Bunuh lemak~

Ok ini bukan entry nak beritahu kasut sukan yang baru beli ke apa.Hahaha!

Sebab yang lagi sedih adalah,ini adalah kasut sukan yang I beli waktu mengandungkan Damia dan ironinya tak pernah dipakai pun walau sekali.

Patutlah I tengok almari rumah yang makin kurus tapi bukan tuan kasut.Kikikiki!

Dasat!Dasat!Almost 4 years kasut ni berada dalam almari dan hari ni baru keluarkan balik.




Tujuan keluarkan mestilah sebab nak pakai.Takkan nak buat perhiasan kat almari kaca pulak.Banyak cantik muka kau!

Ini semua sebab rasa badan dah macam alignment lari banyak lepas deliver anak kedua ni.Walau belum masuk kategori gemuk lagi tapi dah mula rasa macam menuju kesitu dah ni.So I nak cabar diri sendiri,"CABARAN 30 HARI" untuk kembalikan badan pada shape asal.Tak perlu la shape sampai pakai kebaya dah macam pinggang semut tu,pada kita cukup la dapat berat asal around 50 to 53 tu dah okey sgt dah.Dah syukur dah pun.

Ini bukan pulun telan Herbalife atau apa,tapi I pilih untuk bersenam,makan secara sehat dan pakai PB.PB tu just untuk re-shape balik mana2 skru yang longgar.Wakaka!

Nak main badminton ke,futsal ke,squash ke,tennis ke mmg tak reti.Dan main tennis mmg tobak taknak main dah.Pernah main dengan suami sendiri,tapi 2 hari muscle bengkak sebab suami pedajal isteri.Tau la dulu dia wakil negeri tennis tapi takkan main dengan isteri macam dalam pertandingan.Huh!Tak patut!Boleh dia buat kita mcm tukang kutip bola.Sekali smash beria.I pulak jenis gerun tgk bola yg datang laju kat kita,mula la tutup mata.Kau boleh bayangkan lawan main tennis tutup mata?Memang jadi bahan gelak la kat Cik Serena Williams.Hamboi!Macam kawan satu sekolah.Hihihihi!

Jadi dah keluarkan kasut yang diperam lebih lama dari ikan pekasam tu,jadi petang karang akan memulakan trainning pertama dengan abah kita.Takde jogging beria sangat,abah cakap jalan kaki pun ok.I ni dah la malu kalau berlari ada orang lain,sbb rasa macam bergegar semua especially cik B****.Jalan kaki ok sket kot.Sebab tu la I tak berminat main futsal dan seangkatan dengannya sbb bukan confirm tempat tu hanya wanita jer yang ada.Kikikiki!

Kalau nak lari pun,time orang takde,I lari la.Tp lari slow2 la.Lari laju2 karang,jadi wakil Olympic pulak lawan Vivian Cheruiyot pulak karang.Maklum la member tu dah cuti bersalin tu.Kikikiki!

Jadi ini untungnya rumah berhampiran pantai.Petang karang kita ke pantai jogging.Sini taman untuk beriadah tak banyak.Nak beriadah bersenam sambil bawak anak pun ngeri sebab peralatan kat taman permainan macam takde maintanence langsung.Anak main pun bahaya.Tapi tak sure playground yg near pantai Kelulut.Nampak macam dah berganti baru.Choi sangat!Ok.

Chow!


2 comments:

Ailyl Rozanna said...

Lawanya kasut dia! I dah link u kat sibebar tau yang. Happpyyy blogging ! ^_^

Tengku Damia said...

Thank u : )

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me