Fakta untuk kaum ibu

Banyak orang post ni kat FB.Lepas baca terus rasa mcm nak mengandung lagi.Hehehe!Walau waktu deliver Damia dulu,Ariey tak sempat nak tengok sbb Damia dah tak sempat2 nak keluar maka kiranya dia takde pengalaman lagi la tgk proses kelahiran anak dia.Tapi apapun aku masih bersyukur sbb walau tanpa suami disisi waktu tu,aku kuat semangat untuk hadapi saat nak melahirkan Damia.Lagi sadis parents aku pun takde.OTW bercuti ke Langkawi nung.Hiks!Tapi apapun,mari kita berkongsi fakta best ini.
 
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Sumber:LifeFit.my

 

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me