Kalau boleh sental dengan 'Clorox',sudah lama saya sental

Pernah atau tidak korang berhadapan dengan makhluk yang suka menidakkan apa yang kita katakan hanya kerana dirinya tidak begitu?Mesti rasa annoying gilerkan?Nampak sangat dia tu sakit hati atau jealous dekat kita.
Apa yang cuba saya ingin beritahu hanyalah sesungguhnya tidak eloklah perangai sebegitu kerana ia hanya menyebabkan kita menghidap radang hati (penyakit hasad dengki) yang mana ubat spital pun xleh bantu kecuali diri sendiri.
Saya akui saya sentiasa berhadapan dengan makhluk2 ini yang mana ayat yang paling biasa diorang suka guna "Hurm,tak semestinya".
Sebenarnya dalam two ways communication,tidak salah andai kita memberi pandangan dari sudut positif dan tidak perlu sebenarnya memperlekehkan orang lain.Memang benar kadang2 kita mungkin tidak bersetuju namun carilah cara yang paling baik untuk diluahkan dan bukannya dengan menyindir secara sinis atau memperlekehkan orang lain.
Sikap suka mencari kelemahan orang lain juga boleh membuatkan kita merasa sakit hati sampai rasanya tangan ini ringan jer nak tempeleng mulut yang berkata2 itu.Huhuhuhu!Namun kita harus sabar.
Apa point saya sebenarnya?Hehehe...Sebenarnya saya sedang menghadapi krisis dengan makhluk Tuhan yang tidak berapa nak seksi ini.Jika dinilai secara luaran,tiada sebab dia harus berasa sakit hati pada saya sehingga terpaksa berpenat lelah untuk menyakitkan hati saya.Makhluk ini tidak menembak secara kejam namun percakapan lembutnya mengandungi bisa atau mudahnya,mempunyai maksud tersirat yang amat memedihkan hati untuk diterima.
Kenali saya & dia..
Saya adalah seorang isteri,seorang ibu (Dia juga)
Saya belum lagi dapat mengenggam segulung ijazah & sedang bertungkus lumus mendapatkannya (Dia sudah berjaya)
Saya tidak berduit & mengumpul duit untuk membeli sesuatu itu adalah biasa (Namun tidak dia kerana dia berduit)
Saya bukanlah kategori wanita cantik (Dia ada rupa)
Saya menumpang rumah ibu bapa saya (Sedang dia dirumah sendiri yang serba mewah)
Nah,bukankah jauh bezanya kami namun kenapa saya masih lagi diperlekehkannya?Kenapa dia begitu rajin mencari silap saya.Apa lebih saya dan kurangnya dia,saya sendiri tidak pasti..
Tambahan untuk dia,ada anak yang comel,suami yang mampu beri segala..namun mungkin itu belum cukup baginya.Itu apa yang saya rasa!Hehehe!Untuk memanjatkan kesyukuran mungkin suatu yang agak sukar baginya..kerana saya sendiri melihat dia sentiasa tidak pernah cukup dengan apa yang dia ada...

Ini bukan iklan bedak sejuk

Damia lepas di touch up

Refer title kat atas dan diulang..ini bukan iklan bedak sejuk ok.Since dah beranak ni,ingin memanipulasi (amboi ayat!) anak sendiri sebagai model.Huhuhu!Memandangkan saya sudah ada si kecil ini,ingin saya kongsikan kat sini bedak yang bagus untuk baby anda.Dari awal kelahiran Damia,ibu saya mencadangkan agar saya menggunakan tepung kanji atau tepung jagung sahaja untuk disapu pada badan baby anda selepas mandi dan secara langsung menggantikan bedak bayi kerana dikatakan amat bagus untuk kulit bayi.Tambah lagi,sah2 la tak ada pewarna dan pewangi tambahan.So,apa tunggu sekarang?Cepat suruh laki korang pi kedai beli sekarang atau sesiapa yang parasit dengan parents (macam I) boleh ambik secara senyap2 kat dalam almari dapur mak korang.


Alternatif lain,boleh juga beli kat kedai.Sebenarnya penggunaan tepung jagung ini sudah dikomersialkan so korang boleh beli jer dan packagingnya confirm la lebih menarik dan mudah dibawa kemana2.Jenis yang bawah ni adalah yang sedang saya gunakan sekarang.Awal2 dulu memang pakai tepung kanji jer tapi skang macam berlagak sikit dah tukar pada yang ini.Buang yang lama,ambil yang baru.Huhuhuhu!

Nota kaki:Jangan pulak sapu time korang bawa anak korang keluar sebab tak berjenis pulak baby korang muka berbedak macam perempuan dalam pantang.Warning,sila pakai dirumah sahaja : )

Adakah saya "SUPERWOMAN"?

Sekejap jer masa berlalu,my little princess dah nak masuk 2 bulan.Syukur padaNya dengan kurniaan ini yang cukup sempurna malah menjadi pelengkap hubungan saya dan suami.Setakat ini menjaga si kecil ini amat mudah tambahan dia masih dalam dunia tidurnya.Hehehe!Belum pandai mengagah tapi sudah mula memberi respon apabila namanya dipanggil.Ada 4 bulan sahaja lagi sebelum saya melangkah kaki sebagai pelajar semula.Jadi sekarang ini saya manfaat sepenuhnya 7 hari seminggu,24 jam sehari untuk bersama si kecil ini.Ini kerana selepas ini dia akan ditinggalkan bersama Umi nya sementara saya mengikuti kuliah atau aktiviti universiti.Selepas ini saya perlu membahagikan masa saya kerana saya juga perlukan sedikit masa untuk menelaah.Bagaimana agaknya nanti?Saya sudah fikirkannya.Tekad saya,degree saya ini perlu dihabiskan juga walau ada suara sinis yang mengatakan saya bakal TERKANDAS DITENGAH JALAN.Saya ambil kata2 itu sebagai cabaran.Saya yakin saya mampu dan siapa mereka yang senang2 ingin menghakimi saya sedangkan hakikatnya hidup saya hanya sayalah yang tahu gagal atau berjaya.Saya letakkan dalam fikiran andai seseorang menunding jari pada saya seolah memperlekehkan kemampuan saya,biarlah tundingan pada saya cuma satu dan selebihnya berbalik padanya.Apa yang pasti saya yakin bahawa saya mampu menjadi ibu yang terbaik.Sekurangnya disaat ini saya amat berpuas hati kerana mampu menjaga anak sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Rutin saya juga sudah berubah dan andai dulu liat bangun pagi,kini segalanya bermula seawal 5.30pagi.Tidak cukup tidur sudah menjadi perkara biasa kerana saya perlu bangun menyusukan anak 2 jam sekali dan check lampin samada sudah penuh atau belum.Rutin ini berterusan hingga pagi dan saya pastinya bahagia melakukannya cuma sesekali tumbang juga akibat kepenatan yang melampau.Saya harus bermula sekarang kerana apabila saya mula belajar nanti kelas paling awal adalah pada jam 8 pagi maka saya harus meninggalkan rumah seawal 7 pagi.
Saya puas kerana saya melakukannya sendiri...
Ada suara sumbang berkata saya terlalu excited kerana anak pertama dan bila anak sudah berderet,rasa malas pasti ada.Saya ingin membalas disini,"Wahai si bodoh,kalau aku bertarung nyawa untuk melahirkan mereka kedunia dan aku lepaskan tanggungjawab itu pada yang lain,maka tidak gunalah aku menjadi seorang ibu".Agak kasar namun saya perlu meluahkan kerana sudah terlalu lama saya memendam perasaan.
Saya pasti puas kerana saya melakukannya sendiri...
Duhai suami,saya tidak menipu seperti sesetengah wanita itu yang hanya menunjukkan betapa mereka menjaga anak2 mereka hanya apabila engkau berada didepan mata.Hakikatnya apabila ketiadaan suami,tanggungjawab dilepaskan pada yang lain.Saya tidak pandai berlakon.Andai didepan saya begitu,dibelakang juga saya begitu!
Dan saya puas kerana saya meluahkannya disini....
Saya mungkin seorang ibu yang tidak mampu melimpahkan kemewahan harta benda pada anaknya namun sedaya upaya saya limpahkan kasih sayang yang tidak terhingga.Saya terharu apabila Damia menangis hanya kerana saya meninggalkannya hanya untuk beberapa jam dan apabila saya memeluknya,tangisan itu terhenti tiba2.Saya tahu dia rindu saya dan saya juga rindukannya.Saya tidak sanggup berjauhan darinya walau sehari.
Saya tidak mampu membelikannya sesuatu yang mahal kecuali saya menyimpan wang untuk mendapatkannya.Saya mungkin bukan seperti sesetengah ibu yang mampu membeli barang2 yang mahal untuk anaknya kerana mereka mudah memperolehi wang namun tidak saya.Saya harus bijak membeli kerana duit amat terhad bagi kami memandangkan hanya suami yang bekerja.

Nota kaki:Saya bahagia dengan apa yang saya ada hari ini

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me