Perancangan 2012-Damia kena hantar ke nursery

Akhirnya dengan persetujuan suami-isteri,kami sepakat hantar Damia ke nursery walau mak aku still willing nak jaga dia cuma aku rasa dah sampai masa bagi mak aku tu rehat sikit.Maka aku pun start la mencari-cari nursery yg sesuai.Sesuai kat situ adalah,nursery yg betul-betul dapat handle anak aku sbb Damia tak pernah dihantar kemana-mana day care maka faham-faham sendiri la macam mana nanti.Setelah sebulan survey nursery yg dirasakan sesuai akhirnya kami decide untuk daftarkan Damia ke An-Nur Child Development Centre yg terletak kat Batu Buruk dan bukan Batu Belah Batu Bertangkup yer.

Aku suami isteri siap pergi buat quick tour lagi kat tmpt tu dan ada juga la buat survey sikit gi tanya-tanya orang yg pernah hantar anak diorang kat sini dan mostly jawab agak berpuas hati la walau dalam ramai-ramai tu ada jugak sorang yg bg negative view tapi aku tak ambik port sgt sbb dia sendiri pun tak pernah hantar anak dia kat situ.Jadi better aku pegang opinion dari mommies yg mmg hantar anak mereka kat situ.Memandangkan Kak Aini (aku tak pasti apa position akak tu kat situ)meyakinkan aku yg Insyaallah diorang dapat handle anak aku tu walau meraung macam mana sekalipun dia.Confident level tinggi walau awalnya mmg aku cuak sbb iyalah,mesti aku tahu anak aku tu lagu mana.Tinggal dengan mommy sekejap pun menangis,inikan pula nak tinggal pada orang yang totally asing pada dia.

So aku kongsi sikit info la.For registration,charge dia RM350.Kalau hantar separuh hari iaitu kau mesti pick up anak kau jam 12.35 tengahari.Kalau ambik lambat,RM5 akan dicaj per hour dan cajnya adalah RM280 sebulan.Kalau hantar satu hari cajnya RM430.Dan kat sini tak ada trial-trial.Hahaha!So jangan mimpi la kau nak test dulu hantar satu hari pastu taknak byr dulu.Huhuhu!Aku tahu sbb aku tanya.

Untuk permulaan ni kami decide hantar separuh hari dulu.Nanti bila Damia dah dapat sesuaikan diri dengan environment kat situ,maka aku ingat nak letak satu hari la kat situ.


Ini merupakan 1st day dia.Aku start 1 Feb.Alhamdulillah pagi tu bangunkan dia cakap nak pergi school,terus bangun dan mandikan terus walau teacher dia cakap kalau tak mandikan pun takpe sbb nanti diorang akan mandikan.Tapi Ariey nak Damia biasa bersiap awal pagi.Syukur la dia tak merenggek.Orait je bangun siap senyum-senyum lagi.

Dan waktu hantar tu of cos la meraung dia tapi aku buat derk je terus tinggalkan dia dengan teacher dia.Aku ada jugak pesan kalau agak2 menangis tak makan pujuk tu,call je la aku.Hehehe!Tapi alhamdulillah waktu aku pick up tengahari tu,teacher dia cakap dia menangis kejap je lepas tu terus ok.Cuma tengahari je bila semua baby lain tidur dan dia takmau tidur,waktu tu dah datang sebak dia tu duk panggil bonda,bonda.Apa yang pasti kami laki bini mmg rasa macam tak caya je.Hahaha!

Hari kedua hantar masih lagi menangis kat depan pintu tapi itupun kejap je dan teacher dia cakap Damia ni dah macam boleh sesuaikan diri.Alhamdulillah.Pandai bawak diri.Dan begitulah seterusnya mudah-mudahan.

Dan satu yang kami perasan lepas hantar dia ke nursery,dia punya perangai dah lain sikit.Satu,dia dah tak meraung nangis lama-lama.Seminggu ni mmg tak ada langsung.Kedua,bila bwk dia kat tmpat yg ramai orang mcm kenduri atau waktu ziarah sedara-mara,dia pandai bawak diri.Dia dah boleh join orang lain.Kalau sebelum ni kalau boleh masuk dalam kain aku pun confirm dia masuk.Takut orang betul.Dan dia dah tak ada masalah dengan mommy.Memang melambung-lambung la tok dia puji bagus.Kalau sblm ni tok tegur pun tak mahu layan.Hehehe!

Dan begitulah.Nasib makin positif cuma aku doa jugak moga2 kalau anak aku tu behave dan pandai bwk diri,andai teacher nak serap masuk bersama dengan bdk 3 tahun,mmg aku suka sbb yang tu dah mcm sekolah.Mcm2 dia ajar sbb Damia ni mmg cepat belajar.Baru dua hari ke nursery pun dah bwk balik beberapa benda baru.Tak tahu la apa yg teacher ajar kat nursery sana.Tapi bab mengira 1 to 10,both Malay and English mmg dah dapat,A,B,C pun dah hampir nak complete dan dia pun dah mula kenal byk benda,dah start nak kenal huruf jawi dan tu pun dah rasa syukur sgt.Tapi teacher dia pun ada ckp diorg pun ada ajar guna flash card. 

Sampai sini dulu dan insyaallah aku ada juga nak kongsi pasal teknik mengajar anak mengaji Al-Quran cuma tunggu lepas aku attend kursus tu baru aku cerita.Huhuhu!Kursus yg bulan Feb dah terlepas sbb banyak sgt benda nak kena settle.Dan aku pun dah daftar Damia untuk pre-school di sekolah agama swasta Ibnu-Qayyum.Walau itu untuk tahun 2015 tapi daftar je dulu sbb cikgu kat situ cakap sampai 2014 pun dah fully booked.Ayo!Berebut-rebut orang nak masuk.Termasuk aku la tu.Hahaha!Tapi apapun,dah daftar tu kira ok la walau tak sure kami dah balik Malaysia atau belum time tu.Nampak gayanya kena start survey sekolah agama jugak la yg ada kat area Brisbane tu pulak.Moga dipermudahkan.

1 comment:

FastRi said...

nok duk brisbane lok? dok kenal kepok ah kekgi damia

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You