Ramadhan 2015

Assalamualaikum.First of all, Salam Ramadhan Al Mubarak to all muslim around the world 
( Fefeling blog go internationale.Mihmihmih!).Harini dah masuk hari ke 11 berpuasa.Alhamdulillah.

So what so special during Ramadhan?Mesti banyakkan.So marilah kita grab the opportunity untuk collect seberapa banyak pahala dibulan yang mulia ini In shaa Allah.Solat jangan tinggal,buat semua perkara sunat,recite Al Quran (kalau tak mampu curilah masa sikit untuk baca kalau boleh setiap hari),sadaqah,jamu orang berbuka dan sebagainya.

Orait.Citer dibulan puasa ni,hamboi kau berpusu-pusu orang duk share recipe.Sampai jammed wall I.Kahkahkah!Actually I pun ada gak sebenarnya share recipe tapi secara secret la.Nampak recipe best share tp set ONLY ME yang boleh view.Buruk tak perangai?Hahaha.Sebab diorang ni dengki.Asal kita share je berpusu-pusu mintak sikit nak rasa.Mcm la sekali share terus buat.Muhahaha!

Ok dah nak masuk pertengahan puasa pun,how time flies kan.Cepat je masa berlalu.I pulak kat sini masih sama macam last year,start puasa sorang2.Kalau last year my cousin willing datang dari Melbourne sbb nak temankan kita berpuasa sama-sama sbb last year suami kena ke Adelaide.Rindu juga ramdhan last year sbb boleh tahan meriah plus bebudak aviation yg rapat sket ngan kami ada lagi kat sini.Tp this year semua dah takde,dah grad,dah kerja,dah kawin,dah ada awek.Kikikiki.This year my cousin tak dapat datang lepas tu husband kena ke Roma pulak.Maka bertabah la.

Maka bila sensorang je berpuasa,makin ligat la I bisnes.1st day puasa kita open order Air Lai Chi Kang.Alhamdulillah menggalakkan.Sempat la tiga kali open for order.Hihihi.Maklum la bila masuk je Ramadhan mesti ada yg rindu makanan kat tanah air.Standard la hidup merantau ni.

Mcm my friend usik I,mesti rindu bazaar Ramadhan kan.Hihihi.Jawapannya adalah tidak,sbb my family mmg bukan jenis suka beli makanan di bazaar.Lagi la my dad yg tak akan makan langsung makanan beli kat bazaar mahupun pasar malam.Dan family kami pun kalau berbuka tak la meriah sangat makanan di meja kecuali ada tetamu.Ini sbb family kecik jd takut membazir,maka selalunya masak tak banyak pun dan pemanis mulut selalunya satu je.I pulak sesekali suka juga pergi ke bazaar cuma kalau beli makanan lepas tu tak habis makan siap la kena bebel ngan mak dan abah.Jd selalunya I kalau pergi just beli satu atau dua atau tak pergi langsung.Mmg every year setiap kali ramadhan I pergi 3,4 kali je tu pun yg selalu pergi dekat ngan rumah mertua.Jd bila dah biasa mcm ni,rindu tu mmg tak la.Dan mak kita jenis rajin masak so makan masakan mak je la.Skang I pulak dah jd mak,maka praktik la rutin yg sama.Kalau rindu makanan Malaysia tu sebenarnya lebih pada rindu masakan mak dan mertua.Tu je la.Kat sini kau teringin je mmg boleh buat sbb bahan2 mudah nak cari.Mmg ada.Kebanyakannya la.Don't worry.Cuma kalau kepingin lemang dalam buluh mmg tak dapat la.Nak craving pun agak2 la.Kakakaka!

I pun takde la nak berdendang perantau sangat sbb masih lagi rutin setiap tahun iaitu pasti akan pulang beraya di kampung.Setakat ni takde plan lagi nak beraya di bumi ratu ni.Hehehe!Tak pernah pun raya sini.Tinggal tak sampai seminggu je lagi.So excited.Brg nak bwk balik dah asing sesiap sejak dua minggu lepas lagi.Hahaha!Kami ni mmg mcm ni.Dari Australia nak ke Malaysia,kemas baju dua minggu awal.Dari Malaysia nak ke Australia balik,esok nak fly,dua hari sebelum baru terhegeh-hegeh mengemas.Hahaha!



Last week hari ke 3 puasa I open order Nasi Dagang Terengganu dengan kuih keria.Hari ke 4 puasa,I open for order nasi ayam.Alhamdulillah.Ramai juga yg order.


Ini ramai yg nak sampai tak cukup.Kikikiki.Nampak nau semua orang rindu kuih2 Malaysia kan.Ini kuih keria.Ini jual2 ni untuk komuniti Malaysia je bukan orang luar.Counsil dah bg garis panduan kami hanya boleh berniaga sesama komuniti dan setiap makanan haruslah dipack siap2 dari rumah.Maknanya takleh la open stall nak menggoreng bagai.Hahaha! Nak buat apa2 undang2 kena follow jugak sbb kita kat tempat orang.Diorang dah bg garis panduan so follow je.Cuma jangan jd 
mcm ada hamba Allah ni sakit hati tak tau kenapa dengan orang siap marah2 student berniaga.Katanya " Ni datang nak belajar ke nak berniaga".Aduh la wahai Melayu sorang ni.Apa kau ingat yang datang sini semua belajar ke?Kami ni datang sini bekerja.Kikikiki.Kesiankan org mcm ni.Kita doa biar dia jd orang yang baik dan bertaubat atas keceluparan dia tu dan mengguris hati orang lain.


Dan yang ni pulak bubur kacang tp ni non profit punya sbb untuk kutipan derma bg membantu saudara seagama kita iaitu Rohingya.Derma disalurkan melalui pertubuhan Ikram Australia..Alhamdulillah permintaan menggalakkan dan yg menyumbangkan kuih pun ramai.I buat bubur kacang dengan agar2 santan gula melaka.

Weekdays lepas I tak berniaga kecuali hari Jumaat ada la meniaga jugak jual nasi putih dgn ayam masak lemak cili api dgn agar2 santan gula melaka.Dan semalam I jual Mee Kari dan Yong Tau Fu.


Kebetulan jugak semalam ada jualan untuk dapatkan fund untuk diberikan pada Muallaf kat sini.Alhamdulillah ramai yg datang support.Jualan kek dan juga special sket ada dessert Lebanese yg mmg dibuat orang dari Lebanon you.Hehehe.


Ni bukan tengok saje ni.Satu cupcakes dah lebur dia kerjakan.Makan tak pun.Haish!Dia punya geram siap beberapa kali cobaan nak cilok cuppies ni.Tu yg duk bertenggek kat situ tu buat2 main la kononnya.Mata tajam je tgk kat cuppies tu.


Juadah berbuka yang I jual semalam dan kiranya last la I meniaga semalam tp my friend ada la yang continue.I pun dah start kemas apa yang patut maklum la nak balik kampung.Ho ho ho! Balik kampung. Hati girang!

Last but not least,ada berita sedih sikit iaitu route MAS ke Brisbane telah diberhentikan bermula 9 August 2015.Kalau taknak naik airlines lain yg selalunya transit di Singapore,tinggal satu je pilihan iaitu Air Asia tp kena naik kat Gold Coast.So sad.Tp mcm kami andai taknak naik Air Asia sbb malas nak ke Gold Coast,kami still boleh transit ke Singapore sbb jangan tak tahu,direct flight Singapore to Terengganu dah ada skang.Ngeh!Ngeh!Ngeh!Last year diorang start.Kira ok lettewwww!

Maka lepas ni kalau nak datang Brisbane,panjang sikit la ceritanya.Kikikiki!Alahai sedihnya.Route Malaysia ke Perth pun kena cut juga dari dua kali sehari pada sekali je sehari kalau tak silap.Ini semua disebabkan management MAS baru dalam process nak cut cost so penerbangan nasional akan dicut kalau mmg tak mendapat sambuta.Den takleh nak komen lelebih sbb kita tak tau apa plan diorg cuma pakat doa la biar MAS bangkit semula dan dapat balik anugerah yg pernah diorang dapat dulu iaitu antara the best airlines in the world tp tak sure ranking ke berapa cuma pernah jd antara the best among the best jugak la.

Ok.Habis cerita.Sekian.

*Senyap je orang German.Baru nak intai juadah berbuka dia.Hehehe!

International Breakfast ~ 2015

Jumaat bebaru ni berlangsunglah satu event kat sekolah TND iaitu International Breakfast.Actually event ni mmg ada setiap tahun dan this year I baru join memandangkan this year anak baru masuk primary school.

Maka busy la Mak Jemah ni buat preparation memandangkan I kena lead dan as a wakil jugak untuk kwn2 yg lain.Kwn2 semua participate tp diorg pun ada commitment dengan PhD memasing so I yg mmg takde kerja ni kena ambik bahagian lebih sikit la mcm attend meeting,daftar gerai dan buat la preparation sesikit.Tp kwn2 lain pun support sama dan kami pun buat pembahagian tugas untuk penyediaan makanan.Mereka yg join haritu Kak Dina,Kak Ros,Kak Ayu,Kak Amalina,Kak Jun & Kak Suhaila.Ramai gak tu dan mmg menu pun agak banyak jugak la.

Nak cerita sikit sebenarnya tarikh event ni jatuh pada Ramadhan tp pihak sekolah willing tukar tarikh bg menghormati muslim kat sini.Baguih!Baguih!Baguih!

Mengikut plan asal I and the gang nak berbaju kurung pada haritu,tp sbb kelam kabut pagi tu,I dengan orang kuat event Kak Dina pakai baju biasa je.Geng yg lain semua berbaju kurung.Haish!

Event start awal dan dalam jam 6.30 pagi kami dah kena set up gerai dan seawal jam 7.30 pagi orang dan start datang kat gerai kami nak beli makanan.Dan pembelian makanan menggunakan sistem coupon dimana kita kena beli sesiap cuopon tu yg mmg dijual seminggu awal dan satu coupon berharga $2.Maka kami pun pack setiap makanan ngam2 utk $2.Tp still diorang cakap very cheap sbb portion kami bg besau-besau.

Set up gerai.Kak Dina orang paling awal sampai maklum la rumah sebelah sekolah.Kikikiki!I sampai dekat jam 7 pagi then terus bertungkus-lumus set up gerai.I lambat sket sbb pi pick up makanan kat rumah Kak Suhaila dan Kak Jun.Dan nasib baiklah suami ada haritu so dia volunteer tolong set up gerai while I jaga TDS yg meragam pagi tu sbb bangun awal sgt tak puas tidur.Grrrr.

Kami deco simple2 je gerai kami dan jualan ni pun 100% adalah jualan amal dan kami kena serahkan semua keuntungan pada sekolah dan duit tu pihak sekolah akan dermakan untuk mangsa earthquake di Nepal.


Antara orang kuat event ni iaitu Kak Dina.

Sepanjang event berlansung dan semua makanan di gerai kami sold out.Memang betul2 kena serbu.Tak sampai jam 9 pagi habis semua licin.

Makanan dari gerai Malaysia kami menjual Nasi Lemak,Nasi Impit + Kuah Kacang (guna kacang macadamia tau.Gilerr mahal kacang tu 400 gram / $18.Actually cikgu dia bg je guna peanut tp I takut kalau ada bebudak yg allergic sbb sini ramai yg allergic kacang.Play safe la kononnya.Tp sedap tau.Lemak amat.Hihihi!).Lepas tu jual bee hoon goreng,roti canai + kari ayam,roti jala + kari ayam.Tu main menu.Dessert pulak agar2 santan pandan,agar2 santan gula melaka,cekodok pisang,kuih kasturi,onde2,karipap,kuih ketayap & kuih sagoo.

Antara gerai yang terlibat,


Malaysia,of course la kan.Kikikiki.

Antara negara yang join.


Tertinggal pulak nak selit stall dari Germany.Hehehe.Mama Nas,ni negara Tipah.Ke Jijah sekali.Hehehe!Menu depan tu Pig Ears katanya tp mcm roti jer.

Selepas dah semua settle menjual,ada persembahan dari setiap negara tp Malaysia takde wakil pulak.I ingat nak menyanyi tp takut la jugak semua keluar dewan nanti.Mcm ada orang tu cakap,suara awak memang sedap tapi lagi sedap kalau awak tak nyanyi.Kikikiki.

Dah masuk tengahari,berakhir la event ni.Next event tunggu tahun depan la pulak.Kikikiki!Bila dah balik rumah baru berkesempatan merasa setiap makanan yg dibeli.I ada beli crepe dari France.Yeah just crepe yg disapu strawbery jam + coklat.Tak win sangat la.Tp ada satu yg win.Dessert yg I beli dari gerai Canada.Lepas dah tanya ingredient segala dan confident boleh makan,I beli la satu.Memang sedap.Kat tgh mcm bunga rose tu adalah epal yg dah disira kot sbb rasa agak manis.Overall mmg sedap.


Foodie: Kuih Keria



Kuih Keria.......

Waktu kat Malaysia tak pernah ada dalam list nak belajar buat kuih ni sbb boleh dibeli dimana-mana dan rasa pun sedap pada tekak I la.Dan I mmg sangat suka akan kuih ini.

Tapi sejak duk sini mmg terpaksa kena belajar buat la.Yer dok?Maka pertama sekali haruslah menaip di google mencari resepi MUDAH & SEDAP.Saje je kan highlight yang mudah & sedap tu.Kikikiki.Nampak nau selera besar tapi malas.Hahaha.

Dan resepi yang I amik adalah kat page Azlita Masam Manis tp percubaan kali pertama adalah gagal sama sekali sbb satu kuih keria I agak keras sampai anak pun tak sudi nak makan.Taktau silap tang mana waktu tu tp I rasa sbb terlebih tepung.Kat dalam tu cakap gaul sampai tepung tak melekat tp sebenarnya selepas hasil R&D sendiri,cara tu tak relevan kalau guna sweet potato Aussie mari ni sbb dia punya ubi tu agak lembut.

Dan kegagalan kedua adalah waktu sirakan donut tu waktu gula tu dah nampak bertali I tak tutup api dan akhirnya sira I jd caramel.Hahaha.

Maka malam ini bertekad buat lagi sekali kuih keria ni dan this time I mmg ikut cara kat page Azlita Masam Manis tu cuba adjust sesikit la.Dan this time I tak tambah tepung hingga tak melekat kat tgn.I just gaul agak2 tepung sebati then sapu tgn ngan minyakeps tu bulat2 kan doh ikut size kita nak.Tak bentuk lagi jd donut kemudian I panaskan kuali lepas tu baru sapu tepung ubi kat kedua belah tgn then uli bentukkan doh tu jd donut terus masuk dlm kuali dan goreng.Dengan menggunakan cara ni kejadiannya amatlah mahvelous sekali dimana donut itewwww lembut walau dah sejuk dan tak kejung lagi mcm first time I buat.Yeah,first time buat terlebih tepung sbb nak sgt doh perfect tak melekat kat tgn.Tp yg second time ni mmg cerewet la sikitnya tapi.

Lepas dah agak2 donutku tu cantik dah kejadiannya toskan sbb nanti nak sira.Time sira ni pun bila dah agak2 gula pekat sket I masukkan donut tu kat dalam,gaul kejap dan buka api besar sket sekejap then bila nampak gula makin likat I pun tutup api then terus gaul hingga donut dan gula sebati dan gula bertukar color putih dan menyaluti donut sepenuh.Siap.

Tapi meh la I share resepi kuih mudah ni mana la tau ada yg nak cuba.

Resepi:

Beberapa biji sweet potato
Rebus kemudian masukkan sedikit garam
Setelah ubi dah empuk toskan air kemudian lenyek ubi
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan sedikit tepung ubi.
Sapu tangan dengan minyak kemudian bulat2kan doh.
Selepas itu sapu tangan dengan tepung ubi dan bentukkan doh pada bentuk donut dan terus goreng.Ulangi step hingga semua doh habis.

Cara menyira donut:

Masukkan gula dan sedikit air
Apabila gula agak pekat masukkan donut yg siap digoreng
Gaul sebentar kemudia tutup api tapi teruskan mengaul hingga gula meyaluti donut.
Siap.

Senangkan?Cuba lerrrrrr


Underweight

Jangan salah faham.Word underweight tu tak refer pada emak budak tau sbb it will never happen.Ever.Hahahaha!

Last week I bawak la si kecil TDS untuk routine check up 18 months sekali dengan vaksin 18 months.Ok ni bukan last tp ada lagi satu dose yang akan diberikan time umur 4 tahun (ikut schedule Australia).Kalau Malaysia 7 tahun kalau tak silap.

Maka sebelum jab tu haruslah akan ada sesi penerangan dan pertanyaan samada kita nak accept or refuse jab tu.Memandangkan mmg I suami isteri decide nak vax anak so proceed je la kan.

Dan sebelum jab kena la check segala termasuklah timbang dulu,ukur tinggi dulu dan lepas tu doctor pun masukkan la segala maklumat dalam sistem.Sekalikan bila doctor tu proceed untuk graph perkembangan,taaadaaaaaa...........................budak TDS ni masuk kategori bayi underweight.Tersedak emak.Kikikiki.

Nak dijadikan cerita sebenarnya sebelum ni isu underweight ni tak pernah timbul sbb si TDS ni di check oleh doctor yang mmg orang Malaysia tp migrate ke Australia ni dah more than 20 years so dia mmg faham sangat la bayi orang Asian ni kecil sizenya kecuali kalau mixed la kan.Jd takde isu la selama ni tp last week tukar doctor lain dan doctor tu pun agak2 la kan nak ikut chart bayi sini memang la anak kita ni tak cukup zat.Hahahaha!

Bayangkan umur dah 18 months tp berat 8.6 kg.Ngeeeeee!Rendah lak tu dalam 76 cm rasanya.Kocik nau la kau adik.Tp logik la I dengan suami bkn besau dan tinggi pun.Kategori petite omputesss kata.Kikikiki.


Inilah si kecik saya yang doctor bilang underweight tu.Kau nak besau mana doc?Hahahaha!

Mcm Neng Yatimah suka nau nangis.Dia boleh melalak secara kuat giler atau menangis esak2 tapi dalam nada tertahan-tahan.Pandai berlakon ni lagi2 lebih2 lagi kalau apa yang dia nak orang tak bagi.


Tak tau asal rasa sedih pulak tgk pic ni.Merenung penuh harapankan melihat coklat2,gula2 disebalik cermin kaca tu.Kikikiki!

Dan tengok la dia si TDS ni.Kan kecik tu orangnya.Dan siap la lagi dua bulan doctor tu suruh datang balik nak tgk budak kecik ni bertambah sikit berat badan.Haish!


Kecik2 pun dah boleh galas beg sekolah dengan usung bekas air tau.Hehehe.Ni pic pagi tadi on the way nak ke city jalan-jalan cari pasal.Hehehe.

Kisah hidup & Playdate - Dua2 ibarat antara cekodok pisang & batang paip ~ takde kena mengena

Semalam baca status my neighbour kat FB yang luahkan kekesalan dia tentang kawannya yang baru je commit suicide semalam.Jd petang kebetulan ternampak dia maka I yang kepoochi ni terus la tanya detail.So dia cakap la malam tu memang mamat tu ada jumpa dia lepas tu mamat tu ada cakap "The terribly accident going to happen tonight".My neighbour ni bila dengar anggap la mamat ni melawak so tak amik port la kan.Esoknya kawan lain gtau si Steve tu dah mati langgar pokok on the way nak balik kerumah dia dan yang pastinya malam diorang bersembang tu si Steve ni tak sign out pun kerja (mcm kita punch card lepas habis kerja la) then dia just balik mcm tu je.Diorang that time kerja shift malam.Jd mlm tu jugak la dia menemui ajalnya.Dan oleh sbb dengan tak sign out lepas kerjanya tambah lagi siap gtau my neighbour apa akan jd malam tu,so my neighbour assume ni mmg kes bunuh diri la ni.Mcm dah planning.Murahnya harga sebuah nyawa.Entah apa tekanan la yg buat dia fikir jalan mcm tu.

I ingat ayat my neighbour kat posting tu "Its okay to be sad but suicide is not okay". Hmmmm....sempat la kami duk critical thinking kejap dimana beza bila hidup ada iman dengan tiada iman.Hmmmmmmmmmmmmm.....ni asal pulak tetiba word jd lain ni xtau dah nak adjust kat mana.Proceed je la ceritanya.Ngeh!Ngeh!Ngeh!

Tapi sakit mata pulak rasa bila tengok atas tulisan besau tetiba kat bawah tulisan kecik.Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Ok berbalik pada cerita yang nak diceritakan hari ini,I nak sentuh tentang hidup kita dan orang sekeliling.I just nak highlight bahawasanya hanya yang hidup merantau je akan faham perasaannya anak perantau tak kisah la kau duduk luar negara mahupun dalam negara tapi tak kira tau kalau mak kau duduk kat Besut kau duduk Kemaman lepas tu nak berderaian air mata jugak tu meh sini aku nak panggg skali. 

Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn makanya betapa terkesannya anak perantau ini  setiap kali dengar lagu Dendang Perantau.Ok takde kena mengena.Ni asal tetiba cerita anak perantau pulak ni?Ok.Related nya sbb I nak gtau dalam hidup ni kita la yang mampu corakkan hidup kita samada you want to be happy or you want to be sad.Bunuh diri misalnya.Ada ke kes orang bunuh diri sebab terlalu happy?Kalau ada please give me a link.Sbb selalunya orang tend to commit suicide bila dah rasa hidup sangat tak bermakna.Selalunya mcm tu la kan.

Nak highlight bila hidup merantau ni kalau kita sendiri kecikkan scope hidup kita taknak bergaul dalam masyarakat lepas tu duk terkurung je dalam rumah,silap2 boleh stress tau.Kalau pun tak suka berkawan,cuba la bercampur sekali sekala sbb I percaya dalam hidup ni we need each others tak semestinya kena cari kawan sampai berjuta.Ada satu yang rapat sampai ibaratnya rumah dia rumah kau rumah aku rumah aku la hoiii tu pun dah mampu buat kita happy.Dan jangan jd mcm one of my friend ni sbb sikap malas nak bercampur kononnya dan malas nak amik port la kononya,lelama rasa stress lepas tu mula la rasa nak balik tanah air.Haaaa...gitewww.Hidup merantau kdg2 setiap decision kita pun kena juga tanya orang.Main buat diam sendiri,bila ada prob pun diam sendiri,lepas tu mula jauhkan diri dari kawan2,lepas tu menyendiri,lepas tu sakit hati tgk kwn2 happy.Tak best la mcm tu kan.

And me?I akan berusaha untuk blend in dengan komuniti tempat yg I tinggal.My very first time tinggal berjauhan dari keluarga adalah waktu memula kahwin dah time tu kami menyewa di Bukit Jelutong.And what I do adalah try to blend in dengan jiran tetangga walau I ada satu jiran yang tinggal sebelah rumah yang kelihatannya tidak sudi sama sekali untuk berkawan so I just ignore je la cuma kalau bertembung sesekali tu I senyum la walau tak pernah dapat balasan pun.Tapi takde kesan pun pada I sbb I ok je dengan jiran2 lain.Ok la kan.Dan cara sama I applied bila pindah sini.Yes.I need to be a part of the community and I join segala aktiviti kalau ada kelapangan especially aktiviti sekolah anak.

Just like yesterday,one of my friend plan for a play dates before winter.Suppose to be last two weeks but due to bad weather we just postponed until yesterday.

So semalam nak senang memasing bawak je apa2 makanan yang boleh makan sama2.Dan semalam I bake fudge brownies dan just follow recipe dari internet dan ada la derhaka sesikit resepi tu.Kikikiki.


Kejadiannya before and after.Bau semerbak,ok check.Lps masak potong rasa sikit,owh manisnya.Terus fikir dua kali nak bwk ke tak esoknya ni.Alahai.Tu la.Derhaka sangat dengan resepi.Tapikan,lepas dibiarkan semalaman rupanya brownies ni akan makin bertukar rasa.Dah la I simpan sikit je kat rumah selebihnya semua bg orang sekali bwk utk playdate tu la.Patut la diorang cakap sedap I pulak cakap too sweetttt macam I.Memang kena ulang buat lagi sekali.Walau rupa agak out tp mmg sedap.No wonder la kalau baca comment yg dah cuba recipe tu diaorang cakap sedap.Baguih!Baguih!Nnt second time buat I share resepi bg semengah sikit gambar brownies I tu nanti.Kikikiki.

I ni sebenarnya bukan la big fan brownies segala ni sbb jarang yang I rasa sedap ditekak.Tp yg ni I rasa sedap.Last time makan yg my friend punya I rasa tak berapa sedap sbb brownies ni dah rasa mcm kek coklat.I kalau brownies ni I mmg membayangkan kek bantat.Kikikiki.Itu la yang membezakan antara brownies dan kek gebuuuu.Correct me if I am wrong.Hihihihi.

Keciwa dengan rasa mcm brownies tak best tp sebenarnya best tu,I pun singgah Tippler tapau hot plate for two.Tapi tanjat boboi tau sbb rege dah naik $3.Isk isk isk!Actually Tippler ni adalah kedai yang menjual makanan berasaskan seafood dan terletak kat area rumah I ni jugak.Kat situ ada je jual makanan laut tapi I tak pernah beli sbb I rasa mcm mahal la.Hihihi!Mahal ke sebab tak berapa nak ada duit?Kikikikiki.Tp mmg agak mahal la for me dan I just singgah kalau teringin nak makan fish and chip yadda yadda tu segala sbb kalau kita beli one hot plate,portion dia cukup kami sekeluarga makan sbb banyak.

Jadinya kedai ni jugak la penyelamat kami bila ada jemputan majlis ala2 potluck lepas tu sendiri malas masak.Pi tapau je settle masalah.Hihihihi!Dan I punya jugak la habis dulu semalam sbb semua puji sedap.Orait la.At least I takde la kena pack bwk balik.


My friend Natalie rajin pulak upload pic foods.Tapi ini sebahagiannya tau dan I cilok pic ni dari FB dia.Hehehehe!Dan semua kat atas ni habis dimakan dengan jayanya.Ermmm....macam mana la tak gemok!

Nampak tak sushi kat atas tu?Sebenarnya ada two types sushi semalam.Satu my friend dari Hong Kong bikin dan satu lagi dari Korea.Rupanya cara diorang adalah berbeza dimana my friend yg dari Hong Kong tu bikin sushi Japanese style tp yg Korea punya lain pulak.Dan I boleh makan yg Korea punya sbb dia tak letak langsung vinegar sushi (normally dibuat dari rice wine).Just a basic sahaja.Memula my friend Natalie tu cakap yg dia pilih seafood sbb I boleh makan,tp lepas I tanya ada letak vinegar tu tak,then dia cakap ada letak tp yang Yumni punya tak letak.Jd I tak makan la yg Natalie punya walau dua2 buat seafood sbb fikir kami yang muslim ada sekali.Takpe la at least once I dah explain diorang mcm mula faham la kan.

Tapi itu cerita semalam la dan entry ini memang dah ditaip smalam.Ni nak sambung balik entry rasa mcm malas pulak.Sebelum start nak menaip tadi rasa mcm banyak benda nak cerita tapi skang jadi stuck pulak.So kira habis cerita la yer~ 

Hahaha~



There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me