Cerita kami
Tanggal 26 May 2009,kejutan pertama kami bila saya disahkan mengandung buat kali yang kedua.Perasaan waktu itu bercampur -baur antara tidak percaya & gembira.Masakan tidak tujuan kedatangan ke klinik tersebut hanya untuk pemeriksaan kerana sakit perut & kencing yang terlalu kerap ditambah lagi dengan haid yang datang dalam waktu yang cukup singkat iaitu satu hari sahaja.Itupun darah coklat yang hanya sebesar biji kacang.Memandangkan saya pernah ke klinik yang sama sewaktu mengalami keguguran yang pertama,doktor membuat ujian kehamilan tanpa memberitahu saya.Pemeriksaan air kencing menunjukkan saya mengalami kencing kotor & juga positif mengandung.Namun kami terima dengan penuh kesyukuran pada Allah swt dengan kurniaan yang tidak terhingga ini.Suami tersenyum mengenangkan dia bakal menjadi seorang ayah.Saya juga tidak lama lagi menjadi bonda.Lelaki atau perempuan tidak menjadi hal pada kami.Cukuplah dilahirkan sihat dan sempurna.Pada ahli keluarga dikhabarkan berita.Semua menyambut gembira sementelah lagi usia perkahwinan kami yang sudah hampir setahun 9 bulan.Kalau diikutkan waktu ini kami amat bersedia dari segi fizikal & mental.Kewangan juga sudah stabil untuk membuat persediaan menyambut orang baru.Namun kami sebenarnya tidak pernah merancang waktu bila untuk menimang cahaya mata & jauh sekali merancang keluarga.
Saya pernah diperli "Bila nak ada anak ni?Takut lambat2 tak dapat terus menyesal tak sudah!".Saya diam sahaja.Mengiya tidak jauh sekali membalas.Namun dilubuk hati terguris juga : ).Saya bukannya tidak inginkan anak.Cuma rezeki belum sampai.Ambik kata2 Nas,"Bukan tak ada rezeki ,cuma rezeki belum sampai".
Kadang2 usikan dari kawan2 juga turut mengguris hati saya.Antaranya "Bila nak dapat anak ni?Lamanya!".Pernah hati berdetik "Apa?Kalau aku beranak engkau nak jaga ke?".Sekali dua saya boleh accept as a joke tapi kalo banyak2 kali rasa menyampah pun ada.Kerana itulah saya sangat tidak senang dengan orang yang bercakap ikut sedap mulut sahaja.No respect at all.Terima kasih yang tidak terhingga buat Rifhan,Fajrina(cousinku yang sempoi) ,Nana,Siti,Sue & kawan2 yang banyak menyokong saya.Kalian memang memahami.
Namun saya syukur ada ibu ayah yang jenis open minded.Diorang cakap enjoy dulu,apa nak kecoh2.Hahahahaha!Terima kasih ibu bapaku yang teramat la cool.Skang ibu sendiri berkata "Skang memang masa yang amat sesuai untuk ada baby.Ok la tuh setahun lebih berdua".Kerana itulah dalam jangka waktu tersebut saya tidak mengalami stress langsung.Suami sentiasa menyokong saya.Terima kasih bee.Love you.
Read.Think.Express
Trust Yourself When Others Doubt You
5 comments:
Salam.
Lama betul 'menghilang' dari dunia blog. TAHNIAH kerana bakal menjadi ibu. Jaga kesihatan baik-baik ya. Insyaallah, akak doakan semuanya akan selamat. Bila dijangka bersalin ni?
Masih ada sebagai silent reader.Hehehehe!Due 5.2.2010.Cuma masih ragu2 sebab nurse hospital kerajaan ambik first day period (period yg last) untuk kira due bersalin tapi doktor private hospital ambik last day period untuk kira due.Confius yg mana satu yang betul.Kalau private hospital punya perkiraan 10.2.2010.Lama tak keeep in touch dgn akak.
tahniah ye syafinaz..
Terima kasih En Apis : )
Kalau ikut pengalaman akak, kiraan yang nurse klinik kerajaan buatlah yang tepat, iaitu dikira dari hari pertama period terakhir. Kalau ikut pengalaman akak juga, biasanya baby keluar lebih awal dari tarikh due (mungkin sebab akak aktif berjalan ke sana ke mari kot, hehehe)... apapun, jaga kesihatan tau...
Post a Comment