Vivo,Empire Subang.

Apabila menyebut Empire Subang,untuk I jer la,bukan shopping spree yang dibayangkan sebab tak banyak butik pun kat situ tapi melainkan nampak gambaran makanan yang sungguh mahveles kat tekak kita ni.Ok I tau banyak lagi tempat best,tapi untuk orang masih dalam pantang haritu,takkan nak ke KL kot?Drive sendiri pulak tu.Kalau arwah tok masih ada,mmg sajer cari nahas la kalau dia tahu drive kereta sebelum habis pantang.Ampun tok.Cucu ini derhaka.

Kononnya haritu ajak anak saudara si Sarah ni keluar sebab I stress.Stress jer manjang.Kikikiki!Dengan izin suami dan sedikit bantuan kewangan,kikikiki,zuppp terus pergi.

So beritahu mak kita nak keluar cari baju Dian.Memang betul pun tujuan asalnya macam tu tapi tujuan yang lebih besar lagi mmg nak buang stress la sambil tambah lemak badan.Macam balas dendam jerk.Ahoi!

Dan sajer jer tau keluar tanpa breakfast dulu sbb nak bagi lapar betul2.Tapi jangan ikut perangai I ni sbb tak bagus skip breakfast sebenarnya.Tambah lagi sedang BF secara hardcorenya.

Jadi kita masuk Subang Parade dulu terus ke Mothercare tapi misi tak tercapai jugak sebab lain yang nak,tapi lain yang dibeli.Actually misinya adalah nak cari jumper for baby tapi dah lari dari objektif utama dah ni.


I pun taktau apa motif beli baju ni untuk Dian sebab material mmg tak sesuai sangat pakai kat Malaysia ni.Tapi kalau time hujan or malam tu ok la kot,but still not really suitable for day wear.Kat Aussie nanti time Winter,Autumn,Spring leh la pakai kecuali Summer jadi tak pasal2 pulak I kena cari legging pulak.Adeh!Lain yang plan lain yang buat.Hahaha!Perempuan.

Dan kasut Elmo tu pulak,mmg dasar takleh tgk semua collection Elmo.Itulah kecik2 dulu mana ada semua benda ni.Sedih!Kikikiki!

So dari Subang Parade decide berjalan kaki jer ke Empire Subang sebab sebelah-menyebelah jer pun plus I dah cantik dah parking kat dalam Subang Parade.So dua mak jemah ni tergedek-gedek la ke sana.Dan niat hati time tu nak makan western.Amboi!Selera tak agak-agak.No nasik-nasik hokkey.Kikikiki!Tapi sebenarnya sebelum niat bertukar ke western food tu I pada mulanya teringin sangat nak makan steambot Teringin nak ke Seoul Garden tapi rasa macam malas pulak nak drive ke Setia City Mall.Jadi pilih yang dekat2 sudah.

Masuk jer ke Empire,tetiba tertarik menarik tgk menu kat Vivo Pizza.Tak pernah try sblm nih.American foods katanya so moh la kita menerai..

Signature dish haruslah pizza,American yo dan sah2 dah tertulis Vivo Pizza!Hahaha!Tapi I tak order pizza pun sebab sejak pandai bikin sendiri dah rasa malas dah nak makan pizza orang lain tebar.Amboi!Berlagak betul.Tebar-tebar dah macam bikin roti canai pulak.


Vivo Pizza


Orange juice for me.


 Ice lemon tea for her.Student customer service la katakan.Semua soalan pasal service nak tengok.Kikikiki!

Service sini agak cepat.Tak sempat menguap kali kedua,makanan pun sampai.Sempat sekali jer la.


Classic Caesar salad yang tidak menghampakan.Lagi banyak Parmesan cheese,croutons dan  crispy chicken strips tu lagi la mahveles.Kalau tgk macam ni ada macam hek eleh,kat rumah pun boleh bikin tapi rajin ker?Hahaha!Tapi I kalau dalam salad,croutons kalau letak banyak2 mmg sedap dan senang je pun kalau nak buat kat rumah.


Tekak rasa nak makan pasta dan try la yang jenis baked macam ni.Baked meatball spagetti.Sarah pulak lasagna.I kurang sikit dengan lasagna.Dan memang jarang order lasagna tapi lasagna di Secret Recipe yang letak spinach tu sedap jugak.Sedap kat tekak kita la.

Selesai makan,terus naik atas ke Pumpkin Patch.Kat Empire ada butik dia,tapi I lupa kat Parkson pun ada 
T - T .Ni pun taktau la ada ker tak jumper yang nak dicari.


See?Nak amik jumper jerrrr sekali tambah pulak dua jeans dan satu blouse untuk Dian.Arghhh!Hahaha!

Lepas tu ajak Sarah blah.Sekali on the way nak ke eskalator,sharp jer mata fokus kat tulisan promotion kat Poney,2 items at one price.Ala!Kacau betul la T - T


Control punya control,ambil sepasang sorang.Phew!Sedondon kakak dengan adik.Seswai,Damia & Dian.Beli dua pasang tapi bayar hanya untuk satu pasang.Ok cepat2 turun takut terjebak lagi.Terjebak yang seterusnya untuk I jer la itupun beli sehelai jeans kat Dorothy Perkin.Tak mahal pun beb jeansnya kalau nak compare jenama lain.I tiap kali beli mesti kena alter tapi beli haritu,ngam2 pinggang dan tak perlu alter.Size 10 beb ikut UK.Tapi kalau size 8 muat mmg hebat la.Huhuhu!Dalam mimpi jer la kot.Cerita pasal jeans I ni sangat susah nak dapat jeans yang ngam2 dengan kita.Sebab tu la kita banyak pakai dress atau long skirt.Tiap kali beli jeans,wajib kena alter.Dua helai jeans Gap dgn jeans Esprit tersilap alter,bahagian kaki terpotong singkat sangat T - T.Levi pulak dah la itu kali pertama dalam hidup beli,sebab selama ni mmg tiap kali nak beli dan try mesti tak lepas.Tak pernah dapat the right size jd sebab itu la jeans I banyak Gap  dan Esprit jer.Jenis lain tak dapek until masa kat Aussie haritu,tetiba ada size.Hamboi!Jadi to be honest itulah 1st time dapat pakai Levi.Tapi sekali bila alter just potong bahagian kaki jer,tersingkat jugak T - T.Banyak betul nangis dalam entry ni.Hahaha!Tak pepasal cerita pasal jeans pulak.Tapi baju lain tak beli sbb tak berkenan sangat design kat Dorothy Perkin ni.

Lepas dah bayar semua,terus terkocoh-kocoh turun,kalau boleh taknak pandang pun mana2 butik.Dan terus ajak Sarah gerak balik tapi sebelum tu mana boleh tak singgah Fruit Rebel dulu.Orang rebel macam I mesti nak singgah.Hihihihi!


Orang lain cakap biasa jer,tapi I mmg suka.Jadi sebelum balik wajib singgah Fruit Rebel dulu.RM12 jer for one box.6 ketul ni makan sorang2 jer.Tamak!Hahahaha!

Rebel sangat la kononnya!Ok.Chow!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me