My Life 101 - #1

Harini I nak cerita pasal kehidupan SELEPAS mempunyai anak kecil .I tak tahu orang lain macam mana,tapi untuk I memang ada la perubahannya.Tapi kat sini takde sekelumit niat pun nak cerita pasal berat badan naik atau apa T - T.Itu lain entry kita cerita.Wahahaha!

Perubahan rutin harian    #1

Ini memang paling ketara.Kalau sebelum lahirnya Dian,suka hati jer keluar tanpa rasa bersalah.Maklum la stay dengan parents so Damia memang sah-sah la ditinggalkan dengan atuk uminya.Tapi kenkadang I heret juga sama.Dia dah besar dah pun dan tak susah sangat nak handle.


Walau kadang-kadang perangai meengalahkan anak tarzan gayanya.Sorry pic gegor.

Dan kadang-kadang boleh diajak menjadi teman berbicara.


Lunch bersama berdua.Entah apa topik yang nak dibincangkan taktau la.Tapi kira orait la juga.Dah jadik kakak dah pun.

Namun sekarang ini istilah keluar sesuka hati dah takleh dibuat lagi dimana esok nak keluar,malam sebelum dah kena fikir esok mana nak buat stok susu badan lagi,jam berapa nak pergi,jam berapa nak balik.Paling haru,siap kena buat list takut ada yang tertinggal.Kalau tertinggal mana2 urusan,nak patah balik masuk town memang idok la.

Sekarang ni dah tak ada istilah take a nap dah sebab asal baru jer Josh Duhammel nak masuk mimpi,time tu la jugak sound effect bunyik.

Dan rutin harian memang berubah 360 darjah sebab urusan I akan dibuat ketika Dian tidur atau ketika dia sedang bersantai dan bukan lagi ikut masa I.Adus!Itu yang kadang2 ada yang complain,"Aku texting kau harini lagi 3 hari baru nak reply".Hahaha!Sorry.Sebab lately memang jarang nak jenguk handphone.Biasanya lepas gayut dengan bapak Dian (dia call time yg sama setiap hari so time selainnya,handphone I dimana-mana).Kikikiki!

Haish!Baru anak dua busy dah melampau.Tapi busy I tu pun memang busy kerja yang overload.Maklum la bukan takat stayed at home mommy yang kadang2 orang anggap duk melepak jer sepanjang hari,I jugak adalah PA suami.Phew!Ada jawatan tu tak tahan.

Dan waktu tidur dah takleh extend macam dolu2 dah.Anak tidur jer,silalah tidur sekali.Karang dia bangun nangis berjaga kita jugak yang T - T sekali.Haru.

Pergerakan yang perlahan penuh kesopanan #2

Kau mampu kunyah potato chips slow2 sampai tak kedengaran langsung?Arghhh!Nak buat macam mana telinga si anak peka sangat.Bunyi sikit pun nak jaga.Ini bukan jaga celik mata jer tau,tapi siap macam orang terperanjat kaki tangan keatas.

Jadi rules baru dalam bilik ni,nak makan kena kunyah slow2,nak kentut yang ada posibility berbunyi kuat adalah dilarang sama sekali.Alahai!

Dan pergerakan I tiap kali Dian tidur dah mengalahkan pergerakan Keanu Reeves dalam Matrix.Phew!Semua slow.

Diri sendiri dah tak jadi priority #3 

Setiap kali shopping barang pertama yang bermain kat kepala otak adalah barang anak.

Anak,anak,anak.Sampai jerawat sebijik kat atas bibir pun leh lupa nak picit.Punyalah anak  yang didahulukan,pencapaian diutamakan!

Dan jugak setiap kali bangun tidur,automatik tengok anak dulu.Kalau bapak dia ada,mungkin tengok bapak dulu kot.Kikikiki!

Tiada lagi masa untuk diri sendiri #4

Sebelum ni walau bukan kaki tengok tv tapi ada jugak la a few shows kat tv yang kita layan.Kadang2 suka jugak tgk reality show especially Kimora:Life in the Fab Lane walau ramai jer yang berbulu tgk dia tapi I suka.Kikikiki!Kadang2 reality tv show paling gampang sekali macam Keeping up with the Kardashians tu pun I boleh jer layan.Hahahaha!Channel memasak dan TLC tu toksah cerita la.Memang suka sangat2 lagi2 Nigella Lawson dengan Kylie Kwong.Tapi sekarang,bil astro kat bilik ni rasa cam membazir lak bayor tetiap bulan sbb tv tu buat tempat tadah debu dah skang.

Sehingga sekarang I tak sempat lagi nak ke spa atau ke saloon atau bikin manicure pedicure.Serious tak sempat,xde masa,masa x mengizinkan atau lebih tepat,susah nk tinggal anak.Erk!

Dan hobby tetap iaitu bermain games dah makin kurang walau kenkadang datang jugak mood mengeletis nak main.Woooo!Skang baru loading games anak dah uwekkkk terus tutup balik.Sian.

Sindrom malas keluar #5

Buat masa ini,ini paling kronik.Memang malas teramat sangat!Lagilah kalau nak kerumah sesiapa then bermalam.Berjam wei fikir barang apa nak packing.

Dah tak jadi fashionista #6

Takleh blah fashionista tu.Kahkahkah!Apa yang pasti,kalau keluar pakai main yer jer.Baju tudung yang kena iron memang duk bahagian bawah la kat almari tu.Stok2 baju tudung yang pakai terus takyah iron memang menjadi pilihan.

pause................

Lain kali ah sambung.Anak nangis.Chow!

School Holiday

What's your plan during school holiday?

Me?

Hmmm......lets me think aaaa!

Tapikan macam sibuk sangat dengan school holiday walhal school holiday atau tak rutin kehidupan sama jer.Anak pun takat sekolah tadika dengan kehadiran 53/89 setiap semester.Gabung dua semester,tempoh ponteng sekolah lagi lama dari bilangan hari orang berpantang beranak.Kuikuikui!

Anak rajin pergi sekolah,tapi mak dia la yang problem.Bila ada hari takde kuliah,suka hati jer cutikan anak sekali.Nampak nau malas nak mengantor.

Tapi lately ada gak terfikir nak pergi holiday before fly ke Aussie.Tak kesahlah mana pun,janji holidayyyyy!

Terfikir nak ke Legoland.Tapi risik-risik mana yang dah pergi tu,katanya panas.Tapi skang ni musim hujan.Hmm...susah gak tu.Apakah yang best sangat di Legoland?

Tapi tak rasa excited sangat nak pergi sebab nak membawa anak kecik ke tempat yang crowded dengan orang ramai ni,banyak faktor pulak kena dipertimbangkan.Faktor luaran dan faktor dalaman.

Tapi mmg December nanti nak ke KL lagi.Ingat nak bawak Damia ke Sunway Lagoon tapi bila fikir musim cuti sekolah,terus kensellll!!Takleh imagine betapa ramainya orang kat situ nanti.Usai member yang plan nak berhoneymoon di KL pun nak stay kat hotel yang pernah kami menginap haritu kat The Garden tp bilik boleh full,hik!hiks!hiks!nasib dapat jugak dia bilik kat Hotel Cititel tu.Itulah penangan cuti sekolah.

Hmmm......destinasi mana yer yang jadi pilihan?Melaka?Negeri Sembilan?<<Ini takleh cadang sebab belum cadang lagi confirm Ariey akan close terus cadangan.Entah apa yang anti sangat dengan N9 tu taktau la.Mungkin trauma pergi satu pasar malam kat PD boleh dia cakap satu-satu kuih yang dijual kat bazar Ramadhan kat situ hanyalah karipap.Ekkk!I macam caya taknak caya jer.Ntah betul ntah tidak orang tua ni.

  
Sources:traveldrafts.wordpress.com via Yahoo Image

Hmmm........I rasa macam dah boleh agak dah bercuti kat mana nanti.Kalau tak Sekyen 10,maybe Bukit Jelutong Shah Alam.Huwarrgghh!

Takyah nak bercuti sangat la.Banyak lagi kerjaan yang pending tak siap2 lagi ni.

Apapun,syukur visa Dian dah approved so dah kena beli tiket flight dan start packing barang2.Lepas tu mulalah rasa tak cukup hari.Kikikiki!

Apapun,kena settle hal yang penting dulu.Mana yang kurang penting kita letak kat waiting list.

Kepala pun dah berat nau rasa.Maklumlah dah 2,3 hari tak cukup tidur.Dian batuk selsema pulak.Setakat ni bertahan jer la.Serious kesian sangat sebab dia bayi lagi.

Dan I pun tak tau nak cerita start mana sbenarnya dan objektif apa.Memandangkan intro tergantung so kita tamatkan entry ini dengan tergantung jugak.Sajer jer.Nak suh orang sakit hati tiap kali baca entry kita.Wakakaka!

Sekarang takleh tulis yang serious dan berilmiah.Nak kongsi tips dan resepi pun takleh lagi.Kita put kat mode HOLD dulu.Hihihihi!Nanti bila dah datang angin tu,zup zup zup la update entry baru.

Chow!


Bunuh lemak~

Ok ini bukan entry nak beritahu kasut sukan yang baru beli ke apa.Hahaha!

Sebab yang lagi sedih adalah,ini adalah kasut sukan yang I beli waktu mengandungkan Damia dan ironinya tak pernah dipakai pun walau sekali.

Patutlah I tengok almari rumah yang makin kurus tapi bukan tuan kasut.Kikikiki!

Dasat!Dasat!Almost 4 years kasut ni berada dalam almari dan hari ni baru keluarkan balik.




Tujuan keluarkan mestilah sebab nak pakai.Takkan nak buat perhiasan kat almari kaca pulak.Banyak cantik muka kau!

Ini semua sebab rasa badan dah macam alignment lari banyak lepas deliver anak kedua ni.Walau belum masuk kategori gemuk lagi tapi dah mula rasa macam menuju kesitu dah ni.So I nak cabar diri sendiri,"CABARAN 30 HARI" untuk kembalikan badan pada shape asal.Tak perlu la shape sampai pakai kebaya dah macam pinggang semut tu,pada kita cukup la dapat berat asal around 50 to 53 tu dah okey sgt dah.Dah syukur dah pun.

Ini bukan pulun telan Herbalife atau apa,tapi I pilih untuk bersenam,makan secara sehat dan pakai PB.PB tu just untuk re-shape balik mana2 skru yang longgar.Wakaka!

Nak main badminton ke,futsal ke,squash ke,tennis ke mmg tak reti.Dan main tennis mmg tobak taknak main dah.Pernah main dengan suami sendiri,tapi 2 hari muscle bengkak sebab suami pedajal isteri.Tau la dulu dia wakil negeri tennis tapi takkan main dengan isteri macam dalam pertandingan.Huh!Tak patut!Boleh dia buat kita mcm tukang kutip bola.Sekali smash beria.I pulak jenis gerun tgk bola yg datang laju kat kita,mula la tutup mata.Kau boleh bayangkan lawan main tennis tutup mata?Memang jadi bahan gelak la kat Cik Serena Williams.Hamboi!Macam kawan satu sekolah.Hihihihi!

Jadi dah keluarkan kasut yang diperam lebih lama dari ikan pekasam tu,jadi petang karang akan memulakan trainning pertama dengan abah kita.Takde jogging beria sangat,abah cakap jalan kaki pun ok.I ni dah la malu kalau berlari ada orang lain,sbb rasa macam bergegar semua especially cik B****.Jalan kaki ok sket kot.Sebab tu la I tak berminat main futsal dan seangkatan dengannya sbb bukan confirm tempat tu hanya wanita jer yang ada.Kikikiki!

Kalau nak lari pun,time orang takde,I lari la.Tp lari slow2 la.Lari laju2 karang,jadi wakil Olympic pulak lawan Vivian Cheruiyot pulak karang.Maklum la member tu dah cuti bersalin tu.Kikikiki!

Jadi ini untungnya rumah berhampiran pantai.Petang karang kita ke pantai jogging.Sini taman untuk beriadah tak banyak.Nak beriadah bersenam sambil bawak anak pun ngeri sebab peralatan kat taman permainan macam takde maintanence langsung.Anak main pun bahaya.Tapi tak sure playground yg near pantai Kelulut.Nampak macam dah berganti baru.Choi sangat!Ok.

Chow!


Damia Kindy - 3Q Montessori

Today is a last day school for Damia at 3Q Montessori Kindergarten.Honestly I really satisfied with all the teachers and the teaching method that applied at that school. Damia changed a lots and now she knew how to socialize with other peoples. 

Hari pertama,tak begitu berjaya.Drama air mata tapi teacher kat situ tahu how to handle a child dan tak sampai seminggu,Damia dah tak nangis dan sentiasa excited nak kesekolah.Bangun pagi alhamdulillah takde masalah.

Sekolah start jam 8 tapi biasanya 8.30 pagi baru sampai.


Kena pakai tag nama sebab teachers tak ingat lagi nama dia : )


Ini bila dia dah biasa.Tersangatlah behave.Bila tgk kita datang jer,terus ambik kasut dan pakai sendiri.Kat sini ibu bapa tak digalakkan dukung atau terlalu membantu anak.Dia nak anak2 ini cuba buat sendiri misalnya pakai kasut dan letak kasut kat tempat yang sepatutnya.

Sesi sekolah Damia I amik until 12 pm jer.Half day.


Kedek-kedek jalan masuk ke kereta.Rambut yang bertocang comelnya tu biasanya teacher yang ikatkan.I jarang ikat sebab kadang2 tak sempat.Lagilah kalau I ada kuliah pagi.

Maka cukup setahun Damia di tadika tersebut.Memandangkan next year Damia tak continue her kindy kat situ lagi,so I ada hantar a cake to celebrate,ala-ala farewell party.Sepatutnya I ada plan nak bawak banyak foods tapi masa pulak tak mengizinkan plus dalam pantang lagi time tu so I beli jer la chocolate brownies kat SR.


 All the childrens so happy and teachers too.Teachers kat sini memang sporting habis.I just tinggalkan camera so they snap all the pictures so Damia ada la kenangan kat kindy dia.Nanti nak cucilah and put in the photo album.20 years later kita dah ada benda nak dibelek dan ketawa bersama : ) Hihihihi!

All the kids sangat la comel. Cuteness overloads!!


3Q Montessori Concert 2013



Last week kindy dia ada buat concert akhir tahun.Damia participate dan group 3 years old dia menari untuk dua buah lagu,Butterfly (Chinese Song) dengan Chocolatte.Pandai jer budak-budak ni follow steps.Hihihi!

And lastly,gambar akhir tahun sekolah.


Ini untuk 3 years old punya kelas.

Dan ini semua pelajar kat sekolah tu : )

Vivo,Empire Subang.

Apabila menyebut Empire Subang,untuk I jer la,bukan shopping spree yang dibayangkan sebab tak banyak butik pun kat situ tapi melainkan nampak gambaran makanan yang sungguh mahveles kat tekak kita ni.Ok I tau banyak lagi tempat best,tapi untuk orang masih dalam pantang haritu,takkan nak ke KL kot?Drive sendiri pulak tu.Kalau arwah tok masih ada,mmg sajer cari nahas la kalau dia tahu drive kereta sebelum habis pantang.Ampun tok.Cucu ini derhaka.

Kononnya haritu ajak anak saudara si Sarah ni keluar sebab I stress.Stress jer manjang.Kikikiki!Dengan izin suami dan sedikit bantuan kewangan,kikikiki,zuppp terus pergi.

So beritahu mak kita nak keluar cari baju Dian.Memang betul pun tujuan asalnya macam tu tapi tujuan yang lebih besar lagi mmg nak buang stress la sambil tambah lemak badan.Macam balas dendam jerk.Ahoi!

Dan sajer jer tau keluar tanpa breakfast dulu sbb nak bagi lapar betul2.Tapi jangan ikut perangai I ni sbb tak bagus skip breakfast sebenarnya.Tambah lagi sedang BF secara hardcorenya.

Jadi kita masuk Subang Parade dulu terus ke Mothercare tapi misi tak tercapai jugak sebab lain yang nak,tapi lain yang dibeli.Actually misinya adalah nak cari jumper for baby tapi dah lari dari objektif utama dah ni.


I pun taktau apa motif beli baju ni untuk Dian sebab material mmg tak sesuai sangat pakai kat Malaysia ni.Tapi kalau time hujan or malam tu ok la kot,but still not really suitable for day wear.Kat Aussie nanti time Winter,Autumn,Spring leh la pakai kecuali Summer jadi tak pasal2 pulak I kena cari legging pulak.Adeh!Lain yang plan lain yang buat.Hahaha!Perempuan.

Dan kasut Elmo tu pulak,mmg dasar takleh tgk semua collection Elmo.Itulah kecik2 dulu mana ada semua benda ni.Sedih!Kikikiki!

So dari Subang Parade decide berjalan kaki jer ke Empire Subang sebab sebelah-menyebelah jer pun plus I dah cantik dah parking kat dalam Subang Parade.So dua mak jemah ni tergedek-gedek la ke sana.Dan niat hati time tu nak makan western.Amboi!Selera tak agak-agak.No nasik-nasik hokkey.Kikikiki!Tapi sebenarnya sebelum niat bertukar ke western food tu I pada mulanya teringin sangat nak makan steambot Teringin nak ke Seoul Garden tapi rasa macam malas pulak nak drive ke Setia City Mall.Jadi pilih yang dekat2 sudah.

Masuk jer ke Empire,tetiba tertarik menarik tgk menu kat Vivo Pizza.Tak pernah try sblm nih.American foods katanya so moh la kita menerai..

Signature dish haruslah pizza,American yo dan sah2 dah tertulis Vivo Pizza!Hahaha!Tapi I tak order pizza pun sebab sejak pandai bikin sendiri dah rasa malas dah nak makan pizza orang lain tebar.Amboi!Berlagak betul.Tebar-tebar dah macam bikin roti canai pulak.


Vivo Pizza


Orange juice for me.


 Ice lemon tea for her.Student customer service la katakan.Semua soalan pasal service nak tengok.Kikikiki!

Service sini agak cepat.Tak sempat menguap kali kedua,makanan pun sampai.Sempat sekali jer la.


Classic Caesar salad yang tidak menghampakan.Lagi banyak Parmesan cheese,croutons dan  crispy chicken strips tu lagi la mahveles.Kalau tgk macam ni ada macam hek eleh,kat rumah pun boleh bikin tapi rajin ker?Hahaha!Tapi I kalau dalam salad,croutons kalau letak banyak2 mmg sedap dan senang je pun kalau nak buat kat rumah.


Tekak rasa nak makan pasta dan try la yang jenis baked macam ni.Baked meatball spagetti.Sarah pulak lasagna.I kurang sikit dengan lasagna.Dan memang jarang order lasagna tapi lasagna di Secret Recipe yang letak spinach tu sedap jugak.Sedap kat tekak kita la.

Selesai makan,terus naik atas ke Pumpkin Patch.Kat Empire ada butik dia,tapi I lupa kat Parkson pun ada 
T - T .Ni pun taktau la ada ker tak jumper yang nak dicari.


See?Nak amik jumper jerrrr sekali tambah pulak dua jeans dan satu blouse untuk Dian.Arghhh!Hahaha!

Lepas tu ajak Sarah blah.Sekali on the way nak ke eskalator,sharp jer mata fokus kat tulisan promotion kat Poney,2 items at one price.Ala!Kacau betul la T - T


Control punya control,ambil sepasang sorang.Phew!Sedondon kakak dengan adik.Seswai,Damia & Dian.Beli dua pasang tapi bayar hanya untuk satu pasang.Ok cepat2 turun takut terjebak lagi.Terjebak yang seterusnya untuk I jer la itupun beli sehelai jeans kat Dorothy Perkin.Tak mahal pun beb jeansnya kalau nak compare jenama lain.I tiap kali beli mesti kena alter tapi beli haritu,ngam2 pinggang dan tak perlu alter.Size 10 beb ikut UK.Tapi kalau size 8 muat mmg hebat la.Huhuhu!Dalam mimpi jer la kot.Cerita pasal jeans I ni sangat susah nak dapat jeans yang ngam2 dengan kita.Sebab tu la kita banyak pakai dress atau long skirt.Tiap kali beli jeans,wajib kena alter.Dua helai jeans Gap dgn jeans Esprit tersilap alter,bahagian kaki terpotong singkat sangat T - T.Levi pulak dah la itu kali pertama dalam hidup beli,sebab selama ni mmg tiap kali nak beli dan try mesti tak lepas.Tak pernah dapat the right size jd sebab itu la jeans I banyak Gap  dan Esprit jer.Jenis lain tak dapek until masa kat Aussie haritu,tetiba ada size.Hamboi!Jadi to be honest itulah 1st time dapat pakai Levi.Tapi sekali bila alter just potong bahagian kaki jer,tersingkat jugak T - T.Banyak betul nangis dalam entry ni.Hahaha!Tak pepasal cerita pasal jeans pulak.Tapi baju lain tak beli sbb tak berkenan sangat design kat Dorothy Perkin ni.

Lepas dah bayar semua,terus terkocoh-kocoh turun,kalau boleh taknak pandang pun mana2 butik.Dan terus ajak Sarah gerak balik tapi sebelum tu mana boleh tak singgah Fruit Rebel dulu.Orang rebel macam I mesti nak singgah.Hihihihi!


Orang lain cakap biasa jer,tapi I mmg suka.Jadi sebelum balik wajib singgah Fruit Rebel dulu.RM12 jer for one box.6 ketul ni makan sorang2 jer.Tamak!Hahahaha!

Rebel sangat la kononnya!Ok.Chow!

Kosong,kosong,kosong

Blur.....
Blurr.....
Blurrr.....
Blurrrr.....

Maklum la surirumahtangga.Kalau kerja opis boleh jugak cerita pasal outing dengan officemates,family day ofis,kerenah clients,bos yang best or annoying tahap rasa nak cili jer mulut dia,atau achievement kita selama berkhidmat,scope kerja kita atau apa2 la........

Dan jauh sekali jugak seorang yang join MLM.Kalau tak boleh gak cerita pasal event,course yang kita attend atau achievement.Tapi nan ado.

Tapi I is takde semua tu sebab I adalah bos dan I jugak employee.Hahaha!Jadi setakat cerita bosan harini uli tepung nak bikin roti sardin tu pun dah rasa best sangat2 punya cerita dah.Hahaha!Kesian (untuk I lettewwww!)

Dulu masa busy dengan kuliah,ada gak point sikit2 nak bercerita.Huks!Pathetic betul la life kita sejak dua menjak ni tapi kat mata orang la sebab tuan empunya badan haaaapppppppppppppyyyyyyyyyyy jer manjang cuma sindrom bengong tu ada la jugak datangnya kadang-kadang.

Hmmmm.............tadi baru lepas menggedik ber"skype" dengan suami dan sekarang balik rutin asal,nak mandikan anak pulak.Tapi masalahnya si kecik tu belum habis lagi membuta.Tah apa yang penat sangat macam la I mintak tolong buat kerja rumah ke apa.Dia tu bayi lagi.

Anak yang besar pun membuta jugak.Tapi yang ini biarlah tidur dulu sebab asal celik mata jer ada jer benda yang nak digaduhkan dengan kita.Dah la pandai menjawab sekarang ni.Phew!Baru anak dua dah huru-hara hidup.Inilah yang nak di tune kan balik nih.Tak mudah hokkey!

So from now and onward,I akan tulis or cerita jer apa yang berlaku dalam life kita yang best nih.Mih!Mih!Mih!Dah la follower 29 orang je bukan 29 juta T - T 

So lepas ni kita akan rajin cerita pasal aktiviti I seharian dgn masak-memasak sebab itu bakal jadi pekerjaan tetap dan tidak berpencen tak lama lagi.Bab masak2 ni,nak kata level terrer sangat sampai potong bawang tutup mata tu takde la,tapi setakat ni alhamdulillah suami tak pernah lagi kena diarhea lagi sebab makan masakan kita atau tetiba tolak pinggan ke tepi sbb masakan tak menepati spesifikasi.Berani dia buat macam tu?.Mohon jauhlah.Amin.

Jadi sehingga saat ini I tetap jugak tak tahu nak cerita apa.Ok sekian.Choi!

Trg - KL - Trg

Hari Khamis lepas bertolak ke Shah Alam untuk urusan medical check up Dian.Phew!Supposed pergi hari Rabu tapi tetiba rasa macam tak get ready walhal barang tak kemas lagi malam tu.Hihihi!Maklum la bawak baby yang tak habis pantang lagi,banyak pulak benda yang nak dibawanya..

So pagi Khamis kami bertolak satu family ke Shah Alam.Check up Dian akan dibuat keesokan harinya iaitu hari Jumaat.I mmg bajet kononnya dapatlah settle segala on Friday tu namun begitulah,kita hanya merancang,Allah swt jua yang tentukan.Ewah!

Pagi Jumaat tu around 10 pagi terus ke Gleanegles Hospital.Ramai betul orang sampai sesak-sesak nak parking.Private hospital ni tapi crowded dah mcm hospital gomen pulak.Tapi nasib baik la Health Screening Centre diorang tak jauh dari tempat kami park kereta.Kat ground floor separate  building dengan building hospital.

Tapi malang betul la haritu sebab tak dapat proceed check up sebab I tak bawak TRN number.Selamba badak jer pakai main walk in ingatkan procedure sama macam tahun lepas.Tapi rupa-rupanya diorang dah tukar procedure baru.Phew!

Maka kedatangan I ke sana adalah sia-sia haritu.Just info,Health Screening di Gleanegles Hospital adalah sampai jam 12 tengahari sahaja.I try mintak appointment on Monday,mula2 diorang taknak proceed sebab dah penuh tapi ada sorang doctor tu dia kesian tengak Dian,so dia bagi pada jam 12.15 pm on Monday next week.Lega la jugak sebab I tak plan nak stay lama di KL sbb  byk lagi urusan yang perlu diselesaikan.

Jadi misi tak selesai pada hari Jumaat tu.Dah la frust lapar pulak tu.Boleh?Kat main entrance hospital tu ada Starbuck dengan Dome.Cafe dia I tak tau kat mana so ajak my mum masuk Dome je la.So sementara tunggu abah I datang,ajak my mum masuk Dome dulu,brunch.Masuk Dome ingat just nak makan turkish bread sandwich je sekali mak pulak nak makan benda lain.Di Dome ni,portion makanan diorang adalah banyak.Satu pinggan boleh kongsi dua orang.Hahahaha!Maka dah order sorang satu,maka berusaha la habiskan.Huhuhu!I ni kalau dah lapar sangat,susah nak habiskan makanan sebab angin dulu masuk perut.Se'eh weh!Pastu balik dengan urusan yang tergendala.Frust sangat rasa.



Dah nak balik,si kecik melalak pulak.Kena stop BF kejap tapi serious kekok sangat macam orang baru beranak satu.Huhuhuhu!

Esoknya pulak ke rumah ipar untuk majlis Aqiqah Tengku Aqeel Umar di Bukit Jelutong.Meriah betul majlis dan mmg jemputan tu ramai la plus 3 ekor kambing panggang hokkey.Heaven betul.Terus hilang diet haritu.Nasi beriani,mee soto,kuew teow goreng (bila request baru tukang masak tu goreng),ada stall ABC dan cendol dan kuih muih yang sangat la heaven.Ada brownies,kuih koci (fav kita),creampuff, dan banyak lagi la.Cuma yang tak best adalah,beria I snap gambar tapi guna camera.Duk tup tap tup tap (pendek kata sepanjang acara berlangsung),sekali baru perasan I lupa nak masukkan memory card.Tertinggal kat lappy time nak transfer picture Damia masa farewell party dia last week.Dang!Dah la sambungan dari camera ke lappy punya wayar hilang.Hmmm jer la!

Kelam kelibut betul la I nih.

Inipun a few pictures dari handphone.


Omak den with her sister.Ewah!


Ibu yang garang dengan anak angkat I.Hahaha!


Khemah dah macam kenduri kawin.Hihihi!  


Dian yang baik jer haritu.Orang ni pegang,orang tu pegang,selamba jer.Sikit tak nangis.Pandai anak I sesuaikan diri ikut keadaan.


Si kakak mana boleh orang snap pic adik tapi tak snap pic dia.

Hari Isnin bersiap awal dengan harapan dapatlah TRN number tu.Dah la appointment jam 12.15 pm.Jadi masa yang berbaki beberapa jam ni ajak abah ke Klinik Adek.Suka pergi sini sebab doctor ni mmg pakar kanak-kanak dan everytime check up mmg detail siap ada follow up lagi.I pergi jam 10 dengan harapan menjadi orang pertama tapi hampa sebab bila sampai I sebenarnya adalah orang terakhir yang tak dapat nombor pun.Huhuhuhu!

Kena datang balik jam 2.30 petang sbb doctor dah taknak terima any patient dah.Hmmmm......Lepas tu ajak abah ke TTDI Jaya sebab kat sana ada satu lagi klinik pakar kanak-kanak,Klinik Meghana.Sampai jer tutup jugak lepas tu baru fikir,semalam baru jer Deepavali mmg sah la doctornya cuti panjang celebrate perayaan dia.Hadui!!!!Nasib baik jalan tak jammed.

Patah balik kerumah akak dengan hampa.Tak lama pastu suami pulak call number TRN dah dapat.Tapi that time jam dah 11 pagi.Appointment jam 12.15 pm kat Gleaneagles Hospital Ampang sana.Arghhh!

Tukar plan terus call Life Care sekali available dan diorang tutup jam 3 ptg so terus pecut ke Bangsar.Dalam jam 4 petang selesai semua.So my advise untuk sesiapa yang nak buat Health Screening,better ke Life Care yang terletak kat Bangsar.Diorang siap ada Wisma Life Care tau.Tak susah pun jalan nak kesana kalau dari Shah Alam.Boleh ikut Lebuhraya NPE kalau tak silap la.So alhamdulillah selesai semua yang diperlukan untuk visa Dian.So just tunggu approved jer la.


There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me