ)meyakinkan aku yg Insyaallah diorang dapat handle anak aku tu walau meraung macam mana sekalipun dia.Confident level tinggi walau awalnya mmg aku cuak sbb iyalah,mesti aku tahu anak aku tu lagu mana.Tinggal dengan mommy sekejap pun menangis,inikan pula nak tinggal pada orang yang totally asing pada dia.

So aku kongsi sikit info la.For registration,charge dia RM350.Kalau hantar separuh hari iaitu kau mesti pick up anak kau jam 12.35 tengahari.Kalau ambik lambat,RM5 akan dicaj per hour dan cajnya adalah RM280 sebulan.Kalau hantar satu hari cajnya RM430.Dan kat sini tak ada trial-trial.Hahaha!So jangan mimpi la kau nak test dulu hantar satu hari pastu taknak byr dulu.Huhuhu!Aku tahu sbb aku tanya.

Untuk permulaan ni kami decide hantar separuh hari dulu.Nanti bila Damia dah dapat sesuaikan diri dengan environment kat situ,maka aku ingat nak letak satu hari la kat situ.


Ini merupakan 1st day dia.Aku start 1 Feb.Alhamdulillah pagi tu bangunkan dia cakap nak pergi school,terus bangun dan mandikan terus walau teacher dia cakap kalau tak mandikan pun takpe sbb nanti diorang akan mandikan.Tapi Ariey nak Damia biasa bersiap awal pagi.Syukur la dia tak merenggek.Orait je bangun siap senyum-senyum lagi.

Dan waktu hantar tu of cos la meraung dia tapi aku buat derk je terus tinggalkan dia dengan teacher dia.Aku ada jugak pesan kalau agak2 menangis tak makan pujuk tu,call je la aku.Hehehe!Tapi alhamdulillah waktu aku pick up tengahari tu,teacher dia cakap dia menangis kejap je lepas tu terus ok.Cuma tengahari je bila semua baby lain tidur dan dia takmau tidur,waktu tu dah datang sebak dia tu duk panggil bonda,bonda.Apa yang pasti kami laki bini mmg rasa macam tak caya je.Hahaha!

Hari kedua hantar masih lagi menangis kat depan pintu tapi itupun kejap je dan teacher dia cakap Damia ni dah macam boleh sesuaikan diri.Alhamdulillah.Pandai bawak diri.Dan begitulah seterusnya mudah-mudahan.

Dan satu yang kami perasan lepas hantar dia ke nursery,dia punya perangai dah lain sikit.Satu,dia dah tak meraung nangis lama-lama.Seminggu ni mmg tak ada langsung.Kedua,bila bwk dia kat tmpat yg ramai orang mcm kenduri atau waktu ziarah sedara-mara,dia pandai bawak diri.Dia dah boleh join orang lain.Kalau sebelum ni kalau boleh masuk dalam kain aku pun confirm dia masuk.Takut orang betul.Dan dia dah tak ada masalah dengan mommy.Memang melambung-lambung la tok dia puji bagus.Kalau sblm ni tok tegur pun tak mahu layan.Hehehe!

Dan begitulah.Nasib makin positif cuma aku doa jugak moga2 kalau anak aku tu behave dan pandai bwk diri,andai teacher nak serap masuk bersama dengan bdk 3 tahun,mmg aku suka sbb yang tu dah mcm sekolah.Mcm2 dia ajar sbb Damia ni mmg cepat belajar.Baru dua hari ke nursery pun dah bwk balik beberapa benda baru.Tak tahu la apa yg teacher ajar kat nursery sana.Tapi bab mengira 1 to 10,both Malay and English mmg dah dapat,A,B,C pun dah hampir nak complete dan dia pun dah mula kenal byk benda,dah start nak kenal huruf jawi dan tu pun dah rasa syukur sgt.Tapi teacher dia pun ada ckp diorg pun ada ajar guna flash card. 

Sampai sini dulu dan insyaallah aku ada juga nak kongsi pasal teknik mengajar anak mengaji Al-Quran cuma tunggu lepas aku attend kursus tu baru aku cerita.Huhuhu!Kursus yg bulan Feb dah terlepas sbb banyak sgt benda nak kena settle.Dan aku pun dah daftar Damia untuk pre-school di sekolah agama swasta Ibnu-Qayyum.Walau itu untuk tahun 2015 tapi daftar je dulu sbb cikgu kat situ cakap sampai 2014 pun dah fully booked.Ayo!Berebut-rebut orang nak masuk.Termasuk aku la tu.Hahaha!Tapi apapun,dah daftar tu kira ok la walau tak sure kami dah balik Malaysia atau belum time tu.Nampak gayanya kena start survey sekolah agama jugak la yg ada kat area Brisbane tu pulak.Moga dipermudahkan.

Bagaimana saya manfaatkan BB1M saya.Hahaha!

Maka BB1M aku sudah selamat dihabiskan kat MPH Subang.Tapi sebab dah rambang mata sangat last2 kena top up lagi cuma orait la sbb kalo kita spend semua voucher tu,MPH bagi lagi rebat RM10.Kira orait la.
Dua beg besar berisi of cos la buku.Hihihi!

Cuma bila dikeluarkan isinya,nah,pastinya bukan semua buku aku.Yang sebelah kiri tu semua Damia punya,sebelah dia pulak Abah aku punya,last yang tiga buah tu baru aku punya.Aik?Voucher buku siapa sbnrnya sekarang?Hahaha!Tapi takpe la.Nanti aku pergi lagi beli buku aku pulak.

Tapi kalo ingat haritu aku duk pung pang pung pang psl tak puas hati dgn student yg jual balik voucher tu walhal kalo manfaatkan betul2 BB1M tu,kurang2 dah lepas 2 buah buku rujukan.Maklum la sebijik-bijik bukan murah.Dan aku fikir,kalau xnak sgt guna beli buku rujukan,apa kata kita spend untuk orang lain punya buku.Dapat jugak manfaatnya sbb kalau pegang cash pun,setakat mana sgt RM200 tu.Boleh habis beli barang yg ntah hapa-hapa dalam beberapa saat je.Percaya la.Lagi-lagi kalo guna takat nak beli top up.Huhuhu!Tapi itulah.Macam sorang kwn aku ni cakap,kita tak akan tahu niat orang so kita fikir positif je la ye : )

Damia new haircut


Ok.Aku just nak cerita pasal Damia 2nd time gunting rambut.1st time waktu umur 6 bulan.Tapi yang tu bukan gunting rasanya tapi cukur kasi licin terus.Modus operandinya adalah kerana rambut anak aku tumbuh tak sekata.Atas je berambut tapi bawah nan ado.Tak tumbuh-tumbuh.Kalau orang tua-tua claimed rambut dimakan bantal,mmg tak ada kena mengena sbb anak aku sepanjang masa tidur meniarap.Maka jelas fakta tu jelas takleh pakai.Hihihi!

Maka haritu jenuh la aku dukung budak 12 kg ni bawak pergi ke satu saloon kat bandar KT ni jugak.Hati cuak jugak sbb anak aku ni jenis kalau orang yang dia tak kenal mmg menggelupur la dia tak mahu.Tapi aku main redah je la janji aku tak ternganga waktu balik dari kelas tgk rambut anak aku dah macam Abu Bakar Ellah dah gayanya bila dikerjakan sendiri oleh mak aku.Dia bukan boleh tgk rambut anak aku panjang sikit.Orang sajer je kasi simpan rambut depan kasi panjang sikit sbb baru nak feeling-feeling anak nampak cute mcm retis Korea la katakan tapi sekali mak aku transformkan jadik retis dari Sabah pulak.Woooooooooo!

Maka sblm perkara tak diingini berlaku,baik cepat2 bwk pergi saloon.


Jangan terpedaya dengan wajah cool ini sbb siap amoi tu kena lap air mata dia yang bercucuran laju membasahi pipi.Oooo...pandai pulak time ni kau nangis dalam hati.Kalau kat rumah,selagi tak nmpk anak tekak tak sah kalau menjerit.Itulah dia.Anak aku mmg bila dgn orang lain automatik jadik behave sangat.


Dah sampai tahap mintak tolong dah.Tapi yg pasti zup zap zup zap,5 minit tak sampai,okeh,done.Cuma tak puas hati jugak tang rambut depan tu.Dia potong still sama mcm mak aku buat.Wooooooooooo!Padan muka aku.
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me