Sekejap jer masa berlalu,my little princess dah nak masuk 2 bulan.Syukur padaNya dengan kurniaan ini yang cukup sempurna malah menjadi pelengkap hubungan saya dan suami.Setakat ini menjaga si kecil ini amat mudah tambahan dia masih dalam dunia tidurnya.Hehehe!Belum pandai mengagah tapi sudah mula memberi respon apabila namanya dipanggil.Ada 4 bulan sahaja lagi sebelum saya melangkah kaki sebagai pelajar semula.Jadi sekarang ini saya manfaat sepenuhnya 7 hari seminggu,24 jam sehari untuk bersama si kecil ini.Ini kerana selepas ini dia akan ditinggalkan bersama Umi nya sementara saya mengikuti kuliah atau aktiviti universiti.Selepas ini saya perlu membahagikan masa saya kerana saya juga perlukan sedikit masa untuk menelaah.Bagaimana agaknya nanti?Saya sudah fikirkannya.Tekad saya,degree saya ini perlu dihabiskan juga walau ada suara sinis yang mengatakan saya bakal TERKANDAS DITENGAH JALAN.Saya ambil kata2 itu sebagai cabaran.Saya yakin saya mampu dan siapa mereka yang senang2 ingin menghakimi saya sedangkan hakikatnya hidup saya hanya sayalah yang tahu gagal atau berjaya.Saya letakkan dalam fikiran andai seseorang menunding jari pada saya seolah memperlekehkan kemampuan saya,biarlah tundingan pada saya cuma satu dan selebihnya berbalik padanya.Apa yang pasti saya yakin bahawa saya mampu menjadi ibu yang terbaik.Sekurangnya disaat ini saya amat berpuas hati kerana mampu menjaga anak sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Rutin saya juga sudah berubah dan andai dulu liat bangun pagi,kini segalanya bermula seawal 5.30pagi.Tidak cukup tidur sudah menjadi perkara biasa kerana saya perlu bangun menyusukan anak 2 jam sekali dan check lampin samada sudah penuh atau belum.Rutin ini berterusan hingga pagi dan saya pastinya bahagia melakukannya cuma sesekali tumbang juga akibat kepenatan yang melampau.Saya harus bermula sekarang kerana apabila saya mula belajar nanti kelas paling awal adalah pada jam 8 pagi maka saya harus meninggalkan rumah seawal 7 pagi.
Saya puas kerana saya melakukannya sendiri...
Ada suara sumbang berkata saya terlalu excited kerana anak pertama dan bila anak sudah berderet,rasa malas pasti ada.Saya ingin membalas disini,"Wahai si bodoh,kalau aku bertarung nyawa untuk melahirkan mereka kedunia dan aku lepaskan tanggungjawab itu pada yang lain,maka tidak gunalah aku menjadi seorang ibu".Agak kasar namun saya perlu meluahkan kerana sudah terlalu lama saya memendam perasaan.
Saya pasti puas kerana saya melakukannya sendiri...
Duhai suami,saya tidak menipu seperti sesetengah wanita itu yang hanya menunjukkan betapa mereka menjaga anak2 mereka hanya apabila engkau berada didepan mata.Hakikatnya apabila ketiadaan suami,tanggungjawab dilepaskan pada yang lain.Saya tidak pandai berlakon.Andai didepan saya begitu,dibelakang juga saya begitu!
Dan saya puas kerana saya meluahkannya disini....
Saya mungkin seorang ibu yang tidak mampu melimpahkan kemewahan harta benda pada anaknya namun sedaya upaya saya limpahkan kasih sayang yang tidak terhingga.Saya terharu apabila Damia menangis hanya kerana saya meninggalkannya hanya untuk beberapa jam dan apabila saya memeluknya,tangisan itu terhenti tiba2.Saya tahu dia rindu saya dan saya juga rindukannya.Saya tidak sanggup berjauhan darinya walau sehari.
Saya tidak mampu membelikannya sesuatu yang mahal kecuali saya menyimpan wang untuk mendapatkannya.Saya mungkin bukan seperti sesetengah ibu yang mampu membeli barang2 yang mahal untuk anaknya kerana mereka mudah memperolehi wang namun tidak saya.Saya harus bijak membeli kerana duit amat terhad bagi kami memandangkan hanya suami yang bekerja.
Nota kaki:Saya bahagia dengan apa yang saya ada hari ini
No comments:
Post a Comment