Tadi ajak Ariey singgah Kiddy House untuk beli stok barang Damia.Kalau yg tinggal area Kuala Terengganu ni tahulah kedai ni adalah kedai yang jual segala macam barang2 keperluan kanak2.Memandangkan aku dah janji dengan mommy nak dinner sama,jadi harus beli barang dengan pantasnya.Jadi terkocoh-kocoh la aku naik ke level dua nak pergi ambik diapers dengan susu.Jadi tengah aku duk pilih diapers tu tiba-tiba dengar satu suara perempuan.Kuat gila suara dia tapi bukan dia menjerit tapi tgh bercakap.Aku pun pasang la telinga.Isk!busy body betul.Tadi kemain cakap kat Ariey sekejap je singgah nih.Hahaha!
Mula-mula aku macam pelik jugak bila dengar perempuan tu bercakap macam duk terangkan pasal susu kemudian pasal baby foods dan siap ada penerangan lengkap lagi.So aku mcm terfikirlah mungkin kedai ni ada hired orang yg tukang bagi khidmat nasihat kot berkaitan keperluan baby.So no wonder la kalo perempuan tu cakap suara kuat giler.Tapi kalo fikir logik,apa kejadahnya malam2 ada session mcm tu kecuali shopping complex yg besor2.Jadi kebetulan aku ada berhampiran so aku nampak dia dengan sorang lelaki tu yg waktu tu sedang pegang bakul.Bila dengar balik butir percakapan,rupanya dia mcm ngah trained lelaki tu supaya next time kalau datang situ harus beli barang yang dia dah point tu la.Oooooo....pekerja dia la tu kot sbb lelaki tu siap pakai uniform mcm driver.Mungkin baru start kerja sbb muka pn mcm2 blur2.Dan bersama dia tu ada sorang lagi nak kata perempuan tapi pakaian mcm lelaki siap pakai cap senget lagi.Malam2 takde matahari pun kena pakai cap yer?Erk.Dan budak tu dukung baby.Anak perempuan tu kot.
Mula2 aku tak ambik port sangat apa benda yg dia nak cakap tu cuma yg aku rasa nak gelak tu sbb gaya dia terangkan pasal diapers kat lelaki tu.Sangat detail ok.Aku letak la ayat dia bunyi lebih kurang macam ni "Anak saya pakai pampers Mommy Poko pants yg color pink extra soft dan itu la pampers yg terbaik kat muka bumi ni".Hahaha!Lepas tu dia usha diapers lain siap dengan komen lagi pasal kualiti konon mcm expert la sangat tapi yg tak tahan siap buat comparison harga dan terkeluarlah dari mulut dia "Kalo kat Mydin murah lagi ni!".Jadi kat sini aku sbnranya tak kesah sangat dia nak buat comparison harga ke,nak train pekerja ke,cuma aku tak faham kenapa dia mesti cakap dengan suara serious aku cakap satu floor boleh dengar sampai bangla yg jaga bahagian tu pun siap jeling kat aku.Dan orang yg dia ngah communicate tu pun ada kat sebelah je pun.Tapi tak tahu la kalau lelaki tu ada masalah pendengaran.Tapi biar kita think positive la yerk.Mungkin dia ni dah biasa bg talk kat orang so dah macam terbawa-bawa la kot jd kena bercakap dengan gaya yang bersungguh-sungguh dan kuat.So selama aku duk pilih dari susu,diapers sampai ke baby bath Damia and plus lain2 tu,maka selama tu la aku dengar suara perempuan tu.Namun gaya dia mmg nampak mcm berlagak la.Maklum la stylo habis ok.Kalah blonde Britney Spears lepas tu pakai legging dgn kemeja.Berbalik pada cerita legging ni,kalau rajin sila click SINI.Aku asssume kaya la tu kot sbb cara cakap macam mampu borong habis satu floor namun x semua yg kaya tu sombong.Hihihi!Dah selesai semua aku terus turun pergi bayar.Elok je ngah aku nak bayar,maka turun la orang-orangan tadi.Hehehe!
Q sebelah aku.Eh,kalau duk sebelah panggil Q ke?hehehe.Dia pulak perati barang aku.Jadi aku perati barang dia.Hehehe!Main balas2 pandang pulak.Dan kalau ikutkan dia punya pung pang pung pang satu floor tadi ingatkan byk la shopping tapi rupanya just beli kasut je sepasang harga RM20.Aku ingat berhabis la sampai lima nam ratus.Tapi mungkin dia nak spend kat Mydin kot sbb lagi murah.Aku ckp mcm tu sbb time kat kaunter tu pun eh,ada mention lagi psl Mydin tapi dia cakap dgn lelaki yg bawak bakul kosong tu la.Gemar benar dgn Mydin.Murah la katakan.Dan dgn selamba badaknya sorang lagi yg macam girl boy tu letak baby td atas kaunter.Dudukkan terus ok dan bukan letak tepi.Mungkin bapak dia punya kaunter la tu kot.Dan satu benda yg aku sangat tak suka tengok adalah bila orang suka letak anak atas kaunter lepas tu biarkan anak td duk mengganas tarik itu ini.Dan aku berani jamin teller yg dekat kaunter tu confirm bengang gile.Hehehe!Dan begitulah ceritanya.Macam-macam.
No comments:
Post a Comment