Cerita Bonda II

Anakanda,
  • Sejak bonda jejakkan kaki ke universiti,Alhamdulillah tidak pernah sekali bonda muntah2 atau lemah badan.Walau jadual kelas yang agak padat,setakat ini tiada kekangan bagi bonda menyelesaikan segala urusan seharian dan dapat belajar dengan tenang.Syukur padaMu Ya Allah s.w.t.
  • Mungkin sedikit dugaan untuk minggu ini apabila bonda mula terasa ngilu dibahagian perut.Selera makan juga turut hilang.Agak sukar untuk mencari makanan yang mampu ditelan.Semuanya dirasakan amat menjengkelkan.Setiap makanan yang bonda lihat semuanya membuatkan bonda loya.Tidak pernah bonda merasai perasaan sebegini.Perkara yang paling pelik apabila bonda beria ingin makan pizza di Pizza Hut sedangkan sebelum ini pizza bukan keutamaan bonda.Lecur liur sewaktu melihat pizza dihidangkan sehingga bonda makan secara bersungguh2.Spagetti prawn olio fav bonda juga ditolak tepi.Macam2 yang tidak kena.Terlalu masin,tidak cantik (ungkapan yang tidak masuk akal ).Selama beberapa hari bonda sakit perut kerana terlalu menahan lapar.Lapar kerana tidak mampu menjamah makanan.Semuanya tidak kena dimata.
  • Risau hati ayah.Sepanjang hari bonda bersungut sehingga ayah menerangkan bahawa, menurut seorang ustaz ada menceritakan bahawa pada satu peringkat bagi seorang wanita mengandung ( kehamilan yang baru masuk bulan ke-4 ) roh sudah mula diserap masuk melalui lendir2,daging2 pada bayi tersebut dan pada waktu tersebut ibu yang mengandung akan mula merasai loya atau hilang selera makan.Perut akan sentiasa seperti masuk angin dan tidak selesa.Itulah dugaannya namun sekiranya kita redha,balasan pahala menanti.Pesan ayah,jangan terlalu banyak bersungut dan harus sentiasa sabar.Itu adalah lumrah dimana semua wanita mengandung mengalaminya.Bukankah itu suatu rahmat drNya.Betapa uniknya kehidupan ini.
  • Scan kali ke2 pada usia kandungan 11 minggu ( last 2 week ) menampakkan pembentukan kepala dan badan bayi.Kali ini perasaan semakin teruja.Betapa unik dan bermaknanya pengalaman yang sedang bonda lalui ini.

Student life

5 July 09 harituh adalah hari pertama melangkah masuk ke UMT.Bermulalah kehidupan sebagai pelajar di UMT.Banyak yang bezanya untuk kali ini kerana saya lebih senang membawa diri secara solo.Pagi2 terkocoh-kocoh ketempat pendaftaran.Memandangkan saya tidak hadir ke orientasi jadi saya harus lebih banyak bertanya.Sesiapa sahaja saya tegur.Ada yang membantu namun ada juga yang menjadi seperti batu.Saya tidak kisah itu semua kerana kebergantungan saya bukan pada mereka.Saya tidak begitu teruja mencari kawan cukup sekadar saya mengenali mereka sebagai teman satu kursus.Saya menempel sahaja dengan mana2 mereka yang saya selesa.Sehingga hari ini tiada yang stick dengan saya kerana saya sememangnya suka begitu.Saya bebas berkawan dengan siapa saya suka.Kawan yang agak rapat sedikit adalah teman sebilik saya dan juga teman dibilik mula2 saya masuk ke UMT.Pada saya itu sudah mencukupi.Saya hari ini bukan saya yang mula2 melangkah kaki ke TATI pada awal 2005.I'm totally different right now.Saya pergi kekelas sendiri,menguruskan segala urusan sendiri dan bertanya pada mereka yang sepatutnya.Sesungguhnya saya bahagia begitu.

Cerita Bonda

"Tidak dapat diungkapkan dengan kata2 betapa gembiranya hati dengan kurnianMu ini Ya Allah swt"

  • Pemeriksaan kedua pada 22 Jun 2009 doktor scan nak tgk condition janin dan pemeriksaan air kencing buat kali yang kedua.Teruja si ayah apabila melihat perkembangan janin yang sudah menampakkan tanda adanya denyutan jantung.Saya menangis didalam hati.Besarnya kuasa Yang Maha Esa.Sewaktu doktor menerangkan pada suami perkembangan janin dan peringkat awal kehamilan,saya renung wajah suami.Hati ini benar2 terusik.Sukar digambarkan perasaan ketika itu.Benih cinta kami sedang membesar dari hari kehari.Kami menghitung hari.40 minggu yang amat membahagiakan.

  • 28 Jun 2009 tarikh mendaftar di UMT.Ramai terkejut dengan keputusan saya untuk melanjutkan pelajaran (degree).Dengan keizinan suami saya mengisi borang UPU dan alhamdulillah saya mendapat tempat di UMT dalam jurusan Pengurusan ( Pemasaran ).Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun.Kali ini saya benar2 bertekad.Dengan doa dari suami saya tekadkan hati saya.Walau hamil ia tidak mematahkan semangat saya.Perjuangan harus diteruskan.Saya mesti habiskan apa yang saya sudah mulakan.

  • Anakanda amat memahami.Setakat dua bulan ini bonda sihat tanpa sebarang alahan.Tiada kekangan pada bonda untuk menyelesaikan segala urusan.Alhamdulillah semua berjalan lancar.Setengah orang berkata terlalu awal untuk merasai alahan.3 atau 4 bulan lagi baru adanya simpton alahan.Hingga ada suara sinis yang mengatakan "Jangan rasa selesa sangat.Awal lagi ok la.Tunggu 3,4 bulan lagi mesti kamu muntah lembik badan".Bonda pekakkan telinga.Bonda think positif.Namun bonda tekad itu semua kata2 orang.Yang mengalami dan melalui adalah diri sendiri. Pesan doktor, " Kamu kena kuat semangat.Tambah lagi suami tiada disisi sepanjang kehamilan".Ayah mungkin menjenguk bonda 2 kali sebulan.Trg dan N.Sembilan tempatnya jauh.Menurut doktor alahan juga berkait rapat dengan psikologi."Kalau kamu terlalu melayan perasaan,satu kerja kamu tidak akan dapat buat.Alahan bagi perempuan mengandung adalah normal cuma kamu mesti kuat sedikit.Harus lawan".

  • Apa yang pasti keadaan ini membuatkan saya dikecualikan dari orientasi.Walau pada awalnya nurse UMT mengatakan tiada masalah untuk menyertainya kerana aktiviti lebih pada ceramah dan aktiviti2 biasa.Jadi tiada alasan kenapa saya mesti dikecualikan.Terima kasih nurse kerana anda tidak mengandung pada waktu itu.Ketua fasilator sendiri tidak membenarkan kerana menurut mereka sekiranya apa2 berlaku mereka tidak akan bertangunggjawab jadi saya tidak digalakkan menyertainya memandangkan jarak antara asrama dan bangunan akademik agak jauh.Apa yang pasti sepanjang orientasi pelajar dikehendaki berjalan kaki ke satu2 tempat.Tiada kenderaan disediakan.Terima kasih juga pada nurse kerana cara anda bertutur yang amat tidak bertimbang rasa.No wonder kamu sebagai nurse dan bukannya doktor.Andai kamu doktor mesti tutur kata kamu akan lebih berbisa.Itu cuma telahan saya.

Cerita kami

  • Tanggal 26 May 2009,kejutan pertama kami bila saya disahkan mengandung buat kali yang kedua.Perasaan waktu itu bercampur -baur antara tidak percaya & gembira.Masakan tidak tujuan kedatangan ke klinik tersebut hanya untuk pemeriksaan kerana sakit perut & kencing yang terlalu kerap ditambah lagi dengan haid yang datang dalam waktu yang cukup singkat iaitu satu hari sahaja.Itupun darah coklat yang hanya sebesar biji kacang.Memandangkan saya pernah ke klinik yang sama sewaktu mengalami keguguran yang pertama,doktor membuat ujian kehamilan tanpa memberitahu saya.Pemeriksaan air kencing menunjukkan saya mengalami kencing kotor & juga positif mengandung.Namun kami terima dengan penuh kesyukuran pada Allah swt dengan kurniaan yang tidak terhingga ini.Suami tersenyum mengenangkan dia bakal menjadi seorang ayah.Saya juga tidak lama lagi menjadi bonda.Lelaki atau perempuan tidak menjadi hal pada kami.Cukuplah dilahirkan sihat dan sempurna.Pada ahli keluarga dikhabarkan berita.Semua menyambut gembira sementelah lagi usia perkahwinan kami yang sudah hampir setahun 9 bulan.Kalau diikutkan waktu ini kami amat bersedia dari segi fizikal & mental.Kewangan juga sudah stabil untuk membuat persediaan menyambut orang baru.Namun kami sebenarnya tidak pernah merancang waktu bila untuk menimang cahaya mata & jauh sekali merancang keluarga.
  • Saya pernah diperli "Bila nak ada anak ni?Takut lambat2 tak dapat terus menyesal tak sudah!".Saya diam sahaja.Mengiya tidak jauh sekali membalas.Namun dilubuk hati terguris juga : ).Saya bukannya tidak inginkan anak.Cuma rezeki belum sampai.Ambik kata2 Nas,"Bukan tak ada rezeki ,cuma rezeki belum sampai".
  • Kadang2 usikan dari kawan2 juga turut mengguris hati saya.Antaranya "Bila nak dapat anak ni?Lamanya!".Pernah hati berdetik "Apa?Kalau aku beranak engkau nak jaga ke?".Sekali dua saya boleh accept as a joke tapi kalo banyak2 kali rasa menyampah pun ada.Kerana itulah saya sangat tidak senang dengan orang yang bercakap ikut sedap mulut sahaja.No respect at all.Terima kasih yang tidak terhingga buat Rifhan,Fajrina(cousinku yang sempoi) ,Nana,Siti,Sue & kawan2 yang banyak menyokong saya.Kalian memang memahami.
  • Namun saya syukur ada ibu ayah yang jenis open minded.Diorang cakap enjoy dulu,apa nak kecoh2.Hahahahaha!Terima kasih ibu bapaku yang teramat la cool.Skang ibu sendiri berkata "Skang memang masa yang amat sesuai untuk ada baby.Ok la tuh setahun lebih berdua".Kerana itulah dalam jangka waktu tersebut saya tidak mengalami stress langsung.Suami sentiasa menyokong saya.Terima kasih bee.Love you.
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me