Mood pagi yang tak berapa nak seronok

Dalam hidup ni kadang2 susah juga nak mendefinisikan sesuatu seperti mana,

"Bila kau tolong orang,esok-esok kau kena tolong aku balik",eh!gila statement macam nih dan nampak sgt mcm tak ikhlas nak menolong orang sebab mcm mintak habuan pulak.Owh!Life's so complicated.Hahaha!Tetibe.

Tak,tak,tak,itu bukan itu maksud aku sebenarnya.

Sebenarnya kisahnya begini.

Aku ada seorang saudara ni yg kalau ikutkan dah rasa tahap ringan je tangan nak ketuk kepala dia nih.Hahaha!Motif??Motif dia sebab aku pernah makan hati berulam jantung dengan dia ni bila dia usik bergurau dengan anak aku secara melampau.Time tu anak aku dah mmg not in mood nak bermain.Anak aku tu nak minum susu tapi dia tak stop duk mengacau anak aku.Aku diam je lagi sebab nak sound karang takut dia sentap pulak.Maklumlah dah berbulu ari2 takkan takleh fikir lagi.Sekali pengakhiran bergurau bodoh dia tu,anak aku jatuh tersembam ke lantai dengan botol susu kat mulut,pecah bibir anak aku.Mertua aku time tu mmg berbulu gila tgk budak ni.Nak marah,bukan cucu dia tapi yang kena tu mmg cucu dia la.Aku gtau suami,mmg marah gila suami aku.Tapi boleh pulak dia buat muka selamba tak bersalah.Kalau korang kat tempat aku,mmg la bengang.Tp aku diam je lagi.Sabar dan tambah lagi kalau sound takut kecik hati pulak.

Actually budak tak semenggah ni aku biasa mintak tolong dia tapi bukan pertolongan berbentuk material dan lebih pada perlukan tenaga dia je pun.Jadi dah mintak tolong tenaga yang tak seberapa,jadi aku kena la layan elok2.Tapi bila dilayan elok dia macam naik kepala la sikit.Ada satu perangai dia kuat sangat mengePAU.Kau bayangkan kalau keluar tak pernah nak bawak duit lebih dari RM10 dengan harapan makan dia semua kita kena bayarkan.Aku tak kesah sgt bab tu sbb standard la kau offer orang keluar dgn kau,kau la kena bayar plus budak tu bkn kerja pun.Mintak top up tu ada juga tapi biasanya 2,3 kali mintak,sekali je aku top upkan.Dan yang kena PAU ramai lagilah.Itu aku tak peduli.Itu hal dia dah muka tebal 8 inci nak buat mcm mana.

Satu lagi yang aku berbulu dengan dia ni adalah pinjam barang tak reti nak inform tuan punya barang dulu.Fine,aku ada kedai yang jual bakery supplies so kedai konsep mcm tu mmg confirm la ada barang2 untuk baking.Jadi DIA ni selalulah pinjam barang baking aku.Aku tak kisah pun tapi bila dah sekali dua pinjam,lepas tu bila nak pinjam dah taknak bagitahu aku dulu.Sampai pekerja aku serba salah dibuatnya.Pertama kerana pekerja aku tu tak kenal dia,dan dia menonong je masuk dapur terus ambik barang aku dah la tak inform aku dulu.Tapi bila aku call dia tanya,nasihat sikit tak boleh buat macam tu,bayangkan selamba dia sound aku,"Kenapa?Takleh pinjam ke?".Aku ikut panas nak je jawab,"Bukan takleh pinjam,tapi mintak izin la dulu.Bongok!".Kurang ajar gila cara bercakap.Dan bila pinjam barang orang,lagi tak mintak,tak akan dipulangkan walau janji nak pinjam kejap je pun.Satu lagi sikap buruk, selamba badak je kalau datang overnite rumah orang tak bawak byk baju,lepas tu selamba kau pilih baju mana kau berkenan nak pakai dari almari ORANG.Biasa baju adik aku la mangsa cuma aku taktau la kot2 dia dah mintak izin dulu ke apa.Serious selamba.Orang selamba seronok buat kawan tapi pada aku selamba yang jenis macam ni adalah SCARY.Hahaha!

Lepas tu selalu jugak la dia tanya aku ilmu2 masakan ni dan aku mmg tak kesah ajar je la setakat yang aku tahu dan sekarang dia bajet konon macam terrer sangat la kononnya baking segala dan bila aku usik mintak resepi,REFUSE kau.Secret recipe katakan.Aku senyum je la.Apa bodoh aku nak hadap sangat resepi yang mana aku dah bertahun berniaga jual cookies tu.Hihihihi.

Tapi daripada tu aku baru faham dan sedar dalam dunia ni mmg wujud manusia yang hanya hadap barang/ilmu orang je tapi barang/ilmu dia mmg kedekut.Pada aku kalau taknak kasi pun,itu hak kau cuma kalau bercakap sombong dengan mimik muka yang takleh blah tu aku mmg senyum je la.Dan aku pun fikir,lepas2 ni slow je la dengan dia ni.Takyah mintak2 tolong ke apa sebab orang jenis ni mmg dia nak reward,tapi time kau nak something dari dia,kau jangan harap la dapat.Ini jenis nak untung dia je.Kalau jenis aku la,sebaya dengan dia,aku akan letakkan dia ni kategori budak yang takleh buat BFF.Serious.Takde give and take,no respect dan penting diri sendiri.Berfikir tak guna otak pun iya juga sbb banyak benda dah yang dia buat terang2 salah dia,tapi still ada hati nak claimed tak bersalah.

Dia jenis yang tak pernah nak fikir perasaan orang dan aku tak terkejut kalau selamba dia boleh call saudara terdekat mintak pinjam baju nak pergi kuliah semata-mata dia malas nak cuci baju.Lepas tu selamba derk call saudara terdekat every weekend suh ambik kat hostel lepas tu senang dia ligan dobi tak berbayar dekat rumah orang tu ditambah ajak makan2 besar tapi dia takmau kuar duit pun.Dah nak guna fasiliti rumah orang tak reti2 nak cari inisiatif amik public transport pergi rumah orang tu tapi nak juga menyusahkan orang.See?Betul2 jenis bangsa tak fikir hal orang lain selain dari fikir diri sendiri semata-mata.Kalau aku mmg tak layan dah.Sekali-sekala ok la tapi kalau manjang asyik kau je kena,sakit gak wehh!Hahaha!

Tapi serious ini bukan kali pertama aku jumpa orang jenis macam ni.Ramai sebenarnya cuma sekarang ni,aku lebih suka ambik langkah menjauhkan diri sahaja sebab malas nak fikir berat buat sakit kepala je.Hahahaha!Dan macam inilah bila aku rasa marah sangat dan taktau medium mana nak luah so luah kat blog pun orait!

Ok.Sambung kerja aku taip proposal.Marah dah reda dah.Kikikiki!


1 comment:

Rafhani said...

Hmmm,maroh sungguh nih.hehehehe.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me