The Garden Hotel & Residence-Wonderful weekend 1

Assalamualaikum................selamat berpuasa diucapkan.Chewah!

Macam mana weekend anda?My weekend this week so wonderful,mabeles,ohsem <<<bak kata Damia.

Ok.Straight pada apa yang nak cerita.Cerita weekend yang cukup wonderful pada aku,tapi mungkin tak wonderful pun pada orang lain.Hiks!

26 Julai 2013,Ariey touchdown KLIA.
Fuh!Tak sabar nak jumpa suami.
Motif??
Nak tunjuk perut makin besar.
Hahaha!


Tapi kita gerak ke KL dengan abah kita hari Khamis lepas balik dari ofis.Jadi Khamis tu baru ketemu suami.Huhuhuhu!Sedih.Nasib Khamis boleh balik kol 3 petang.Maklum la sekarang ni kang kerja a.k.a praktikal.Tinggal dalam 5 minggu je lagi.Owh!Tak sabarnya.

Dah nama bertolak petang,aku dengan abah break fast kat R&R Temerloh.Beli satu nasi lemak kongsi berdua.Mula2 ingat,isk!Mana cukup kongsi sbb aku punya lapar dah tahap gigil dah nih tapi abah aku cakap dia nak sikit je just alas perut.

Tapi as usual,benda sikit tu la dia datang dengan rasa yang serba cukup.Nasi lemak dan sambal dia yang memang pedas cukup rasa,dengan ayam goreng besar gedabak yang garing kat luar lembut sangat kat dalam.Nampak sangat ayam baru.Memang sedap.Tapi cuma rasa mcm tak caya dengan portion macam tu harga yang dijual RM4.50 jer.Hihihihi!

Lepas tu order teh tarik untuk aku,nescafe untuk abah aku.Abah cakap RM10 pun tak sampai.Tapi walau makan berkongsi,rupanya kenyang juga.Huhuhu!~

Teruskan perjalanan,around 10.30 malam sampai la kami ke Bukit Jelutong.Tapi bertuah punya laki,dia dah sesiap membuta.Ceh!

Esoknya hari Jumaat,sahur kat rumah ipar,then around 8 pagi macam tu gerak ke rumah akak aku kat Seksyen 10.Isk!Tak sabar nak tgk anak sedara yang paling latest sikit punya bam bam macam terlebih bagi makan ibu roti.Kikikiki!


 ~ Muhammad Al-Fateh in da house ~

Ini waktu tunggu abah sampai.Layankan saje la seniman jalanan ni tunjuk skills.Anak dara mmg takleh lari jauh la.24 jam nak berkepit dengan ayahanda.Phew!



Lepas tu gerak ke Seksyen 10,lepak sana sembang-sembang kosong sampai kol 10 lebih,then baru gerak ke Midvalley.Ingat keluar time tu smooth la perjalanan,tapi tidak la.Banyak juga kenderaan plus aku lupa pulak Jumaat tu Selangor cuti so memang orang ramai pakat serbu mall untuk shopping raya.Wrong timing la kami nih!Hihihihi!Kira sesak juga la pagi tu.Owh!Until now,perasan nak menetap kat KL tu still berat bagi aku.Cukup la 2 tahun.Kikikiki!Tapi tak tahu la kot2 lepas ni ubah fikiran.Aku akan rasa sangat fun kalau datang KL sekali sekala macam ni.Hiks!

Jadi mengikut planning kami suami isteri,kami akan stay kat The Garden Hotel & Residents selama 3 hari 2 malam.Motif ambik bilik hotel bagai semata-mata nak shopping walhal 4 orang adik-beradik ada kat Shah Alam nih.Hihihihi.Macam tak biasa tumpang bermalam rumah diorang.

Ok.Motif aku ambik bilik sebab aku takde stamina + energy,ewah!nak berjalan lama2.So awal2 dah gtau Ariey,kali ni takde survey2 dah.Aku nak shopping satu tempat je sbb mmg tak larat dan telahan tu mmg benar.Hahaha!Dalam sehari dua kali kena turun pergi mall sbb limit aku boleh jalan dalam 3 hours je then kena naik bilik rehat + tido,baru sambung balik shopping.

Dan misi kami cari baju raya Damia dengan baju our second bundle of joy yang In Sha Allah jangka 1st October ni.Kesian second baby ni.Dah masuk 30 weeks baru mak dia nak prepare barang untuk dia.Kalau Damia dulu,seawal 5 bulan dah sibuk nak beli itu ini.Tapi at least brg2 keperluan lain Ariey dah beli kat Australia so yg perlu di top up pun dah tak banyak.Mostly,baju la yang aku kena beli.



Aku choose bilik deluxe.Cukup la kami tiga beranak.Request katil king.Selesai.Rate harga RM300++ per night so total dalam RM600++ tak termasuk breakfast sbb ambik 2 malam.Maklum la puasa ni dan break fast tu dia tukar pada pakej sahur RM28 per pax.So aku amik jugak untuk 2 hari tapi just untuk sorang je.Suami I tu bukan makan banyak pun so kongsi je la kami sbb aku dah bayangkan mesti lauk dia variety nanti.Hihihihi.Telahan sendiri.

Untuk kereta,mmg time orang crowded gila jangan harap la nak dapat port parking best so ambik valet je la bayar RM15 untuk satu hari.Memandangkan aku dah cakap,ada ke,takde ke barang yang nak dibeli,kat sini je cari.Hahaha!So kereta tu pakai booking parking valet untuk 3 hari terus takyah keluar-keluar.Bertapa je dalam The Garden dengan Midvalley nih.

Papehal pun kita check in dulu~


Masuk je bilik terjelepuk anak dara kita.Penat apa entah,macam puasa.Hihihihi!Nice room dan lebih kurang macam Hard Rock Hotel Singapore jugak cuma yang tu lebih cozy dan buat mata ngantuk je sbb decor gelap sangat.Aku compare dengan hotel tu sebab itu je yang last kami pergi bercuti bulan 1 haritu untuk vacation family kecik aku ni bagi tahun 2013 nih.Jadi lebih kurang 6 bulan tanpa percutian untuk mereleasekan tension.Patut la aku stress jer.Dan dan.Hahaha!

As usual,sikit-sikit pic dalam bilik untuk tatapan umum walhal boleh je nak tgk dalam website,tapi nak juga tepek kat sini.Hihihihi!

Bagi abah rehat dulu kejap sebab misi pertama hari tu adalah carik barang dia.Lepas tu turun bawah ke The Garden mall dulu sebab nanti kol 1 nak naik balik untuk solat Jumaat.Nasib baik masjid tak jauh boleh jalan kaki je.So lepas beli barang abah,naik ke bilik,diorang pergi solat Jumaat,aku sambung membuta.Bukan apa,recharge energy.Hiks!Jalan tak sampai 2 jam,letih dia tu macam baru lepas marathon.Phew!


Awal2 budak kecik ni mmg behave tapi sejam pertama je la.Huks!Lepas diorang balik dari solat Jumaat kami turun ke mall balik tapi that time cari port berbuka.Memang ramai betul la manusia kat dalam Midvalley haritu.So malas nak fikir,suami pun tiba2 teringin nak makan lamb,malas nak fikir terus booked kat TGI Friday dalam The Garden.Nasib dapat booked seat.Fuh!Ok la.Sambung balik la.Aku ada kerja pulekkss.


As usual,takut tapi nak jugak naik.Adeh la!

to be continue............................


Resepi:Kek Butter Suka Hati

Semalam tetiba tekak rasa nak mkn kek butter.Godek2 kat dapur,tak complete barang yang ada so aku pakai hantam sahaja.    
                                                                                                                       
Resepi asal 250 gram butter,250 gram tepung naik sendiri,4 biji telur,1/2 cawan fresh milk,180 gram gula halus.                                                                                                                                        

Resepi aku pulak yg aku adjust 180 darjah,hahahaha,250 gram Planta Pelangi,250 gram tepung naik sendiri,4 biji telur,1/2 cawan susu Damia,hahaha,180 gram gula halus campur gula biasa sebab tak kuasa nak kisar atau pergi beli,aku taruk esen vanila sikit,perasa Rose sikit.Bakar pada suhu antara 150darjah hingga 180 darjah depends pada oven memasing,40 minit. 
                                                         
          Inilah hasilnya.

Not bad la rasanya.Boleh lalu lagi la kat anak tekak tu.Hihihihihi.         

Cerita practical trainning

Owh!Cerita bosan apakah yang nak ditulis hari ini.
Ok.Aku nak cerita pasal praktikal trainning aku.Hihihihi!
Ok.Praktikal aku kejap je.Start 16 Jun,tamat 5 Sept.Ni pun dah masuk sebulan.Phew!
Aku praktikal kat LKIM tapi diletakkan kat ofis PENENTU.
Seronok beb sebab leh parking betul2 depan ofis.
Takyah menapak.Heaven!

Supervisor?Pengurus besar sini.
Sangat-sangat nice orangnya dan banyak bagi ilmu pasal perikanan kat aku.
Selama praktikal,banyak gak task kena buat.
Tapi semuanya relate dengan ilmu yang belajar kat universiti.
Orait la kalau macam tu.
Taklah bosan sangat plus report aku nnt mmg senang la nak buat kalau bahan semua dah ada dan complete.
Hohoho!

Maka sejak dah start praktikal ni,rutin hantar budak kecik ni dah jadi rutin aku pulak.
Tadika dia pun tak jauh sangat dari ofis.

Maka kurang sikit la drama pagi hari.
Tapi sekarang ni syukur sbb dia dah tak susah dikejutkan untuk bangun pagi.
Just jerit jer "Masa pergi sekolah!"
Jerit tu tak tahan.Unsur tarzan tu takleh reduce sepenuhnya lagi.Hahaha!
Tapi mmg dia akan bangun terus la.Takpun dia mintak 2 minit,tapi lepas tu dia akan bangun.
Ok good!
Terus ke toilet bukak baju then mandi.
Lepas mandi,sua botol susu,breakfast dia,lain taknak.
Tapi tak kesah sangat sebab jam 8.30 am nanti kat school dia akan diberi breakfast.




Happy face every morning.
Ready to go to school.




Ini hari dia nak pakai jam besar gedabak.
Hilang je,jenuh aku kena cari balik.



Posing manja katanya.Lantak kau la nak.


Ini kat ofis tempat praktikal.
Kerana computer tak provide,jadi aku kena bawak laptop sendiri.
Ughhh!Laptop ni best tu mmg best untuk gamer gila mcm aku,tapi nak pikul bawak hari2,terus menyesal asal tak beli laptop Apple je.
Hahaha!Tapi aku puas hati weh dapat nih.Hadiah dari suami untuk isteri dia yang obses pc game.
Tapi bukan game Burger Mania ke apa weh.Itu aku tak suka sangat.
Sebab tu aku tak addict dengan Candy Crush.
Untuk aku tu games bosan.Hahahaa!
Nampak tak?Sibuk buat report,sama sibuk duk update blog jugak.Muahahaha!


Ini memang benda wajib bawak,diari catatan harian plus segala mak nenek aku sumbat sini.


Report yang aku kena buat.Phew!Draft pun belum buat lagi ni.Balik2 buka,belek,tutup balik.Bila nak start taktau la.Aku plan start Ahad ni la.Boleh?Hahaha!


Ini memang over.Siapa kenal aku mmg tahu sangat.Man2 pergi,mesti bawak produk untuk dijual.
Dapat la jugak tempahan dari orang ofis ni walau tak banyak.
Orait la tu.
Dah start puasa ni ofis bagi balik awal.
Aku balik awal pun tak tau nak buat apa jugak.
Nak tolong mak masak,bukan byk lauk pun masak.
Sejam dah settle masak.
So sementara nak kill the time sbb aku taknak buat taik mata petang2,
so gentel kukis ada gak pekdahnya.
Masuk gak income sikit.
Orait la tu dan janji aku happy dengan apa yang aku buat ni.
Hihihihi!

Ok.Itu je la cerita pasal praktikal aku.
Hahaha!Makin lama makin malas nak taip panjang.
Nanti last2 aku rasa update blog aku jadi macam ini juga akhirnya,

Jmp lg utk n3 yg lain!Hakhakhak!

Ramadhan,pregnancy & practical training

Ramadhan kembali lagi.Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.Alhamdulillah syukur.

"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al Mubarak 1434H pada seluruh ahli keluarga dan sahabat jauh dan dekat baik yang physically jumpa atau hanya di alam maya.Chewah!!"

Dan tahun ini juga Ramadhan yang kedua ditempuh dalam keadaan berbadan dua.Waktu Damia dulu tahun 2009,berjaya berpuasa penuh.Time tu pregnant 8 bulan.

Tak ada petua sangat pun,just jangan skip sahur.Itu sahaja.Dan baru-baru ni aku jugak berjaya puasa ganti 8 hari.Alhamdulillah.Ikut plan nak ganti awal tahun tapi bila dapat tahu pregnant,tangguh dulu until rasa dah cukup kuat,terus ganti.Alhamdulillah berjaya juga ganti semua.Lega sangat.

Sebelum tu mintak advice gynae,dia cakap takde masalah pun nak puasa tapi jangan tak sahur.Tapi jangan paksa diri kalau tak mampu.

Just fikir positive,I can do it and relying to Allah swt.In sha Allah.Dan sememangnya DIA permudahkan segala urusan itu.

So hari ni 1st Ramadhan,bangun sahur dan this time dah start minum ESP Shaklee.Ini persediaan untuk BF after deliver nanti.In sha Allah.Moga niat aku untuk fully bf diperkenankan olehNYA.Dan sebelum tu,usaha dulu mana yang patut.Dah ada yang cakap try ambik ESP Shaklee,so aku cuba la walau testimonial yang aku dapat,ada berjaya dan sangat berjaya,ada yang so-so je tapi still puas hati,dan ada yang tak berkesan pun.

Pada aku depends pada individu dan penerimaan badan masing2.Setiap orang tak sama.Aku percaya tu.

Dan kali ni aku refuse terus nak ambik Herbalife.Bukan produk tak bagus,tapi bengang dengan penjual dia tu.Duk kejar sangat kau punya reward,nak aku ambik sampai RM2500 konon buat stok,last2 aku decide goodbye je la.Aku mmg dah consume sblm ni,OK pada badan aku cuma benda2 remeh mcm ni aku rasa potong angin terus nak consume.Tak kisah la org nak cakap apa pun.

Mana sikit2 lagi yang tinggal dalam bekas aku dah buang semua.Aku ganti dengan ESP Shaklee pulak.Kesan taktau lagi sbb baru 1st day cuba tapi niat tu mmg more to preparation untuk BF nnt.Slim,slim tak fikir sangat sbb aku kalau pregnant makan bukan macam nafsu gajah semua benda nak makan.

Sekarang ni pun dah masuk 28 weeks (7 months),berat aku baru je naik 4.5 kg.Gynae yang check aku every month tu pun cakap dia dah puas hati dah walau tak byk naik sbb katanya condition lain semua OK.HB ok je tak pernah bawah tahap risau.So takde apa yang perlu nak dirisaukan.

Makan memang aku jaga juga.Banyak makan buah-buahan,minum susu Antenatal walau ada yg advise jangan minum sbb boleh tambah berat la,baby jd besar la,tapi utk condition aku,semua menunjukkan keadaan normal dan seperti yang sepatutnya bagi wanita mengandung.This time pregnant aku takde isu kencing kotor lagi.Dulu waktu pregnant Damia mmg kena dan biasanya bila doktor cakap ada,aku banyakkan minum air barli dan air kosong.Itu je petua untuk diri aku dan berkesan untuk aku.

Pengambilan nasi pulak,terhad 1 kali atau dua kali tapi aku jarang makan nasik bertambah.Aku lebihkan lauk macam banyakkan makan ikan,daging,ayam dan sayur.Lepas tu snack sblm tidur,secawan milo,secawan susu,1 roti bun atau beberapa keping biskut dah cukup.Tidur lena sampai pagi.

Fastfood jarang makan.Takde pilihan sangat baru makan.Tapi kalau boleh elak aku elak.Air bikarbonat,rasanya dah bertahun-tahun aku tak sentuh.Process food pun kalau boleh elak,aku elak.Takde lauk sekalipun,nasik + ikan goreng + telur pun orait.Hihihihi!

Makan luar dah jadi macam penyakit pulak pada aku.Penyakit tak selera.Taktau la.Takde pilihan,paksa makan jugak.

Segala vitamin doctor bagi aku tak skip.Makan ikut aturan dan kali ni tak banyak beza sgt dengan Damia dulu.Set Salindah still ambik,fish oil ambik cuma tukar pada Neurogain tapi time Damia dulu jenis lain tapi lupa nama apa.Pil mengandung dulu time Damia ambik Prenavit so kena top up asid folic tapi this time ambik Ganilia,semua dah cukup.

Kurma,kismis,buah delima pun elok diamalkan.

Cuma yang sama dulu dan sekarang,until now still selalu nak tercekik jugak tiap kali makan ubat.Mau tak cekik,pil besar gedabak.Stress aku.Nasib la semangat kental.Obimin aku tak mampu ambik.Sempat ambik 2 hari je,lepas nafsu makan tetibe bertukar jadi macam nafsu dinosour,terus surrender.Ambik Ganilia balik.

Dan pregnant kali ni waktu tidur aku cukup2 yang sepatutnya je.Sedaya-upaya aku elakkan tidur petang.Kalau penat sgt baru aku tidur,tp kalau penat sikit2 aku sanggup buat kerja lain untuk kill the time.Punyalah takmau tidur petang dan bangun pagi pun mesti awal.Paling lewat aku bangun tidur lepas waktu subuh tu,aku mesti kena bangun around 9.30 pagi.Kalau tak badan jadi lemah,otak lembab nak mampp....hihihi.Tak efisien la senang cerita.Hahaha!Bila praktikal ni,bahagia je bangun awal.Rasa seronok.Weekend pun bangun awal jugak.

Dan tahun ni aku gigih jugak berniaga biskut.Hohohoho!

Dan start puasa ni,ofis bagi balik awal.3.30 ptg dan boleh balik.Bahagiakan?Hahahaha.Terus semangat pergi kerja.Sebulan setengah je lagi tinggal tempoh praktikal.Owh!Tak sabar.

Panjang pulak bebel.Ok la semua.Sampai sini dulu.Assalamualaikum!





Chef retisss la sangat!

Harini semata-mata nak releasekan sikit rasa sekak otak aku duk siapkan proposal yang nak kena submit sehari dua ni je lagi,aku pun bukak la satu blog hiburan pastu keluarlah satu cerita pasal sorang chef celebrity.Jadi aku nak cerita pasal dia ni la.

Chef celebrity???Hmmm...aku pun taktau la tang mana nak definisikan dia ni as a celebrity.Ntah la.Bajet ala-ala Jamie Oliver atau Nigella Lawson agaknya.Kikikikiki!Kadang-kadang inilah yang aku kesian sangat dengan orang Malaysia terutama Melayu yang lepas lahir diazankan atau iqamah nih.Syok sendiri betul.

Actually sebelum ni aku ada juga terbuka channel TV9 dan tengok la satu program yang ala-ala realiti tv.Kalau ikutkan chef celebriti SS (Syok sendiri nih),katanya.....................katanya laaa..................tujuan program reality tv tu yg mana shownya dijayakan adik-beradik dia ni tujuannya nak bagi sumber inspirasi kat orang lain,dengan kata mudah,pada para penonton la tapi aku taktau tang mana yang nak dijadikan sumber inspirasi ntah.Hihihihi!Kelaut beb!Takde apa yang berfaedah pun boleh dicedok.Totally 100% aku cakap kau.Mmg tak ada langsung.

Lepas tu relate skill masak dia sebelum nih.Selain dari cara bercakap banyak sangat sebut sssssssss macam pelat sangat dan mungkin mixed omputeh agaknya dan sebab tu la sebutan bahasa Melayu tak jelas atau dari kecik mak bapak asyik speaking je manjang so tergeliat lidah sikit itu yg bercakap pun sebut tak jelas.Itu satu hal.Aku kalau tgk program masak dia mmg senyum je manjang sebab selalu jugak scene masak dia kadang2 nak masak sambal bilis petai je tapi kemain dengan skirt pendek pastu mulalah nak kepit-kepit kaki takut nampak spender agaknya.Dah tahu nak masak dalam sampan yang duk pakai skirt buat apa.Ala-ala dah pakai kangkang je la kaki tu biar satu Malaysia nampak spender color apa.Kikikikiki!Kang seksa tu sambil masak sambil terkepit-kepit.Hiks!

Isk!Isk!Isk!

Dan nampak sangat dia lebih banyak mendapat kritikan dari pujian selepas rancangan realiti tv ntah hape-hape dia tu ke udara.Serious aku taktau apa motif dan mmg buang masa seh kalau nak tonton sampai habis.Tapi alang-alang nak buang masa sangat adalah lebih baik kalau tgk Spongebob Squarepant sampai habis dari duk tgk chef retis dan adik-beradik dia nih.Serious kesian weh tgk diorang dalam show nih.

Lepas statement retisss sangat dari chef retis bila dia cakap kami ada tonjolkan ciri ke Melayuan dan agama dalam show kami bila adik kami akad nikad kat masjid.Damn!Ini part paling lucu kebanyakan orang MELAYU ISLAM kat Malaysia suka buat statement.

Hmmm....adakah pemakaian dan cara pembawakan diri adalah berbeza disetiap majlis seperti bertudung litup ketika akad nikah,kepala bogel bila bersanding.Bertudung litup ketika majlis pengebumian,majlis keagamaan,dan pakai pakaian tak cukup kain ketika berparti.Aku rasa inilah yg biasa diterapkan oleh orang kita dan yang macam ini kau claimed cara Islam?Kerana itulah aku rasa adalah lebih baik diam dari pada keluarkan statement mcm orang sekolah tak habis macam tu.

Dan kerana nak kehidupan yang separate dengan agamalah,golongan sekular di Mesir sedaya upaya jatuhkan pemimpin yang lebih Islamik kerana pada mereka keseronokan hidup didunia adalah lebih penting dari mempersiapkan bekal untuk akhirat.Dan aku tak terkejut kalau dalam lingkungan aku ada yang minum arak tanpa rasa bersalah hanya kerana tolakan gaya hidup yang penuh keseronokan dimana halal haram letak tepi.

Seperti yang aku lihat sendiri seorang wanita kelam kabut mencari selendang menutupi kepala tika bacaan yassin dibacakan,dan tutup pun ala kadar.Sampai je bacaan terakhir surah yaasin,terus dibuang selendang sambil merungut panas.Jadi apa tujuan pakai?Sedangkan dia selalu mengungkapkan kata tidak mahu kelihatan hipokrit kerana belum bersedia bertudung.Kadang-kadang nak je aku cakap,buat apa jelaskan pada aku.Bukan aku yang ada kuasa menilai kamu.Confess sahaja dihadapan tuhanmu Allah swt.Hmmm...serious aku pelik dengan manusia ni.Sama la macam chef retiss ni.Ke Melayuan dan agama sangat.Sorry la beb.Aku tgk pun tak sealiran la.Hihihihi!

Statement kelakar dari chef retiss

Solat saya antara saya dengan tuhan.Kalau solat tak perlu menunjuk-nunjuk.

Hihihihi!


Habis yang duk pakai baju tak cukup kain tu nak share dengan siapa?Nak tunjuk kat siapa?Gambar yang hot2 tu nak tunjuk kat siapa?Confident tuhan tak tengok sama ke?

Chef retis....hidup biar mati dalam Islam dan bukan mati dalam Melayu.Itu pendapat aku la yg masih naif ni.Aku ni tak la perfect mana pun cuma tak la tahap bangang sangat nak buat statement lagu tu.Sigh!

Mood pagi yang tak berapa nak seronok

Dalam hidup ni kadang2 susah juga nak mendefinisikan sesuatu seperti mana,

"Bila kau tolong orang,esok-esok kau kena tolong aku balik",eh!gila statement macam nih dan nampak sgt mcm tak ikhlas nak menolong orang sebab mcm mintak habuan pulak.Owh!Life's so complicated.Hahaha!Tetibe.

Tak,tak,tak,itu bukan itu maksud aku sebenarnya.

Sebenarnya kisahnya begini.

Aku ada seorang saudara ni yg kalau ikutkan dah rasa tahap ringan je tangan nak ketuk kepala dia nih.Hahaha!Motif??Motif dia sebab aku pernah makan hati berulam jantung dengan dia ni bila dia usik bergurau dengan anak aku secara melampau.Time tu anak aku dah mmg not in mood nak bermain.Anak aku tu nak minum susu tapi dia tak stop duk mengacau anak aku.Aku diam je lagi sebab nak sound karang takut dia sentap pulak.Maklumlah dah berbulu ari2 takkan takleh fikir lagi.Sekali pengakhiran bergurau bodoh dia tu,anak aku jatuh tersembam ke lantai dengan botol susu kat mulut,pecah bibir anak aku.Mertua aku time tu mmg berbulu gila tgk budak ni.Nak marah,bukan cucu dia tapi yang kena tu mmg cucu dia la.Aku gtau suami,mmg marah gila suami aku.Tapi boleh pulak dia buat muka selamba tak bersalah.Kalau korang kat tempat aku,mmg la bengang.Tp aku diam je lagi.Sabar dan tambah lagi kalau sound takut kecik hati pulak.

Actually budak tak semenggah ni aku biasa mintak tolong dia tapi bukan pertolongan berbentuk material dan lebih pada perlukan tenaga dia je pun.Jadi dah mintak tolong tenaga yang tak seberapa,jadi aku kena la layan elok2.Tapi bila dilayan elok dia macam naik kepala la sikit.Ada satu perangai dia kuat sangat mengePAU.Kau bayangkan kalau keluar tak pernah nak bawak duit lebih dari RM10 dengan harapan makan dia semua kita kena bayarkan.Aku tak kesah sgt bab tu sbb standard la kau offer orang keluar dgn kau,kau la kena bayar plus budak tu bkn kerja pun.Mintak top up tu ada juga tapi biasanya 2,3 kali mintak,sekali je aku top upkan.Dan yang kena PAU ramai lagilah.Itu aku tak peduli.Itu hal dia dah muka tebal 8 inci nak buat mcm mana.

Satu lagi yang aku berbulu dengan dia ni adalah pinjam barang tak reti nak inform tuan punya barang dulu.Fine,aku ada kedai yang jual bakery supplies so kedai konsep mcm tu mmg confirm la ada barang2 untuk baking.Jadi DIA ni selalulah pinjam barang baking aku.Aku tak kisah pun tapi bila dah sekali dua pinjam,lepas tu bila nak pinjam dah taknak bagitahu aku dulu.Sampai pekerja aku serba salah dibuatnya.Pertama kerana pekerja aku tu tak kenal dia,dan dia menonong je masuk dapur terus ambik barang aku dah la tak inform aku dulu.Tapi bila aku call dia tanya,nasihat sikit tak boleh buat macam tu,bayangkan selamba dia sound aku,"Kenapa?Takleh pinjam ke?".Aku ikut panas nak je jawab,"Bukan takleh pinjam,tapi mintak izin la dulu.Bongok!".Kurang ajar gila cara bercakap.Dan bila pinjam barang orang,lagi tak mintak,tak akan dipulangkan walau janji nak pinjam kejap je pun.Satu lagi sikap buruk, selamba badak je kalau datang overnite rumah orang tak bawak byk baju,lepas tu selamba kau pilih baju mana kau berkenan nak pakai dari almari ORANG.Biasa baju adik aku la mangsa cuma aku taktau la kot2 dia dah mintak izin dulu ke apa.Serious selamba.Orang selamba seronok buat kawan tapi pada aku selamba yang jenis macam ni adalah SCARY.Hahaha!

Lepas tu selalu jugak la dia tanya aku ilmu2 masakan ni dan aku mmg tak kesah ajar je la setakat yang aku tahu dan sekarang dia bajet konon macam terrer sangat la kononnya baking segala dan bila aku usik mintak resepi,REFUSE kau.Secret recipe katakan.Aku senyum je la.Apa bodoh aku nak hadap sangat resepi yang mana aku dah bertahun berniaga jual cookies tu.Hihihihi.

Tapi daripada tu aku baru faham dan sedar dalam dunia ni mmg wujud manusia yang hanya hadap barang/ilmu orang je tapi barang/ilmu dia mmg kedekut.Pada aku kalau taknak kasi pun,itu hak kau cuma kalau bercakap sombong dengan mimik muka yang takleh blah tu aku mmg senyum je la.Dan aku pun fikir,lepas2 ni slow je la dengan dia ni.Takyah mintak2 tolong ke apa sebab orang jenis ni mmg dia nak reward,tapi time kau nak something dari dia,kau jangan harap la dapat.Ini jenis nak untung dia je.Kalau jenis aku la,sebaya dengan dia,aku akan letakkan dia ni kategori budak yang takleh buat BFF.Serious.Takde give and take,no respect dan penting diri sendiri.Berfikir tak guna otak pun iya juga sbb banyak benda dah yang dia buat terang2 salah dia,tapi still ada hati nak claimed tak bersalah.

Dia jenis yang tak pernah nak fikir perasaan orang dan aku tak terkejut kalau selamba dia boleh call saudara terdekat mintak pinjam baju nak pergi kuliah semata-mata dia malas nak cuci baju.Lepas tu selamba derk call saudara terdekat every weekend suh ambik kat hostel lepas tu senang dia ligan dobi tak berbayar dekat rumah orang tu ditambah ajak makan2 besar tapi dia takmau kuar duit pun.Dah nak guna fasiliti rumah orang tak reti2 nak cari inisiatif amik public transport pergi rumah orang tu tapi nak juga menyusahkan orang.See?Betul2 jenis bangsa tak fikir hal orang lain selain dari fikir diri sendiri semata-mata.Kalau aku mmg tak layan dah.Sekali-sekala ok la tapi kalau manjang asyik kau je kena,sakit gak wehh!Hahaha!

Tapi serious ini bukan kali pertama aku jumpa orang jenis macam ni.Ramai sebenarnya cuma sekarang ni,aku lebih suka ambik langkah menjauhkan diri sahaja sebab malas nak fikir berat buat sakit kepala je.Hahahaha!Dan macam inilah bila aku rasa marah sangat dan taktau medium mana nak luah so luah kat blog pun orait!

Ok.Sambung kerja aku taip proposal.Marah dah reda dah.Kikikiki!


There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me