The Garden Hotel & Residence-Wonderful weekend 1

Assalamualaikum................selamat berpuasa diucapkan.Chewah!

Macam mana weekend anda?My weekend this week so wonderful,mabeles,ohsem <<<bak kata Damia.

Ok.Straight pada apa yang nak cerita.Cerita weekend yang cukup wonderful pada aku,tapi mungkin tak wonderful pun pada orang lain.Hiks!

26 Julai 2013,Ariey touchdown KLIA.
Fuh!Tak sabar nak jumpa suami.
Motif??
Nak tunjuk perut makin besar.
Hahaha!


Tapi kita gerak ke KL dengan abah kita hari Khamis lepas balik dari ofis.Jadi Khamis tu baru ketemu suami.Huhuhuhu!Sedih.Nasib Khamis boleh balik kol 3 petang.Maklum la sekarang ni kang kerja a.k.a praktikal.Tinggal dalam 5 minggu je lagi.Owh!Tak sabarnya.

Dah nama bertolak petang,aku dengan abah break fast kat R&R Temerloh.Beli satu nasi lemak kongsi berdua.Mula2 ingat,isk!Mana cukup kongsi sbb aku punya lapar dah tahap gigil dah nih tapi abah aku cakap dia nak sikit je just alas perut.

Tapi as usual,benda sikit tu la dia datang dengan rasa yang serba cukup.Nasi lemak dan sambal dia yang memang pedas cukup rasa,dengan ayam goreng besar gedabak yang garing kat luar lembut sangat kat dalam.Nampak sangat ayam baru.Memang sedap.Tapi cuma rasa mcm tak caya dengan portion macam tu harga yang dijual RM4.50 jer.Hihihihi!

Lepas tu order teh tarik untuk aku,nescafe untuk abah aku.Abah cakap RM10 pun tak sampai.Tapi walau makan berkongsi,rupanya kenyang juga.Huhuhu!~

Teruskan perjalanan,around 10.30 malam sampai la kami ke Bukit Jelutong.Tapi bertuah punya laki,dia dah sesiap membuta.Ceh!

Esoknya hari Jumaat,sahur kat rumah ipar,then around 8 pagi macam tu gerak ke rumah akak aku kat Seksyen 10.Isk!Tak sabar nak tgk anak sedara yang paling latest sikit punya bam bam macam terlebih bagi makan ibu roti.Kikikiki!


 ~ Muhammad Al-Fateh in da house ~

Ini waktu tunggu abah sampai.Layankan saje la seniman jalanan ni tunjuk skills.Anak dara mmg takleh lari jauh la.24 jam nak berkepit dengan ayahanda.Phew!



Lepas tu gerak ke Seksyen 10,lepak sana sembang-sembang kosong sampai kol 10 lebih,then baru gerak ke Midvalley.Ingat keluar time tu smooth la perjalanan,tapi tidak la.Banyak juga kenderaan plus aku lupa pulak Jumaat tu Selangor cuti so memang orang ramai pakat serbu mall untuk shopping raya.Wrong timing la kami nih!Hihihihi!Kira sesak juga la pagi tu.Owh!Until now,perasan nak menetap kat KL tu still berat bagi aku.Cukup la 2 tahun.Kikikiki!Tapi tak tahu la kot2 lepas ni ubah fikiran.Aku akan rasa sangat fun kalau datang KL sekali sekala macam ni.Hiks!

Jadi mengikut planning kami suami isteri,kami akan stay kat The Garden Hotel & Residents selama 3 hari 2 malam.Motif ambik bilik hotel bagai semata-mata nak shopping walhal 4 orang adik-beradik ada kat Shah Alam nih.Hihihihi.Macam tak biasa tumpang bermalam rumah diorang.

Ok.Motif aku ambik bilik sebab aku takde stamina + energy,ewah!nak berjalan lama2.So awal2 dah gtau Ariey,kali ni takde survey2 dah.Aku nak shopping satu tempat je sbb mmg tak larat dan telahan tu mmg benar.Hahaha!Dalam sehari dua kali kena turun pergi mall sbb limit aku boleh jalan dalam 3 hours je then kena naik bilik rehat + tido,baru sambung balik shopping.

Dan misi kami cari baju raya Damia dengan baju our second bundle of joy yang In Sha Allah jangka 1st October ni.Kesian second baby ni.Dah masuk 30 weeks baru mak dia nak prepare barang untuk dia.Kalau Damia dulu,seawal 5 bulan dah sibuk nak beli itu ini.Tapi at least brg2 keperluan lain Ariey dah beli kat Australia so yg perlu di top up pun dah tak banyak.Mostly,baju la yang aku kena beli.



Aku choose bilik deluxe.Cukup la kami tiga beranak.Request katil king.Selesai.Rate harga RM300++ per night so total dalam RM600++ tak termasuk breakfast sbb ambik 2 malam.Maklum la puasa ni dan break fast tu dia tukar pada pakej sahur RM28 per pax.So aku amik jugak untuk 2 hari tapi just untuk sorang je.Suami I tu bukan makan banyak pun so kongsi je la kami sbb aku dah bayangkan mesti lauk dia variety nanti.Hihihihi.Telahan sendiri.

Untuk kereta,mmg time orang crowded gila jangan harap la nak dapat port parking best so ambik valet je la bayar RM15 untuk satu hari.Memandangkan aku dah cakap,ada ke,takde ke barang yang nak dibeli,kat sini je cari.Hahaha!So kereta tu pakai booking parking valet untuk 3 hari terus takyah keluar-keluar.Bertapa je dalam The Garden dengan Midvalley nih.

Papehal pun kita check in dulu~


Masuk je bilik terjelepuk anak dara kita.Penat apa entah,macam puasa.Hihihihi!Nice room dan lebih kurang macam Hard Rock Hotel Singapore jugak cuma yang tu lebih cozy dan buat mata ngantuk je sbb decor gelap sangat.Aku compare dengan hotel tu sebab itu je yang last kami pergi bercuti bulan 1 haritu untuk vacation family kecik aku ni bagi tahun 2013 nih.Jadi lebih kurang 6 bulan tanpa percutian untuk mereleasekan tension.Patut la aku stress jer.Dan dan.Hahaha!

As usual,sikit-sikit pic dalam bilik untuk tatapan umum walhal boleh je nak tgk dalam website,tapi nak juga tepek kat sini.Hihihihi!

Bagi abah rehat dulu kejap sebab misi pertama hari tu adalah carik barang dia.Lepas tu turun bawah ke The Garden mall dulu sebab nanti kol 1 nak naik balik untuk solat Jumaat.Nasib baik masjid tak jauh boleh jalan kaki je.So lepas beli barang abah,naik ke bilik,diorang pergi solat Jumaat,aku sambung membuta.Bukan apa,recharge energy.Hiks!Jalan tak sampai 2 jam,letih dia tu macam baru lepas marathon.Phew!


Awal2 budak kecik ni mmg behave tapi sejam pertama je la.Huks!Lepas diorang balik dari solat Jumaat kami turun ke mall balik tapi that time cari port berbuka.Memang ramai betul la manusia kat dalam Midvalley haritu.So malas nak fikir,suami pun tiba2 teringin nak makan lamb,malas nak fikir terus booked kat TGI Friday dalam The Garden.Nasib dapat booked seat.Fuh!Ok la.Sambung balik la.Aku ada kerja pulekkss.


As usual,takut tapi nak jugak naik.Adeh la!

to be continue............................


No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me