Damia new haircut


Ok.Aku just nak cerita pasal Damia 2nd time gunting rambut.1st time waktu umur 6 bulan.Tapi yang tu bukan gunting rasanya tapi cukur kasi licin terus.Modus operandinya adalah kerana rambut anak aku tumbuh tak sekata.Atas je berambut tapi bawah nan ado.Tak tumbuh-tumbuh.Kalau orang tua-tua claimed rambut dimakan bantal,mmg tak ada kena mengena sbb anak aku sepanjang masa tidur meniarap.Maka jelas fakta tu jelas takleh pakai.Hihihi!

Maka haritu jenuh la aku dukung budak 12 kg ni bawak pergi ke satu saloon kat bandar KT ni jugak.Hati cuak jugak sbb anak aku ni jenis kalau orang yang dia tak kenal mmg menggelupur la dia tak mahu.Tapi aku main redah je la janji aku tak ternganga waktu balik dari kelas tgk rambut anak aku dah macam Abu Bakar Ellah dah gayanya bila dikerjakan sendiri oleh mak aku.Dia bukan boleh tgk rambut anak aku panjang sikit.Orang sajer je kasi simpan rambut depan kasi panjang sikit sbb baru nak feeling-feeling anak nampak cute mcm retis Korea la katakan tapi sekali mak aku transformkan jadik retis dari Sabah pulak.Woooooooooo!

Maka sblm perkara tak diingini berlaku,baik cepat2 bwk pergi saloon.


Jangan terpedaya dengan wajah cool ini sbb siap amoi tu kena lap air mata dia yang bercucuran laju membasahi pipi.Oooo...pandai pulak time ni kau nangis dalam hati.Kalau kat rumah,selagi tak nmpk anak tekak tak sah kalau menjerit.Itulah dia.Anak aku mmg bila dgn orang lain automatik jadik behave sangat.


Dah sampai tahap mintak tolong dah.Tapi yg pasti zup zap zup zap,5 minit tak sampai,okeh,done.Cuma tak puas hati jugak tang rambut depan tu.Dia potong still sama mcm mak aku buat.Wooooooooooo!Padan muka aku.

1 comment:

Rafhani said...

Ketulahan sbb kutuk ma.hohoho.tp ma sokmo wat ke hakim n amani.hahahah

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me