Aku ada handbag best.Kau ada? (Tajuk entry mintak penampar)

Apa yang paling menyakitkan hati disaat ini adalah apabila memandang wajah dua orang tu yang begitu bahagia sekali zzZZZzzz walhal aku dari tadi duk terkulat-kulat seorang diri takleh nak tidur.Itulah bahana tidur disiang hari.Anak tidur,mak pun sibuk nak tidur.Sekarang,rasakan akibatnya.Woooo..........tension wei!Macam2 benda dah aku buat nak suruh tidur tapi semua tak jalan.

Nak pergi ke hall menonton tv risau pulak takut dari seorang diri menonton tetiba berteman pula.Oh!Naik bulu roma,naik bulu roma.Hahaha!Dan masuk kali ni juga dah 3 kali aku duk buka tutup,buka tutup laptop.Alang2 dah dapat access Unifi yg kalo donlop zup zap zup zap  finish tapi sekali tgk button download hilang pulak.Stress betul aku kalau lagu nih.Ni mesti hilang waktu aku remove satu app yg aku rasa buat semak aku punya laptop je.Hmm...Nak main games,no mood plus aku dah explore habis dah games tu so keterujaan tu dah tahap minima dah.Bosan.

Hmmm....bosan taktau nak cerita apa ni weh.Hmmm...........ting!Tetibe idea masuk.Dia mai dah,dia mai dah.Apa kata kita kongsi tips.Sharing is caring la katakan.Soal berguna atau tak guna,eh,suka hati aku la.Tips aku.Hahaha!Tips aku la sangat padahal tips ni dari sorang mamat cina ni yg ajor.Huhuhu!Takpe la dari saper pun.Kata nak kongsi tips.Ok malas nak melalut panjang.Terus ke topik utama.

Kita mulakan dengan ayat iklan sikit.Adakah anda mempunyai handbag jenama jurulatih a.k.a Coach?Wah!Kalau ya,sila tak payah angkat tangan sbb sekarang ni berlambak orang pakai.Hahaha!Tak kisah la beli kat butik ke,online ke,or kat Padang Besar sekalipun,tapi tips yg aku nak share ni of cos la Coach original sbb kalau tak ori aku taktau la keberkesanan tu.Tapi kalau nak cuba tak salah.Cara explain tu mcm ramai sangat yg hadap nak tips dari aku.Huhuhu!

Kat sini aku nak selit sikit la untuk yg suka shopping handbag melalui online tu,dinasihatkan berhati-hati sbb walau femes mcm mana pun website yg jual produk online tu,kadang2 diorg ni buat onar jugak dgn campur barang diorg tu yg diorg CLAIM ori dgn barang yg tak ori.Percayalah sbb biras aku ada yg dah terkena.Bayar harga mahal tapi bila barang sampai kualiti sama standard dengan barang yg kau boleh dapat kat pasar malam.Ini serious tapi nak gelak jugak sikit kihkihkih!Selesai untuk pesanan khidmat masyarakat.Maklum la aku kan setiusaha Kelab Pengguna UMT.Hihihi!Haruslah selit nasihat yg berkaitan dgn pengguna.

Dan ini adalah antara koleksi handbag Coach yg aku ada dan.............................

................... sila jangan percaya dengan word koleksi tu sbb hakikat aku ada sebijik je pun handbag ni.Hahaha!Sila tutup muka sekarang.Tapi takpe la kurang-kurang aku mengaku dari duk pung pang pung pang claim ni handbag I yg terbaru,itu yang I beli last month,dan yg itu nenek I punya,ceh,ada lagi 18 bijik tapi kat rumah la,kat dalam gobok kayu as my koleksion,chait,walhal snap pic handbag tu kat butik time duk try tu tapi belinya idok.Itu lagi keji aku rasa.Hehehe!

Jadi bila dah spend duit lebih dari 1k hanya untuk handbag,simpton2 paranoid melampau tu automatik akan muncul tambah lagi orang mcm aku bila beg tu je la yg duk angkut kehulu kehilir tak kira majlis apa pun.Jadi rasa takut beg kotor tu mmg wujud la dan jelas kaum wanita ni mmg suka susahkah diri sendiri tapi aku tak kata semua la sbb bab handbag ni mmg takleh lawan kakak aku.Hehehe!So hanya tuan empunya diri sahaja la yg tahu.

Maka bila dah ada sebijik je handbag tu maka takyah la nak susahkan diri nak beli pencuci khas dia tu sbb mahal jugak rasanya.Dan ini ditujukan khas buat cheapskate mcm aku la.Dan satu cara yg boleh digunakan kalau tetiba kau nampak toing!spot kekotoran tak kisah la secalit coklat,tompokan air sirap bandung,dakwat etc,yea,sila jangan meroyan dulu sbb kau boleh cuba cara ni dan setakat ini aku buat mmg menjadi.

Gunakan shampoo jenama ini,color ini.Jangan duk gatai nak try shampoo yg lain sbb takut tak menjadi.Tapi kalo menjadi pls inform aku ok?Cara-caranya adalah dgn ambik satu bekas kecik lepas tu letak air pastu masukkan sikit shampoo,kacau guna jari pun boleh (itu pun nak bagitahu) supaya larut campuran tadi dan kemudian cuci kat tempat kotor tu.Ler,lagu tu je ke.Tips cinonet je tapi intro siap nak mengutuk bagai panjang berjela.Oh!Maafkan aku.Hahaha!

Selit jugak pic ni sbb paranoid takut orang tuduh dia sama mcm budak tuuut yg claim banyak handbag tu.Hahaha!Kononya ni bokti la nih.Kahkahkah!Kadang-kadang aku pun sama b***h mcm sesetengah orang tu jugak.Oh!Man.

Seperti biasa tajuk dengan isi entry selalu tak ngam ibaratnya tidak seperti irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan.Tak ada kena mengena .Sekian.

P/S:Masuk Subuh baru mata aku start ngantuk.So solat dulu pastu aku nak membuta pulak.Bye.

1 comment:

Unknown said...

salam...di sini ay ada menjual handbag, wallet, jam original direct dari US....HARGA sangat2 murah dari butik....around 500-1200...berbanding butik yang berharga 3000 4000...dijamin 100 percent original...jika berminat boleh lawat page fb saya oristuffbizonline .. tq :)))

https://www.facebook.com/OriBizonline?ref=hl

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You